Friday, November 25, 2022

Akhir Yang Memulakan

Alhamdulillah, satu lagi Jumaat dalam kehidupan. Jumaat pertama, Malaysia mula bertenang. Jumaat yang memulakan hari Malaysia bersama Perdana Menteri terbaharu #DSAIPM10.

Berakhir penantian panjang DSAI dalam kemelut karier politiknya. Bermula harapan baharu Malaysia untuk pimpinan yang lebih baik. Tak pandai ulas tentang politik, tapi sebagai manusia biasa & rakyat Malaysia, Mumi pun ada own-view. Apa yang berlaku adalah dengan izin Tuhan. Kita doa sama-sama moga pimpinan DSAI dapat memberi reformasi kebaikan kepada Malaysia dan rakyat.

Mumi baru dapat bertenang hari ni. Maka nak simpan memori #PRU15 dan sekitar kehidupan, walaupun sbnrnya Mumi tak sempat nak amek gambar2 pun untuk memori PRU.

Dalam minggu menjelang PRU15, seperti biasa bendera2 parti politik mewarnai Malaysia. Sampaikan bila Mumi nak beli detergent pun tak de warna kuning yang biasa Mumi guna. Kata dropshipper, detergent yang ada cuma ikut warna PRU15 je. Sabar je la Mumi...

Che Putih mandi malam sebelum PRU15, kerana esoknya dia akan 'berPRU' pertama kali dgn kami :-)

Seperti biasa, Mumi vote untuk Parlimen Selayang then lari balik untuk Papa vote bagi Parlimen Sabak Bernam. Confused, tapi Pa kata tunaikan je tanggungjawab kita sebagai rakyat dan pertahankanlah Malaysia... dalam keupayaan yang kita ada (ayat2 last tu Mumi tambah bagi sedap huhu). Alhamdulillah, awal pagi Mumi mengundi di SKSK tu walaupun hujan renyai dan beratur panjang jauh dari pagar sekolah, tapi the procedure was smooth. Terima kasih Allah permudahkan... Pa pun selesai vote dengan mudah tengahari tu.

Kat kampung sebelah petang lepas mengundi, kami masuk kampung MIL @ Sg Samak. Musim buah hujung2 sbb kami mgkn antara yang last masuk. Alhamdulillah, ada je rezeki... rambutan masih banyak di pokok. Durian je dah tinggal saki baki. Suka la Didik tu...

Rembat status-pic kakak sbb dlm pic tu ada nampak kelibat Mumi :-)

Mumi pakai baju & colour favourite Mumi untuk PRU15. Faham-fahamkan je la tapi jangan salah faham. Antara setia dan rasional serta visi ke depan tu ada garisan tipis antaranya. Hahaha...

Kami sekeluarga baru baik batuk. Mumi batuk for 2 weeks long, baru baik je ni. Ni kalau makan banyak sgt rambutan... habislaaaa....


Bahagia sangat la Didik dapat mengadap durian...


Malaysia's tall, dark & handsome leader & hero :-)

Kadang tak faham bagaimanalah kentalnya manusia2 yg ada dalam dunia politik ni. Mumi idaklah... Mumi nak hidup aman damai, bahagia & bebas dari situasi puji-sekejap-keji-berlamaan. Mumi nak buat apa yg Mumi suka je. Perhaps, org2 politik ni pun begitu, kerana mereka suka politik, mereka kental je hadap semua situasi. 

Pic ni Mumi & atr rakan-rakan sekerja lain2 unit dgn bukti dakwat mengundi di jari dah nak pudar tapi PM masih belum dinamakan. Mumi masa ni wakil boss je, alih2 melekat pula tugas digalas hingga selesai 3 hari bengkel. Seminggu masuk office, asyik dok dengar depa ni scroll sana sini, cerita begitu begini. Mumi sebenarnya on top nak tau siapa PM10, Mumi nak cuti hahaha. Mumi rasa penat kat office, dah berumur ni... mudah letih. 

Akhirnya, setelah hampir seminggu... berakhirlah penantian Mumi & seluruh warga alam. Sejujurnya Mumi agak sayu lihat pic DSAI angkat sumpah tu.. ya, at last... he fought & fight so hard for it. Yang Mumi tak boleh brain, the strength of a woman behind him... pheww. Kalau Allah tak izin, tak mungkin terjadi. Maka, berlapang dada dan bersyukurlah Malaysia akhirnya ada Perdana Menteri.

Bak titah YDPA, sama-sama hulurkan tangan rapatkan kembali saf regardless fahaman dan prinsip politik. Yang ada sekarang adalah perpaduan dan saling memahami bahawa kita perlu stabilkan serta harmonikan Malaysia. Kita pula sebagai rakyat, belajarlah untuk terus menghormati perlembagaan.

So Malaysia, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, move on from whatever we went tru before and bounce back dengan PM yang baru.

We just be good human being... insyaAllah baik2 saja. Allah ada...


Note :

Yang penting, next Monday 28/11/2022 DSAI beri cuti pada Malaysia. Alamak, kesian anak2 yg nak sit for UPKK, tabah ye anak-anak & mak pak...


#PRU15
#DSAIPM10
#let'sbouncebackmalaysia!
#tunmstillnforevermyidol

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS