Monday, November 7, 2022

Satisfied Weekend

Since sebelum Deepavali, dalam rumah mula tak sihat on-off bergilir. Rasanya baby yang awal. Off school early sebelum Deepavali & masih direhatkan selepas Deepavali kerana dedar dan batuk selsema. Bimbang nanti menjangkit pada kawan-kawan lain pula.

Then, start seorang demi seorang termasuklah Mumi. Papa je masih gagah cuma batuk sikit2. Till today Mumi still coughing walaupun antibiotik dah habis dan ubat batuk dah telan. Baby pun begitu, ubat batuk dah habis sebotol tapi masih batuk teruk.

Didik kelmarin demam semula. Babang juga agak tidak fit. Tapi hari ni Mumi dah berada di office. Babang & Baby dah di sekolah masing-masing. Hari ni pun Didik off school since his fever is persistent. 

Lagipun Didik on antibiotik untuk rashes di pahanya dan biji2 kecil yang terasa di celah atas pahanya. Mulanya Mumi suspect signal hernia as per what I read in google. Tapi doktor belum berfikir hingga ke situ. Suspected radang kelenjar sebab nak lawan bakteria atau virus yang menyebabkan rashes di pahanya tu. Jika masih tak surut setelah habis antibiotik doktor sarankan bawa Didik terus ke hospital untuk dapatkan pandangan doktor pakar. Moga yang baik2 je untuk my sweet Didik.

Weekend baru ni, walaupun masing-masing tak sihat tapi Mumi memang dah niat nak settle kan semua rancangan Mumi iaitu kemas rumah! Hahahaha

Sabtu, kami removed semua carpet. Sebab lately Mumi rasa tak dapat bernafas selesa dalam rumah. Mumi ada athma, actually allergic to carpet. Sebelum ada kekucing, memang Mumi jaga kebersihan karpet dan dalam rumah agar less dust. Tapi sejak ada kucing, walaupun hari2 Babang ditugaskan untuk vacuum, skrg dah mula rasa sesak dan batuk pun prolong.

Rumah kucing yang kami plan nak buat di luar, belum terealisasi (kalau dah buat pun tak surela bebudak tu nak tidur luar atau Mumi sampai hati) sebab Papa, projeknya back to back. Bersyukur Allah murahkan ni, tapi dalam masa sama risaukan kesihatan Pa. Moga Allah kurniakan Pa kesihatan dan ketabahan menafkahi kami. 

Bila kami masih batuk berpanjangan dengan keadaan Mumi yang agar tidak selesa bernafas dalam rumah, maka Mumi decided to remove semua karpet untuk kurangkan bulu-bulu kucing dalam rumah. Semua langsir di ruang tamu depan Mumi basuh.

Ahad pula, anak-beranak kemas hall tepi. Buang semua barang2 yang makin menimbun. Papa potong rumput di OMG. Kami kemaskan semua pasu-pasu bunga. Haaa.... baru lega sikit Mumi lihat keadaan yang terang dan tenang.

Walaupun cita-cita asal Mumi nak siapkan proposals seperti yang Kak Mawar dan coach SSAG minta tak kesampaian, tapi Mumi happy dapat selesaikan urusan rumah yang tertangguh begitu lama sebab few weekends kami sebelum ni asyik penuh je. Hmm.. betullah kot, kalau Mumi sedih, Mumi lebih produktif menulis. Tapi kalau Mumi happy, Mumi tak produktif menulis, sebab Mumi lebih suka selesaikan urusan lain. Hahahahaha...


Di depan SMKS7, ada food truck area. Baby banyak kali ajak ke sana tapi Mumi belum berapa excited nak pi. Maka, bila Jumaat malam tu... Pa ajak pergi, Babang kata tak banyak choices, pun takut crowded sebab kawasan tu tempat makannya limited. Maka we ended up di tempat biasa, Santai Setia Alam. Shellout je sebab kami lapar nasi. Hidden agenda Mumi, ini merupakan taktik beli jiwa anak-anak in advance sebab Sabtu tu Mumi nak laksanakan operasi overhaul rumah hahahaha...



Dan lepas selesai berkemas rumah Ahad semalam, Mumi belanja Pa & boys makan Pizza sikit. Tanda terima kasih Mumi sebab mereka tolong kemas rumah weekend ni sambil tadah telinga kena marah, kena bebel dan kena leter dengan Mumi. Yang belanja Mumi, yang pilih tempat & bayar, Papa. Yang makan, sesama :-)

Tetiba rasa ralat tak ambil gambar sedang 'gotong-royong' anak beranak. Selalunya Mumi suka je ambil gambar kenangan. Tapi masa tu Mumi struggle dengan batuk, dengan susah bernafas dan dengan letih. Yang Mumi tahu Mumi nak settlekan berkemas cecepat.

Alhamdulillah, misi Mumi tercapai. 
Next misi, rumah Nanomey & anak-anaknya! Pa... pai ti...


Walk to be remembered:
Disebabkan minum nescafe ais yang Didik buat lepas gotong-royong kat rumah dan rasa sikit kopi ais Babang & Didik di Pizza Hut, maka Mumi yg memang caffein intolerance ni semalaman tadi tak boleh tido. Sekejap lagi Mumi akan jadi ting tong!


#overhaulrumah
#removecarpets
#shelloutdanpizza

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS