Hari ini, 3 tahun yang lalu...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Cerita Masjid Al Ghamamah - terletak sekitar 300 meter bahagian barat daya dan ianya tidak berjauhan dengan Masjid Abu Bakar r.a dan Masjid Ali r.a
Disebut sebagai Masjid Al Ghamamah (Awan mendung), di tapak masjid ini didirikan merupakan tempat Rasulullah S.A.W melaksanakan Solat Sunat Istisqa' (memohon hujan). Setelah sempurna mendirikan solat tersebut, berlaku peristiwa awan mendung lalu hujan pun turun atas keizinan Allah swt. Itu sebabnya sampai kini masjid ini disebut Masjid Al Ghamamah.
Antara lain juga dikenali sebagai Masjid 'Id kerana di lokasi tempat masjid ini merupakan tempat Rasulullah saw melaksanakan Solat Sunar Hari Raya pada 4 tahun terakhir hayat Baginda.
Jarak ini sejauh ukuran perjalanan kaki, namun ia tetap rapat di dalam hati kerana hati Mumi sememangnya sudah Mumi tinggalkan agar bertempat ia di Haramain.
Ya Allah, Mumi rindu... izin dan jemputlah Mumi lagi ya Allah...
Mumi nak pergi dengan Pa lagi dan bawa bersama anak-anak kami...
#hatikudiharamain
#ziarahsekitarmasjidnabawi
#momendanmemoriyangselaludirindui
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.