Monday, January 9, 2023

Weekend Getaway : Boosting Mood

Last week, mood Mumi di office sangat kritikal. Tak tau kenapa awal2 tahun Mumi dah tak lalu 'telan' kehidupan di pejabat. Mungkin 13 years di tempat sama buat Mumi rasa semacam. Orang lain dah ramai yang bertukar work station. Tapi Mumi masih di sini. Mungkin Mumi lebih diperlukan di sini atau tempat lain tak perlukan Mumi hu hu... tapi Mumi manusia biasa. Boleh burnout tiba2. Red alarm tiba-tiba.

Weekend, memang Mumi tunggu2. Nak rehat kononnya. Tapi... seorang wanita, isteri, ibu dan anak... tak de rehat kot. Hari ni Mumi dapat me-time sekejap untuk lunch break. Mumi nak simpan moment weekend yang sebenarnya bantu boost semula mood Mumi.

Sabtu, macam biasa... hari mengemas rumah sedunia Mumi. Ahad, Mumi struggled habiskan 2nd draft untuk ADMY's full script, selaras dengan wish-ending oleh Director. So, Mumi masukkan satu scene hints khas dan 2 option scenes untuk kuatkan jalan cerita (harapnya begitulah huhu). Dan endingnya, Mumi terpaksa larikan lokasi sesuai dengan impian tuan director hahaha...

Jam 12 lebih tengahari tu Mumi berjaya sampai ke The End nya. Dan terus email kepada producer sebelum dijemput Papa untuk pergi kenduri. Pheww...

Done email kepada producer at 12.55 noon. 
Alhamdulillah, moga baik2 saja untuk ADMY, Mumi's 2nd TV baby ni...

Disebabkan nak siapkan skrip ni, Mumi tak sempat ikut Pa rewang di majlis kenduri kahwin TH sebelah taman Bik Mah. Mumi cuma datang menyibuk je, makan di khemah penanggah sambil syok dengar Mr & Mr DJ Lan conduct lagu2 dan menyanyi. Ya... Mumi ni tak padan umur yang dah makin tua, suka sangat dengan muzik hu hu... tapi tak pe kot, Mumi balance je otak kiri dan otak kanan Mumi.

That's how Mumi channel out my working burnout (left brain). Through the scriptwriting escapism (right brain) hahaha..

Dah nak balik tu (we need to go to Sg Buloh utk layat pula), kena tahan dengan DJ. MasyaAllah... rupanya kawan yang dah 15 tahun tak jumpa. Mumi pernah bersama2 mereka pada tahun pertama berkahwin dengan Pa. Ada cerita murni dalam persahabatan ini atr Papa dan DJ Lan yang biarlah ia tersimpan dalam lipatan waktu. But, truly... pure friendship last forever. DJ Lan kata dia dah rasa Pa ni kawan dia, tapi bila dia tegur Pa macam tak kenal dia. Ya loh.. Mumi pun tak cam, sebab 15 tahun bukan jangkamasa yang sekejap. Semua dah berubah hahahaha...


Dan disebabkan itu, kita abadikanlah sedikit memori... we got them duet on a song :-)


Sehingga end Feb, giliran Ibu untuk berada di rumah kami. Ibu sekarang sudah sangat pelupa. Bayangkanlah keadaan orang tua kita yang pelupa dan menghampiri nyanyuk. Dengan sensitifnya, dengan protesnya... moga Allah kuatkan hati kami especially Mumi sebagai anak kandung untuk tetap berbakti. 

Satu hari Mumi juga akan tua. Yang Mumi doakan moga Mumi tidak susahkan keluarga Mumi dan orang sekeliling. Tapi nasib kita, bukan pilihan dan kehendak kita. Moga Allah beri yang baik-baik je.



About 4 pm plus, lepas selesai pamitan di majlis kenduri, we shoot to Sg Buloh. Ziarah keluarga jiran lama merangkap keluarga anak asuhan Ibu dulu. Aisyah, was our little belove baby-sister. Sekarang dah anak dua dia... Cepatnya masa berlalu... And, by 645pm we reached home already. 

What a hectic day, tapi Mumi bahagia sangat. Sebab tu agaknya Mumi masih boleh bertahan lagi hari ni di pejabat. Phewww...


Walk to remember

Anak-anak sedang melalui tempoh PAT. Babang nampak struggle dan suffer sangat. Adoi Bang... sabarlah... lepaskan SPMmu... thats your gate for bright future, insyaAllah. Tapi, study online dgn GF should boost your spirit higher kan, bang.....? Hmmm....

Didik? Masih relax je... walaupun katanya dah minta break off dgn GF kelmarin. Hamboiiiii....

Baby? Excited je lebih, belajarnya ntah mana. Dan Baby kata, 'dalam rumah ni, baby sorang je single'.

Gulp....

Adoi anak-anak... moga baik2 saja. Doa PaMi sentiasa mengiringi kamu semua..

Wednesday, January 4, 2023

ADMY : On-The-Road-Writer

Dec. 11th kami ada majlis bertandang Yah di Gerik, Perak. Alang-alang, lepas bubar Family Day, kami sambung untuk north trip. Sebenarnya Mumi dah rasa trip tu nanti akan jadi penat sebab asalnya nak jalan 2 kereta tapi Pa decided guna Arusz je. My... anak2 yang dah besar panjang nak sumbat 5 orang hahaha... proven la Baby stress sampai demam kena himpit. Barang-barang pun tak beli apapun. Sekadar jalan-jalan ukur jalan tengok tempat orang, bersilaturrahim dan isi perut.

Tapi, ia akan jadi memori kami. Sebab lepas ni, bila Kakak & Abby dah kahwin dan ada family sendiri, masing-masing akan guna kenderaan sendiri. This might be the only time yang kami cramp bersama dalam satu kereta hahaha.

Cuma, Mumi tak sangka, trip tu jadi double penat dan stress utk Mumi. Nak kata stress, tak baik pula. Allah dah beri rezeki, cuma timingnya agak menguji.

Bila producer kata ADMY lulus  pitching sesi Julai 2022, dan mesyuarat penerbitan dengan RTM pada 15 Disember 2022 tu... maka, north trip kena dipendekkan hingga ke hari Rabu sahaja even plan asal nak habiskan seminggu.

Not only that... beberapa hari awal trip, Mumi perlu kejar deadline utk hantar treatment ADMY kepada producer sebagai persediaan mesyuarat. Aiyo... 75 scenes minimum punya treatment, dalam masa tak sampai beberapa jam kalau kumpul. Sebab, most of the days kami ada aktiviti family dan dalam perjalanan (on the road). Mumi stress, sampai sakit kepala. Hahahaha....

Maka jadilah Mumi 'on-the-road-writer' demi ADMY. Mumi simpan diarinya di sini ya...


Bila driver & co-driver, both ladies yg terpaksa bekerja di perjalanan. 
Co-driver tu sampai sudah tak pegang stereng huhu... mumi la tu... 
(photo by Papa-Nash yg duduk di belakang huhu)


Betapalah terdesaknya Mumi untuk siapkan treatment ADMY. Meeting hari Khamis, 15th Dec. 2022, Ahad @ Isnin perlu submit untuk producer compile & prepare utk meeting. Sedangkan Sabtu -Isnin tu (10-12/12/22) ada majlis bertandang & family day di Grik. Dan... resort di Grik tu, handphone Mumi tak dapat line internet! Wawawawa mumi nangis....

Sebelum sampai resort di Grik, kami singgah cari makan. Kat kedai makan, hari hujan... perut lapar amat, kepala pening sbb menaip dalam kereta... tapi tetap perlu sudahkan treatment untuk menyampaikan kepada minimum 75 scenes. Menitis airmata dalam hati Mumi nak selesaikan 75 scenes tu. Nak capai bintang bukan senang rupanya... eh, bila masa pula nak capai bintang tu senang kan...? hahahaha

Tapi... laksa & dan lai chi kang kat kedai makan tu serius sedap! Tak tahulah mmg sedap atau sebab Mumi kebuluran. Walaupun Mumi pakai telan je sebab nak cepat sbb nak sambung menaip, tapi tetap Mumi teringat kesedapannya. 


Okay, photo by Papa-Nash @ paparazi ni walaupun Mumi rasa macam 'jahatnya laaa...' tapi.. itulah moment yang Mumi hargai. Dapat juga Mumi simpan dalam FRAN. Punyelah bersungguh menaip dalam kereta, sampai sakit kepala sampai tertido. Sampai tak sedar Pa & baby amek gambar Mumi tertido depan lappy dalam kereta yang bergerak hahahaha... (driver : Ayong)


Dan akhirnya, selesai juga pengalaman pertama Mumi menghadiri mesyuarat penerbitan di RTM melalui telemovie ADMY. PaMi hadir dengan director Amzari Amir dan wakil penerbit, Rusmawarnis. When the treatment submitted acknowledged by RTM as complete during the meeting, dah cukup buat Mumi rasa phewww... terima kasih Tuhan. Rasa berbaloi vacation terkorban separuh hu hu...

Perjalanan seterusnya selepas tarikh 15/12/2022 tu, haruslah menyempurnakan skrip penuhnya pula. Alhamdulillah, 1st draft full script dah Mumi emailkan untuk semakan Tuan Director pada awal pagi 03 Jan. 2023. 

Jika perlu dibetulkan, Mumi akan betulkan accordingly. Jika Director kata okay, then alhamdulillah. Selesailah kerja penulisan skrip Mumi utk ADMY pada fasa ini. Fasa seterusnya adalah script reading, shooting & delivery of final product ke RTM. Akhir? Tayangan di TV, insyaAllah.  

Ini adalah pengalaman pertama Mumi di RTM dan dengan producer & director ini. Semuanya berbeza dengan pengalaman telemovie Mumi yang pertama dulu iaitu IQKC di TV9. IQKC genre romantic commedy, ADMY adalah drama serius yang ringan, melibatkan perbezaan bangsa dan agama. Jika bernasib baik, ADMY dapat jadi platform melahirkan seorang talent baru berbangsa China. 

Mumi tumpang doa dari FRAN & semua ya, moga yang baik-baik2 saja utk ADMY.

Semoga akan menyusul pula pengalaman seterusnya nanti... insyaAllah, aamiin...

#2ndtvbaby
#treatmentadmy
#aidemingyun
#rtm

Tuesday, January 3, 2023

SKY

Maknya dulu masa kecil, kami panggil Atot Junior sebab dia sangat serupa dengan Atot. Tapi dia tak mahu menetap dan rasanya dia spend banyak masa di rumah jiran. Tapi rasanya tak la dijaga sangat pun. Tup-tup, dia beranak. Aduhai.. dia masih kecil dan badannya kurus kering. Rasanya tak dijaga dan diberi makan proper. Tersentuh hati Mumi. 

End Disember tu, Atot Jr tu (sekarang Mumi namakan Tutiluv sebab baru tahu gegurl kan) dia selalu curi-curi masuk ke rumah untuk makan. Tapi dia selalu diperhambat oleh anak-anak kucing Mumi yang lain, kesian dia.

Alih2 dia bawa anak2 dia ke rumah. Aduhai.. bab ni Mumi lemah. Mumi sediakan tempat tidur yang elok sikit dan letak minuman dan makanan. Lama-lama seekor anaknya yang skrg kami panggil Sky memang duduk dan tidur di tempat Mumi sediakan. Walaupun Tutiluv akan pergi (mungkin jaga anak2 nya yang lain) tapi Sky tetap tinggal. Dia tak ikut. Tutiluv pun hanya datang untuk makan dan jenguk Sky untuk susukan. Tak juga susukan sebab kekadang ditendangnya Sky, kesian. Akhirnya PaMi bancuh susu bagi Sky minum.

Lihat Sky tidur seorang diri di luar tu walaupun dalam bekas yang Mumi sediakan, tetap Mumi tak sampai hati. Akhirnya Mumi bawa masuk je. Dan seterusnya sehinggalah ke hari ini, Sky tak keluar. Kalau keluar pun dia main di beranda depan je kemudian masuk semula. Mumi sediakan juga bekas tidurnya dalam rumah. 

Nanomey & kids pada mulanya garang dan marah, tapi lately mereka curious. Sampai tak senang Sky kekadang diperhati dan dicium2. Sekarang, Mumi dalam fasa melatih Sky untuk guna litter box. Dia dah pandai kencing dalam litter box. Cuma yak tu masih terkucil2. Pheww... ulang lagi fasa mendidik kittens seperti mana Mumi hadapi masa dengan Rain (RIP), Chase, Snow @ Shiro, Enush dan Ginger dulu.

Moga Sky baik2 saja. Sampai masa nanti akan didisiplinkan untuk dihantar ke vet periksa kesihatan, divaksinkan dan disunatkan. Demi kebaikan Sky juga. Mumi rasa Mumi akan sunatkan juga si Tutiluv tu, takut dia beranak lagi nanti dia hantar lagi anaknya pada Mumi. Adeh...

Mumi tak tau DOB sebenar Sky, tapi Mumi anggarkan 1 Dis. 2022.


Ini ketika Tutiluv bawa anak-anaknya singgah minta makan... 
tak sampainya hati Mumi tengok Tutiluv tinggal tulang begitu...


Sky suka duduk dan tidur dalam bekas tu. Walaupun Tutiluv berpergian, Sky tetap duduk di situ... berdikari dia. Sedihnya Mumi... Mumi dah tak nampak adik beradiknya yang lagi 2 ekor. Yang lain tu tak berapa jinak dan asyik lari bila nampak kami. Cuma Sky yang memang nak kami jaga dia.


Masuklah sayang... menetaplah jika kamu ingin berlindung di sini. Lena sangat Sky tidur lepas diberi makan dan susu. Tak adalah tidurnya terganggu macam di luar tu. Kejap2 dia terbangun bila dengar bunyi dan sebagainya. Kesian dia tak lena di luar, berjaga2 untuk keselamatan diri sendiri walaupun masih kecil. Mumi memang tak sampai hati...




“Orang-orang yang baik dan perhatian kepada makhluk Allah, 
Allah melimpahkan kebaikan dan kasih sayang-Nya kepada mereka. 
Perlihatkan kebaikan kepada makhluk di bumi agar Allah berbaik hati kepadamu.” 
(Abu Dawud dan Tirmidzi)


Assalammualaikum 2023

 Assalammualaikum FRAN,

03 Jan 2023 hari ni.

Mumi tak sempat nak say goodbye to 2022 dalam FRAN. Banyak urusan perlu disegerakan dalam tempoh tu plus kesihatan sendiri dan anak-anak yang silih berganti demam.

Alhamdulillah, masih ada izin Allah kita menjejakkan kaki di lantai 2023. As for Mumi... 2 bulan pertama tahun ini, Ibu akan ada di rumah kami. Kali ini Ibu akan duduk bergilir setiap 2 bulan di rumah anak-anak yang bertiga ni. Mencabar sedikit menjaga orang tua yang sudah tidak boleh ingat sempurna. Semoga, Allah beri ketabahan dan memudahkan kami menjaga kebajikan dan meladeni ibu sebaiknya. 

Setakat ni, Baby yang baik luangkan masa dengan neneknya. Dia tak de kawan, nenek pun tak de kawan. Elok la tu mereka berborak dan membawang berdua huhu.

Dan, tahun baru ini seekor anak kucing datang mohon menetap. Baby namakan Sky. Pheww... nak ulang beranak kecil ni, agak mencabar. Tapi, insyaAllah... Mumi tak sampai hati nak menelantarkan Sky. Biarlah... jika Sky pilih untuk menetap dan menjadikan kami keluarganya, kami bersyukur. Moga ada rezeki yang dapat kami kongsikan dengan Sky dan anak-anak kucing PaMi yang lain. InsyaAllah...

Banyak juga cerita-cerita yang Mumi belum sempat simpan dalam diari FRAN. InsyaAllah Mumi akan berdikit tulis dan simpan.

As for record, awal pagi ini Mumi dah emailkan kepada producer Draft 1 Skrip Penuh ADMY dan juga contract. At least, untuk fasa ni Mumi dah lega. Hanya menunggu ulasan Director samada perlu diperbaiki atau as good as it is. Due date serahan ikut contract ialah 9 Januari 2023.

Dan... sebulan dua ini mungkin ada perubahan dalam struktur jabatan. Ke mana dan di mana Mumi akan berada, Mumi serahkan pada Allah je. Mumi percaya Allah sayang pada Mumi. InsyaAllah, Mumi akan baik-baik saja.

2023, please be nice to me ya! :-)



#submitdraft1skripADMY&contract
#Sky
#ibuishomewithus

PAGEVIEWS