Dec. 11th kami ada majlis bertandang Yah di Gerik, Perak. Alang-alang, lepas bubar Family Day, kami sambung untuk north trip. Sebenarnya Mumi dah rasa trip tu nanti akan jadi penat sebab asalnya nak jalan 2 kereta tapi Pa decided guna Arusz je. My... anak2 yang dah besar panjang nak sumbat 5 orang hahaha... proven la Baby stress sampai demam kena himpit. Barang-barang pun tak beli apapun. Sekadar jalan-jalan ukur jalan tengok tempat orang, bersilaturrahim dan isi perut.
Tapi, ia akan jadi memori kami. Sebab lepas ni, bila Kakak & Abby dah kahwin dan ada family sendiri, masing-masing akan guna kenderaan sendiri. This might be the only time yang kami cramp bersama dalam satu kereta hahaha.
Cuma, Mumi tak sangka, trip tu jadi double penat dan stress utk Mumi. Nak kata stress, tak baik pula. Allah dah beri rezeki, cuma timingnya agak menguji.
Bila producer kata ADMY lulus pitching sesi Julai 2022, dan mesyuarat penerbitan dengan RTM pada 15 Disember 2022 tu... maka, north trip kena dipendekkan hingga ke hari Rabu sahaja even plan asal nak habiskan seminggu.
Not only that... beberapa hari awal trip, Mumi perlu kejar deadline utk hantar treatment ADMY kepada producer sebagai persediaan mesyuarat. Aiyo... 75 scenes minimum punya treatment, dalam masa tak sampai beberapa jam kalau kumpul. Sebab, most of the days kami ada aktiviti family dan dalam perjalanan (on the road). Mumi stress, sampai sakit kepala. Hahahaha....
Maka jadilah Mumi 'on-the-road-writer' demi ADMY. Mumi simpan diarinya di sini ya...
Bila driver & co-driver, both ladies yg terpaksa bekerja di perjalanan.
Co-driver tu sampai sudah tak pegang stereng huhu... mumi la tu...
(photo by Papa-Nash yg duduk di belakang huhu)
Betapalah terdesaknya Mumi untuk siapkan treatment ADMY. Meeting hari Khamis, 15th Dec. 2022, Ahad @ Isnin perlu submit untuk producer compile & prepare utk meeting. Sedangkan Sabtu -Isnin tu (10-12/12/22) ada majlis bertandang & family day di Grik. Dan... resort di Grik tu, handphone Mumi tak dapat line internet! Wawawawa mumi nangis....
Sebelum sampai resort di Grik, kami singgah cari makan. Kat kedai makan, hari hujan... perut lapar amat, kepala pening sbb menaip dalam kereta... tapi tetap perlu sudahkan treatment untuk menyampaikan kepada minimum 75 scenes. Menitis airmata dalam hati Mumi nak selesaikan 75 scenes tu. Nak capai bintang bukan senang rupanya... eh, bila masa pula nak capai bintang tu senang kan...? hahahaha
Tapi... laksa & dan lai chi kang kat kedai makan tu serius sedap! Tak tahulah mmg sedap atau sebab Mumi kebuluran. Walaupun Mumi pakai telan je sebab nak cepat sbb nak sambung menaip, tapi tetap Mumi teringat kesedapannya.
Okay, photo by Papa-Nash @ paparazi ni walaupun Mumi rasa macam 'jahatnya laaa...' tapi.. itulah moment yang Mumi hargai. Dapat juga Mumi simpan dalam FRAN. Punyelah bersungguh menaip dalam kereta, sampai sakit kepala sampai tertido. Sampai tak sedar Pa & baby amek gambar Mumi tertido depan lappy dalam kereta yang bergerak hahahaha... (driver : Ayong)
Dan akhirnya, selesai juga pengalaman pertama Mumi menghadiri mesyuarat penerbitan di RTM melalui telemovie ADMY. PaMi hadir dengan director Amzari Amir dan wakil penerbit, Rusmawarnis. When the treatment submitted acknowledged by RTM as complete during the meeting, dah cukup buat Mumi rasa phewww... terima kasih Tuhan. Rasa berbaloi vacation terkorban separuh hu hu...
Perjalanan seterusnya selepas tarikh 15/12/2022 tu, haruslah menyempurnakan skrip penuhnya pula. Alhamdulillah, 1st draft full script dah Mumi emailkan untuk semakan Tuan Director pada awal pagi 03 Jan. 2023.
Jika perlu dibetulkan, Mumi akan betulkan accordingly. Jika Director kata okay, then alhamdulillah. Selesailah kerja penulisan skrip Mumi utk ADMY pada fasa ini. Fasa seterusnya adalah script reading, shooting & delivery of final product ke RTM. Akhir? Tayangan di TV, insyaAllah.
Ini adalah pengalaman pertama Mumi di RTM dan dengan producer & director ini. Semuanya berbeza dengan pengalaman telemovie Mumi yang pertama dulu iaitu IQKC di TV9. IQKC genre romantic commedy, ADMY adalah drama serius yang ringan, melibatkan perbezaan bangsa dan agama. Jika bernasib baik, ADMY dapat jadi platform melahirkan seorang talent baru berbangsa China.
Mumi tumpang doa dari FRAN & semua ya, moga yang baik-baik2 saja utk ADMY.
Semoga akan menyusul pula pengalaman seterusnya nanti... insyaAllah, aamiin...
#2ndtvbaby
#treatmentadmy
#aidemingyun
#rtm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.