Assalammualaikum FRAN,
03 Jan 2023 hari ni.
Mumi tak sempat nak say goodbye to 2022 dalam FRAN. Banyak urusan perlu disegerakan dalam tempoh tu plus kesihatan sendiri dan anak-anak yang silih berganti demam.
Alhamdulillah, masih ada izin Allah kita menjejakkan kaki di lantai 2023. As for Mumi... 2 bulan pertama tahun ini, Ibu akan ada di rumah kami. Kali ini Ibu akan duduk bergilir setiap 2 bulan di rumah anak-anak yang bertiga ni. Mencabar sedikit menjaga orang tua yang sudah tidak boleh ingat sempurna. Semoga, Allah beri ketabahan dan memudahkan kami menjaga kebajikan dan meladeni ibu sebaiknya.
Setakat ni, Baby yang baik luangkan masa dengan neneknya. Dia tak de kawan, nenek pun tak de kawan. Elok la tu mereka berborak dan membawang berdua huhu.
Dan, tahun baru ini seekor anak kucing datang mohon menetap. Baby namakan Sky. Pheww... nak ulang beranak kecil ni, agak mencabar. Tapi, insyaAllah... Mumi tak sampai hati nak menelantarkan Sky. Biarlah... jika Sky pilih untuk menetap dan menjadikan kami keluarganya, kami bersyukur. Moga ada rezeki yang dapat kami kongsikan dengan Sky dan anak-anak kucing PaMi yang lain. InsyaAllah...
Banyak juga cerita-cerita yang Mumi belum sempat simpan dalam diari FRAN. InsyaAllah Mumi akan berdikit tulis dan simpan.
As for record, awal pagi ini Mumi dah emailkan kepada producer Draft 1 Skrip Penuh ADMY dan juga contract. At least, untuk fasa ni Mumi dah lega. Hanya menunggu ulasan Director samada perlu diperbaiki atau as good as it is. Due date serahan ikut contract ialah 9 Januari 2023.
Dan... sebulan dua ini mungkin ada perubahan dalam struktur jabatan. Ke mana dan di mana Mumi akan berada, Mumi serahkan pada Allah je. Mumi percaya Allah sayang pada Mumi. InsyaAllah, Mumi akan baik-baik saja.
2023, please be nice to me ya! :-)
#Sky
#ibuishomewithus
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.