Tuesday, February 5, 2013

Vico

Hari ni Babang absent sekolah kebangsaan. For the 1st time sejak masuk sekolah dia menangis hari ini. Waktu row-call dia asyik perhati saya buat isyarat supaya saya tak beredar. Bila saya bangun nak pergi, dia keluar dari barisan dan menangis dptkan saya.

Katanya bibir sakit. Dah beberapa hari dia dapat ulser. Mlm tadi pun dia muntah-muntah sampai 3 kali. Habis kena tukar cadar, baju dia dan baju saya sekali. So, dia tak mahu pergi sekolah. Alahai... lepas maklumkan Papa dan cikgu, saya bawa dia ke pejabat je lah jadinya. Beli dan sapukan ubat ulser di bibirnya lalu sepetang dia tidur di bilik saya.

530pm kejutkan dia untuk pulang, tengok2 seluruh muka, leher dan lengannya bengkak2. Aduhai kenapa pula.... straight away bawa ke klinik, doktor kata galigata atau alergi. Hmm... dpt MC 2 hari budak ni.

Tak pe lah. Teringat ttg program minum Milo dan Vico Babang di sekolah. Gambar ni program pertama Babang minum Vico di sekolah. Sebelum ni dia dah minum Milo percuma di sekolah. Tak sempat nak abadikan moment tu...

Aduhai... seperti ternampak-nampak waktu saya berbaris dgn kawan2 nak ambil secawan kertas minuman Milo percuma di Sek Keb Beranang bertahun yg dulu.... alangkah cepatnya masa itu berlalu. Kini saya ada anak sudah... dia pula yg berbaris nak minum Milo dan Vico percuma di sekolah. Dulu kat sekolah saya cuma ada program minum Milo percuma je. Vico tak de...



Sunday, February 3, 2013

Build My World Of Dream

Buka lagi diari sbb weekend begini d best moment bersama FRAN. Kids home safely. Lately byk berita ttg kehilangan kanak2, mati dan sbginya. Aduhai, sb tu tak suka baca paper. Sbb tu juga saya adalah manusia paling riuh dan havoc kalau dgn anak2. Go anywhere, kids must be within my sight.

Dah lunch, kids settle down dpn TV. Kartun as usual. Few hours more before Papa Nasir come back from his weekend MBA class. Got time for my own. Nak membelek KTVH sekejap.

KTVH adalah mss ke-4 yg dah saya selesaikan. Sama mcm MDH, KTVH juga mss yg saya selesaikan dlm jangkamasa tak sampai 1/2 tahun. Hmm... bila ilham dianugerahkan dan kelapangan diberikan, Alhamdulillah. 

Skrg KTVH dlm my reading n semifinal editing. Dah few weeks tapi proses ni sgt lembab saya sudahkan. Padahal dlm otak ni story ADI flow mcm nak tumpah.menunggu turn. 

Hmm... tak pe lah. Sudah cepatpun bukan boleh cetak hari ni (quote a sr writer said hu hu...). Mgkn ini fasa saya mengeramkan beberapa mss. Biarlah mrk que tunggu rezeki dan gilirannya. Fasa pujuk dan motivate diri sendiri he heh...


Okay, nak move on with KTVH editing sambil ditemani this song yang lately gets back into memory. I was so obsessed with this I'll Be There when I was young. Am I not young anymore now? Erk! Ntah apa-apa kan... 


RAN, chayok! Keep building your dreams!

Baik!

Ikut Selera Dia

Dah selesai masak nasi ayam dan dah suap Didik lunch. Rehat sekejap, sat lagi nak fetch kids berdua dari tuition. Unlike last weekend, pagi tadi sarapan homemade roti telur dan coco crunch je.

Babang suka mkn lempeng sejak saya buat pertama kalinya dulu tu (yg sebenarnya dia mmg sll mkn lempeng Nenek Imah dia buat...). Cuti Isnin yg lps (ganti Thaipusam), Babang tulis order utk sarapan. Lempeng n cendawan goreng. Kebetulan mmg ada bawa balik cendawan seplastik dari kenduri Sg Samak.

Kali ni saya buat lempeng lain. Tak mcm LVR yg 1st time tu. Kali ni bancuh tepung gandum dgn air suam, letak secubit garam, letak sikit susu pekat manis dan taburkan sedikit cheese mozarella. Dan kali ni juga saya masak lempeng cheese ni atas pemanggang ajaib hu hu... 




Babang berselera mkn lempeng berintikan cendawan goreng. 
Hmm... ikut selera dia... asalkan dia mahu makan.
Tapi Didik vice versa, sgt tak suka lempeng... hmm...


Saturday, February 2, 2013

Karnival Buku Karangkraf 2013

Saya baca sekali lalu ttgnya di blog Hezzy Azzra. Tapi tuntutan kesibukan harian selalu menyimpangkan ingatan. Tetiba smlm balik dari pejabat about  7pm plus, Papa Nasir tanya : "Nak pi pesta buku karangkraf tak?"

Alahai, suami saya yg sgt sweet... saya je yg tak pernah offer dia : Pa, tak nak pi memancing ke? hu hu...

Pesta buku Karangkraf ni dr smlm sampai esok. Kalau pergi siang, rasanya tak lalu. Mesti sesak gegila.. Ramai yg hantu buku hu hu... jalan pun mesti jammed dan nak parking pun mesti sgt jauh. Nasib baik pi malam.

Papa kata tak mahu withdraw duit. Guna je lah berapa je balance yg ada dlm beg duit. Hu hu.. paham... langkah berjimat cermat sampai hujung bulan. Tak pe, saya nak pi jejalan tetengok je... bukan nak beli pun. 

Hmm... mereka juga yg ambil bakul...
Papa! Cak! Timer kacih daun bunga ros ya!
Oh ya, beli buku ye juga.
Tanggungjawab kepada 'agama bangsa dan negara'  pun ya juga.
PRU is just around the corner... kami dah buat semakan di Karnival.
Igt nak tukar tempat mengundi sbb  last time rush nye lah lari balik Sri Kundang
dan shoot ke Sabak Bernam nak buang undi.
Tapi proses tukar tempat undi sama macam daftar pengundi,
takes about 3 mths.
Ini je yg mampu dibeli apart of buku2 akademik AB dan majalah2 Papa Nasir.
Discount 30% dan ada yg dijual senaskhah RM10 dan ada juga promosi harga pakej.
Kalau ada duit yang terpijak-pijak mmg nak beli semua, tapi... disbbkan duit tu nak kena lompat-lompat baru boleh capai, maka belilah berdikit-dikit... yg lain, lain hari pula...

Tuesday, January 29, 2013

Display


Ala-ala kimono vs ala-ala samurai

To be precise, they are my ultramen kecik yg baru lps mandi. 

Thought nak display tomorrow. 
Kekunun nak try WW - Wordless Wednesday
Tapi esok n lusa mungkin menjadi hari busy sedunia saya.
Hmm... hari2 pun busy...
Display je lah skrg hu hu...

Boys, time's up... esok sekolah...!

PAGEVIEWS