Friday, December 19, 2014

TONG SAMPAH

Bila seorang ketua dilihat pada mata kaca seorang pekerja, gagal memanfaatkan authorised power yang dia ada untuk lakukan perkara yang benar,  malah telah pula menyebabkan suatu pihak merasa tertindas dan dianiaya, maka pada saya hilanglah kredibilitinya.

Jabatan/bahagian merupakan pecahan/cabang kecil di dalam sebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab & fungsi spesifik sebagaimana dilambangkan oleh nama yang diberikan kepada jabatan itu.

Mengapa kita beri pengkhususan yang spesifik kepada setiap jabatan? Secara kasarnya supaya team itu dapat memfokus kebolehan dan kepakaran dalam sesuatu bidang supaya dapat memberikan output yang dikehendaki.

Apabila berlaku pertambahan pecahan atau 'pengembangan' cabang tugas dalam sesuatu jabatan atau bahagian, logiknya pengurusan akan merombak agihan kerja, struktur kerja atau akan menambah work force untuk keperluan bahagian itu. Atau mungkin perlu disemak semula apakah pecahan dan pengembangan tugas baru itu benar-benar perlu atau hanya kerja bertindih yang sepatutnya boleh 'being simplified'. 

Bila situasi di mana bahagian itu menolak pengembangan tugas dalam ruang lingkupnya dengan alasan 'tak menang tangan dengan kerja yang ada' lalu tugas baru tersebut dibebankan kepada bahagian lain yang ada pengkhususannya sendiri... ayok, something is very wrong with some people punye ATTITUDE & BRAIN.

Apatah lagi humbanan beban tugas itu dibuat kepada sebuah bahagian lain yang kononnya dikatakan 'your team are not strong'. Label perlu ada justifikasi berdasarkan bukti. Bukan suka-suka keluar di mulut. Kalau sesebuah bahagian itu masih berfungsi (walau tangan kaki semua dah jadi macam sotong, makan minum depan komputer, keluar office selepas semua punch card dah punched, dapat MC pun hati ingat kerja, masuk juga pejabat), delivered tugas hakiki plus kerja orang lain yang dibebankan ke atas bahagian itu, how come you boleh kata that team is not strong?

By right, team yang menolak tanggungjawab hakikinya itulah must be questionned "Are you and your team not capable 'enough' to carry your job and other job belongs to your department, till you need to surrender to another department to carry them for you!?" 

Masalah perlu dikenalpasti. Masalah perlu ada strategi penyelesaian. Most of the time, penyelesaian untuk sesuatu masalah bukan mudah. Kalau setakat penyelesaian seperti, "Kau tak nak? Tak apa aku suruh dia buat."  How pathetic... macam buang barang dalam tong sampah.

Tong sampah pun dah lama ada klasifikasi tau! Tujuannya untuk memudahkan proses kitar semula demi menyelamatkan kelangsungan bumi (sehingga saat ditiupkan sangkakala). Rasanya ada 3 jenis tong sampah (sorry, kalau dah terkurang atau terlebih). Tong biru untuk sampah berasaskan kertas, coklat untuk sampah berasaskan kaca dan yang jingga tu untuk sampah bekas2 aluminium, plastik dan keluli.

Bila tak diberi peluang 'fight for right', maka redha ajelah atas motivasi 'tak apalah, agaknya awak lebih capable untuk buat tugas tu, dan mungkin juga ini akan jadi salah satu pintu rezeki awak nanti."

Tak kisah kalau nak bagi, tapi bagilah dengan cara yang sopan dan saksama ikut peraturan. Kita ni semua manusia yang ada hati dan perasaan walaupun ada tagline 'saya yang menurut perintah'. Hai, kalau tak serah hati pada Allah, tak taulah...

Hari ini hari Jumaat. Nak tambah ilmu di dada sikit supaya yang baik ditauladani dan yang buruk disempadani. Wallahualam.

 Firman ALLAH SWT di dalam 
surah an-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil, sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.”

Tuesday, December 16, 2014

Menuju Puncak!





MAHAN dengan aktiviti kegemarannya... panjat tangga.
Pa, pasanglah besi pengadang tu...
tak larat nak turun naik kejar MAHAN ni...

"Babang makan mangga
Didik lastik cicak
MAHAN panjat tangga 
Hendak Menuju Puncak!" 
(RAN)

Sunday, December 14, 2014

SPORTING CAMPUS : FUN RIDE 2014

Anak-anak dah tidur. Keletihan. Ditemani Papa, sambil menonton Gegar Vaganza (nape pulak ketagih ni hu hu), saya ingin simpan diari hari ni dalam FRAN.

Ada Pesta Buku di PWTC. Ada acara berbasikal tahunan di kawasan kami. Tapi tahun ini kami sekeluarga alih aktiviti. Sporting Campus - Fun Ride @ UiTM. Sebenarnya saya book program ni nak isi waktu luang AB sebelum kem cuti bermula. Kang kot dia kata bosan duduk di rumah kena entertain d'boys memanjang.


Memulakan aktiviti dengan senamrobik - stretching sebelum mulakan Fun Ride. Best part bila lihat MAHAN enjoyed the songs as well. Dan Babang yang tak kuasa nak sambung senamrobik. Papa said he's not keen of doing things he didnt' enjoyed... that's Babang.

Baca doa dulu ye. Semoga selamat berbasikal pergi & balik. 
They went 20km. AB seram sejuk. Hu hu

Sementara menunggu Fun Riders tu balik, saya kena entertain d'boys. Adoi lotih bertengkek-tengkek. Cramp kaki tangan. Mujur juga Babang & Didik agak independent. 

2 orang budak tu ligat merata padang kawad. 

They warmed up... 

 
@ Sukaneka. You did well boys. Sorry, ummi tak dapat tengok untuk 2 acara akhir tu sebab MAHAN dah keriau nak nenen.. Tapi Ummi tetap lihat dari jauh. Ummi nampak kamu, don't worry...

Dapat hadiah stationeries dari sukaneka. Boleh guna untuk sekolah nanti.
Budak berdua ni pagi waktu kejut punyelah marah tak mau ikut.
Tapi dah sampai, mereka yang melebih.,
Waktu submit borang mereka, saya harap either AB @ Papa akan dapat\
hadiah cabutan bertuah. She got it! Alhamdulillah.
AB, bila Ummi suggest atau larang kamu buat sesuatu, ada sebabnya.
It just that you could not digest it yet... someday you will.
Oh, ada sijil penyertaan juge. Hu hu...

Hmm... December should be (usually) a busiest month in year. Sebab, accounting year end for most companies/organizations normally is December. Tapi sejak berada di UiTM, Disember saya tak se'busy' dan se'hectic' dedulu... alhamdulillah.

Still, saya rasa aktiviti keluarga kami pack bulan ni. At least itu yang dah thick pada kalendar. Jadi atau tidak, terpulang pada-Nya. Kita merancang dengan CITA tapi DIA merancang dengan CINTA.

Saya suka sangat tengok my family enjoyed their times. Suka tengok anak2 happy dengan aktiviti mereka. Pasti ada yang mereka pelajari. Eg AB half way cycling, then rehat dalam ambulan sebelum sambung lagi her half cycling journey. At least dia lihat suasana universiti untuk memangkin keinginan belajar bersungguh. Same should goes to my boys.

Dan alhamdulillah, sejak apa yang terjadi tu terjadi, saya rasa disebabkan itu juga saya ada lebih masa terluang untuk aktiviti keluarga. So, benarlah things happen for reason. Sekalipun reason tu sangat pedih. 

It didn't affect me much. Because of it, I saw the real true colour of some people. True color. What an expensive and exclusive experience. TQ Allah.


Notes : 
Err... banyaknye gambar. Ampunkan saya...
Adoi, penat tengok Ifa Raziah ni. Ada unique attitude tapi saya confuse dia nak jadi siapa sebenarnya... hmm... 


Saturday, December 13, 2014

Kecacatan Yang Indah

 
Babang n Didik normal. MAHAN ada sikit cacat. Erk!?

Sebab bila MAHAN lahir, day after day, I noticed he has dimple on both cheeks. Day after day, obvious pulak dimple tu bila dia senyum atau ketawa. Alahai....

Orang kata, sesiapa yang ada dimple @ lesung pipit ni, mengalami kecacatan otot. Tapi, biasanya orang yang ada dimple ni bila senyum nampak sweet sangat. Nampak comel jer, nampak cantik jer. Macam tak sesuai pulak dikatakan cacat.

'Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.'

Belek2 Papa... no, he doesn't got any. Belek2 diri sendiri. Dimple ke tu? He he... perasan sendiri. Ada kot, but very not obvious lah macam MAHAN punye. Kiranya betullah tu orang kata ada kajian yang stated dimple ni inherited dari genetik.

Apapun, they suit you very well my dear baby. You look sweet when you are accompanied by them.

Alhamdulillah. Hari ini @ 1140 a.m. MAHAN genap berusia 10 bulan. Dah tumbuh 4 batang gigi. Dah makan dan minum macam-macam. 3 perkataan je yang dia baru tau - Papa, Ma & Nanana. Dia panggil orang dengan sebutan 'Hah'. Dan dah panjat tangga macam lipas kudung.

How time has flown... but my eyes can still see what was happening that day - 13/02/2014.

Nota : 
Che Bunga! 
MAHAN ada sweet dimple... suka tak?

Thursday, December 11, 2014

Act 1, 2 & 3 : SKRIP PATUH SYARIAH

Alhamdulillah, dapat izin dari-Nya & dari Papa juga anak2 untuk saya hadir menimba ilmu baru di Bengkel Asas Penulisan Skrip Patuh Syariah dengan ilmu yang dikongsi oleh Tuan Zabidi Mohamed di Wisma Karangkraf, 6-7 Disember lalu.

Papa excellence, babysit MAHAN n boys on Sunday tu. Terima kasih daun keladi ya!

Banyak yang saya pelajari. Bagaimana nak tulis skrip yang bukan saja berkualiti dengan teknik Act 1, Act 2 & Act 3 tapi juga patuh syariah. Apa yang dikatakan patuh syariah dalam konteks penerbitan drama dan filem, bagaimana hendak buat presentation untuk script proposal kepada producer & stesen TV dsbg.

Skrip patuh syariah bukan sekadar 'pakai tudung' & elak bersentuhan antara bukan mahram. Ia lebih kepada pematuhan dan penerapan nilai-nilai murni yang diterima oleh Islam. Begitu pada saya, praktikal. Bukan sekadar theoritical. Contoh seperti drama Mencari Nur Khadijah, yang merupakan antara skrip terbaik dihasilkan Tuan Zabidi.

It wasn't just for script writing. It was more than that to me. 2 hari itu, beroleh pengalaman tentang realiti dunia buku, skrip & dunia drama/filem. Kenal & dapat rakan baru, share ilmu & pengalaman hidup mereka. Jadi panduan & sempadan. Semakin nak jadi hamba Allah yang lebih baik.

Saya ni nak dapat letak satu baby-book atas rak pun, semput. Tulis skrip? Cita-cita tu ada. Hmm... nak kena tahajjud ni. Minta izin agar ilham yang baik dipermudah turunnya ke skrin lappy. Minta waktu, kesihatan, tenaga & usia dari DIA. Ni asyik2 'terkejut' je tengah malam. Tu pun sebab MAHAN keriau terlepas susunya. Kalau belum mampu untuk istiqomah dengan tahajud, hmm.... sendiri mau ingat la RAN.

Terima kasih Tuan Zabidi, minta halalkan ilmu yang diberi ya...
Makan semeja dengan Eija Khadeeja (novelis Alaf 21 ,
script writer sis Zuli, Exec Prod Astro Prima sis Jannah n 2 others... rasa kecil sangat...
Kawan2 baru - Kalam Ardhini (penulis artikel majalah Aisyah/Ana Muslim),
sis Iza Safiya (novelis Alaf 21), diapit script writers cum writers DBP/Wadah Siswa -
sis Mimi & sis Nurulsham
My dearest lappy bersama Eija, tukang key in skrip yang saya baca
ke dalam Script writing software : Finaldraft 7.
Touched when he said (dalam versi yg saya ingat), "Dalam hidup kita, di samping dosa... mungkin ada sedikit kebaikan yang pernah kita lakukan. Tak tau juga kebaikan yang mana dapat bantu kita ke syurga. Ini je yang saya tahu buat, dan saya harap kalau ada pahala dari skrip saya, moga ia dapat bantu beratkan timbangan pahala berbanding dosa saya yang banyak di sana nanti..."

Sebahagian  dr kami, kenangan bersama Tuan Zabidi Mohamed, Pn Asmah dan
Ustaz Zamri Zainal Abidin @ akhir bengkel, petang 7 Disember 2014
Antara medium perjuangan demi agama...
knowing even some about him, I do agree that 'experience' is the best teacher in life.
Semoga perjuangan tuan diberkati Allah & berjaya mencapai puncak matlamatnya.  Aaamiin.

Keinginan perlu reconcile dengan keupayaan. Upaya saya buat masa ini ialah serap dulu ilmu ni dalam mss writing yang sebenarnya memang saya applied sedikit sebanyak selama ni. Kalau tak buat begitu, mau hilang semua story flow bila masa menulis tercantas dengan rutin kewajipan yang lain.

Lulus kalu, baru kita gerak ke hadapan ye RAN. Andai berjaya hasilkan skrip patuh syariah dan diterbitkan, alangkah manisnya saham yang diperoleh bila dapat menyampaikan yang baik kepada ramai. Terbayang Gunung Uhud, hmm...

Kalaupun saya tak sempat nak realisasikan apa yang saya sangat suka & sangat ingin hendak lakukan dalam hidup ni, hopefully sikit pengetahuan ni dapat saya berikan kepada any of my boys, shall they share the same passion.

Kalau tengok gaya, Didik macam ada potensi. Hmm.... saya masih ingin perhati perkembangan Didik lagi.

A walk to remember :
Dapat 4 goals @ 1st half (Piala AFF Suzuki 2014) pun saya sakit jantung. Takut mereka susah payah kang nak sampai ke tiupan wisel terakhir. Tapi akhirnya Alhamdulillah. Tahniah untuk pasukan bola sepak Malaysia. Jom mara Harimau! Didoakan 'all the best'!

PAGEVIEWS