Monday, January 19, 2015

1st week, done!

Am watching New Police Story. Tapi rasa sedih & bekas airmata dari rancangan TV3 tadi tentang banjir di Manik Urai masih berat. Sedihnya lihat keadaan sekolah begitu. Tambah sedih lihat anak-anak yg tetap hadir ke sekolah walau lumpur & selut masih basah di kaki.

Hectic week. Menyebabkan saya rindu FRAN. Akan beginilah sehingga hujung tahun. Relax sedikit may be, bila cuti sekolah. Tahun ini uruskan Babang & AB.  Berpusing bentuk 8 dgn urusan ambi l /hantar anak2 3x sehari di samping rushing sempurnakan amanah di pejabat. 

Tahun depan kalau ada izin Allah dapatlah saya lihat Didik masuk tahun 1. Kena urus 3 orang pula nanti. Babang & Didik akan berselang sesi SKS7 & Al-Amin.  Tak tau lah macam mana...

Alhamdulillah, dalam pada hati berat dgn simpati pada nasib anak-anak yg dilanda banjir, 1st week persekolahan di sini berlalu seadanya walaupun sekeluarga tak sihat. Papa yg mula2 demam, batuk & serak suara, kemudian mengikut semua. Saya pun baru baik dari bleeding nose. Batuk & semput masih ada walaupun kurang. Last 2 weeks, inhaler tahan seminggu je. Haish, macam manalah nak hadapi 'musim sejuk' tak lama lagi ni?

Babang & Didik walaupun batuk agak teruk, gigih pergi sekolah. Mandi air shower yg sejuk kedekang, lewat2 pun 6 pagi setiap hari. Sedih saya... terkenang kemudahan mereka di No.5. Tak apalah... at least we have better life here compared to those yg hilang kediaman, harta benda & even orang tersayang mungkin. Nanti ya nak... kalau ada rezeki kita pindah masuk rumah sendiri bila tenant No 23 keluar selepas dua tiga bulan nanti, Papa pasang semula heater kamu ya.

MAHAN pun asyik meragam sepanjang malam minggu lepas sebab batuk. Awal malam tadi ni pun dia muntah habis baju, bantal & cadar. Kepala masih sakit on & off. Kalaulah boleh keraskan hati untuk tinggalkan urusan pejabat, ambil MC & berehat. Unfortunately I can't...

This is life. Everybody go through it... cuma dalam versi cerita berbeza je. Apapun dugaan mendatang, redha melaluinya.

Even penat, rushing & kadang stressful, ia tak terbanding dengan bahagia melihat anak-anak pergi & balik sekolah dgn ilmu & pengalaman yg mereka perolehi. Apapun, menyekolahkan anak-anak adalah pelaburan paling besar dlm hidup ibubapa. Saham sampai akhirat, insya-Allah. 

Babang, Didik... belajar rajin-rajin ye. Kami tak ada harta & nama besar untuk diwariskan. Ilmu tu je Ummi & Papa dapat tinggalkan sebagai bekalan kamu. Kami menumpang je jika ada ingatan & kasih sayang kamu terhadap kami sesudah kami tinggalkan dunia & transit di alam barzakh nanti.

Okay... tak larat nak sesayu lagi. Biar ia ada dalam hati & dalam doa. Chill! Nak simpan memori pre & post hari pertama persekolahan 2015. And hopefully anak-anak yg mengalami musibah banjir, terus tabah hadapi dugaan. InsyaAllah akan ada izinNya melalui doa, kasih sayang & bantuan ramai, kamu semua menyambung semula sesi persekolahan seperti ada sebelumnya.

Last weekend b4 sekolah bermula... tak sabar nampaknya nak ke sekolah.
D'day teman Ummi mereka jumpa dentist utk cabut geraham. Seminggu gusi berdenyut, hu hu...
Babang tukar kelas utk tahun 3. Belajar rajin2. Tougher academic fight this year...
Papa salah tarikh... Didik pi sekolah on the 2nd day...
semua cikgu dok tanya awat Amir Zafri tak datang 1st day... hu hu...

Dan, lega sangat rasanya bila KTVH juga selesai lalui fasa final-edit. Dah juga serah via email kepada editor pada hari pertama persekolahan bermula. Hanya menunggu khabarnya sahaja. Kalau ada rezeki saya untuk lihat ia jadi baby ketiga, adalah nanti...  kalau masih belum, as always & as usual, saya akan sabar menanti hu hu...



Semoga dipermudahkan Allah, anak-anak melalui persekolahan 2015. Dan semoga dipermudahkan jua  untuk KTVH makes her way. Aaamiin...

Friday, January 9, 2015

Conquer ke Malu?

Baru ternampak gambar ini yang AB ambil sewaktu sesi penutup Kem Permata Ayah Bonda 2014. Missed letak dalam sharing awal. Patutlah sibuk minta nak bawa adiknya ni depan. Alhamdulillah, walaupun AB & Babang tak ada gambar dengan PU Hafiz, at least MAHAN (walaupun bukan peserta), dapat simpan kenangan yang sweet ni.

Semoga ada aura baik melekat pada MAHAN. Manalah tau, dewasa nanti MAHAN jadi hensem macam PU Hafiz (erk?! err... hensem macam Papa dia la, MAHAN kan anak Papa hu hu), jadi insan yang mencetus ummah dan menyampai dakwah. Bahagianya Ummi rasa walaupun hanya masih dalam impian & harapan, MAHAN...

Tapi nak tergelak tengok gambar2 ni. As if, MAHAN tak nak si girl tudung merah (peserta kem rasanya ni) tu bergambar dengan dia & PU Hafiz. Ish, janganlah macam tu nak. Kecik2 dah pandai conquer ni, hu hu.

Atau, saya translate as, MAHAN malu bergambar dengan girl... hu hu...

Anak siapalah ni? Minta maaf ye, saya pinjam wajahnya tanpa kebenaran di FRAN ni. Dah kebetulan mereka bergambar bertiga. Tak sampai hati pula nak crop her out. Nanti gaya2 MAHAN tu nampak pelik pulak, hu hu.



Sabda Nabi - kelebihan orang alim dan orang abid 
adalah seperti bulan dan bintang-bintang dikelilingnya, 
abid di sini merujuk kepada orang yang rajin beribadat tanpa ilmu.

Tujuan berilmu ada 3 -
1. Menghilangkan kejahilan,
2. Diamalkan dan
3. Disampaikan kepada orang lain

Sunday, January 4, 2015

KTVH - Fasa Edit Terakhir, Hopefully...

Baru setengah jam dapat duduk semula depan lappy selepas sudahkan puding laici. Nak bawa untuk baca doa selamat sempena pindah kedai Papa & partners esok petang. Semoga murah rezeki dan diberiakri Allah. Saya ingin selalu jadi supporter awak dari belakang dalam waktu susah maupun senang kita. 

Papa masih ngeteh dengan jiran2nya depan rumah. Dah buatkan mereka sejug teh panas, dan keluarkan beberapa bekas puding. Itu saja rezeki yang ada malam ni, alhamdulillah.

Skrin KTVH terbuka dari sesudah Subuh. Kerja-kerja mengedit fasa akhir (harap2lah). Based on feedback dari seorang teman setelah 4 chapters KTVH posted in ilham. Baru dapat edit 19 chapters. Hundreds more pages to go.

Tak larat kot nak selesaikan. Mata dah mengantuk sangat. Esok perlu tenaga untuk sediakan satu lagi menu majlis. Udahle sepanjang hari ni tenaga digunakan berselang-seli dengan urusan rumahtangga & urusan edit KTVH. Saya pulak memang jenis manusia cepat penat semedang.

Komen telus perlu ambil kira. Kerana komen itu saya strukturkan semula plot chapter 1 & 2. Susun semula pharagraphs. Banyak paragraphs terpaksa buang. Banyak naratif terpaksa saya pejam sebelah mata, delete je. Readers tak berapa suka naratif informasi yang agak banyak. Readers suka fast rhytm. Dan saya pula jenis manusia kena susun A,B, C, dan seterusnya. Kiranya saya lembablah hu hu...

Saya cuba untuk jadikan KTVH beza sedikit dari kakak-kakaknya.

Kerana Taufiq versus Hidayah (KTVH) dalam portal Ilham.Karangkraf
Saya pinjam MAHAN jadi model untuk cover sementara KTVH hu hu...
Thank you dear MAHAN.


Edited copy mungkin tak akan saya repost to replace the existing in di Ilham. Tak apalah, nanti kalau repost takut readers confuse. Let the existing be in Ilham. Edited KTVH kalau ada rezeki, mungkin ada dalam naskhah yang diterbitkan lah kot... wallahualam.

Dalam Ilham banyak cerita baru. Suka tengok. Penulis2nya pun aktif promosikan posting mereka. Saya tengok ajelah hu hu... saya cuma pandai simpan dalam FRAN. Saya belum pandai buat promosi besar dalam media sosial lain.

Adoi, mata saya dah nak terpejam.

KTVH... sorry ya. Saya perlu tidur. Kalau saya edit awak dengan mata segaris dan otak yang tak fokus, esok lusa bila tercetak, tengok semula, saya sendiri tak tau apa yang saya tulis hu hu...

KTVH... esok kita tak dapat berjumpa rasanya. Tak apa, hujung minggu depan adalah target untuk sempurnakan awak sehabis daya. Bila anak-anak dah memulakan sekolah 12hb nanti, saya harap dapat hantar awak kepada editor.

Doakan saya...

Selamat malam. Eh... pagi? Yang sebetulnya, selamat tidur. Hu hu...

Saturday, January 3, 2015

Salam Buat Mu


Assalammualaikum Ya Rasulullah
12 Rabiul Awal Tahun Gajah

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  

 يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ  

 Note : Ya Allah, Ya Nabi...
            MAHAN dah bangun... 1st thing dia buat cari Ummi dia
            Like his cousin Firas, MAHAN pun suka lagu Ya Hanana
            Tiap kali kami nyanyikan atau dia dengar Ya Hanana
            He always shows appreciation & excitement
            The good thing is MAHAN akan sambut lagu tu
            Pada bahagian irama yg sama tiap kali, dgn style sendiri
            MAHAN... hari ni birthday Rasulullah!
            Budak ni dah duduk atas riba... kena off pc la jawabnya...
            Moga ada umur lagi to wake up in d morning
            on Rasulullah 2nd birthday in this year on 24th Dec. 2015
            Aaamiin...

Thursday, January 1, 2015

KEM PERMATA AYAH BONDA 2014

Assalammualaikum all & 2015!

FRAN buka 2015 dengan sharing yg lewat tahun ni secara auto ye. Yg sebenarnya, tak gamak nak share diari ni bila saudara2 di pantai timur sdg lalui ujian hidup. Tak apalah ya Babang & AB... Ummi simpan hari ini ye. 

Sejak cuti sekolah akhir 2014 bermula, Babang bising tanya tentang kem. Semua gara2 I-Fun Camp last June tu. Dia dah seronok. Survey juga, tapi kena sesuaikan dengan banyak perkara. Nak lepaskan anak pergi kem jauh-jauh, masih belum berani.

Ada kawan kata anak2nya tak berminat langsung bila sebut tentang kem. Sedih dia lihat anak-anak lebih suka duduk di rumah main gadget siang sampai malam. My kids pun begitu. As long ada di rumah, itu ajelah yang mereka tau. Lagi2 parents bekerja, tak de siapa nak pantau di rumah. 

Saya rasa, jika kita ingin anak2 berminat, mungkin boleh mulakan dgn tunjukkan gambar2 aktiviti mana2 kem cuti yg menarik. Most probably, we can let them start with outdoor camp. Bebudak kan suka aktiviti2 luar.

Babang pun mula2 attend Kem Permata Ayah Bonda (KPAB) ni, katanya I-Fun lebih seronok. Haruslah begitu... boy prefers outdoor. Bila kem dalam masjid, dalam bilik kuliah... mulalah otaknya menerawang hu hu. Tapi KPAB ni bervariasi aktivitinya. Eventually, they were happy & enjoyed it.

Promosi kem di email saya. Immediately terus daftar Babang & AB.
Harap2 tahun depan masih ada. Open to public juga.

Kem dari 16hb-20 Disember. 5 hari dari jam 8pagi - 530petang. Tak bermalam. Babang dari awal cuti bermula, dah bising nak pergi kem.

Kem PAB ni buat di masjid UiTM, sebelah office je. So, pergi balik dgn saya. Setiap pagi bawa mereka ke office, dari top parking area tu Babang & AB crossed je laluan tepi bukit ke masjid. Baliknya mereka ikut laluan sama juga. Hari pertama saya hantar. Stayed utk dgr briefing dari Ustaz Hasan & jenguk ketika lunch break. Days after tu, tak larat dah. Semput nak cross ke masjid plus kerja hujung tahun yg perlu speed up.

Babang & AB on 1st day @ Dewan Muktamar 1.
Briefing for kids n parents.

Tugas kem yg utama ialah menghafaz 10 ayat awal surah Al-Kahfi. Ayat-ayat yg akan melindungi kita dari fitnah Dajjal. Dunia pun makin bergerak ke hujung usianya. 

Lain-lain aktiviti mereka... tak reti nak cerita. Let the prictures share the moments ya...

Sedikit senaman setiap pagi sebelum memulakan aktiviti. Cergas!
Aktiviti utama menghafaz surah, hadis & 10 ayat awal surah Al-Kahfi mengikut peringkat umur.
Klinik2 dlm LDK saya dapati menggunakan pendekatan 'istilah terbalik'. Jadi isu juga seketika bila anak2 bercerita dgn ibubapa 'ustaz kata pakai tudung tak wajib'. Yg sbnrnya mereka didekatkan dgn pengertian & pemahaman sbnr bhw 'pakai tudung tak wajib, tapi tutup aurat tu yg wajib'. 

Sesi menonton cerita sirah Islam (Babang in yellow shirt)
Babang's group presentation... LDK.
Outcome dari aktiviti Junior Muslim Engineer & Architect
Aktiviti Junior Muslim Masterchef
Amboi kak AB? Sedap ye awak masak... bertambah nampak? hu hu
Menghidupkan sunnah Rasulullah, makan berjemaah dlm dulang.
1st time for Babang... hopefully he enjoyed & digest the purpose...
Sejak Disember, MAHAN suka buat style ni. Org tua2 kata, dia nak belajar berdiri. Tapi gaya mcm nak buat summer sault je baby? Boy in blue baju melayu tu anak bongsu (baya Didik) ex classmate saya di matrikulasi dulu, skrg pensyarah di UiTM. Bertemu juga kita ye Idah...


Selawat yg PU Hafiz dendang ini katanya 'hot from oven'. Baru ja selesai rakam petang sblm hadir ke kuliah ke PAB mlm itu. Alhamdulillah... sejuk hati dgr melodinya.

Honestly, saya tak berpeluang tonton rancangan Pencetus Ummah (1). Sedihnya. Tapi melalui tazkirah PU Hafiz (Juara PU musim 1), saya berazam tonton 2nd PU Final, lagipun mmg saya dah ikut few episodes. Semoga suatu waktu kelak anak2 saya jadi Muslimin berilmu dunia & akhirat.

N no wonder ada PU Hafiz utk mlm penutup kem. Kawan sekolah Ustaz Hasan rupanya.... hu hu...

Kbykan gambar2 ni sumbangan ehsan Ustaz Hasanuddin. Ada yg dihantar ke grup wasap Kem PAB. Ada juga gambar2 Babang & AB yg ustaz hantar ke wasap personal saya. Terima kasih ustaz, semoga Allah kurniakan sgl kebaikan di dunia & akhirat kpd Ustaz atas segala tujuan & hasrat murni ustaz & team utk beri ilmu Islam kpd anak-anak kami.

Sepatutnya bermula 25 Dec (3 hari), Babang & AB joint kem Kembara Desa di bwh anjuran ustaz juga di Homestay Banting. Alhamdulillah, rencana Allah penuh dgn cinta. Atas faktor cuaca, kem ini ditangguhkan. InsyaAllah akan ada waktunya nanti yg diizin Allah.

Selain memenuhi permintaan Babang & AB yg ingin joint kem cuti lagi, saya ingin anak2 dpt penuhkan masa luang dgn aktiviti yg berilmu & bermanfaat. Dlm kem begini juga, mereka dpt menjalin ukhwah & silaturrahim baru. Belajar berinteraksi dgn rakan2 baru & berdikari.

2015... semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.
2015... semoga tahun ini menyeka airmata yang lalu...

Insya-Allah. Alhamdulillah.

PAGEVIEWS