Baru setengah jam dapat duduk semula depan lappy selepas sudahkan puding laici. Nak bawa untuk baca doa selamat sempena pindah kedai Papa & partners esok petang. Semoga murah rezeki dan diberiakri Allah. Saya ingin selalu jadi supporter awak dari belakang dalam waktu susah maupun senang kita.
Papa masih ngeteh dengan jiran2nya depan rumah. Dah buatkan mereka sejug teh panas, dan keluarkan beberapa bekas puding. Itu saja rezeki yang ada malam ni, alhamdulillah.
Skrin KTVH terbuka dari sesudah Subuh. Kerja-kerja mengedit fasa akhir (harap2lah). Based on feedback dari seorang teman setelah 4 chapters KTVH posted in ilham. Baru dapat edit 19 chapters. Hundreds more pages to go.
Tak larat kot nak selesaikan. Mata dah mengantuk sangat. Esok perlu tenaga untuk sediakan satu lagi menu majlis. Udahle sepanjang hari ni tenaga digunakan berselang-seli dengan urusan rumahtangga & urusan edit KTVH. Saya pulak memang jenis manusia cepat penat semedang.
Komen telus perlu ambil kira. Kerana komen itu saya strukturkan semula plot chapter 1 & 2. Susun semula pharagraphs. Banyak paragraphs terpaksa buang. Banyak naratif terpaksa saya pejam sebelah mata, delete je. Readers tak berapa suka naratif informasi yang agak banyak. Readers suka fast rhytm. Dan saya pula jenis manusia kena susun A,B, C, dan seterusnya. Kiranya saya lembablah hu hu...
Saya cuba untuk jadikan KTVH beza sedikit dari kakak-kakaknya.
Kerana Taufiq versus Hidayah (KTVH) dalam portal Ilham.Karangkraf
Saya pinjam MAHAN jadi model untuk cover sementara KTVH hu hu...
Thank you dear MAHAN.
Edited copy mungkin tak akan saya repost to replace the existing in di Ilham. Tak apalah, nanti kalau repost takut readers confuse. Let the existing be in Ilham. Edited KTVH kalau ada rezeki, mungkin ada dalam naskhah yang diterbitkan lah kot... wallahualam.
Dalam Ilham banyak cerita baru. Suka tengok. Penulis2nya pun aktif promosikan posting mereka. Saya tengok ajelah hu hu... saya cuma pandai simpan dalam FRAN. Saya belum pandai buat promosi besar dalam media sosial lain.
Adoi, mata saya dah nak terpejam.
KTVH... sorry ya. Saya perlu tidur. Kalau saya edit awak dengan mata segaris dan otak yang tak fokus, esok lusa bila tercetak, tengok semula, saya sendiri tak tau apa yang saya tulis hu hu...
KTVH... esok kita tak dapat berjumpa rasanya. Tak apa, hujung minggu depan adalah target untuk sempurnakan awak sehabis daya. Bila anak-anak dah memulakan sekolah 12hb nanti, saya harap dapat hantar awak kepada editor.
Doakan saya...
Selamat malam. Eh... pagi? Yang sebetulnya, selamat tidur. Hu hu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.