Thursday, January 1, 2015

KEM PERMATA AYAH BONDA 2014

Assalammualaikum all & 2015!

FRAN buka 2015 dengan sharing yg lewat tahun ni secara auto ye. Yg sebenarnya, tak gamak nak share diari ni bila saudara2 di pantai timur sdg lalui ujian hidup. Tak apalah ya Babang & AB... Ummi simpan hari ini ye. 

Sejak cuti sekolah akhir 2014 bermula, Babang bising tanya tentang kem. Semua gara2 I-Fun Camp last June tu. Dia dah seronok. Survey juga, tapi kena sesuaikan dengan banyak perkara. Nak lepaskan anak pergi kem jauh-jauh, masih belum berani.

Ada kawan kata anak2nya tak berminat langsung bila sebut tentang kem. Sedih dia lihat anak-anak lebih suka duduk di rumah main gadget siang sampai malam. My kids pun begitu. As long ada di rumah, itu ajelah yang mereka tau. Lagi2 parents bekerja, tak de siapa nak pantau di rumah. 

Saya rasa, jika kita ingin anak2 berminat, mungkin boleh mulakan dgn tunjukkan gambar2 aktiviti mana2 kem cuti yg menarik. Most probably, we can let them start with outdoor camp. Bebudak kan suka aktiviti2 luar.

Babang pun mula2 attend Kem Permata Ayah Bonda (KPAB) ni, katanya I-Fun lebih seronok. Haruslah begitu... boy prefers outdoor. Bila kem dalam masjid, dalam bilik kuliah... mulalah otaknya menerawang hu hu. Tapi KPAB ni bervariasi aktivitinya. Eventually, they were happy & enjoyed it.

Promosi kem di email saya. Immediately terus daftar Babang & AB.
Harap2 tahun depan masih ada. Open to public juga.

Kem dari 16hb-20 Disember. 5 hari dari jam 8pagi - 530petang. Tak bermalam. Babang dari awal cuti bermula, dah bising nak pergi kem.

Kem PAB ni buat di masjid UiTM, sebelah office je. So, pergi balik dgn saya. Setiap pagi bawa mereka ke office, dari top parking area tu Babang & AB crossed je laluan tepi bukit ke masjid. Baliknya mereka ikut laluan sama juga. Hari pertama saya hantar. Stayed utk dgr briefing dari Ustaz Hasan & jenguk ketika lunch break. Days after tu, tak larat dah. Semput nak cross ke masjid plus kerja hujung tahun yg perlu speed up.

Babang & AB on 1st day @ Dewan Muktamar 1.
Briefing for kids n parents.

Tugas kem yg utama ialah menghafaz 10 ayat awal surah Al-Kahfi. Ayat-ayat yg akan melindungi kita dari fitnah Dajjal. Dunia pun makin bergerak ke hujung usianya. 

Lain-lain aktiviti mereka... tak reti nak cerita. Let the prictures share the moments ya...

Sedikit senaman setiap pagi sebelum memulakan aktiviti. Cergas!
Aktiviti utama menghafaz surah, hadis & 10 ayat awal surah Al-Kahfi mengikut peringkat umur.
Klinik2 dlm LDK saya dapati menggunakan pendekatan 'istilah terbalik'. Jadi isu juga seketika bila anak2 bercerita dgn ibubapa 'ustaz kata pakai tudung tak wajib'. Yg sbnrnya mereka didekatkan dgn pengertian & pemahaman sbnr bhw 'pakai tudung tak wajib, tapi tutup aurat tu yg wajib'. 

Sesi menonton cerita sirah Islam (Babang in yellow shirt)
Babang's group presentation... LDK.
Outcome dari aktiviti Junior Muslim Engineer & Architect
Aktiviti Junior Muslim Masterchef
Amboi kak AB? Sedap ye awak masak... bertambah nampak? hu hu
Menghidupkan sunnah Rasulullah, makan berjemaah dlm dulang.
1st time for Babang... hopefully he enjoyed & digest the purpose...
Sejak Disember, MAHAN suka buat style ni. Org tua2 kata, dia nak belajar berdiri. Tapi gaya mcm nak buat summer sault je baby? Boy in blue baju melayu tu anak bongsu (baya Didik) ex classmate saya di matrikulasi dulu, skrg pensyarah di UiTM. Bertemu juga kita ye Idah...


Selawat yg PU Hafiz dendang ini katanya 'hot from oven'. Baru ja selesai rakam petang sblm hadir ke kuliah ke PAB mlm itu. Alhamdulillah... sejuk hati dgr melodinya.

Honestly, saya tak berpeluang tonton rancangan Pencetus Ummah (1). Sedihnya. Tapi melalui tazkirah PU Hafiz (Juara PU musim 1), saya berazam tonton 2nd PU Final, lagipun mmg saya dah ikut few episodes. Semoga suatu waktu kelak anak2 saya jadi Muslimin berilmu dunia & akhirat.

N no wonder ada PU Hafiz utk mlm penutup kem. Kawan sekolah Ustaz Hasan rupanya.... hu hu...

Kbykan gambar2 ni sumbangan ehsan Ustaz Hasanuddin. Ada yg dihantar ke grup wasap Kem PAB. Ada juga gambar2 Babang & AB yg ustaz hantar ke wasap personal saya. Terima kasih ustaz, semoga Allah kurniakan sgl kebaikan di dunia & akhirat kpd Ustaz atas segala tujuan & hasrat murni ustaz & team utk beri ilmu Islam kpd anak-anak kami.

Sepatutnya bermula 25 Dec (3 hari), Babang & AB joint kem Kembara Desa di bwh anjuran ustaz juga di Homestay Banting. Alhamdulillah, rencana Allah penuh dgn cinta. Atas faktor cuaca, kem ini ditangguhkan. InsyaAllah akan ada waktunya nanti yg diizin Allah.

Selain memenuhi permintaan Babang & AB yg ingin joint kem cuti lagi, saya ingin anak2 dpt penuhkan masa luang dgn aktiviti yg berilmu & bermanfaat. Dlm kem begini juga, mereka dpt menjalin ukhwah & silaturrahim baru. Belajar berinteraksi dgn rakan2 baru & berdikari.

2015... semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.
2015... semoga tahun ini menyeka airmata yang lalu...

Insya-Allah. Alhamdulillah.

1 comment:

  1. alhamdulillah..bagus lah bila anak2 nak ikut kem macam ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS