Friday, November 9, 2018

OMG - Pokok Epal Cinta Baby

Mula2 bina rmhtgga, abah & ibu duduk di Jalan Kuchai Lama. Rumah atas bukit. Masa tu Ibu kata, umur saya dekat2 setahun. Bwh bukit ada sebuah rumah China, Ah Soh yg byk tanam pokok tomato. Selalu bagi tomato kat Ibu, 'Bagi Lotti makan tomato loh! Nanti Lotti jadi cantik!'.

Lotti tu panggilan Ah Soh sekeluarga pd saya. Sejak itu saya mmg jadi hantu tomato. 

Mgkn sbb msh baby (agak cerah & mata sepet), Ah Soh sekeluarga suka culik bawa ke rumah mrk. Ibu kata, setiap kali saya hilang, Ibu susul ke bwh bukit. Pasti jumpa saya sdg diraikan dlm bakul tomato. Sdg makan tomato!

Cerita ttg ‘a baby & a basket of tomato’ ni pnh jadi bahan presentation saya dlm satu kem motivasi. The fascilitator & all the participants adored the story. Abang fasci tu gelak spi mengalir airmatanya.  Dia gelar saya baby tomato hga tamat kem. 

Hga skrg, saya mmg cintakan tomato. Didik & baby mewarisi. Babang? Hmm… lain pesen anak bujang seketul tu.

Bbrp mgu lepas, ajak Pa tlg buatkan section utk alih anak-anak pokok tomato yg berjaya disemai. Dah buat section, tanah pulak limited. Dek krn tak sabar juga nak mengalih, saya tanam je polybag tu separuh dlm tanah sediada yg dah Pa gembur tu. Saya tak keluarkan dari polibag sbb takut affect pokok tomato tu. Sekelilingnya, spt biasa… Pa cucukkan babynya si bayam brazil yg comel tu J



Nak buat section / batas gunakan bata, bata pulak tak de. Tetiba, ting!!! Idea! Bodek Pa supaya guna lebihan PVC ceiling utk jadikan batas. Jadilah... gunakan apa yg ada dgn sebaik mungkin. 

Ada 5 pokok tomato di section ni. Sepokok msh dlm polybag kat tepi sudut tu. Hari tu Kak Zah (jiran Bik Mah) ambil sepolibag yg ada 2 anak pokok tomato. Satu je hidup katanya. Saya offer satu bag lagi. Tapi Kak Zah kata biar besar sikit dgn saya dulu. Maka di situ je lah duduknya dia, blm dijemput tuannya. Sian dia… hu hu…

Bila baca di google, mcm2 tips & cara jaga pokok tomato. Reti ke saya ni nnt nak apply sgl tips pantang-larang-petua tu? 

Che Tomato syg… semoga membesar dgn gembira & sejahtera ye. Be strong! Survive tau! Ummi harap sgt dpt tengok kamu lahirkan 'epal cinta' yg comel (org Itali gelar tomato ni pommi dei mori yg bermaksud Epal Cinta J)

Oh, I shouldn't claim credit for berjaya semai biji benih tomato. Sbb yg semai biji benih ni si baby MAHAN.  Tapi baby semai dgn panduan & pemantauan Ummi juga hu hu... Baby panggil pokok tomato ni 'Pokok Baby'.

Dia selalu kata, 'pokok Didik tak jadi'. Sms baby semai tomato, Didik pula semai benih capsicum. Sampai skrg tak nampak rupa cambahnya J


Walk to remember:


Tomat.
Teringat Bibik Mega. Dia selalu sebut tomato ni tomat. Bila ingat Bibik Mega, tentu rasa hiba kerana memori abah menjelma...

Bibik Mega... walau di manapun bibik, kami doa bibik sentiasa dirahmati Allah, selamat, sejahtera & bahagia ya. Terima kasih krn sudi bantu kami jaga abah dgn suci hati hga akhir hayat abah. Maafkan kami tak dpt jaga Bibik slps abah pergi... kami tak berupaya. 

Bibik adalah atr rezeki & kebahagiaan saya krn saya yg memilih dia utk menemani abah & ibu di kala ketiadaan kami keluar bekerja.  

Al Fatihah di hari Jumaat ini buat Abah2 & Bibik Megawati. Buat bonda berdua juga yg masih kami miliki di dunia tika ini. Tiada di depan mata, namun sentiasa ada di dlm hati. 

Tidak akan ada yg mengerti jika tidak pernah melalui & memahami. Laluan hidup manusia tidak pernah sama walaupun ada yg serupa.

#tomato
#epalcinta
#pokokbaby
#ourminigreen
#bibik

Wednesday, November 7, 2018

3 Isteri?

Balik dari kenduri Bik Nani pd 04/11/2018... dlm kereta...

Ddk : Huiyo! Lamborgini!
Bby : Wah! Rambutgini!
Pa    : Amboi, baby pun tahu Lamborgini?
Ddk : Bukan rambutgini la baby! Lam-bor-gi-ni!
Ddk : Bila saya dah besar, saya nak beli Lamborgini!
Bby : Baby pun! Baby nak beli kete Rambutgini & Fereri!
Pa    : Amboi, Ferrari pun baby tau?

Umi : Kalau nak beli kereta mewah gitu... rajin2lah belajar...
Umi : Tapi kalau byk duit pun, better adik beli aset lain.
Umi : Beli kete jadi besi buruk je.
Ddk : Beli apa Mi?
Umi : Beli la rumah... beli 3 buah rumah.
Ddk : 3 buah rumah? Bermakna saya kena ada 3 isteri ke Mi?

Pa   : (berdekah ketawa)
Umi: (Piap! Piap! Piap!) pelepuk kena kat Pa!
Pa   :  (Mengadoi)

Umi : Nak buat apa 3 isteri!?
Ddk : Tak mohlah 3 isteri. Susah je... mcm cerita kat TV tu.
Ddk : Nanti kejap kena pi umah situ, lepas tu kena umah sini.
Ddk : Penatlah...
Ddk : Pas tu nak tipu-tipu lagi...
Umi : Hmm... tahu pun...
Umi : Cara yg betul, tak apa Dik...
Umi : Tapi kalau boleh tak usahlah. Byk mudharat dari yg baik.

Didik... Didik...
You scared Ummi tau tak kekadang dgn soalan & pemikiran awak tu.

Walk to remember :
Elaun Poligami tak wujud kan dalam Budget 2019....?!


#Budget2019
#poligami
#Lamborgini
#Ferrari
#Didik'sthinking

Monday, November 5, 2018

OMG - Simplicity of Weekend Getaway


Weekend+Diwali=Cuti panjang. Ramai utilized kesempatan yg ada utk bercuti. Tapi, kami mmg tak jejalan time public holiday. Tak larat sebenarnya nak redah crowd n hectic. Nanti lagi stress & penat

Weekend baru ni, berempat je di rumah. Babang ikut trip pasca PSRA Al-Amin ke PD. Sejak balik ptg semalam hingga pagi tadi masih melepek. Huish, penat sgt ke Bang?

Tak ke mana2 pun. Sekadar ulang breakfast lagi ke KUKUS (Pa addicted), then ke Eco cari pasu & ptgnya ke wedding event anak Bik Nani di Riyaaz Space Event.

Sabtu lewat mlm sampai Ahad awal pagi cucuk keratan Bayam Brazil atas permintaan adik2 pejabat. Padahal awal Isya' saya dah lelap kepenatan. Tapi demi OMG, segar bugar semula sampai lewat malam. Paksa Pa stayed up temankan.

Tanah2 tu saya dah campurkan terlebih dulu dgn tinja ayam, biarkan semalam dua baru cucuk keratan BB. Earlier batch buat begitu, pokok cepat naik. Cepat naik, cepat gebu, cepatlah tuannya dpt bawa balik dia. Mesti diorang happy!

Jumaat lps delivered 2 pasu Bayam Brazil  pd che2 puannya. Dari beli pasu, isi tanah, isi baja, cucuk keratan, siram & berbual hari2 dgnnya hingga tumbuh gebu 2 minggu. Sekali kena serahkan pd keluarga barunya, hati rasa sayu. Waktu bye-bye mereka, hati ada hujan sikit. Tak apalah. Bersedekah dgn kemampuan yg ada. Nak sedekah RM n benda mahal2 belum mampu. Moga hobi baru ni dpt beri sedikit saham akhirat utk kami.

Sabtu tu hujan lebat sgt. Bbrp pokok bunga matahari patah batang. Maka, ahad ber’getaway’ di OMG je. Rearrange RJ, takut lecur pula asik berhujan. Dan checked semua  che bunga & che sayur di OMG tu.

3 pasu sunflower (8 batang pokok) patah sbb hujan kuat sgt. Lagipun berat dgn bunga. Pun dah sampai end life. Pokoknya saya kerat2 kecil2 utk jadikan kompos. Bunganya, Didik kupas utk ambil kuacinya. Ada 2 jenis - satu betul2 mcm kuaci yg beli kat kedai. Satu lagi warna hitam. Kak Ina smlm dtg ambil sedikit kuaci hitam tu utk jadikan benih. Ada sebekas kuaci ni... nak buat gapo pulak. Nak tanam kat pasu Pa dah tak kasi hu hu....



Skrg tgal pokok2 matahari yg atas tanah je. The biggest is this one! Setinggi saya dah. Byknya adik2 bunga dia spjg tangkai. Agaknya dia serap baja, air ikan, air beras yg kami siram kat bayam brazil yg ditanam di bwhnya tu kot...

Sunflowers luar pagar, baru satu yg bloom. Bloom lah serentak wahai sunflowers :-)
RJ atas pagar batu tu dah tahan lasak agaknya. So far walaupun asik hujan, msh elok berbunga & belum ada yg lecur. Kekadang check juga aliran air dlm pasu mereka. Takut tergenang. Nak trim je tak sempat lagi. Pun syng nak ditrim buang. Nak replant, belum ada lebihan pasu...


Pasu2 bunga matahari yg dah patah saya ganti dgn pokok2 kacang buncit purple (benih ihsan Kak Zah, jiran Bik Mah). Sepasu lagi pokoknya masih kecil (tak de dlm gambar). Oleh krn takut dia merajuk kalau disalin, maka dgn polibagnya saya letak dlm pasu. Tambah tanah je.

Dah berbunga. Harap2 ada izin Allah dia berbuah. Nak sgt tgk mcm mana rupa & rasa kacang buncit purple ni. Pokok ni Kak Zah kata renek tak menjalar. Tapi kena ada pancang & ikat batangnya sbb klu kena hujan asik menunduk.


Pokok kacang buncis ni tanam dlm 3 polibag & letak atas tanah. Hopefully akarnya pandai turun ke tanah la. Dah menjalar ke pagar. Last fortnight Pa buatkan tempat utk kacang buncis ni menjalar tanpa ganggu sgt kwsn bhgn jiran. Dah berbunga weekend ni! Happy sgt. Smg semut tak hurung bunganya tu & dptlah tumbuh kacang buncis. InsyaAllah...

Tali rafia yg terentang tu bukan ampai baju :-) Pa buat utk mudahkan pokok kacang buncis menjalar.
Oh, ada rupanya pasu pokok kacang buncit purple yg kecil tu di atr Anthurium & Mulberry yg asik kena cantas dekorasi dek Pa. Mulberry tu baru nmpk tumbuh satu buah semalam. Cepat besar ya Mulberry mcm dulu di rumah No 5 & 23... 

RJ dlm pasu gantung tu asyik lecur. Esok nak rework on her. Sepasu lagi RJ tu pattern baru pemberian Cikgu Ina (ttp bayar dia saguhati even dia menolak) letak kat situ spy tak kena hujan berlebihan.

Daisy tinggal 3 pasu. Yg pink dah mati. Yg 2 lagi tu saya dah buang daunnya, tu baru tumbuh daun baru. Tak tau boleh survive ke tak. Sepokok daisy merah tu pula baru segar slps 2-3x beri ajinomoto. Dah nmpk 2-3 putik bunganya. Survive la syg. Blh tlg motivate RAN nak buat posting pasal Che Daisy MDH kat FB nnt :-)

Bbrp bekas lagi Bayam Brazil yg dah mula gebu & yg baru tanam. Kot2 ada yg teringin juga, bolehlah disedekahkan nnt. Cuma bayar utk kos pasu je la hu hu.

For time being, gitu je la arrangement. Guna tong2 cat Pa yg msh berisi cat & balance tiles sbg tpt letak pepasu tu. Nak buat raknya, Pa kata blm dpt idea lagi. Haish, tunggu idea Pa, bilalah nak ada rak utk pepasu saya ni...

Sdg nak biakkan RJ dgn 2 pattern tu - kuning strip merah & light yellow ada petal tghnya. 
Membesar dgn sihat ye RJ! Sblh tu sdg jemur biji benih strawberry pemberian Wawa. Didik & Baby hantu strawberry. Ummi berusaha utk semai pokok strawberry. Moga2 berjaya percubaan ni demi anak2... Aaamiiin...


Penyejuk hati saya setiap kalinya.  Bayam Brazil ni mgkn dah serasi juga dgn tgn saya. Pa rajin tlg siram baja AB kkdg. Alhamdulillah, jadi sayur & ulam kami hampir saban hari. Dan dpt disedekahkan kpd hampir semua jiran2 di taman perumahan. Ada yg dah mula tnm BB ni di rmh mrk juga dari keratan yg Pa berikan. 


Atr dishes yg sempat disimpan sbg memori. Bayam Brazil ni selain buat salad mkn dgn mayonese (boys favourite) & masak dgn maggie, kami berdua buat ulam cicah smd sambal belacan @ sambal tempoyak. Sambal tempoyak ibu tumbuk cili api je. Sambal tempoyak versi Pa, tumbuk cili api dgn sedikit ikan bilis. Makan dgn nasi panas sedap sgt.

Weekend baru ni, lps Subuh saya dah siap masak nasi kari Bawal pancing Pa (sbb saya nak ber'getaway'). Jodohkan dgn sambal bilis signature dish Pa & telur asin berkat kenduri Bik Nani. Oleh krn saya dah asik di OMG cucuk BB, mengalih anak2 cili & kacang buncit purple... Pa rupanya dah siap goreng bayam brazil + bayam thailand. 

Ni kali kedua Pa masak BB semalam (for dinner). Sempat curi2 amek gambar Pa :-)

Versi Pa tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis & belacan sikit. Potong cili api letak kemudian.
Masak balik-balik je. Kelakar je bila dgr Pa kira 1,2,3 hga 12 kemudian tutup api. Style :-)
Thank you Pa. Moga bahagia ini Allah limpahkan & kurniakan kpd kita hga akhir usia & sampai sana.

Our simple weekend getaway... just in OMG Our Mini Green. 
Bersyukur dgn ihsan & pemberian Tuhan ni. Inilah atr sumber ketenangan & kebahagiaan kami, terutamanya saya la kot. Tq OMG, krn kamu divert perasaan ni yg pernah luka & cedera. 

Happy Diwali, esok :-)

#diwali2019
#bayambrazil
#sunflower
#kacangbuncis
#mulberry
#rosejepun

Sunday, November 4, 2018

Sweet backup nampak?

Antara cara saya memastikan ketiga-tiga anak bujang saya sentiasa ada jika ke mana-mana...

U     : Mana anak Ummi yg hensem?
Bbg : Saya!
U     : Mana anak Ummi yg comel?
Bby : Baby!
U     : Mana anak Ummi yg sweet?
Ddk : Saya!
Bbg : Saya juga!
Ddk : Eh! Babang hensem je lah. Saya yg sweet!
Bbg : Apa pulak? Babang pun sweet pe...?
Bbg : Babang sweet pd seseorang je...

Ayat akhir tu perlahan tapi saya masih boleh dengar.

U    : Amboi!?
U    : Awak sweet dgn siapa Bang?
Bbg: Ada lah...
U    : Hmm... Aisy la tu? Kemain nko ye Bang...
U    : Ummi tak nak menantu yg gedik ye... (amboi?)
Bbg : Mana ada dia gedik? 
U     : Amboi, belum apa2 dah back up girlfriend!?
Bbg : Ummi ni... mana ada girlfriend. Dia je yg suka saya...
Bbg : Lagipun saya sweet dgn Ummi je..
Bbg : Ummilah permaisuri saya, buah hati saya!

Bila Pa masuk kereta, told him about it. 'Jangan mengada ye Bang!' pesannya.

Lihat Babang nowadays... feel so old already. Apatah lagi kalau inspect socmed nya. Adeh... kekadang tak percaya, betul ke itu anakku? Dia sudah mula masuk fasa remaja. Cabaran di depan sudah terlihat... moga Allah pelihara kamu bertiga dlm rahmat, perlindungan & kasih sayang-Nya. 

Hati & perasaan, Ummi tak boleh kawal. Itu anugerah. Tapi kalau berkawan, carilah kawan yg jujur & ikhlas. Kalau berkasih, carilah yg boleh bersusah & menangis bersama. Janganlah dipandang maskara, foundation di muka, lipstik & skirtnya. Jangan sesekali berniat pd harta keturunannya. Carilah & pandanglah hatinya melalui akhlak & tutur katanya. Pilihlah dia kerana agamanya.

Mohon pd Allah agar kurniakan yg baik2 dlm hidup kita. Belajar dari apa yg berlaku dlm keluarga kita ya. Moga bahagia milik kamu hingga Firdausi.

Apapun, I'm warning you! Tok sah mengada! Belajar tu kasi habis dulu ya!

#tungguresultupsr
#tungguresultpsra
#tunggudetiksekolahmenengah

Thursday, November 1, 2018

OMG : Asam Pedas - Daun Kesum @ Bunga Kantan?

Bila joint FB Kebun Bandar, mcm2 perkara saya belajar. Kekadang gelak sendiri dgn komen2 diorang. Jenis yg blh tolerate dgn humor tu okaylah. Mcm cerita pokok kesum ni. Tuannya tanya knp pokok kesumnya menjalar tak menegak? Salah tang mana? Ada commentor jawab, cuba nyanyi lagu Negaraku kot2 dia nak tegak. Adeh...

Barulah tahu kesum ada 2 jenis - menegak & menjalar. Yg menjalar, daunnya besar, warna hijau agak pekat & kesat. Bau lebih kuat. Oh, no wonder la daun pokok kesum saya comey2. Dok la tanya dia hari2, 'awatla hang ni che som? cinonet manjang? bila nak gemok?'. Rupanya jenis menegak ni daun lbh kecil & krg baunya.

Pokok kesum sepasu ni beli di nursery Sg Buloh. Masa tu tak reti lagi nak tanam sendiri. Asalnya letak  di ruang laundry. Hidup je. Tapi mcm kesian, tak gemok mcm che puan yg jaga dia. Kak Mah kata, selalu potong & cucuk ke tanah. Nanti kalau biar lelama, takut mati.

Alih ke beranda sisi, biar kena matahari sikit.
Mcm okay sikit keadaannya, tp msh tak gemok :-) Redha je la...

Saya google la cara biakkan pokok kesum. Jiran lama, Lani pun bagi tips juga. Tq Lani!


1st experiment tumbuhkan akar keratan kesum. Alhamdulillah, selepas 2-3 hari keluar akar! Haish, Tuhan je yg tahu bahagianya. Gardening is not just an art. It is indeed happiness!

Kami turunkan ke tanah guna bekas sabun terpakai. Bekas tu Pa dah siap2 tebuk lubang supaya akar pokok kesum blh menjalar turun ke dlm tanah nantinya. 


Tapi growth mcm agak lambat. Daun pun bit yellowish. Bila fikir2 silapnya & agreed with Pa, saya tambah tanah supaya lebih tinggi. Baru nampak pulih. Ala.. sorrylah Che Som. Ummi ni newbie in gardening. Maaflah kalau kamu sengsara sekejap ya. Ni dah getting better kot kan?  Ke kamu tak suka direct sunshine? Tak pe... let me observe you bit longer ya. Jadi tahan lasak la sikit Che Som :-)

Kemudian tried cucuk lg btg kesum dlm tanah di polybag. Letak atas tanah (dgn niat biar akarnya nnt tau turun cari tempat dlm tanah ground tu), tepi pagar, bwh rimbunan pokok pucuk ubi kesayangan saya. Bit shady for Che Som there. Wah! Cepat naik! Hijaunya pun cantik. Much better dari Che Som dlm bekas sabun tu.

Gambar last week ... skrg dah semakin tinggi. Happy sgt!
Ooooo.... kamu suka shady place ya? Tak pe, Ummi sengaja nak didik Che Som dlm keadaan bervariasi. Eksperimen! :-)

Azam nak jaga pokok kesum ni sbb nak msk asam pedas guna bhn dr laman OMG sendiri. 2nd dish yg disukai family. Sblm ni tak pandai masak asam pedas. Few times & recipes tried. Tak juga dpt taste yg acceptable  di tekak sendiri. 

Last weekend tried one more time. Altered resepi yg diguna. Kali ni tak letak air asam jawa. And, I guessed it suits our preference better. Alhamdulillah, Pa kata dah lulus msk asam pedas.

Another tip dari Lani, kalau msk asam pedas, guna salah satu je either bunga kantan @ daun kesum. Kalau guna both, nnt diorang confuse nak bg rasa yg mana. Kelakar, tapi it worked for me. Patutlah slm ni letak sgl benda, ttp tak dpt rasanya. Tq Lani for always helping this sister. Semoga Allah beri sgl kebaikan buat Lani di atas kebaikan hati Lani tu...

Asam pedas siakap pancing (ku fikir jenahak) versi RAN. Rupanya ala-ala kari, tapi it's indeed asam pedas :-)

Asam pedas ni saya masak few weeks ago. Guna bunga kantan beli di kedai. Tak guna bunga kesum dari OMG spt selalu. Mcm kedekut nak guna Che Kesum sbb nak diorang sihat menggemuk dulu.

Weekend baru ni pula Bik Mah htrkan bbrp tangkai daun kesom. Buat benih katanya. Daunnya ya hijau pekat, bebesar & kesat. Ha, ni mesti jenis menjalar! Dah selamat cucuk dlm 3 polybag. Harap2 berjaya hidup.

Wahai Che Kesom @ Persicaria Odorata sayang, tumbuhlah & membesarlah dgn sihat & bahagia ya...

Asam pedas pilih yang mana?
Daun kesum atau kantan?
Pilihlah salah satu sahaja
InsyaAllah sedap dimakan! 

#ourminigreen
#daunkesum
#asampedas

PAGEVIEWS