Thursday, May 31, 2018

31 Mei Gerhana Mentari Cinta @ MSSD Taekwondo Tournament


Buku pertama utk 2018. Rasanya yg pertama juga slps bbrp tempoh panjang cuti membaca. 

Mujur ada MSSD Taekwondo Tournament Babang & Didik pd 28th April, dpt paksa masa luang. Baca 31MGMC, teringat Selamat Pengantin Baru Isteriku (SPBI). Pattern lebih kurang. Bbrp buku NAN yg saya dah baca, buat saya jatuh cinta :-). Especially siri remaja yg sgt comel tu.  Teringat  juga pada 7 Lautan Ku Cari Cinta yg buat saya tidur mimpikan Cici.

Baca Takkan Berhenti Mencintaimu, Selamat Pengantin Baru Isteriku & 31 Mei Gerhana Mentari Cinta ni, rasa mcm Nass Alina Noah suka pd nama Puteri & Charlie. Story telling berkisar misteri dlm cinta & perkahwinan. Trademark NAN.

Apapun, saya lebih suka SPBI. Heavier, tapi puas. 31GMC, 'adventurous', tapi ringan sedikit. Mungkin it was meant that way. RAN, kau siapa nak byk songeh? :-)

Reading 31MGMC, saya pause pada : 'Anehnya cinta, semakin terseksa, semakin bahagia'. & "Kita perlu memaafkan orang bila kita mencintai dia, Put."

Seorang kawan pernah bertanya, "Mcm mana kau boleh terima lagi selepas semua ni?"

Mungkin juga jawapannya serupa. Bila kita mencintai seseorang tanpa muslihat, kita akan sentiasa mampu memaafkan. Tetapi memaafkan bukan bermakna melupakan. Melupakan pula bukan bermakna akan beri ruang & peluang utk senario serupa berulang. Untuk tidak membuka ruang & peluang, bermakna ada keperluan utk menjauhkan diri dari situasi & orang-orang yg tidak memberi kebaikan. Apakah...?



Simpan diari pengalaman Babang & Didik sertai MSSD Sparring Tournament. Lain kali masuk Pomsae je la Bang, Dik. Anak-anak Ummi tak cukup 'gangster' nak sparring. Kesian kat Sir Fauzan & Papa. Frust  diorang.   

Tak pe Bang, Dik... pengalaman tu yg berharga.


Walk to remember:

My gegurl, DAISY dah ada baju raya seperti yg Che Ali up kan di FBnya. Allah je yg tahu perasaan saya semalam. Alhamdulillah, akhirnya ia sedikit lagi akan jadi nyata. Pa kata baju raya DAISY, cantik... :-)

Tapi mcm belum boleh share, mgkn masih finalize editing. Last ammendment was when I realized I wrongly mention the car in MDH. Toyota is Toyota, Hyundai is Hyundai RAN. Nak buat mcm mana... bila berkejar dgn seribu perkara dlm hidup, begitulah ia... bercampur aduk. Lain di kepala lain pula yg turun di hujung jari. Ampunkan saya ya Che Anis. Bertabahlah dgn orang tua yg masih merangkak belajar menulis ni.

Daisy... ini mungkin jadi Syawal yg berwarna untuk kita. InsyaAllah Ummi RAN masih sabar menunggu...

Friday, May 18, 2018

All in One - Cinta Dalam Doa

Selesai serah edited MDH pd 5/5, saya tarik keluar pula ADI. Ditulis sejak 03/2011. Half way done. Ingat nak berdikit sudahkannya. Smtra tunggu EDD utk MDH (jika ada izin-Nya ). 

Tapi... Che Anis suruh tukar sinopsis utk back cover pula. Terbantut semangat utk ADI. Berkejar dgn kerja, kursus & sakit gigi. Cabaran. Sinopsis je pun. Tapi utk org yg kurang pandai mcm saya. 2x kali pinda tak lepas. Kali ketiga, Che Anis bagi hints. Mahu style spt sinopsis penuh yg saya tulis sblm ni. Cuma kena cut short to 150pp. Maka, rombak baru ajelah. Alhamdulillah, Che Anis bagi ikon senyum. Kesian Che Anis... kesian lagi dgn diri sendiri :-)

Settled pindaan sinopsis MDH, mood ADI rupanya dah balik ke laut semula. Hilang hujung, pangkal pula lesap. Need to take time to reread to get back the feel. Again. Since this is what keep happening, dah 7 tahun umur ADI tak siap2 juga. Sabar lah RAN. Sabar itu separuh dari iman. 

Tadi pagi, awal sgt2 tiba office. Selesai mengaji, sempat baca artikel ttg 'broken heart syndrome'.  Utk jaga 'kesihatan hati', tak boleh stress. Kalau ada yg stress us out, try to let go of it. Kalau tak semua, sikit pun okay. That's what I am doing. Habis mengadu dgn Allah & Pa, pd FRAN adalah aduan berdiari. Bila dah tulis diari, hati pun ringan :-)

Not to say I am stress. Tapi sakit gigi ni kot buat saya tak brp aman. Sabarlah RAN. Alhamdulillah, merasa juga sampai ke usia bila gigi mula nak berkurangan :-) Kelakar, Pa pun sakit. Bukan gigi tapi gusi. Kena kurangkan merokok agaknya tu Pa. Di mana janji-janjimu nak stop smoking? Contohi PH, apa kata Pa try berhenti dlm masa 100 hari? 

Bila ada 2 org dlm umah sakit gigi, apa jadi? Tak jadi apalah. Okay je. Dua tiga jam tak nak kawan tu, biasa. Bulan Ramadhan ni... bykkan sabar.

MDH done. GE14 done.

Oh! GE14. Lupa simpan memori 9/5/18. Bila hampiri tempat buang undi, jantung rasa nak kena cardiac attack je. Ya, bila ada misi & visi khas yg terpaksa dilaksanakan demi kepentingan & kebaikan, mmg begitulah bunyi degup jantungnya.

The moment Tun M sworn in, I looked at my boys. My heart whispered, 'Ummi happy sbb anak2 Ummi juga dpt merasa utk berkata spt yg selalu Ummi banggakan 'aku membesar sejahtera dlm era Tun M''. Hopefully, masa depan kamu juga terbela dgn keadaan ini.

I am happy Tun M is back. Our one & only Tun M. Dlm masa yg sama, sedih utk UMNO & BN. Inilah tanda cinta. Cinta tak semestinya kita dpt memilih & memiliki. Adakalanya perlu penghijrahan utk lebih kuatkannya. May one day, you be back stronger. Lebih bersih-cekap-amanah demi negara.

Thank you kerajaan lama. Congratulations & welcome new ruling govt. Greatest challenges ahead. InsyaAllah diharungi bersama dgn lebih integriti. Kita masih Malaysia. Yg berubah buat masa ini, kerajaan. Mentaliti & sikap juga perlu seiring. Berubah ke arah lebih baik. Yg umur 93 tahun masih berjuang demi agama, bangsa & negara. Kau, RAN... sakit gigi pun sampai nangis. :-)

Sempena Ramadhan yg masih Allah beri izin untuk kita sampai ni, azam utk istiqomah ke arah kebaikan. InsyaAllah.

Selamat juga dah Hari Guru & Hari Ibu. Ya, setiap hari adalah hari guru & ibu. Ketetapannya cuma pada tarikh, special day for special occasion. The argument, people must get over with. Rindu Ibu. Tak apa, esok kita semua berkumpul utk berbuka puasa & bersahur bersama di SD37 ya, InsyaAllah.



This was from Didik. He asked "Umi, till jannah we met tu apa makna dia?"
After I explained, he said "Saya nak letak ayat tu kat kad hari ibu utk Umi, tapi tak de tempat..."
Tak pe sayang, memang tempatnya dah ada dalam hati Ummi ni... 


I guess, this one in FRAN wrapped all events happened recently. All in one.

FRAN & all, selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1439H. Walau suasana tidak lagi serupa, walau masa belum berkunjung tiba, walau memori semakin pudar warnanya, walau hati ini masih belum terbuka, namun cintaku tetap sama. Cintaku ada di dalam setiap doa buat semua.

Saturday, May 5, 2018

Broga Bliss Eco Garden : Kita Okay untuk MDH

Lama simpan diari ni. Hampir 1/2 tahun. Mungkin sbb pengalaman di sini tak berapa pleasant. Tapi bukan salah destinasinya.

Tempat ni okay je. Plus, ia dekat kampung ibu. Nak rehat, nak nature, nak green, nak fresh air, okay je kot kat siniCuma housekeeper agak kurang 'mesra alam'.  Atau mungkin dgn saya je dia tak mampu nak mesra alam. Atau mungkin ketika itu dia ada masalah peribadi hingga ganggu kualiti & mutu servisnya. 

Saya manusia biasa. Definitely not a perfect kindhearted person. Bila keadaan dah terlalu maksima melampau, saya jadi 'resistance'. Tapi sebolehnya saya akan usaha husnudzon. Tak apa, dah personally wa owner d'day I left the place, niat utk kebaikan.

Tgk semula memori ni, dah tak rasa bad vibes. Kira dah okaylah simpan dlm FRAN. Lagipun, boys happy je. Program Pa & team pun berjalan lancar.  So, kiranya saya okay je. Alhamdulillah. 



Plus, hari ini reward diri simpan diari dlm FRAN. Sebab... selesai dah momen-momen 'sengsara' saya  recontruct & sempurnakan MDH jam 11 lebih pagi tadi. Selesai submit semua keperluan pd editor Che Anis @ 11.27am (utk kenangan sendiri...). Walaupun mcm biasa, bila nak selesaikan sesuatu, pasti ada saja cabaran yg merintang. 

Lama dah tunggu MDH. Berkali dah reconstruct. Moga ini akan lebih berhasil. Daisy... Ummi RAN tunggu kamu... 


Terima kasih Syamel & Ernie Zakri sbb nyanyikan Aku Cinta, teman saya sepanjang minggu ini sempurnakan MDH.

Berpalinglah semula... kembalikan senyum indah.
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta
(Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri)



Walk to remember :
Lapar sgt. Baru hari ni terasa kebuluran. Haish...
Sedang tunggu Pa & boys dtg fetch... kita pergi makan kenduri ya.
Alhamdulillah, ada rezeki makan kenduri.
Hopefully dpt pi PRU14 @ 090518 ni dgn aman hati juga...
sbb MDH dah selesai. :-)

Monday, April 30, 2018

April Yang Duka : Arissa untuk Arysa…


April is actually my favourite month. Tentunya kerana ia bulan saya dilahirkan. Sebabnya juga, April selalu jadi bulan raya ‘buku’. Dan, April tu tak tahu kenapa, cantik bagi saya.

Tapi dah few years, April menjadi momen duka bagi saya. Duka yg beri erti & kesedaran dalam hidup. Duka yg mengajar diri jadi lebih ingin mensyukuri kehidupan yg dipinjamkan. Duka yg mengajar diri lebih memahami kesedihan, kehilangan, kekuatan & redha yg ikhlas.

Seperti tahun lalu, ulangtahun pd April kali ini juga dikelilingi berita kepulangan. Ditakdirkan Allah ‘mengenali’ secara tidak langsung dua orang saudara sesama Islam, saya ternampak-nampak hikmahnya.

Untuk Ibu Arissa yg telah pulang pd April 20, semoga segala kesakitan terubat bila berada hampir dgn Arissa Adni, dgn izin Allah. Melihat other half nya yg masih review blog arwah, terlihat sekeping hati suami yg kesedihan & kesunyian. Dan... terus terbayang, apakah Pa pun satu hari nnt mampu nak lihat semula diari-diari hati saya dlm FRAN... :-(

Untuk seorang lagi cancer fighter, Nor Azlin yg akhirnya juga berundur diri pd April 29, lebat airmata saya, pasti lebat lagi airmata separuh jiwa yg ditinggalkan permaisurinya, anak-anak yg ditinggalkan bondanya, juga keluarga & teman2nya yg turut sama menanggung rasa. 

Tak tertanggung luluh hati saya, orang yg tidak pernah ‘kenal langsung’ & tiada pertalian, pasti lebih luluh hati Armin, Arissa & Anisa yg harus meredhakan pemergian. Walau hati yg luluh itu sudah dipupuk redha & ikhlasnya.

Satu kebetulan (atau apakah ia suratan) yg nyata, pd takdir ‘pertemuan’ kehidupan kami ini, ada nama Arissa yg mengiringi sebuah hikmah.

Sentiasa ada ‘Arissa’ utk Arysa…

Terima kasih Allah, ‘temukan’ saya dgn saudara saya yg berdua ini.
Terima kasih Allah kerana terus memupuk ingatan & sedar pd penantian sebuah ‘kepulangan’ yg pasti akan menjemput suatu masa nanti.

Saya cuma berharap diizinkan Allah utk melangsaikan bbrp perkara dlm hidup sblm dipanggil pulang. Berdoa agar sempat mengumpul bekal sebelum hari amalan dihitung. Bermohon waktu utk melihat anak2 berdikari, tanggungjawab & tugas dunia saya tertunai semampu daya, dan mungkin juga untuk sempat melihat Daisy serta dua tiga lagi manuskrip saya duduk di atas raknya. Dan entah kenapa tiba2 ada hasrat baru semalam untuk hasilkan senaskhah skrip dari baby-books saya yg ada… andai ada izin-Nya.

Selamat jalan April'2018.
Selamat berehat saudara-saudaraku.
Hanya Al Fatihah yg mampu dariku. 
Tak ditakdirkan hampir di dunia, moga di sana nanti ada peluang kita bertegur sapa.
Allah pasti sentiasa menjaga orang-orang tercinta yg kalian tinggalkan.
Suatu waktu yg pasti, akan berkumpul jua, InsyaAllah.

‘Mengenali’ Nor Azlin dari jauh, saya belajar darinya dan akan terus memegang redhanya :

‘Biarlah semuanya berjalan apa adanya, berlalu dengan semestinya, dan BERAKHIR dengan seharusnya…’





Walks to remember :
Angah : Skrg ibu selalu sedih, dia dah terasa masa dah semakin dekat.
(Allah... kurniakanlah kami lebih waktu & upaya untuk membahagiakan Ibu.)

Tahniah baby, team Mica Oma baby menang juga. 
(RAN vs baby MAHAN - sbb RAN dulu & skrg fanatik Siti Sarah :-)
I knew it from the start Elvira pasti juara. She's good. Alina 'bagus' tapi saya tahu dia takkan sampai stage tu. Ntah kenapa. Cuma mlm tadi, my personal view, vocal Alina lebih 'kemas'. Atau, mungkin juga telinga saya senget & misheard Elvira sbb mata basah mengenangkan Lin malam tadi. Lagu2 diorang pun, alahai... macam tahu2 je melodi hati Arissa & Arysa ni.

Friday, April 27, 2018

Out of Radar

27 April lagi…

Alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana masih mengizinkan waktu. Dapat juga merasa sampai ke usia melihat rambut yg mula bertukar warna.  Kalau dulu hanya saya yg duduk berteleku mencabut  uban Pa. Lewat kebelakangan ini Pa pun dah ralit berteleku di kepala saya. Moga-moga ada izin Allah sampai ke tua kita saling berteleku menyisir rambut yg putih. Jika tiada, apalah daya…

Alhamdulillah. Sampai juga ke umur ini sedangkan ada antara teman-teman telah mendahului. Alhamdulillah, masih berpeluang utk terus sujud di depan Tuhan, Alhamdulillah, bangun pagi ini masih dpt lihat wajah2 yg disayangi. Dapat lihat Didik yg ria di hari Sukaneka sekolahnya.

Sudah semakin menghampiri titik tengah garis usia. Sudah semakin hampir kepada destinasi manusia. Masih mencuba & berusaha jadi yg baik, lebih baikdari semalam & sebelumnya. Hmm... akan ada byk perkara yg perlu dilonggarkan supaya ada lebih ruang utk mengumpul bekal untuk ke sana. 



Sudah seminggu saya ‘out of radar’ krn motherboard Vivo rosak. Tak dapatlah saya type terima kasih utk semua ucapan & ingatan kawan2.  Walaupun kalian tak tahu, saya tetap nak put my heartfelt thank you to all, here in FRAN. My little Vivo… perlu diganti baru. Hai…  sedihnya.

Saat saya out of radar, editor cemas mencari saya kelmarin. Satu rezeki ditarik, satu lagi pula insyaAllah menghampiri. Che Anis kata ‘lega dah dapat contact akak, ha ha’.

Saya lebih lagi lega. GPS Cinta yg melangkah bendul tu pun dah umur 3 tahun. MDH juga masih menanti DOB. Lain kali tak boleh letak perkataan ‘menunggu’ as title. Menunggu sungguh jadinya. Hingga saya dah terfikir & dah tanya pandangan Che Anis utk menghijrahkan MDH bagi kali kedua. Nampak gaya mcm rezeki MDH msh bersama Suamiku Heroku & GPS Cinta. Harap2 begitulah. Tapi, skrg ni kena fikir pula apa nak cakap dgn Che Lynn... aduh. Org berbudi kita kena berbahasa, RAN... 

Che Anis minta cadangan tajuk lain. Skrg saya tgh kemaruk dgn Mr Grey, maka saya spontan suggest ‘Mr Daisy’ lah! Che Anis pun marah, 'x moh daisy2, x boleh' katanya hu hu. Ala…

Tak apalah… utk bbrp hari ni, dlm kesulitan ‘out of radar’, saya kena fikir bbrp tajuk alternatif. Dan dlm tempoh Che Anis busy dgn PBAKL 2018 yg bermula di hari jadi saya ni, saya kena work on the changes to the location of the ending, spt yg Che Anis minta. Bab ubah lokasi ending ni lah yg berat amat. Sbb, bila saya tulis, setiap satunya adalah saling berkait. Kalau tukar satu, yg lain harus ikut kena tukar, accordingly

Che Anis yg comel… boleh tak kalau saya nak rayu utk kekalkan lokasi ending tu…? Please…? Tajuk tu, tak pe la... saya redha je la apapun yg Che Anis nak finalize nnti… huhu


Walk to remember:
Airmata saya menitis di hari ulangtahun kali ini, bila other half Azlin menulis  ‘…. Ya Allah Ya Rabb. Aku dah bersedia dengan apa sahaja tentuMu…”.

Ya Allah… berulang ku rayu ihsanMu utk peluang kedua buat si dia, namun sesungguhnya Kau Maha Mengetahui yg terbaik untuk kami, hamba-hambaMu. Bantulah kami, kasihanilah kami, rahmatilah kami, permudahkanlah kami...

*SelamatUlangTahunRAN*PABKL2018*SukanekaDidik*FinalEditMDH*

PAGEVIEWS