Sunday, September 23, 2018

Potential Editor

21/09/2018

Agak lewat pagi itu. Keletihan balik lewat dari program solat Hajat UPSR Babang mlm sblmnya. Maka, Babang ke sekolah bonceng Pa utk bolehkan dia sampai ke Kelas Sinaran Pagi by 715am.

Lps hantar Baby yg agak mengeleh manja krn krg sihat, saya drive Didik ke sekolah. Of course, selepas 7am, jalan sebatang tu akan jadi umpama kura-kura pergerakannya.

Seperti biasa, saya habiskan rutin 'sedekah jariah' setiap pagi. Didik boring kot. Dia capai Menunggu Daisy Hati. 

"Ummi, apa maksud mitos?"
"Ummi, apa maksud seka?"

Means, he's reading the pages.

"Ummi, kenapa no 3? Kan ini novel ke-4 Ummi?"

"Sebab buku no 1 lahir dgn publisher lain. Mcm juga Babang, Didik & Baby. Babang lahir di PPUM, Didik & Baby lahir di DEMC. Tapi mak ayahnya tetap Ummi & Pa juga... orang yg sama."

"Ummi, kenapa tajuknya Menunggu Daisy Hati?"

Ala... Didik nak suh Ummi buat rumusan karangan ke apa ni? Patut suruh Babang la Dik... dia yg nak exam minggu depan hu hu.

"Saya rasa tajuknya ni pelik la..."
"Kenapa?"
"Menunggu Daisy Hati... mcm tak betul. Sepatutnya tajuk dia Menunggu Hati Daisy... baru betul!"



MENUNGGU DAISY HATI patutnya jadi MENUNGGU HATI DAISY?
MENUNGGU HATI DAISY...?

Hmm... betul juga tu... sounds nice.  But, perhaps it will bring difference to the story Dik.

"Ummi... cerita novel ni pasal apa?"

Alahai... byk pula soalannya pagi tu. Selalu dlm kereta setiap pagi senyap sunyi. Sbb mereka berdua tidur lena. Bangun bila dah sampai depan pagar sekolah je.

"Adik bacalah..."

"Hmmm..." Didik selak sehingga muka surat akhir. "Ada 472 mukasurat... tebal. Saya tak larat nak baca..."

Adeh...

#menunggudaisyhati
#chedaisy

Friday, September 21, 2018

Restu Ilmu

Semalam, Khamis, 20 September... sekolah Babang adakan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Menjelang UPSR 2018 di Masjid S7. Maka dari  pejabat, fetch Babang Didik, terus ke masjid. Pa & baby pula sampai menjelang 7 malam.

Sayu hati. Begini perasaan ibubapa yg anaknya akan menghadapi antara hari penting dlm hidup. Baru UPSR je tu. 

Babang, Ummi & Pa tak pernah lupa doakan segala yg baik2 buat kamu semua. Kamu bertiga adalah nyawa dunia akhirat Ummi. Walaupun Ummi selalu garang, marah2 bila x dpt kawal keletihan & stress, Babang pun tahu kasih sayang Ummi lebih tinggi. Ish.. sedih pulak.

Apapun, semoga Allah beri kesihatan yg baik, dada yg lapang, fikiran yg tenang & hati yg terang. InsyaAllah, bila dah berusaha.. doalah minta restu-Nya. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk dunia, lebih-lebih lagi utk akhirat. Apapun yg Allah beri, kita kena percaya itulah yg terbaik buat kita sbb Allah lebih tahu. 

And... a moment yet to leave my thought till now. Waktu nak dirikan solat maghrib, kakak di sebelah saya letakkan begnya begitu rapat di kaki jemaah saf hadapan. Saya kira, jika orang di depan tu duduk tahyat, dia akan duduk atas separuh beg tu. 

Walau serba salah, terluncur kata,"Kak, rapat sgt kot beg tu. Saya minta maaf ya..."
Dia senyum, minta maaf juga, membetulkan semula begnya & kemudian ucap terima kasih. 

Ketika dia nak beredar, dia hampiri & duduk di sisi. Kami bersalaman. Saya mohon maaf sekali lagi bimbang teguran tadi masih berbekas di hati. Tangan masih berjabat ketika dia berkata, "Saya tumpang solat. Saya dari Sabak Bernam, nak ambil anak di UiTM. Kemudian nak ke Johan Setia, ada tahlil anak buah."

Saya terkedu.

"Suami saya anak sulung. Yg di JS, adik suami saya. Anak sulungnya, baru umur 32 tahun. Pagi ke tempat kerja, tiba-tiba sakit dada."

"Serangan jantung?"

Dia angguk. Matanya berair. "Anak sulungnya, baru 6 tahun. Kedua, 4 tahun, ketiga, 2 tahun. Isteri pula sedang sarat mengandung."

Allah. Mata saya kabur.

"Saya minta maaf kak... takziah dari saya. Allah lebih sayangkan dia." Makin erat tangannya saya jabat sebab tahan airmata.

"Duduk di sini?"
"Tak... kami ada program solat hajat sekolah utk anak nak periksa..." dan few conversations. Terima kasih jua utk doanya buat Babang.

Saya selalu tahu setiap yg berlaku, ada hikmahnya.
Setiap pertemuan, juga ada sebabnya.
Mengapa dlm byk2 orang, saya jumpa dia? Mengapa dlm keadaan agak rushing begitu, dia masih sudi berkongsi cerita. Dan sudi menghulur doa juga...

Hikmahnya masih bergelegar di kepala dan dada.

Salam Jumaat, 11 Muharram. Redup cuaca di luar jendela...

#heartattack
#matiitupasti
#UPSR2018
#bahagiaiturezeki

Thursday, September 20, 2018

Menunggu Daisy Hati - Review Yang Pink

She's a U-friend to Pa. I always silently adore her for her sharp skill in writing. Especially when she writes in English. Pa said, she was 'excellent' during their study time. Someone with high position in SPAD, sebelum ini. 

Pa also said, she is firm especially when expressing & delivering her thoughts. Can see that via her postings in FB hu hu.  She is nice & generous. Tapi sampai hari ni, I kind of rasa segan dgn dia. Ya lah... sgt kecil berbanding org2 besar mcm ni.

After she left SPAD (before isu pembubaran), she decided to pursue the path of being a writer-for-hire. Suits her skill perfectly, I believe. Semoga maju jaya sis! InsyaAllah akan jadi nama besar dlm dunia penulisan juga suatu saat nanti.

Dan... thank you so much sis Zade for this review. Apa yg memorable, bertitik tolak dari review ini, pertama kali dlm hidup, saya beli sepasu pokok bunga daisy! Dan hingga hari ni, saya dah ada 3 pasu Che Daisy di rumah.

Dan lebih-lebih memorable, che daisy 2nd pasu tu nampak gayanya mcm pink juga. Pink lagi...?
Kalau nanti yg pasu #3 tu pink juga, confirm tak pi dah nursery tu! Sanggup redah cari nursery lain . Nak cari che daisy yg akan berbunga warna merah & kuning & jingga & peach & bedge! Haaa....





Walk to remember
She's a sister to Arwah Amri Rohayat (was a cancer fighter), one of the script writer for One Two Jaga movie.

#menunggudaisyhati
#onetwojaga
#chedaisy
#zadewriterforhire

Friday, September 14, 2018

Untuk Kamu...

Dah bbrp kali lunch break Jumaat dpt 'me time' krn anak2 settle down awal di sekolah masing2. 

Hari ni pun, assist Babang balik dari kelas tambahan sek keb. Cuma sempat beri dia beri lunch dlm kereta sblm hantar utk solat Jumaat. Nasi lemak sedekah hari Jumaat oleh seorang kakak di pejabat. Moga Allah murahkan rezeki Kak Gee.  Baliknya ke sekolah agama, insyaAllah dijemput ustazahnya. 

Apapun dah dipastikan dia sampai dgn selamatnya di sekolah agama tadi oleh salah seorang ustazah. Alhamdulillah.

Babang suka nasi lemak. Licin dimakannya. Sedap plus lapar lah tu.

Kurus sedikit dah Babang. Mungkin agak penat dgn gerak gempur menjelang UPSR & PSRA tak berapa hari lagi. Mlm tadi Pa tanya dia "Kenapa makin hitam sangat awak ni Bang?"

Saya menyampuk, "Alah... ada orang tu pula... dulu pergi ke Sydney, siap kena tanya dgn Aussie salesgirl 'are you from India?'..."

Dan Pa pun sengih. 

Petang Selasa lalu tapak kakinya tertusuk paku. Disebabkan saya asyik dgn 3 dara che daisy saya di dlm pasu, dan disbbkan dia selalu 'berdrama-boy' maka saya jadi alpa. Pa attended him. Mlm kelmarin baru sempat belek kakinya. Merah & agak bengkak. Aish, saya belum pernah alpa dan sambil lewa sebenarnya ttg anak. Sapu herbal blend & beri makan supplement vitamin dulu.

Tengahari semlm bawa Babang ke klinik. Demam rupanya dia. Doctor beri suntikan di pangkal bahu. Maafkan Ummi ya Babang. InsyaAllah Babang, anak Ummi yg kuat. 

Di hari Jumaat yg redup bergerimis ni, Ummi mohon Allah lindungi anak-anak Ummi dan semua juga dalam kesejahteraan & keselamatan. Dihindarkan dari kelalaian, kezaliman, penganiayaan dan bahaya.

Semoga Allah sentiasa beri ehsan & rahmatnya buat anak2 Ummi dan kita semua.

Semoga juga diterangkan hati utk memahami ilmu & diizinkan utk mendapat keputusan yg baik dlm peperiksaan nanti. Demi dunia & akhirat.

Selesai semua komitmen yg perlu sehingga saat ini. Time to bereskan komitmen yg lain pula seminit lagi.

Wednesday, September 12, 2018

Inspirasi MDH : Che Daisy @ Gold Coast, Australia

Lately, excitement saya lbh kpd OMG Our Mini Green. Hga lupa pula dgn baby books. Sorry, dear. Okay, 4 hari cuti pjg, dptlah simpan 2 diari. Satu ttg che daisy pink yg dah berbunga 3 di rumah. Dan yg ini ttg che daisy, baby book ke-4 yg mcm dah terasa2 spt yg bongsu.

Alhamdulillah, Menunggu Daisy Hati (MDH) @ suka saya panggil Che Daisy lahir seadanya ia, dgn kkrgn n kelemahannya. Sbg ibunya, dia ttp cantik di hati krn ia adalah manifestasi angan2 yg lahir di Gold Coast 17 tahun lalu.

Ketika tu, baru 2 thn kerja dgn sebuah sykt pembinaan di D'sara. Selesai uruskan satu projek mega di Kulim dgn jayanya, diberi pakej lengkap ke Gold Coast Australia dgn QS Kak Nis. Alhamdulillah.

Throwback... waktu interview, saya sendiri minta jwtn kerani & gaji 3 angka (hati kecil, tak berani apply bigger post), d'owner were speechless. Graduan minta position & gaji yg tak masuk akal? I was not being too humble, tp mmg berhati kecil. Let me show what I can do, then only people decide how to appreciate, rasanya itu msh jadi prinsip saya dlm pekerjaan hga skrg pun.

Masa tu juga dah few times kecewakan abah bila tolak bantuannya utk dptkan position di sebuah UA via majikannya. Masa tu saya ada sceptical view ttg 'org gomen'. Sbnrnya nak cari pengalaman dulu walaupun kerja & pendapatan saya agak kritikal utk bantu sara keluarga. Tapi, mmg dari dulu, money never sits on the first rank in my life. (Mgkn doa abah naik ke langit, eventually di UA inilah saya skrg spt apa yg pnh abah impikan. Saya di sini dgn keupayaan sendiri plus dgn izin Allah).

I just wish majikan & kawan2 di tempat kerja dpt terima saya dgn hati terbuka. Berlapang dada dgn kelemahan & kekurangan saya. Pegang title graduan tak semestinya tahu buat kerja. Bimbang ada umpat & kritik di blkg saya 'konon graduan, konon pandai buat kerja tapi hampeh!'.

Di U dulu struggled utk lulus exam terutama paper akaun. Bila bekerja, I came to know 'apa sbnrnya' yg saya struggled for dulu tu. Ketahui & fahami, dua perkara yg mmg berbeza. Apa2 yg krg tahu, mereka bantu tunjuk ajar sepenuh hati. Org Cina, lazimnya kita rasa mereka prioritize org2 mrk. Alhamdulillah dpt terima, syg, percaya & willing turunkan ilmu kendalikan sykt pd saya. 

Rezeki, cepat naik gaji & position. That's the good thing about d'co. They knew how to appreciate good staff. Cuma, the way I left d'co & d'way I kept myself silent to date, perhaps hurt them. At this moment, I suddenly feel d'possibility of breach of communication @ slh fhm atr kami yg caused saya bawa diri.

Karen (I should address her Datin Karen already), I really hope you will always be healthy & happy. Tq so much for everything. You're the kindness & wisest lady boss I've ever met in my working life. I owe you in every way & I can't thank you enough for every capabilities I have today. Most of d' strength I have in me, were coached by you. (though she'll never read this neither she'd know the existing of FRAN)

Pertama kalinya, saya nak simpan di sini memori yg pnh ada di Gold Coast, Australia. Tempat mula2 tercetusnya jln cerita Menunggu Daisy Hati 17 tahun yg lalu.

Can't thank the publisher, editor, d'graphic team & everybody enough for helping in d'process of making Che Daisy a reality in my life. Ampunkan saya andai msh tak reti utk boostkan edaran & jualan. Seriously, I am not born to promote & do sales :-)

 Surfer's Paradise Beach - 
place where Darryl n Darleen met for their 1st time - kononnya...
 Gold Coast Cruises - 
where Darryl n Darleen spoken to each other  for d'1st time ... kononnya juga...


Tempat yg Rozana @ Zana paling suka :-)



Places that inspired the stories...
Masa ni tak ada hp atau kamera, tak byk pun gambar yg saya ada. Inipun ehsan Kak Nis dedulu :-)

Kak Nis ambilkan gambar abah & ibu sewaktu di airport. Abah & ibu senyum... tapi dlm hati mereka risau lepaskan anak perempuan, pertama kali jalan jauh seorang diri :-)


Throwback Che Daisy di Gold Coast, Australia. Waktu jalan2 survey souveniers, tiba di satu kedai... rasa tak sedap hati. Terasa diperhati seseorang. Masa tu Kek Nis sdg excited isi bakulnya dgn souveniors, tak mohlah ganggu keterujaannya.

Then came a young, not so tall, not so dark & handsome (cukup sifat considered handsome la ya) man, menyapa : "Wanna buy souveniors?"

Berlanjutlah conversation itu sehingga, "Can I have your address in Malaysia? I want to call my parents to fly and see yours."
"Why?"
"I nak pinang you."
Erk!? Spek mata awak tercicir di mana? 


Along the way hingga 17 tahun slpsnya, that's how Menunggu Daisy Hati grows & grows & grows. 

TQ GESB for the trip to
Gold Coast, Australia in June 2001
it gave me initial flow for MENUNGGU DAISY HATI


* Terima kasih Allah krn selalu sayang pd ku & kami semua dgn limpahan rahmat & ehsan-Mu *


#menunggudaisyhati
#goldcoastaustralia
#surfer'sparadisebeach

PAGEVIEWS