Semalam, Khamis, 20 September... sekolah Babang adakan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Menjelang UPSR 2018 di Masjid S7. Maka dari pejabat, fetch Babang Didik, terus ke masjid. Pa & baby pula sampai menjelang 7 malam.
Sayu hati. Begini perasaan ibubapa yg anaknya akan menghadapi antara hari penting dlm hidup. Baru UPSR je tu.
Babang, Ummi & Pa tak pernah lupa doakan segala yg baik2 buat kamu semua. Kamu bertiga adalah nyawa dunia akhirat Ummi. Walaupun Ummi selalu garang, marah2 bila x dpt kawal keletihan & stress, Babang pun tahu kasih sayang Ummi lebih tinggi. Ish.. sedih pulak.
Apapun, semoga Allah beri kesihatan yg baik, dada yg lapang, fikiran yg tenang & hati yg terang. InsyaAllah, bila dah berusaha.. doalah minta restu-Nya. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk dunia, lebih-lebih lagi utk akhirat. Apapun yg Allah beri, kita kena percaya itulah yg terbaik buat kita sbb Allah lebih tahu.
And... a moment yet to leave my thought till now. Waktu nak dirikan solat maghrib, kakak di sebelah saya letakkan begnya begitu rapat di kaki jemaah saf hadapan. Saya kira, jika orang di depan tu duduk tahyat, dia akan duduk atas separuh beg tu.
Walau serba salah, terluncur kata,"Kak, rapat sgt kot beg tu. Saya minta maaf ya..."
Dia senyum, minta maaf juga, membetulkan semula begnya & kemudian ucap terima kasih.
Ketika dia nak beredar, dia hampiri & duduk di sisi. Kami bersalaman. Saya mohon maaf sekali lagi bimbang teguran tadi masih berbekas di hati. Tangan masih berjabat ketika dia berkata, "Saya tumpang solat. Saya dari Sabak Bernam, nak ambil anak di UiTM. Kemudian nak ke Johan Setia, ada tahlil anak buah."
Saya terkedu.
"Suami saya anak sulung. Yg di JS, adik suami saya. Anak sulungnya, baru umur 32 tahun. Pagi ke tempat kerja, tiba-tiba sakit dada."
"Serangan jantung?"
Dia angguk. Matanya berair. "Anak sulungnya, baru 6 tahun. Kedua, 4 tahun, ketiga, 2 tahun. Isteri pula sedang sarat mengandung."
Allah. Mata saya kabur.
"Saya minta maaf kak... takziah dari saya. Allah lebih sayangkan dia." Makin erat tangannya saya jabat sebab tahan airmata.
"Duduk di sini?"
"Tak... kami ada program solat hajat sekolah utk anak nak periksa..." dan few conversations. Terima kasih jua utk doanya buat Babang.
Saya selalu tahu setiap yg berlaku, ada hikmahnya.
Setiap pertemuan, juga ada sebabnya.
Mengapa dlm byk2 orang, saya jumpa dia? Mengapa dlm keadaan agak rushing begitu, dia masih sudi berkongsi cerita. Dan sudi menghulur doa juga...
Hikmahnya masih bergelegar di kepala dan dada.
Salam Jumaat, 11 Muharram. Redup cuaca di luar jendela...
#heartattack
#matiitupasti
#UPSR2018
#bahagiaiturezeki
"Duduk di sini?"
"Tak... kami ada program solat hajat sekolah utk anak nak periksa..." dan few conversations. Terima kasih jua utk doanya buat Babang.
Saya selalu tahu setiap yg berlaku, ada hikmahnya.
Setiap pertemuan, juga ada sebabnya.
Mengapa dlm byk2 orang, saya jumpa dia? Mengapa dlm keadaan agak rushing begitu, dia masih sudi berkongsi cerita. Dan sudi menghulur doa juga...
Hikmahnya masih bergelegar di kepala dan dada.
Salam Jumaat, 11 Muharram. Redup cuaca di luar jendela...
#heartattack
#matiitupasti
#UPSR2018
#bahagiaiturezeki
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.