Dah bbrp kali lunch break Jumaat dpt 'me time' krn anak2 settle down awal di sekolah masing2.
Hari ni pun, assist Babang balik dari kelas tambahan sek keb. Cuma sempat beri dia beri lunch dlm kereta sblm hantar utk solat Jumaat. Nasi lemak sedekah hari Jumaat oleh seorang kakak di pejabat. Moga Allah murahkan rezeki Kak Gee. Baliknya ke sekolah agama, insyaAllah dijemput ustazahnya.
Apapun dah dipastikan dia sampai dgn selamatnya di sekolah agama tadi oleh salah seorang ustazah. Alhamdulillah.
Babang suka nasi lemak. Licin dimakannya. Sedap plus lapar lah tu. |
Kurus sedikit dah Babang. Mungkin agak penat dgn gerak gempur menjelang UPSR & PSRA tak berapa hari lagi. Mlm tadi Pa tanya dia "Kenapa makin hitam sangat awak ni Bang?"
Saya menyampuk, "Alah... ada orang tu pula... dulu pergi ke Sydney, siap kena tanya dgn Aussie salesgirl 'are you from India?'..."
Dan Pa pun sengih.
Petang Selasa lalu tapak kakinya tertusuk paku. Disebabkan saya asyik dgn 3 dara che daisy saya di dlm pasu, dan disbbkan dia selalu 'berdrama-boy' maka saya jadi alpa. Pa attended him. Mlm kelmarin baru sempat belek kakinya. Merah & agak bengkak. Aish, saya belum pernah alpa dan sambil lewa sebenarnya ttg anak. Sapu herbal blend & beri makan supplement vitamin dulu.
Tengahari semlm bawa Babang ke klinik. Demam rupanya dia. Doctor beri suntikan di pangkal bahu. Maafkan Ummi ya Babang. InsyaAllah Babang, anak Ummi yg kuat.
Di hari Jumaat yg redup bergerimis ni, Ummi mohon Allah lindungi anak-anak Ummi dan semua juga dalam kesejahteraan & keselamatan. Dihindarkan dari kelalaian, kezaliman, penganiayaan dan bahaya.
Semoga Allah sentiasa beri ehsan & rahmatnya buat anak2 Ummi dan kita semua.
Semoga juga diterangkan hati utk memahami ilmu & diizinkan utk mendapat keputusan yg baik dlm peperiksaan nanti. Demi dunia & akhirat.
Selesai semua komitmen yg perlu sehingga saat ini. Time to bereskan komitmen yg lain pula seminit lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.