Tuesday, March 8, 2011

Happy 100th Woman Day


Salam,

Early morning tadi while driving to office, HotFM had a session on "Kerana Wanita Itu..." sempena Hari Wanita Sedunia Yang ke Seratus. 100?

Kerana Wanita Itu...
Aku lahir ke dunia

Kerana Wanita itu...
Aku kenali indahnya dunia

Kerana Wanita Itu...
Aku Tangisi kasih dan pengorbanan ku yang dipersia

Woman, they are a daughter, wife, mother, grandaughter, grandmother, aunty, sister, friend...
Can a woman be a destroyer?

Kadang-kala bukan mudah menjadi seorang anak perempuan,
harus sentiasa menjadi yang disayangi, dibanggakan, menurut kemahuan keluarga demi kebahagian ibu bapa dan keluarga,
meskipun keinginan sendiri harus diketepikan, malah harus langsung dilupakan

Kadang-kala bukan mudah menjadi seorang kakak,
harus sentiasa menjadi contoh, harus sentiasa menyayangi dan mengalah

Malah kadang-kala bukan mudah menjadi seorang isteri,
harus sentiasa berusaha menyayangi dan memenuhi

Juga kadang-kala bukan mudah untuk menjadi seorang ibu
berusaha menyayangi dan mendidik generasi modal insan
agar kasihnya tidak menjadi adil yang dipersoalkan
agar kasihnya tidak menjadi racun yang menghancurkan


Aku banggakan ibu bapaku kerana aku anak perempuan mereka
Aku berkorban sebahagian hidupku kerana aku anak yang harus membela nasib keluarga
Aku pembela adik-adikku kerana aku kakak mereka yang harus sentiasa ada
Aku lupakan remajaku dan cinta yang pernah hadir
kerana aku masih belum mampu menduakan kasih kepada keluarga
Tanpa ibu dan bapa, aku tidak akan lahir ke dunia
Tanpa restu ibu dan bapa, syurgaku tidak akan ada

Tetapi kini bila kasihku sirna oleh silaunya permata
Bila keringatku kering oleh panasnya kata fitnah
Bila airmataku sudah tidak lagi berharga
Bila yang muda sudah tidak kenal erti budi bahasa
Bila pengorbanan dicampak melarat ke jalan rekah
Bila diri ini yang memberi nafas baru disisih dari mahligai yang dia bina dengan kudrat dan keringat yang lelah
Dan bila luhur kesetiaanku dibayar dengan sekeping tiket tidak boleh pindahmilik ke neraka
Bolehkah aku tanyakan kepada Tuhan
Masih wajarkah wanita itu memegang dunia dan syurga?

Sayangnya
hukum sudah menyuratkan
syurga itu di bawah telapak kaki ibu
maka tiket itu harus ku perbuat apa?
Tuhan sekalian alam, jernihkan jiwaku dan jiwa mereka untuk menuju alam pengadilan


Masih juga aku akui
wanita itu penggegar dunia
wanita itu titisan embun yang begitu mendamaikan suasana
dan menyejukkan pandangan mata dan hati

Cuma kadang-kala
bahagian cerita hidup yang dituliskan buat kita
masih jauh untuk kita nikmati hikmahnya...

Aku masih berusaha
untuk mengikhlaskan hati menerima bahagian ini
Seandainya memang untukku telah dituliskan tiada ria...


RYS AREESA NASIR







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS