Awal pagi tadi Papa Nasir dah keluar untuk menyertai Ekspedisi Kayuhan Santai. Saya dan anak2 tinggal di rumah. Masih penat. Dan saya ada banyak kerja mengemas yg harus dilunaskan.
Jam 11 pagi Papa called suruh pi tapak ekspedisi. Mereka akan sampai dlm waktu < 15 minutes. Adoi, baru je selesai semua urusan dan baru keluar bilik mandi. Mcm kartun sy siap. Nsb baik Babang dah blh diharap buka pintu, on engine kereta dsbgnya.
Program kemasyarakatan anjuran Penghulu dan JKKK Mukim Kapar hu hu... mcm2 ada... selain kayuhan santai dari Kg Rantau Panjang - Pantai Remis - Kg Rantau Panjang, ada juga pertandingan tiup belon, pertandingan masak puding, pertandingan motor besar, pertunjukan silat, program potong rambut percuma dsbg.
Masa saya dan anak2 sampai jam 11.15 pagi tu, pertunjukkan silat baru nak mula. Excitednya Babang n Didik. Didik pun siap ikut gaya silat.
Part lawan parang ni saya ngeri sgt. Real tu budak2 ni lawan. Adoi... kalaulah... (mula dah imaginasi bukan2 ceh). Babang pandang sy pelik bila saya seriau dan tutup muka. Saya kata dgn Babang, "Bang, tak yah masuk silat ni tau. Abang training taekwando je dah."
Ketibaan bergaya lebih 100 peserta2 ekspedisi dgn paluan gendang atas lori hu hu. Papa tak guna basikal dia. Dia pau basikal si AB. Langit blkg tu gelap. Soonest mrk berhimpun di tapak mula, hujan mencurah lebat. Alhamdulillah, hujan rahmat.
My heroes...
Dalam hujan tu, acara penyampaian hadiah oleh ADUN Sg Pinang tetap dijalankan. Penyampaian hadiah cabutan bertuah yg pelbagai (nombor Papa tak naik-naik hu hu), penyampaian derma dan sumbangan serta pemberian beg sekolah kpd selected kids. Terima kasih daun keladi. Lain kali boleh kayuh dan bagi hadiah lagi, kui kui...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.