Friday, March 22, 2013

Earth Hour

Padamkan Lampu Selama 1 Jam
 8:30pm - 9:30pm, Sabtu 23 Mac 2013.


 Mission
Uniting People to Protect the Planet.

Earth Hour adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik. Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour. Ia bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 juta penduduk Sydney dan lebih drpd 2,000 premis perniagaan menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

Pada 2008, Earth Hour dirancang untuk seluruh Australia. Tetapi bila City of Toronto, Canada menyertai program ini, pada 28 Mac 2008 sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Sejak itu, Earth Hour telah menjadi acara tahunan global. Ia dijadualkan pada lewat March - waktu equinox iaitu apabila masa siang dan malam sama panjang bagi membolehkan kesemua bandaraya bergelap ketika ia berpusing mengelilingi bumi. 

Pada 2011 pula, ratusan juta orang dari 135 buah negara menutup lampu selama sejam. Ia juga titik bermula 'Beyond the Hour' sebagai komitmen usaha untuk cuaca dunia.

Antara bbrp kebaikan Earth Hour :

Menjimatkan elektrik : bayangkan brp byk jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yg kian meningkat kini.

Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan org tua kita. Btp susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dlm keadaan serba lengkap.

Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yg ada, merosakkan apa yg ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sbg khalifah di muka bumi ini

***********************
 Jadikan Amalan Penjimatan Tenaga
Sebagai Amalan Harian Kita
Kita Mampu Mengubahnya
(Pesanan ikhlas : Pej. Pengurusan Fasiliti, UiTM S/A)



Nota Hati:
Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang...
Al-Fatihah untuk arwah Mak Cu Jah Pokok Assam, Taiping
yg tlh kembali ke rahmatullah pd jam 4.30ptg tadi.
Hidup ini ada tempohnya... bumi ini begitu juga suatu ketika nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS