Didik off pampers awal. Now dah almost 1 year plus dia tak pakai pampers. Awal2 mcm okay je. Tapi lately.. dia buat perangai comei.
P : Adik, pi toilet jom. Encing dulu...
D : Tak nak! Adik tak nak encing...
After some times...
U : Adik nak encing tak?
D : Tak nak....
After some more times...
D : Nak encing! Nak encing! Nak encing!
U : Erk! (kelam kelibut)
Kami akan kelam-kelibut sbb perangai comelnya ialah, bila sat2 tu dah nak terbuang air kecil sgt baru dia sound. Nanti tengok2 seluar dah basah.... haish... sabar je lah... nasib baik kalau buang air besar dia pandai terus ke tandas.
Suatu hari pi makan di restoran luar. Sdg makan, Didik terjerit2, "Nak encing! Cepat Mi, adik tak ahan dah ni!"
Rushed him to the cleaner nearest public toilet. As usual, seluar dah basah dah pun. Cit! Tiba2 pula sy rs nak guna toilet sekejap.
U : Adik, adik tunggu Ummi kat luar ni tau...
U : Ummi nak masuk dlm toilet sekejap.
D : Okay Bos!
U : Adik jgn pergi mana2 tau... adik duduk diam-diam kat sini je.
U : Adik jgn bergerak-gerak ke mana2 tau... duk diam2...
Dari dlm bilik air, dok panggil dia sesekali. Manalah tahu nanti terdtg idea geniusnya pulak...
U : Adik!
D : Ya.. adik ada ni...
U : Adik duk diam2 tau, jgn bergerak.
D : Ummi!
U : Ya...
D : Adik inta aaf... adik tak uduk iam-iam.
U : Duduk diam-diam kat situ sekejap. Jangan bergerak2!
D : Tapi... aki adik ni yang erak cendiri...
(Tapi... kaki adik ni yang bergerak sendiri....)
Bila saya keluar toilet, Didik pun tunjuk kakinya yang bergerak-gerak dgn sendiri tu. Rupanya dia kegelian dan kesejukan sbb belum sy pakaikan seluar ganti...
haha..kelakarlah didik ni. waiz pon x free diapers lagi..huhu.sy x kuat lagi nak tahan & hadap kencing berak dia kak..
ReplyDelete