Thursday, March 28, 2013

Empat Tahun La!

Alhamdulillah. He's 4 years old today.

4 tahun dah? Adoi... sekejapnya. Dia skrg dh pandai ckp, dh bau cuk, tak ada dah bau baby-baby lagi. Dah jadi my little young man. Tapi dia msh anak kecil sy yg manja. Modal sy usik dia kalau dia buat 'akal' dan 'perangai' ialah dgn baby gegurl. Mulanya dia mcm jealous. Tapi lama-kelamaan dia jatuh syg dgn baby gegurl yg jadi fantasi Umminya.

Bila jalan-jalan dan dia ternampak mana2 baby....

D : (Sengih2, sipu2 pandang baby dlm stroller)
D : Ummi! Baby mcm tu ke yang Ummi nak?

Nampak baby didukung oleh seorg perempuan :
D : Ummi, itu ke babynya?

Nampak lagi another baby :
D : Ummi, itu ke baby gegurl kita?

Kalau semua tu baby kita, senang le Dik.. tak yah sesusah Ummi nak fikir cemana nak bawa gegurl ke dunia kita ni...

Last Thursday sewaktu sy bawa dia ke pejabat seharian krn nenek Imahnya bawa Ilan berkhatan di hospital... untuk pertama kalinya dia berkata:

D : Ummi, bila birthday saya?
U : Next week sayang..
D : Ya? (excitednya)
D : Wah! Nanti Ummi jgn lupa beli belon, tau!
D : Nanti Ummi buatkan saya kek tau!
U : Ya lah, sayang... insya-Allah.

Keletah Didik menjelang usia AMPAT TAHUN LA... hu hu...

Dah bbrp hari dia mengidam strawberry. 
"Ummi, boleh tak Ummi tolong belikan caya buah strobeyi?" 
pintanya suatu hari. 
Saya sbnrnya trauma naik Cameron, pening kepala nk muntah. 
Setakat strawberry ni, meh la kita cari kat Tesco Shah Alam tu je... 
Akhirnya dpt jg Didik sarapan strawberry atas bantal... hmm...

U : Dik, buat apa tu?
D : Adik makan angin la...



My love Didik... happy 4th birthday sayang!
Sorry tak de lilin... but there r 4 strawberries on it hu hu...
Semoga jadi anak soleh,
selamat sejahtera dan berjaya di dunia dan di akhirat.
World to heaven of DOA, kisses and love 4 U!

Tuesday, March 26, 2013

It's Done.. and It's Gone...

Hari ini kepala sy msh sakit. Maka, walaupun sy masuk office after 1/2 day leave pagi, ptg tepat 535pm sy dh punched out. Very unlikely of me balik sblm jam 6 hu hu... Nmpknya mlm ni kena dgr cakap Papa lah juga. Kena mkn panadol. Tak larat dah tanggung skt kepala.

Tapi rasanya mulai esok kepala sy mungkin akan rasa lega sikit. Sbbnya sy dh selesaikan misi sy utk KTVH. Ia dah diserahkan kpd editor BP pagi tadi. Alhamdulillah.

1st word editor bila lihat tajuknya ketika sambut mss, "Islamic story?"

Sy sengih dlm hati. Tak lah Islamic sgt. Not qualified to write so. It's my 1st trial for Islamic contemporary genre. This 4th drafted mss of mine is still fiction but on Islamic platform. Perkaitan Islamic atr tajuk, jln cerita dan nama hero heroinnya. 3 kali buat reading n editing sendiri sbb Papa Nasir busy. Ommit sana sini. Sudahlah ia seadanya. Pasti ada kelemahan dan kekurangan.

Ia akan berada di BP utk suatu jangka waktu yg blm dpt dipastikan, menemani kakaknya STKG. Menunggu giliran yg msh jauh. Tak apa... sy msh dan akan sabar menunggu. Sy dh terbiasa menunggu... hu hu.. ayat...

It' DONE! 
SubmittedBe good girl okay. Kamu kat rumah orang.
Ummi RAN will see you sometime later...

Dlm pd gembira tu, blk rumah ptg td rasa kehilangan sesuatu. Hmm.... me and my heart, mmg selalu mcm ni. Tengok garaj, di mana si Aveo hijau sy? Ia mmg cuma sebuah kereta. Barang. Tak bernyawa tapi dia ada enjin. Dan dia ada sumbangannya. Ketiadaannya amat dirasai hati ini. Adoi... mcm ayat buku.

Selamat jalan Aveo. Sorry... we couldn't afford to keep you any longer. It's heart wrenching thinking that you are not sleeping in your garage anymore, but instead in a used car center. It's not that we don't love you. You are my dearest coz it's a pleasure driving you. Senang nak parking. Berdesup, tak rasa. But may be it's time for us to be parted. And it's time for you to meet many friends at the centre. And Papa need to have another efficient car. Again, of course his favourite, back to Toyota. Kos melepas, adalah Almera utk saya kui kui kui...

Hmm... sy mmg selalu rasa berat hati berpisah dgn brg2 saya. Kalau tak ada dekat dgn sy pun, sy dah susah hati. Inikan pula kalau harus berpisah terus. Dgn barang pun sy jadi sentimentol, apatah lagi dgn org yg sy syg. Kindly bear in your mind RAN, semua ini bkn milik kita. Sampai tempohnya, kena dipulangkan, kena berpisah. Ni nasib juga berpisah ada ganti. Kalau yg tak ada ganti? Huk huk... sedih....

It's GONE! 
But I will always thank you for everything... 
as you will always be in my heart.

Sunday, March 24, 2013

EKSPEDISI KAYUHAN SANTAI

Awal pagi tadi Papa Nasir dah keluar untuk menyertai Ekspedisi Kayuhan Santai. Saya dan anak2 tinggal di rumah. Masih penat. Dan saya ada banyak kerja mengemas yg harus dilunaskan.

Jam 11 pagi Papa called suruh pi tapak ekspedisi. Mereka akan sampai dlm waktu < 15 minutes. Adoi, baru je selesai semua urusan dan baru keluar bilik mandi. Mcm kartun sy siap. Nsb baik Babang dah blh diharap buka pintu, on engine kereta dsbgnya.


Program kemasyarakatan anjuran Penghulu dan JKKK Mukim Kapar hu hu... mcm2 ada... selain kayuhan santai dari Kg Rantau Panjang - Pantai Remis - Kg Rantau Panjang, ada juga pertandingan tiup belon, pertandingan masak puding, pertandingan motor besar, pertunjukan silat, program potong rambut percuma dsbg.

Masa saya dan anak2 sampai jam 11.15 pagi tu, pertunjukkan silat baru nak mula. Excitednya Babang n Didik. Didik pun siap ikut gaya silat. 


Part lawan parang ni saya ngeri sgt. Real tu budak2 ni lawan. Adoi...  kalaulah... (mula dah imaginasi bukan2 ceh). Babang pandang sy pelik bila saya seriau dan tutup muka. Saya kata dgn Babang, "Bang, tak yah masuk silat ni tau. Abang training taekwando je dah."

Ketibaan bergaya lebih 100 peserta2 ekspedisi dgn paluan gendang atas lori hu hu. Papa tak guna basikal dia. Dia pau basikal si AB. Langit blkg tu gelap. Soonest mrk berhimpun di tapak mula, hujan mencurah lebat. Alhamdulillah, hujan rahmat.

My heroes...

Dalam hujan tu, acara penyampaian hadiah oleh ADUN Sg Pinang tetap dijalankan. Penyampaian hadiah cabutan bertuah yg pelbagai (nombor Papa tak naik-naik hu hu), penyampaian derma dan sumbangan serta pemberian beg sekolah kpd selected kids. Terima kasih daun keladi. Lain kali boleh kayuh dan bagi hadiah lagi, kui kui...

THE HECTIC 26 HOURS

Br dpt ddk rehat. Rumahpun dah kemas seadanya dan anak2 dah diberi mkn. Cuma jemuran basah lencun tak sempat diselamatkan sbb pi sambut Papa dr Ekspedisi td. Nnt kena basuh sml lah semuanya. Nsb baik ada mesin basuh. Kalau basuh tgn, mau pengsan 2 hari. Adoi...

We had 26 hours of hectic life this weekend. Soonest Papa balik kerja at 10pm last Friday, kami bertolak ke Taiping. Utk beri penghormatan terakhir kpd adik bongsu abah sy yg kembali ke rahmatullah ptg Jumaat itu.

Sy sbnrnya sgt penat. Dan sy bimbang utk susahkan Papa Nasir memandu jauh. Sy cadang mahu bertolak jam 4 pg. Rehat dhl smtra itu. Tp Papa Nasir kata, "Penat mmg penat. Tp tggjwb ttp tggjwb. Kalau hari ini sbb penat kita berkira, lain kali kalau kita dah meninggal dunia, orang lain pun kata diorang penat jg."

We thought could reach Pokok Assam at 3 or 4 in the morning. Sy speed dr rmh sampai Tg Malim Then Papa took over. Sy tak blh drive mlm sgt, tmbhn pl sy dah seminggu skt kepala. Yg kelakar, we reached Pokok Assam at 726 pg esoknya. Adoi, mesti Papa Nasir berehat n tidur byk kali di setiap RnR. Tak apalah, alhamdulillah slmt sampai.

Arwah Mak Cu Jah jg dah selamat disemadikan on Saturday 23rd March, dlm cuaca yg cerah dan urusan yg lancar. That was the... I think, my 3rd time melihat jenazah dimandi dan dikafankan. Menghidu bau kapur barus, daun pandan dan bunga-bungaan. Berdiri bulu roma, membayangkan diri sendiri.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ni, saya teringin nak ikuti kursus mandi jenazah. Tapi tak sempat-sempat lagi. Saya harap ia dapat saya manfaatkan untuk ahli keluarga saya, jika saya masih ada...

Babang insisted nk tgk. Sy dukung dia. Babang diam melihat jenazah dimandikan. My tears dropped like rain that day. Sy kt pd Babang, "Nanti, kalau Ummi dan Papa dah tak ada, Ummi harap sgt Babang dan Didik mandikan jenazah Ummi dan Papa ye..."

Babang said nothing. He was very quite. Dlm dukungan tu, dia pandang muka sy yg basah. Sy hiba melihat cousins sy. Walaupun mrk semua dah dewasa, ttpi kehilangan dan ketiadaan seorg  ibu di rumah pasti dirasai.

Kalau saya tak ada suatu hari nanti, mesti anak2 dan suami sunyi. Dah tak ada org nak bebel, leter, sungut, make instructions, marah-marah dan bising-bising kan...? 

Tgh hari Sabtu kami rush pulang. Jadual asal kami sbnrnya pagi Sabtu, slps kelas Taekwando Babang, kami akan mengiringi pernikahan sahabat Papa Nasir, bro Jojo n Kak Ina. Bro Jojo's life lbh krg Papa Nasir juga. Hidup ini pnh dugaan. Semoga Bro Jojo bahagia dgn Kak Ina. Perjodohan yg sweet, blh jadi buku cerita hu hu...

Balik rumah utk mandi (satu hari suntuk tak mandi, sembur minyak wangi je. Berlengas, tak selesa) dan tukar baju. We obeyed earth hour mlm Sabtu itu sbb kami keluar lagi utk attend kenduri saudara di Kuala Selangor. Kemudiannya singgah utk ziarah ibu saudara Papa Nasir yg baru2 ini hospitalized krn masalah jantung.

Arwah Mak Cu pun mengalami masalah jantung juga. Hmm...

Sy dpt lihat ada perbezaan sedikit pengurusan jenazah mengikut tempat. Kalau di belah mertua saya, jenazah akan dimandikan secepat mungkin walaupun pd lewat mlm hari. Itu kelebihan bila masyarakatnya semua memiliki sedikit kelebihan ilmu dan semangat persaudaraan Islam. Di tempat lain, mungkin jenazah akan menunggu semalaman sehingga esok pagi sehingga qariah dtg.

Mungkin ada pros n cons. Kadang di sesuatu tempat, ada prosedur yg harus diikuti. Tetapi sy rs mungkin elok juga jenazah dimandikan secepat mungkin. Biar bersih... maka dlm keadaan bersih itu dia selesa menerima sumbangan doa dan bacaan ayat suci al-Quran dari anak-anak, saudara dan sahabat handai.

Now, tinggal abah dan Pak Tua sahaja. Adik2 mrk semua dah pergi mendahului. Pak Tua pun sgt2 uzur. Sudah tinggal tulang berbalut kulit. Abah sebaliknya smkn membesar, ttpi smkn tak larat bawa badan. Belah ibu, masih ada 3 org lg. Usia dan hidup sendiri juga blm tentu. Sekurang-kurangnya mrk yg sudah pergi, dah tentu kesudahan dan penyempurnaannya. Saya ni, belum tentu lagi bahagiannya...

Pa, walaupun saya nak grow old with you for many years more, sehidup semati bersama, tapi seandainya takdir, saya pergi dulu... Papa tolong tunaikan apa yang Ummi minta tu ye... terima kasih. Saya sayang awak.

Friday, March 22, 2013

Earth Hour

Padamkan Lampu Selama 1 Jam
 8:30pm - 9:30pm, Sabtu 23 Mac 2013.


 Mission
Uniting People to Protect the Planet.

Earth Hour adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik. Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour. Ia bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 juta penduduk Sydney dan lebih drpd 2,000 premis perniagaan menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

Pada 2008, Earth Hour dirancang untuk seluruh Australia. Tetapi bila City of Toronto, Canada menyertai program ini, pada 28 Mac 2008 sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Sejak itu, Earth Hour telah menjadi acara tahunan global. Ia dijadualkan pada lewat March - waktu equinox iaitu apabila masa siang dan malam sama panjang bagi membolehkan kesemua bandaraya bergelap ketika ia berpusing mengelilingi bumi. 

Pada 2011 pula, ratusan juta orang dari 135 buah negara menutup lampu selama sejam. Ia juga titik bermula 'Beyond the Hour' sebagai komitmen usaha untuk cuaca dunia.

Antara bbrp kebaikan Earth Hour :

Menjimatkan elektrik : bayangkan brp byk jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yg kian meningkat kini.

Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan org tua kita. Btp susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dlm keadaan serba lengkap.

Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yg ada, merosakkan apa yg ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sbg khalifah di muka bumi ini

***********************
 Jadikan Amalan Penjimatan Tenaga
Sebagai Amalan Harian Kita
Kita Mampu Mengubahnya
(Pesanan ikhlas : Pej. Pengurusan Fasiliti, UiTM S/A)



Nota Hati:
Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang...
Al-Fatihah untuk arwah Mak Cu Jah Pokok Assam, Taiping
yg tlh kembali ke rahmatullah pd jam 4.30ptg tadi.
Hidup ini ada tempohnya... bumi ini begitu juga suatu ketika nanti.

Tuesday, March 19, 2013

Pelik, Kenapa Tak Boleh?

Minggu ni exam week Babang di Al Amin. Bl dh on engine kereta to office after sent him to sek. agama pagi semalam br teringat. Ptt la pg semlm baca selawat n doa yg pjg dr biasa kemudian hembus kpdnya. Rupanya inside me I can feel that my son's going to have something important yesterday hu hu...

Dr PASTI smpi ke Al Amin, Babang masuk exam w/o study. Risau saya. Babang apart of sekolah n tuisyen, agak liat utk suruh study di rumah. Asyik nak main je... ke dia masih kecil maka selayaknya begitu?

Semoga Allah berikan kelapangan fikiran, terang hati n minda utk Babang belajar, ulangkaji dan menjawab kertas ujian dan hafazannya.

Writing about him, suddenly his words came into my mind. And it makes me smiles...

PELIK?
Bila saya duduk dpn lappy, means I am working on my mss @ FRAN @ gather some information. Prefer ddk sorang2 n diam2. But my sons love to be around me. Bring their whatever devices, sit next to me. Kdg rasa tak boleh concentrate. 

U : Babang, Didik... pi main dgn Papa ya.
U : Kecikkan suara gajet tu ya...
B : Nape Mi?
U : Ummi nak kerja ni... Ummi tak blh dgr bising2. Boleh ye?
B : Oh, Ummi nak kerja ye? Ok!

N most of the times, I need 2B accompanied by music. Sesekali display the screen side by side with my mss screen. Babang dtg spying on me. One day dia lihat ada screen Preity Zinta sdg menyanyi.

B : Ummi! Ummi kata nak buat kerja?
U : Ya lah, Ummi tgh buat kerja la ni...
B : (Kerut kening tgk skrin) Tu bukan keje, kan tu org tgh nyanyi?
U : Ummi kalau buat kerja mmg kena dgr lagu... 
B : Kenapa?
U : Ummi kena force mood to concentrate, sayang.
B : Hah? Macam PELIK je keje Ummi ni...


KENAPA TAK BOLEH?

Like Papa, like Babang n Didik. Suka berambut panjang, ntah apa-apa. Liat sgt kalau nak suruh pi barber to have their hair cut.

U : Tu cuba tgk abang Mucid, rambut dia panjang ke pendek?
B : Pendek...
U : So, betul tak Ummi kata abang kena potong rambut?
B : (Angguk, muka mcm tak puas hati. Pandang sepupunya Imah)
B : Imah tu boleh je rambut panjang, KENAPA SAYA TAK BOLEH?
U : (Adoi!) Imah perempuan, tak apa rambut panjang.
U : Awak tu lelaki, tak boleh....
U : Pi sekolah nnt cikgu marah. Kena ikut disiplin.
B : Oh, begitu ke? Kenapa tak cakap awal-awal?
U : Sabar je lah!

Babang dah few days start batuk n mcm dtg simptom semput. Aduhai, lepas Didik reda, dia pula. Hari ni nampak dh tak perlu put him on nabulizer tapi batuknya msh ada. Semoga Allah kurniakan anak-anak sy keberkatan usia dan kesihatan... aaamiiin....

Sunday, March 17, 2013

Di mana handbag kita dalam kereta?

Weekend ini kami spent masa register KoKo Babang, beli beg sklh budak2 n spent nights di rumah ipar sy di Bangi dgn Mak Enon dan Abah Hussien n dropped by tgk ibu di Sepang sblm balik Klang attended kenduri near taman perumahan kami.

Babang w Sir Fauzan. Sir ni jurulatih Taekwando dkt rumah kami. Dulu AB pun berguru dgn beliau. Igt tak moh htr Babang utk taekwando lg thn ni. Alih2 jadi KoKo pula di sekolah n Sir Fauzan jg yg coaching. Enroll je la... lagipun Babang excited sgt. Hmm... nmpknya bertambah pack la jadual setiap Sabtu saya. Wa wa wa!!! Angkut laptop la jwbnya...

Last week, biras (KM) saya experienced hard times. While waiting the traffic light to turn green, KM who drove alone, tak sedar cermin Mercedeznya diketuk org berderai. Coincidence that day, tak seperti hari2 lain, dia letak handbag di tmpt ddk sblh pemandu. She had hard times bila semua dokumen pengenalan, kad bank, buku TH n buku bank n handphones diragut bsm handbag.

Alhamdulillah KM tak apa2. Duit boleh cari, dokumen boleh diganti, tapi keselamatan yg lebih utama. Mungkin ada hikmahnya beg tgn tu di sblh tmpt ddk pemandu. Kalau peragut tu tak dpt beg, entah apa pulak kejahatan yg mrk nak buat. Admirably, KM sgt independent, uruskan recovery on that day seorang diri sbb husbandnya (abang Papa) bekerja luar daerah (Sabak je hu hu).

Kalau sy di tempat KM, mesti saya dah nangis tgh jln. Dahlah buta geografi dan buta jalan... tetiba alami tragedi yang traumatic mcm tu, tak tahulah... kalau Papa kat oversea pun mahu saya suh dia naik flight balik dan-dan tu juga. Err.. tu mmg nak kena gigit la jawabnya. Melampau na...

Ada byk petua n guidelines on safety. Salah satunya handbag kalau blh jgn letak di tempat yg obvious pd org di luar, manalah tahu mrk ada bad intention. Still it isn't a guarantee. Zaman skrg mcm2 boleh berlaku, in any ways n manner. Atau mungkin kena ada backup sikit spy if we lost our handbag, kita still ada RM n handphone with us. 

Sy pun leka n pelupa. Tapi kalau ada org nak buat begitu kat saya, kesianlah. Dlm handbag n purse sy paling byk sy bw hanya RM10. Kengkadang Papa ada selit more than that, which most of the times saya tak sedar. Cuma, after what happen to KM, saya dah separatekan beg kecil yg berisi few mss pendrives n MP3 walkman saya. Honestly they are important.

Malang tak berbau. Kalau dah berhati2 tp kena juga, mungkin ada hikmahnya yang Allah nak beri. Setiap sesuatu rencana Dia (peringatan utk diri sendiri). Kita usaha yg terbaik.

Sy, setiap pagi nak pergi kerja atau ke mana2, doa2 pendek ini atr yg sy baca. Mohon dgn Tuhan agar lindungi diri sy yg kecil dan tidak tahu apa2 ini.

Ø­َسْبِÙŠَ اللّÙ‡ُ لا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ù‡ُÙˆَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ تَÙˆَÙƒَّÙ„ْتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمِ
(ayat penuh ialah 128-129 surah At-Taubah, 
7x pg n ptg @ setiap sudah solat fardhu)
&
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai'un fil ardi walaa fissama'i Wahuwassami ul'alim
(3x pagi n ptg)

Dan juga selawat ini, yg walau saya pernah salin dlm buku nota, cuma sekali sekali sahaja sempat baca...




RAN, put your trust on Allah...

Thursday, March 14, 2013

Is Love Story A Fairy Tale?

R : Pa, cuba awak baca ni dan dengar lagu ni...
P : (sit close to me and listening)
R : (listening with rainy tears)
R : Sedih tak? (wiping my tears)
P : Hmm... sedihlah juga...
R : Saya sedih sgt... kasihan kat mereka... (blow my nose)
P : Nak buat macam mana Yang... itu bahagian hidup mereka...

But after that, I heard he plays the song again (may be again and again without me knowing..). I know how your heart works, dear....


"I hate love story sebab semua tu fantasi, imaginasi, halusinasi, rekaan, tipu belaka!! Realitinya tak pernah sama macam ending love story yang engkau suka baca tu, tau tak??


There's no right or wrong to Dayah's script.
But there are indeed true love stories around us
Many true love stories showering us each and every moment
Inspired us to love genuinely,
Tell us that the true love story, 
one final day ended up in heaven...
THIS IS ONE OF THOSE.... in reality...


"The more Allah loves somebody, the more he tests them.”
— Sheikh Tawfique

Sunday, March 10, 2013

Deceived : A True Story


Saya habis membacanya while tunggu Papa Nasir naik visit Ammar di Hospital Selayang. Saya tak boleh naik since di hospital kerajaan, kanak-kanak di bawah usia 12 tahun tak boleh naik ke wad. Kena jaga Babang n Didik di bawah saja lah...

A true story in 319 pages. Ia ditulis oleh Kate Snell dan Sarah Smith (the main character in this story). It took me longer time to finish the reading. Sbbnya sy terpaksa tutup buku n paused reading few times bila sakit hati. Mcm tak percaya betul ke ada manusia yg lurus bendul dan 'ba, wau, dal, wau, ha' cam ni sekali? Jahatnya saya... I'm not supposed to judge them that way since I am not them. Never be in their shoe... 

It's about 3 friends- John Atkinson, Maria n Sarah Smith yg jadi mangsa penganiayaan, penipuan dan manipulasi Robert Freegard yg mendakwa dia bekerja dgn kerajaan British sbg undercover agent or spy.  

Took liberty n manipulate IRA cases, Robert persuaded the 3 friends leave behind their study. Then dia bawa mrk pergi jauh, brainwashed mrk sampai jadi human puppet @ human slave in brain. After few years John sedar dan lari dari Robert. Begitu juga Maria yg dah ada 2 anak dgn Robert, tak tahan didera fizikal n mental, buat report polis dan balik ke rumah ibubapanya.

Paling kasihan si Sarah. 10 tahun hidup mcm identitinya dah tak wujud, jadi hamba kena kerja tapi semua upahnya diberi kpd Robert. Selalu dia starving, tak ada duit, tak ada pakaian, tak boleh jumpa/cakap dgn sesiapa dan adakala tidur on the floor, under the moon n in bushes. Sbb tu saya rasa mcm sakit hati. Knp dia percaya cerita terrorists n spy Robert tu... ? Haish...

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah.  Krn sikap tamak dan kejam Robert  yg menipu ramai perempuan, akhirnya dia terperangkap juga. Padan muka! Kasihan Sarah... 10 tahun masanya terbuang. Tak dpt habiskan study di U, hidup menderita, humiliated... sampai dia trauma. Semua duit family n savings mrk habis ditipu Robert hingga family farm dia almost bankrupt.

Sbnrnya Robert seorg anak yg tak ada bapa. Dari kecil dia hidup dlm fantasy world. Tapi yg pelik kalau dia tak ada bapa, patutnya dia buat jahat kat org lelaki, knp nak buat jahat kat org perempuan? Tapi bab Robert dgn mak dia tak dikembangkan dalam cerita.

Moral of the story : Jgn mudah percaya dgn seseorg yg baru dikenali. Sdg yg kita kenal bertahun-tahun pun belum tentu elok... dan, apapun always turn to your family first! Family... ya, family... kadang2 kita perlu pendapat org lain dl sesuatu perkara. Sbb bila kita seorg diri, mungkin fikiran kita terbatas dan kita tak boleh fikir panjang.

Chosen word:
camaraderie - kn kemesraan dan perasaan saling mempercayai di antara sahabat-sahabat.

Saturday, March 9, 2013

Engineer n err... Trainer?

One day outing, menziarahi yg kurang sihat - Angah di NCI, relapse jangkitan paru-parunya n Ammar, our nephew di Hosp Selayang for his athmatic.  Kemudian tunai permintaan the boys yg mahu cari toys. Babang kata simpanannya ada RM19, so dia nak beli toy around that amount. Hmm... ya lah tu...

Sampai rumah dekat Isyak tadi, beritahu Papa Nasir, saya tak larat nak kemas rumah. Esok je lah saya jadi surirumah. Mlm ni nanti cuba nk habiskan final reading KTVH yg saya shared sedutannya sikit dari 3 chapters semalam. Kalau laratlah... 

Lately saya dah mula rasa badan letih sgt2. Balik dr office, sekadar tunaikan kewajipan yg biasa, lepas tu dah rasa nak hilang. Buat satu dua kerja, badan rasa mcm baru balik dari kerja kat tapak bina. Mcm angkat simen dan batu-bata. Aduhai, knp sy rs penat sgt2 skrg ni? Bimbang juga since selalunya waktu2 begini we spent times in DEMC. Tak... kami sihat! InsyaAllah....

The boys belum tidur... what are they doing? Hmm... ambitious! My engineer and err. what's this? Trainer? ... to be... insya-Allah....

 Lately, he's very keen in rebuilding robots mentored by his Papa.... 
this is the cheapest compared to the previous sets, 
but Papa said it worth more
Bukan selalu juga alah membeli menang memakai rupanya ya...
 Hopefully one day Babang could engineered something like this for real? Err... hmmm... wonder...
You, you and, you!
I will assign you guys to a special mission tonight! 
Saving Lahad Datu!
Sorry... its not supposed to be a joke or nonsense talk okay Dik... 
We better talk from the real knowledge and pure heart, 
not speculating...
 Kita doa yg terbaik semoga 
Allah selamatkan agama, bangsa dan tanah air kita.
Semoga mereka yg berbakti utk kedaulatan negara akan berjaya dlm misi dan pulang ke pangkuan keluarga dgn selamat. 
Pada yg gugur, semoga syahidlah mereka... insyaAllah...
Okay, everybody rise! Let's sing in one, two, three... NEGARAKU....!
Err.. Dik, do ultramen need a trainer from mankind?

Friday, March 8, 2013

KTVH - bit of ch.53

Ego lelakinya benar-benar tercabar. Tetapi ia tidak lagi menjadi sesuatu yang penting kini. Betapapun dia berasa terhenyak dengan kerenah dan provokasi Khayla, semakin itu pula dia merasakan tidak sanggup kehilangan wanita ini.

“Khay... saya ikhlas dengan awak. Sangat ikhlas, demi Tuhan,” ujar Taufiq dengan nada sedikit bergetar.

Tolonglah Khay.. tolonglah jangan memaksa saya buat sesuatu yang akan saya kesali seumur hidup saya...

I have nothing to be compared to her.”

“I told you that never matter!” bantah Taufiq.

It does matter, Taufiq. It does...”

Kali ini matanya sudah tepat-tepat melurus pandang ke dalam sinar mata Taufiq. Menyeluruhi wajah itu. Menembusi renungan itu. Hidayah bisa layu.

“Ini soal hati dan perasaan. Awak fikir, awak boleh lupakan apa yang pernah awak rasakan terhadap Amy tu begitu saja? Awak mungkin boleh katakan begitu kepada saya, tapi cuba awak tanya pada diri awak sendiri. Could you really forget her? Ia tak mudah, Taufiq. It will takes time. Dan saya? Dengan apa yang awak katakan ni, saya hanya ada dua pilihan. Satu, percaya. Bila saya percaya, mungkin saya akan terima awak. Tapi... bolehkah saya lupa apa yang terjadi tu setiap kali saya pandang awak, pandang Amy?”

Terhenti kata-kata Hidayah seketika. Mengambil nafas, mengumpul kekuatan. Menentang renungan Taufiq saat ini mampu membuatkan dia berubah hati. Tapi sesekali tidak akan Hidayah izinkan hatinya berubah daripada keputusan yang sudah dia bulatkan.

“Ini hati saya, dan saya sendiri sangsi kalau saya boleh lupakan tentang hal tu. She is my bestfriend Taufiq, I could never get rid of her from my life. Tapi having you both, akan buat hati saya pedih. Kalau ia perempuan lain, mungkin saya boleh cuba untuk terima. Sebab saya mungkin tak akan jumpa perempuan tu lagi. Tapi ini...” panjang luahannya. Khayla merasa bibirnya menggeletar. Hati tersayat menahan tangisan.

Taufiq masih menentang pandangannya. Semakin lama semakin samar dan kelam wajah itu di matanya yang sudah kebanjiran. Dia tahu Taufiq terkedu dengan apa yang dia luahkan itu. Dia tahu...

“Awak boleh faham tak Taufiq?” lirih suara Hidayah sambil menekup mukanya. Menghamburkan tangisan hati.
Sebab itu dia bawa Taufiq ke mari. Tempat rekreasi yang terbuka, tetapi tidak mungkin mengundang prasangka. Namun tidak juga terlalu menarik perhatian orang yang lalu-lalang di sekitar. Jika mereka masih di restoran tadi, apa akan jadi?

“Khay...” suara Taufiq semakin bergetar. Sayu hatinya mendengar pengakuan jujur itu. Itu salah satu sifat Khayla yang sangat menyentuh hati Taufiq. Khayla jujur dengan perasaannya.

Walau tidak terungkap di bibir, namun bahasa wajahnya sudah terang-terang mewakili hati. Sebab itu Taufiq kata yang dia sebenarnya tahu kalau Khayla itu punya rasa terhadap dirinya. Sesuatu yang Taufiq hormati dan kagumi.

Tetapi saat ini, kejujuran Khayla itu adalah sesuatu yang sangat memilukan hati. Fact is indeed painful, yes. Tidak dia nafikan apa yang Khayla perkatakan itu semuanya benar.

“Saya minta maaf kalau itu sebabnya awak menghindarkan diri daripada saya. Saya tak mahu bercakap sesuatu yang tak benar. Tapi saya juga tak mahu cakap sesuatu yang tak relevan, Khay.”

Debar berombak dalam dada. Wajah tenang Khayla semakin menghiris hati Taufiq yang memandang. Dipejamkan matanya sedetik dengan jemari meraup rambut di atas kepala. Keluhan berat terhela.

It does not matter now. Saya dah tak mahu toleh dan ingat lagi tentang hal tu. Trust me Khay... if the feeling was there, it was. I can’t do or say anything anymore now to remedy it. I could not turn back the time and withdraw myself from the feeling I used to have. Saya bersalah, dan saya sedar kesalahan saya. Itu hanya satu masa dan satu cerita pendek dalam hidup saya, Khay. Masa dan cerita yang datang untuk memberikan suatu kesedaran yang selama ni saya tutup mata saya untuknya. Percayalah pada saya…” Taufiq mengambil nafas. Berebut dengan malu, pedih, pilu, sebak dan luka. Ini harga dirinya yang dia gadaikan di hadapan Khayla. Demi Khayla. Demi perasaan yang dia ada untuk Khayla. Kerana Dia.

“Khay, saya dah tak ada apa-apa perasaan pun pada Amy. Nothing at all, Khay. She is just a friend. A good one, you know.” 

Pedih hati sudah begitu menghiris. Sekuat manapun seorang lelaki, pasti ada satu titik berserah yang akan meluruhkan airmata dalam hatinya. Mengumpul segala kekuatan yang berbaki, “It’s only you in here...” itu sahaja yang mampu dia katakan selebihnya. Telapak tangannya masih di dada meskipun Hidayah tidak mengangkat muka.

Senyum dalam hati yang berdarah, Hidayah seka setitis air mata yang sedang separuh perjalanannya luruh ke pipi, “Saya nak sangat untuk mempercayainya. Saya nak sangat agar hati saya boleh menerimanya... tapi...”


KTVH - bit from ch. 22

“Assalammualaikum… lama tak call?” nadanya digirangkan. Walhal dalam hati ada debuk-debak. Risau kalau-kalau Hidayah bertanyakan tentang Taufiq.

Tawa Hidayah yang pendek terdengar sebelum salamnya dijawab. Dengar nada dan tawa Hidayah, terasa lega sedikit hati Amy. Mood Hidayah elok nampaknya.

Busy sikit…” itu sahaja yang Hidayah jawab. Pendek.

Betulkan kerongkongnya dengan berdehem kecil, “Ya ke? Aku ingatkan kau merajuk dengan aku…”

“Kenapa pulak aku nak merajuk dengan kau?” tukas Hidayah dengan nada tinggi. Kemudian dia ketawa pendek. Lagi. Itulah Hidayah. Pemurah dengan senyum, ketawa dan kasih yang berbunga-bunga. Hu hu...

“Ya lah, aku ingat kau marah dengan aku dan Azree pasal…” tiba-tiba dia jadi tidak berani pula hendak sudahkan ayat itu. Amy gigir bibir bawah. Hidayah belum buka mulut pun tentang hal itu. Mengapa dia pula yang memulakan? Hish! Cari nahas namanya ni tau tak!?

“Pasal apa?” soal Hidayah dengan nada hairan

“Oh, pasal abang kau yang jual mahal tu? Abang kau yang suka membazir sperma dia tu? Abang kau yang dah nak berkarat macam Titanic tu? Tak ada masa aku nak ingat orang macam tu...”

Erk! Ternaik kedua-dua kening Amy mendengar label yang diberikan oleh Hidayah kepada Taufiq. Titanic berkarat? Taufik macam Titanic berkarat?

Spontan meletus tawa kedua-dua sahabat itu.

“Tak baik kau Dayah… kutuk orang tak beringat! Berdosa tau...”

Tawanya juga masih bersisa. Sampai berair mata lagi. Serius ke Dayah ni sudah boleh melupakan kes penolakan dari abang Taufiq?

“Tak ada maknanya aku nak ingat hal tu lagi. Tak kuasa...” tegas Hidayah lagi.

“Kalau dia nak membazir sperma dia, suka hatilah. Sperma dia kan. Bukan aku ada share pun! Tak ada untung dan faedahnya pada aku. Airmata puteri duyung aku ni lagi mahal tau! Boleh buat mutiara. Kalau jual, boleh jadi millionaire kot aku ni, tau!”

Hish, Hidayah ni sudah masuk bab biologi pulak. Terasa geli-geleman tengkuk Amy bila memutar kembali kata-kata Hidayah itu tadi. Hidayah, perkataan yang keluar dari mulutnya kadang tak bertapis. Main hentam keromo sahaja diluncur dan dilantun dari kotak suara.

Hmm… kalau dia ceritakan pasal Taufiq sekarang sedang memburu seorang gadis misteri, ala-ala Cindirella Melayu, apakah Hidayah akan gelak berguling-guling? Atau apakah Hidayah akan berkecil hati? Makan tak kenyang, mandi tak basah?

KTVH - bit from ch.9

Aduh… bukankah sudah dia katakan Hidayah pasti akan berasa hati?

Meskipun bunyi mesej-mesej Hidayah di WhatsApp itu agak pedas dan keras, Amy tidak mampu untuk salahkan perempuan itu. Kalau dia sendiri yang melalui situasi ini, berkemungkinan besar juga dia akan berperasaan dan berfikiran sama seperti Hidayah. Sebuah penolakan yang pedih.

Walaupun bukan Hidayah sendiri yang berhadapan dengan Taufiq membawa usul kasih, tetapi perwakilan yang dibawa oleh Amy dan Azree sama ertinya dengan kehadiran Hidayah sendiri.


Dayah : Kau kat office ke ni? Kau ni kan, pagi-pagi dah bagi tragic surprise macam ni.

Dayah : Cerewet betul abang kau tu? Aku rasa kalau dia tu sempurna sgt, aku tak layak kot dgn dia kan?

Dayah : Malu pulak aku, mcm aku ni yg terhegeh-hegeh nak kenal dgn dia tp dia sikit pun tak interested ...

Hah, tu dia! Berderet-deret mesej Dayah di WhatsApp. Amy telan liur.

Amy : Sorrylah.. aku tak bermaksud nak buat kau sedih.
Amy : Tak apalah Dayah, inilah namanya dugaan dlm percintaan.
Amy : Kau ni memang tak pernah baca love story ye?

Amy : Kau tak tahu ke hero dengan heroin tu mesti melalui banyak dugaan, halangan, rintangan sblm mencapai cinta sejati dan live happily ever after. Samalah juga macam kau ni.

Amy : Aku tak rasa abang aku tu menolak, cuma dia nak cover rasa segan dia kot.

Amy : Mungkin dia tak naklah nampak yg dia bergantung sgt pd kitorang ni utk carikan calon jodoh dia.

Amy : Nanti kita fikirkan strategi lain… e.g. kau terjumpa dia ke accidentally?

Hah! Ambil... punyalah panjang juga Amy membalas. Bukan apa, nanti jika dia menaip mesej sedikit demi sedikit, takut Hidayah akan tersalah tafsir. Naik angin pula perempuan tu nanti. Nak pujuk hati Hidayah ni bukan senang juga kadang-kadang.

Dayah : Patutlah dia tak kahwin lagi, memilih sangat.
Dayah : Aku ni orang yang simple je, malas nak complicate things.

Dayah : Lagipun aku tak mahu pura-pura jadi org lain semata-mata nak pikat lelaki mcm dia. Aku tetap aku.

Dayah : Kalau dia pandang rendah begitu pada aku ni, tak apalah.

Dayah : Kau pun memang tau aku bukan spesis yang suka baca novel cintan-cintun macam kau tu.

Dayah : I hate love story sebab semua tu fantasi, imaginasi, halusinasi, rekaan, tipu belaka!!

Dayah : Realitinya tak pernah sama macam ending love story yang engkau suka baca tu, tau tak??

Sunday, March 3, 2013

Janganlah pijak baby tu!

I guess dh dkt 2-3 bln sy rasakannya. Mula2 terfikir adakah krn I long for a gegurl, hga hormon keibuan sy rise? Bila the throbbing msh trs, terdetik... is it got to do with the one we call cancer simptom? My imagination is too much! The only person utk ditanyakan wajiblah my other half. He said, "No. Nothing's there. You are over-imagining la.... jgn minta dan fikir yg bukan-bukan la syg..."

Okay, fine. May be I worry and imagine too much. Alhamdulillah, it might not be that. Tapi, lama2 rs denyutannya smkn obvious. And of course it scares me sometime. I feel it. Denyut yg sama spt waktu mula ada Babang n Didik dl. Rs spt producing milk, something like that. Tp... I am no longer BF my boys. Didik dh 4 years old... Babang dh sekolah... and the gegurl entah kat dunia mn lg. Not sure also her chances to see Ummi n Papa. What is it then?

Latest appointment with Dr Rahman last mth end, for certain curiosity n concern about my own self, walau trs mcm malu, terpaksa tanya juga...

D : When was your last p?
R : Last 2 weeks.
D : Regularly?
R : Yes.

So, I guess he's convinced that I am free from pregnancy. My latest overall blood test pun pd dia.

D : Bila hormon thyroid tinggi, sometimes you akan rasa begitu.
R : Oooh, means, nothing to do with other thing?
D : Supposedly no...
R : (Alhamdulillah...)

Dr Rahman explained on the T3, T4 n T sgl serta kaitannya dgn rs denyut itu. But as usual, I couldn't understand. Does not matter, as long as it is just something to do with my thyroid, it's ok... jgn yg lain sudahlah... Cuma, Dr Rahman pesan jika msh berterusan n jika ada susu yg keluar walau sedikit, I have to alert him. Doctor will prescribe me with some medication. Ubat lagi? Aduhai...

Tgh hr td ada kenduri doa selamat di rumah jiran next door. Walaupun saya sakit kepala dah 2-3 hari n rs mcm loya tekak, cuba bantu jg setakat terdaya. Lps tlg celur fish ball, fish cake n sayur, sy lari balik sbb nk muntah sgt...

Ops, pic above is Didik curi cium baby gegurl ms sdg baca Yassin, anak buah tuan rumah kot... hu hu... lately fasa provok keinginan Didik n Babang utk baby gegurl. Sllnya mrk geleng kpl. Dan kalau sy reserve anything, said it's for gegurl, they would say, "Alah... baby gegurl kan blm keluar lagi..." Hu hu...


U : Dik, tengok tu comel kan baby gegurl tu?
D : (Tersipu-sipu bila gegurl tu senyum n ketawa pd dia)
D : Ahah la Mi, cantik gegurl tu...
U : Didik pi cak dia...
D : Janganlah pijak baby gegurl tu Mi... sakitlah dia!
U : Erk!? (Did I said anything about PIJAK?)
U : Bukan pijak lah Dik, matilah anak orang... 
U : PI CHAK dia! (Main cak-cak tu lah...) 

Hish... Didik...

PAGEVIEWS