Assalammualaikum,
Dah 30 Rejab hari ni. Alhamdulillah masih diberikan usia. Esok Syaaban bermula... moga juga msh dipinjamkan usia utk bertemu Ramadhan dan melalui hari-hari mendatang sehingga tempoh yg dijanjikan sampai.
Hajat hati esok nak berpuasa. Semoga Allah izinkan dan permudahkan. Seluruh Rejab saya diuji
dgn kesihatan yg tak menentu, terlps waktu berharga. Tak apalah... bukan
rezeki. Now kids getting better. Cuma saya msh slowly recovering.
Last night kami cuba terapi,
pertahanan diri cara rawatan Islam yg org panggil Tapediri di kampung my
inlaws. Ia ikhtiar rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Rasanya tak ada
walau sepatahpun mentera selain ayat Quran yg kedengaran sewaktu rawatan.
Mungkin rawatan utk saya agak heavy, Papa kata ada dlm sejam juga perawat seramai 3 orang pulihkan saya. Sudahnya slrh hari ini saya laid flat.
Kekejangan otot... muscle pain, sakit-sakit dan lesu seluruh badan.
Tapi alhamdulillah juga, saya dh
blh tidur mlm semlm slps rawatan hanya dgn menggunakan dua bantal di kepala. Chesty problem ni pun berkurangan, sakit
kepala dan bahu pun menghilang. Semua dgn izin Allah...
Esok hari persekolahan akan bermula lagi. Petang tadi dah pergi belikan Babang sepasang lg kasut sekolah. Ada ke patut satu hari dlm minggu terakhir sekolah lalu, dia berjalan berkaki ayam keluar dari bangunan sekolah. Katanya kasutnya hilang. Sabar ajelah...
Dah beli kasut, pergi beli pula few stationeries... hmm... jumpa mak-mak yg ada kat kedai tu, semua masalah sama. Anak-anak lelaki mmg hari-hari kena ganti stationaries hu hu...
Life goes on... esok rutin berkejar-kejar dgn masa akan bermula lagi. Moga2 kesihatan saya smkn baik utk saya menjaga diri sendiri, anak-anak dan suami, keluarga serta melakukan semua tugas, tggjwb dan amanah yg dipundakkan.
Lepas habis Masterchef ni nanti nak kena naik ke bilik Babang, susun semua buku utk sesi sekolah agama dan kebangsaannya esok. Stationariesnya pun nak kena isikan juga dlm pencil case. Isi baju transit Babang, isi beg baju Didik utk ke rumah Nek Imah esok... sib baik semua baju sekolah Babang dah siap bergosok minggu lalu. Tinggal baju kerja Papa dan saya je lagi.
Sblm Maghrib dah jemur basuhan. Ada lagi satu batch dlm washing machine. Esok je sidai. Bakul baju dah muntah dgn basuhan yg blm berlipat. Langsir yg Papa tolong basuh minggu pun blm dipasang sml. Sib baik rumah dan dapur dah kemas sblm balik kampung Jumaat lalu, dan masih maintain kemas sampai hari ni hu hu...
Pergi kerja, ya sudah tentu. Esok juga kena collect ubat di klinik, novel2 KN di pejabat pos dan etc, etc, etc.
Itulah sebahagian kecil drpd rutin sebuah kehidupan saya.... hu hu... sbb tu agaknya knp perempuan kena hidup lebih lama ek.. hu hu... and thanks to Papa Nasir krn msh sll menjadi tempat sandaran paling teguh di dunia saya.
Hmm... just where should I insert some times for my mss.... aduhai...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.