Monday, November 16, 2015

DIDIK @ KEM MOTIVASI



6-7 Nov lalu, Didik ada Kem Motivasi Wajib tadikanya. Wajib tu yg tak tahan... sebab rasanya Babang dulu tak wajib, ranya kami tak bagi dia pergi. Ye ke? Saya rasa macam dia pergi. Papa kata tak pergi. Hmm... kat situ pun kami dah bercanggah memori ek...?

Tapi kali ni Didik yg beria-ia. Saya ikutkan je lah. Lagipun buat di sekolah. Insya-Allah, Allah ada pelihara Didik. Tak lamapun. Checked in Jumaat 5.3pm dan checked out Sabtu. 3pm. Okaylah... at least, Ummi dah lepas fasa berat hati berpisah dengan anak2 kan...

Biarlah Didik belajar berdikari sikit. Mandi sendiri, pakai baju sendiri, makan dengan kawan2... mixed around. Moga Didik lihat sebahagian dari dunianya. Melihat warna kehidupan. Boleh mengenali sifat kawan dan lawan. Tahu menangani kesukaran dan cabaran. Know how to make use the best out of everything.

Byk gambar2, cikgunya post ke wasap group. Itu penyambung kami. Yg touched.. bila cikgu hantar satu gambar dan tulis, '2 orang budak ni je yg menangis bila dengar tazkirah tanggungjawab anak2 kepada ibubapa'.

Bila dia balik, kami usik...

U : Dik, nape Didik menangis?
D : Saya takut Ummi & Papa dalam kesusahan...

Hmm.... kesusahan? Kesusahan dunia ni untuk Ummi hanya sementara je Dik. InsyaAllah... Ummi masih boleh laluinya. Tapi Ummi bimbang Ummi tak daya nak lalu kesusahan di sana nanti.

Dik... jadilah anak yang soleh ya. Ummi & Papa tak kan selamanya ada di dunia untuk jaga Didik. Kami tak ada apa-apa harta. Kalau satu hari tamat tempoh pinjaman jiwa kami di dunia, kamu antara harta & harapan yang kami ada. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS