Wednesday, July 25, 2018

CHE DAISY

Settle anak2 & reached office @ 1315pm. HP tertinggal di pejabat krn rushing sgt tadi. Minggu ni minggu audit ISO. Sakit sikit. Akibatnya ada 34 missed calls dari Pa. Sorry Pa... tak dpt temankan Pa lunch hari ni di foodcourt. Lagipun pagi saya dah makan bekal nasi, mcm masih kenyang. 

Nak jumpa FRAN sekejap. Nak simpan diari baby baru @ Che Daisy :-) 

Alhamdulillah, berakhir penantian utk mss Menunggu Daisy Hati. Idea ni terbit di kepala 17 tahun yg lepas ketika berada di Surfers Paradise Beach, Gold Coast, Australia. 17 tahun... kalau baby girl betul, dah nak ambil SPM dah anak dara saya ni... :-)

Jujurnya saya harapkan Che Daisy dpt beraya Aidilfitri dgn kami. Pakai baju ala2 kuning sama2. Tapi Che Daisy delayed. Tak apalah, skrg pun dah lahir dgn selamat... Alhamdulillah.

Tq Pa for making me this. Ia cantik di hati saya...


Agak hectic di pejabat minggu lepas. Tapi demi anak 'bongsu' yg ditunggu-tunggu, gigih juga saya & Pa jumpa editor comel Che Anis utk sign agreement & ambil writer's copy. Ibu2 yg lepas bersalin (selain org2 yg mmg kerjanya 'menulis' hu hu) pasti faham perasaan saya waktu ini...

I can't thank everybody enough... setiap yg hadir dlm hidup ada sumbangannya walaupun dari sisi yg negatif.
Yg beri kebaikan, moga Allah beri berganda rahmat buat mereka.
Yg pernah melukakan, moga yg baik-baik juga Allah beri sbg hidayah.
Officially dah siap cetak. Jika ter'spot'  error ... saya mohon maaf duluan ya... 
Dah dgn kawan2nya di 'nursery'. Yg  ini pereka kreatif MDH Che Syreena yg informed...
katanya dah ada di MPH Giant Seksyen 13 Shah Alam. Nak sgt pergi tgk Che Daisy di kedai buku.
Tapi both of us, saya & Pa sgt tight schedule. Tambah pula Bbg baru lepas trial PSRA & skrg sdg
struggle dgn Gerak Gempur utk persediaan  Trial UPSRnya.

MDH cerita biasa je. Byk kelemahan & kekurangan. Mak Che Daisy ni minta maaf ye. Jika ada  yg sudi menganak-angkatkan Che Daisy & sayangkan dia, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat atas sokongan ya. Semoga ada yg baik dari Che Daisy yg dpt menggembirakan orang-orang yg sudi membacanya.

Saya msh dlm mode happy. Sbb tu tgk 'Husna' pun tak de la rasa nak tutup TV. Ala setakat si Husna tu, tak de apa sgt. Pernah jumpa yg lebih berganda dahsyatnya dari Husna... hu hu. Hmm... bilalah dapat sambung mss '12th Day' ni... 

Mcm ramai org lain juga agaknya, saya pun tak sabar nak tunggu episod drama 'Husna' petang ni :-) 


Walk to remember :
Byk diari nk simpan tentang Che Daisy. InsyaAllah, tunggu tenang sikit hectic di pejabat.
Dan tetiba rasa dengki bila Pa wasap gambar ni! :-)
Nak jugak...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS