Monday, July 30, 2018

Stokin Bawang

Anak-anak dah mula batuk & selsema sejak seminggu dua ni. Mungkin disebabkan cuaca yg tak menentu. Kadang panas terik sgt. Kadang sejuk, hujan je. Babang mungkin keletihan juga dgn jadual anjal & kelas tambahan di kedua-dua sekolah. Bersungguh guru-guru & ustaz/ustazah melengkapkan murid-murid dgn bekalan demi PSRA & UPSR. InsyaAllah, saham akhirat buat mereka. 

Myself pun dah mula asik mencari inhaler. Dah mula cepat penat. Dah mula rasa tak selesa dgn 'berat' yg semakin meriah ni. Simptom hypo? Check up nanti seminggu lepas Aidiladha... dijarakkan 2 bulan dah sekarang. 

Papa pun bising, seluarnya tak muat. Hai... kita makan pun selalu miss perfect meals, setakat lapik perut je kekadang sbb rutin hidup makin hectic. Cemana berat masing2 makin meriah ni?

Dan sekarang musim HFMD yg merisaukan. Moga-moga Allah pelihara kita semua. Sbb tu bila Babang batuk tak reda walaupun makan ubat klinik, saya jadi risau. Sebab nnt satu rumah akan mula batuk juga. Bila dah mula sakit, badan akan sedikit lemah melawan jangkitan lain.

Alhamdulillah juga sejak buat RAI, antibodi makin kuat. Belum lagi sakit, demam, batuk sgl. Minggu lepas je mula selsema sikit & ganggu breathing. Malam terus letak hirisan bawang dlm stokin.  Sepiring hirisan baki bawang saya letak di ruang tidur supaya menyerap bakteria. Esoknya dgn izin Allah, alhamdulillah, selsema dah hilang.

Sbb tu utk boys, dah 2 malam juga dipakaikan stokin bawang. 1st night pakai, esoknya dgn izin Allah, batuk babang reda sedikit. Malam tadi juga baby MAHAN dah suam2 badannya. Bila pakaikan stokin bawang throughout the night, pagi ini dedar baby MAHAN dah tak ada sangat.

Cuma Babang & Didik je nampaknya dah buka stokin bawang sblm diorang tidur. Ambil kesempatan sbb saya tidur awal dgn baby MAHAN. Babang & Didik mmg tak selesa pakai stokin bawang. Katanya bau bawang tu busuk & tapak kaki rasa geli / sejuk. Tahulah pun... tapi kita kena usaha pelbagai cara (selagi tidak haram & mudharat) utk sihat, wahai anak2...


Few other news - gempa bumi di Lombok, penganiayaan, kematian & musibah di sana-sini... kadang, tak sanggup nak dengar & baca. Tapi itulah lumrah kehidupan dunia. Hidup yg sementara, akan berpulang dlm pelbagai cara yg hanya menjadi asbabnya.

Untuk hati-hati yg diuji, semoga Allah masih beri ihsan kekuatan & ketabahan. Diri saya & keluarga kecil kami juga... masih terus berkuat & bertabah hadapi & harungi kehidupan semampu daya. Moga Allah masih selalu sayangi & lindungi kita. Sementara tunggu masa juga...


Walks to remember :
28/07/2018 Pulang ke rahmatullah, Pak Ucu Hamzah. Menuruti arwah isterinya yg pergi duluan... Ibu pasti terasa lagi akan kehilangan ini.

Malam tadi, suapkan boys bertiga makan. Berebut-rebut masing2. Babang pun bercerita...
B : Ummi nak tau...?
B : Saya pernah tanya kawan perempuan saya apakah saat2 yg paling bahagia utk dia.
B:  Dia kata bila mak dia suapkan dia makan.
B : Sebab lepas tu, mak dia meninggal dunia, accident.
U : (hati sayu) Hmm... ni Ummi suapkan kamu... entah2 esok lusa...
(Boys terus diam)

Jumaat lepas Didik ada kata...
D : Ummi perasan tak malam tadi saya ada cari Ummi?
U : (rasanya ada sbb 5am ketika berwudhu, dgr mcm ada org di pintu bilik air)
U : Ummi dlm tandas... kenapa adik cari Ummi?
D : Sbb saya mimpi ngeri. Saya mimpi cari Ummi tak jumpa.
D : Kemudian mereka cakap Ummi dah meninggal...
D : Sebab tu saya terus cari Ummi...

Aduhai... apakah petanda...?
Ummi ni hamba Allah. Dipinjamkan kpd kamu utk pikul amanah & tanggungjawab selagi masih bernyawa. Moga yg baik2 juga masih sudi Allah berikan kpd kita. Ummi msh mahu membesar & didik kamu. Tapi jika tiada izin Allah, moga kamu semua baik2 shj nnt dlm naungan-Nya.

Pagi ni gerimis...
Sebenarnya dlm hati pun ada gerimis ni.. entah kenapa...?
Abah... along rindu abah, sangat...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS