Selepas GPS Cinta dpt peluang promosi di ruang akhbar & konti radio, alhamdulillah, Che Daisy @ Menunggu Daisy Hati juga ada rezekinya. Che Daisy berpeluang join kawan2nya di ruangan Sastera dlm akhbar Sinar Harian pd 28 Julai 2018.
Bila novelis Azleya Shadzalin tag di FB, lewat ptg tu juga pi cari paper, nak simpan paper cutting. Kalau sis Azleya tak bagitau, sampai sudahlah saya tak tau agaknya :-)
Jujurnya saya happy sgt bila Che Daisy lahir. Satisfaction... relief.. tak dapat nak gambarkan. Tapi di sebaliknya, saya risau Che Daisy tak dpt buat penerbit happy. Paling takut kalau Che Daisy tak cantik di mata & hati pembaca.
Saya msh berdikit ulangbaca Che Daisy versi buku. Mmg ada sedikit error (di samping satu error yg saya noticed setelah Che Daisy masuk printing line hari tu). Hopefully ada ruang pembetulan jika ada peluang printing kali kedua.
Dari pengalaman lepas, baby books saya perlukan pembaca yg agak 'bertabah' utk baca & dpt mesej ceritanya. Apatah lagi, ramai yg tidak tahupun ttg kewujudan buku2 Arysa Nasir, (saya penyegan bab marketing & promotion utk buku2. Selain di FRAN & FB, saya jarang sgt bercakap scr terbuka ttg buku & penulisan dgn org2 di sekeliling saya). Jika org tanya, dan saya dah tak dapat corner, saya akan jawab juga sebaiknya. Jika tidak, saya tak pernah pun buka cerita :-)
Dlm 4 mss/novel, hanya Che Daisy ni editor minta submit 'kekuatan cerita'. Last minute... dgn hectic di pejabat, dgn sakit gigi... termenung waktu nak menaipnya. 4 babies, yg saya tahu, saya bezakan latarbelakang karier & jalan cerita. Untuk kekuatan, nak kena wrap the story overall.
Kalau ada pembaca yg berjaya mengharungi setiap mukasurat & bab hingga habis epilog dgn tabah, saya harap juga mereka dpt selam mesej MDH. MDH @ Che Daisy bawa nilai menyempurnakan amanah semampu daya meskipun setiap manusia dibatasi kelemahan yg fitrah. Setiap tindakan, ada impaknya jika tidak disempurnakan @ tidak diselesaikan. Pendek kata, 'hutang wajib dibayar' jika mahukan ketenangan dlm kehidupan.
Masalah, adalah lumrah hidup. Kena hadap juga semampu daya. Semakin kita lari, bimbang masalah itu akan sentiasa mengejar & menghantui. Tapi.. bukan semua masalah boleh diselesaikan dlm jangka waktu yg pantas @ scr berdepan. Ada masanya masalah itu perlu diatasi perlahan-lahan berbataskan waktu... dan mungkin juga menjauhkan diri sehingga tiba waktu yg sesuai kelak utk dirungkai.

Apapun yg berlaku, takdir Tuhan perlu dihadapi dgn ikhlas, cekal & tawakal. Sama seperti dua insan yg berkasih, ujian sentiasa ada di sepanjang jalan. Lagipun, cinta tak pernah janji akan selamanya menyatukan dua hati jika amanah dikhianati. Tapi cinta selalu tahu, utk bahagia... pengorbanan adalah fitrahnya. Itu yg Che Daisy cuba bawa dlm Menunggu Daisy Hati yg tak brp nak comel ni...
Kpd yg dah sudi bawa pulang Che Daisy dari nursery, saya ucapkan ribuan terima kasih. Allah saja yg dpt beri hikmah dan rahmat ke atas kebaikan hati kalian menyokong hobi kecil saya ni.
Semoga ada yg baik-baik walaupun sekecil hama dari Che Daisy @ #MenungguDaisyHati yg dpt beri kebaikan & dpt beri senyuman serta kebahagiaan kpd pembacanya.
Oh ya, Che Daisy cuma being rated 20% sahaja sedih oleh pihak editor. So, boleh relax2 dating dgn Che Daisy ya... :-)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.