Wednesday, September 12, 2018

OMG - Bahagia Bertiga di Tahun Baru

Salam 2 Muharram 1440H.

Dah tahun baharu! Alhamdulillah. Msh diizinkan Allah terus hela nafas & nikmati bbrp bahagia lately. Bahagia bila lihat senyuman teman U di FB, krn slps berbelas hari, husband nya sedar dari koma. Smg Allah terus permudah urusan kesembuhan & semoga juga dia terus kuat & tabah dgn dugaan kehidupan yg penuh hikmah ini.

Cuti 4 hari ni juga, bahagia di rumah dgn family kecil saya. Terutama mengulit gegurls saya dlm pasu & di atas tanah tu. Bahagia juga bila dpt spent time with Pa study ttg tumbuhan & tanaman. Begitulah cara bahagia kami lately. Indeed, bahagia tu subjektif krn kita sendiri yg rasa.  

Oh ya, Che Gerbera Daisy sulung saya di rumah dah berbunga! Walaupun warnanya Pink (pink is never a favourite colour to me), tapi saya okay je. Demimu che daisy, Ummi relakan jua walau pink. 

Kiranya, berjaya jaga Che Daisy versi pasu ni. Masa ambil dia di nursery, tengah hari lit-lit. Co-owner nursery offered saya ambil kesemua pasu daisy yg ada dgn harga yg sgt interesting. Katanya penat tgk pasu2 daisy tu tak berbunga2. Patutlah awalnya dia kata, 'Hmm... kalau saya, tak brp gemar nak bela daisy ni. Leceh.'

Saya fikir dia dtg cari bunga, rupanya co-owner of the nursery. Jujurnya dia bila kata jaga daisy leceh. Tapi sbb saya mmg perlu reward diri dgn sepasu daisy hidup utk kawankan dgn Che Daisy @ #menunggudaisyhati saya tak peduli pun dgn perkataan leceh tu.

Adopt sepasu (utk percubaan) tanpa tahu warna bunganya. Pun tak teringat nak tanya dgn owner nursery. Belek setiap pasu, berkenan dgn yg satu tu walaupun dia cuma ada daun. 

Ada yg kata, daisy kalau dialih pasu akan layu. Maka, sampai rumah, bawa daisy teman masak lunch di dapur sambil layan borak dgn dia. Nak bagi dia sesuaikan diri dgn suasana rumah dulu. Ala-ala orientasi. Lwt ptg baru prepare pasu & tanah. Sejukkan dulu tanah dlm pasu spt yg Pa advised. Then carefully transfer Che Gerbera Daisy ni dlm pasu RM2 yg kami beli paginya tu :-)

Told her, this is her home & family. Told her too that I love her so much. Dah mcm org tak betul kalau org luar pagar tgk cakap dgn pokok bunga sorang2.

Minta Pa beli ajinomoto nak tabur di atas tanah sekeliling Che Gerbera Daisy utk galakkan dia berbunga. Tips ni saya baca di blog ini. Terima kasih che puan! Tapi tips ni saya apply pd che daisy je. Tak gamak pulak letak kat che sayur @ che-che yg dimakan. Nnt nak letak kat pasu che bunga yg lain pulak. Trial.

Pagi Jumaat 07/09/2018 yg berkat, Pa & baby informed kuntum Che Gerbera Daisy yg ketiga dah bloom! Tuhan je yg tahu bahagianya! Alhamdulillah. Maaflah ada byk sgt wajah Che Daisy Pink kat bawah ni ya...

Che Gerbera Daisy di awal kehadiran @ SD37 :-)
Satu pengalaman baru bila ikut dia dari putik menjadi bunga. Awal kemuncup nampak mcm warna kuning. Bila membuka, rupanya pink. Hmm... habis memula tu kena gelak dgn Pa & boys.


Abang Baby & Baby Daisy 
Muka baru bangun tido, tolong jengukkan baby Daisy (seperti yg Ummi dia selalu pesan setiap pagi) sebelum Pa hantar dia ke rumah Nek Imah otw Pa pi kerja. 


Selepas usik-usik dia dgn 'Che Bunga' masa dia kecil2 dulu, skrg dia dgn Che Daisy pula.
Moga2 nnt bila tiba waktunya Allah akan jodohkan kamu dgn bunga solehah cantik yg sejati kasihnya utk ganti Ummi jaga kamu ya, baby...

Waktu berdua...
Bertiga di pagi Jumaat @ 07092018

3 Gerbera Daisies for my 3 little heroes at home

Tak mampu beri yg mahal2. Saya hadiahkan seikhlasnya senyuman manis 3 kuntum
Che Gerbera Daisy Pink ni sbg hadiah utk yg sudi bawa ke rumah mereka
Che Daisy @ Menunggu Daisy Hati & sudi sayangkan dia seadanya dia...

Terima kasih dari hati :-)


#menunggudaisyhati
#chedaisy
#pink
#gerberadaisy

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS