Friday, December 7, 2018

3 Qul

Salam Jumaat pertama Disember 2018.
Selawat ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga serta sahabat2 Baginda.


When I saw this on Pa's FB last 16th Nov... saya senyum tapi ada rasa sayu dlm hati. Betapa Allah kasihkan hamba-hamba-Nya walaupun hambaNya tu mcm saya ni yg selalu lalai & leka.

Dulu, doktor pnh kata tiroid akan sukarkan saya dpt zuriat @ jika ada, tak sempurna. Bila lihat perkembangan Babang, Didik & skrg baby MAHAN... saya tahu rezeki terbesar Allah beri pd saya selain nyawa, Islam & iman ni, adalah anak2.

Alhamdulillah... cukup sifat fizikal & mental. Alhamdulillah, terang hati seadanya dlm menuntut ilmu. Walaupun 'nakal' tu selalu buat saya 'hilang akal & sabar' tapi... adatlah tu... 

Sejak habis pantang... Bik Mah babysit mereka ketika saya bekerja. Dari Bik Mah mereka belajar byk perkara. Bik Mah juga atr rezeki besar Allah beri pd saya bila terkenang masalah2 babysitter yg menzalimi anak2 asuhan. Bik Mah jaga anak2 lebih teliti dari saya. Ajar ABC, tulis, melukis, baca doa. Minum susu pun hingga umur 3-4 tahun, msh di ribaan. Allah.... tak terbalas budi Bik Mah.

Ibu juga dulu selalu ajar mereka. Papa, fokus pd pendidikan agama. Anak2 mengaji & khatam dgn Pa. Hampir setiap hari buat hafazan dgn Pa. Babang hafiz Juzuk Amma. Didik is also otw.

Lately Pa focuses on baby. Bkn mudah. Byk excuses nya budak2 ni. Byk main. Terutama baby... dgn gaya eleh-elehnya... nak marah pun tak jadi. Apapun, alhamdulillah, pd usia 4Y6M yg lalu baby dah hafaz 3 Qul. Satu permulaan.

Saya? Walaupun ada PTCC, pnh buat partime leturing & even pnh mengajar di IPTS, tp mengajar anak2... satu kelemahan. Tak boleh. Saya tak reti sabar. Tambah lagi kalau dgn si baby, yg bila kita baru nak ajar je dia akan kata 'tak apa-tak apa, baby dah tau'. Grrrrrr!!! Saya cuma blh bantu di upper level, bila masing2 dah tak boleh solve soalan mana-mana subjek.

Sehingga hari ini, baby dah hafaz Al-Fatihah & bbrp surah pendek yg lain. Tiap kali nak 'berpolitik', dia jadikan hafazan tu modalnya utk membodek :-) Apa-apa je lah baby... janji kamu bahagia.

Biarlah walau belum berlebih RM & harta. Tak terbanding rasa syukur dgn kesempurnaan & kebahagiaan yg dipinjamkan Allah melalui anak2. Moga juga menjadi pembantu kami di sana.

Wahai Tuhan yg memegang hati, peganglah hati anak-anak kami agar tetap pd iman & Islam. Agar tetap di landasan kanan. Agar tetap mencintaiMu & RasulMu. Agar tetap menyayangi kami... dan mendoakan kami.

Sesungguhnya aku tetap redha pd anak-anakku... dunia sampai akhirat.


#diariRAN
#3Qul
#rezeki
#hatiUmmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS