Tuesday, October 27, 2020

Hikmah Tragedi Oktober

Tak suka nak sebut ia as tragedi. Harap2 ia cuma sebutan yg tak beri makna melainkan mencetuskan pengajaran, keazaman & iltizam utk kita sama-sama membantu memenangi peperangan against COVID-19 ni.

Mumi pun rasa penat sbnrnya hidup dlm suasana ni. Walaupun hikmahnya, Mumi boleh WFH. Walaupun (lagi?) WFH tu pun sekadar abjad je sbb Mumi masih masuk office. Cuma flexible hours. Pagi2 Mumi boleh uruskan anak2 & rumah sblm tinggalkan mereka utk uruskan kerja-kerja di pejabat pula. Bukan tak boleh WFH di rumah je, tapi Mumi lebih fokus & kerja lebih cepat siap tanpa gangguan jika di pejabat :-)



Taburan statistik 3rd wave yg sbnrnya menakutkan, worst than the 1st & 2nd waves. Sana-sini dah dengar positive cases. Dah masuk sekolah, masuk kolej & universiti. Dah masuk pejabat & organisasi besar. Merata-rata. As if everybody has the potential to be the silence or unknown carrier. Apa yg kita boleh buat & bantu dlm skala kecil adalah jaga diri kita & lingkungan keluarga kita. 

Kasihan dgn medic frontliners. Kasihan juga dgn Kerajaan. Walaupun Kerajaan tu 'byk loopholes' di mata rakyat, tapi Mumi percaya mereka tentu sdg berusaha lunaskan kerja & tanggungjawab. Sisi pandangan & pertimbangan mereka tak sama dgn kita, rakyat biasa. Kerajaan ada byk angles yg perlu dillihat & dipertimbangkan. Macro scope. Apapun, Mumi & semua rakyat tentunya berharap Kerajaan bijak tangani krisis ni. Or else, hangpa pandai-pandailah jawab dengan Tuhan nanti.

Kasihan juga rakyat. Walaupun ada yg tak terjejas, walaupun ada golongan yg struggle to survive, msh ramai juga sbnrnya yg terkesan dgn teruk. Alhamdulillah, ada byk pihak & ramai individu yg msh usaha membantu. Smd scra terang-terangan @ scr sembunyi tanpa mau publisiti. Kedua-duanya, jika Lillahi Taala, tetap juga satu kebaikan. 

Ya Allah, Mumi pun nak jadi kaya juga kalau kekayaan tu dpt membolehkan Mumi membantu saudara-saudara yg dlm kesusahan & memerlukan... :-(


Anak-anak Mumi msh berkurung di rumah. Petang je main di depan rumah. Nak minta izin keluar main tu pun puas mereka rayu. Lepas fikir habis2 takut nanti kena gangguan mental & depression pulak plus utk minimakan masa mereka dgn gadgets & TV, PaMi izinkan la juga. itupun syarat Mumi adalah dgn kawan-kawan yg biasa yakni hanya dari lingkungan taman kita yg sebanyak 23 bijik rumah ni je. 

Semoga anak-anak kita terus dilindungi & terpelihara dari jangkitan COVID-19. Bagi kita yg terpaksa keluar tunaikan tanggungjawab & amanah pekerjaan, di samping itulah punca rezeki kita sekeluarga, moga-moga juga kita selalu Allah pelihara.

Haish, entah knp Mumi sedih pulak hari ni...

Mumi rindu Ibu... Mumi rindu Mak.. Mumi rindu anak2 saudara Mumi... Mumi rindu nak jumpa semua families... makan2... dan jalan-jalan... tanpa pakai mask... tanpa bimbang & was-was dgn orang-orang yg di sekeliling :-(

InsyaAllah... akan ada doa atr kita yg pasti Allah izinkan. Dan pastinya Allah akan beri yg terbaik krn ramai antara kita dah sangat-sangat berusaha keras hingga mengalir airmata & darah, hingga luka perasaan & cedera emosi, Lillahi Taala utk kebaikan semua. 

Stay strong everybody! And be safe no matter where we are and what we do...

#3rdwave
#PKPBselangorwilayahpersekutuandanputrajayalanjuthingga9november2020

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS