I was 6 days away from office in a row since last week. Isnin & Selasa minggu ni, Mumi EL krn tak berapa sedap badan plus anak2 pun tak sihat. Khamis & Jumaat lepas pula, bertugas sbgi panel interview di luar pejabat. Setiap kali bertugas sbg penemuduga, Mumi akan berada dlm panel berbeza. Maka, byk yg Mumi belajar. Dari attitude org yg menemuduga hinggalah calon yg ditemuduga. Kdg sayu hati, teringat bagaimana nasib anak2 sendiri nanti.
Pagi tadi, lewat ke pejabat. Sbb boys msh batuk & selsema. PaMi sepakat rehatkan mereka di rumah. Boys selsema agak lama & selalunya getting worse bila balik dari sekolah. Didik smlm kata sore throat pulak. Susah hati Mumi.
Selsema, batuk... on off. Vitamin C satu kemestian dah. Plus ubat2 hospital mmg ada bekalan di rumah. Pun tak ke mana2 yg berisiko. Satu je kelegaan, boys tak demam. Harap2 ia cuma allergy biasa disbbkan monsoon. Skrg ni asyik hujan je. Kdg ke sekolah pepagi sempat basah sedikit sblm dpt ke laluan berbumbung sekolah. Dan cuaca pun agak sejuk & panas bergilir dgn extreme.
Jumlah kes baru COVID-19 pun sdg naik mendadak. Gara2 PRN Sabah. Klang, silap hb blh isytihar zon merah. Sekolah di Pandamaran dah ada yg positif. Di Meru pun sama, maka Mumi appreciate bila kakak2 boys tak balik ke rumah kami buat smtr waktu.
Smlm, 260 new cases. The 2nd highest dlm sejarah COVID-19 di Malaysia. Kebarangkalian PKP lagi? Mungkin ada yg prefer, tapi lebih ramai yg akan suffer. Mumi sejujurnya berharap, PKP jika benar2 perlu biarlah bersasar. Sekatan perlu ada sedikit kot utk bendung penularan. Entah knp juga Mumi harap sgt sekolah dpt ditutup sementara. Takkan nak tunggu ada kes positif di certain sekolah baru nak tutup sekolah tu.... Mumi nangis.
Mungkin Mumi paranoid @ emotional. Tapi hal yg libatkan anak2 ni, hati Mumi tak kuat. Apatah lagi bila tengok sharing ni di FB. Luluh hati...
Lunch break yg panjang hari Jumaat ni disiram hujan. Mendung & sejuk. Sama2 kita doa moga Allah lindungi mereka & kita semua. Mumi tak boleh imagine kalau perlu hadapi situasi mcm ni. Cukuplah sekali Mumi di Forensik HKL utk urusan arwah Dik Us yg ditakdirkan tewas kpd COVID-19. Momen yg buat Pa jadi trauma & tak sanggup Mumi ulangi.
Earlier, bila announce PKPP, Mumi dah berharap kita selangkah keluar dari Pemulihan ke fasa normal baru. Tapi bila signal 3rd wave ni datang, Mumi jadi risau. Semua orang pun Mumi tahu, risau juga. Selangkah ke mana pulak lah kita ni nanti...
Lately juga, Mumi agak 'burn-out' dgn suasana kerja. As if I need new environment @ fresh air. Mungkin Mumi boring buat benda yg sama dlm jangka waktu yg lama. Tapi tiap kali fikir nak offer diri ke bhgn @ ke kampus lain, Mumi dilema. Kasihan Pa (walaupun dia sokong je), kasihan anak2. Especially baby, nak masuk darjah satu nanti Januari.
Tapi kalau tak keluar dari portfolio skrg, mcm mana Mumi nak dpt pendedahan kerja yg meluas. Mcm mana Mumi nak readykan diri jika nak go up to the next scheme grade? Atr keluarga-anak2 dgn kerjaya, Mumi tau Mumi prioritize anak2 & keluarga. Pun Mumi fikir juga, jika tukar jabatan @ unit, jika lebih hectic, bimbang pula impian nak jadi script writer terkubur. Dilema tu buat langkah & hasrat Mumi terbantut. Tak pe la... Mumi telan la dulu 'burn-out' ni hingga Allah tentukan sesuatu.
Dan bbrp isu viral lately, walau mungkin agak stressfull bagi certain people, tapi jadi bahan utk bantu Mumi lupakan serabut & stress. Isu si MIA yg men'sampah'kan karya penulis tempatan hingga ada penulis up status di socmed, berkecil hati. Faham, penulis pun manusia biasa. Ada hati & perasaan. Itu luahan mereka.
Mumi cuma anggap, brp byk sgtlah karya penulis tempatan yg dah @ mampu Mia tu baca utk dia rumuskan begitu. Hakikat, mmg ada penulis yg hebat & dikenali. Ada juga penulis kecil yg menulis sesuatu yg baik tapi tersorok dari radar. Dan... haa... yg ni Mumi sendiri akui, ada juga 'penulis' yg teasernya saja pun Mumi tak sanggup baca. Kdg kelompok beginilah yg buatkan readers conclude & pukul sama rata. Mumi pun sbnrnya mcm dah tinggalkan dunia penulisan buku sbb target Mumi utk lihat 4 baby books di rak dah terkabul. Skrg Mumi sdg target utk jadikan baby-books tu drama di kaca TV pula. Jadi tak jadi... yg penting Mumi usaha je dulu.
And, yg kesekian kalinya jadi isu... poligami. Bab ni kkdg Mumi sependapat dgn lawyer Asiah Jalil. Sampai bila2 pun tak pernah sokong 'poligami haram'. Tapi kalau dgn cara betul (cara betul tu pon kdg tak semestinya wajar, ceh), Mumi 'lantak-hang-la-labu'kan je. Dah kalau isteri/isteri2 sedia adanya reda, siap pakaikan sampin pengantin & bersanding sama (smd dia pura2 ke apa, dia punya pasal la juga), kita2 ni siapa la nak kata mcm2. Ucap yg baik2 & doakan je mereka.
Mumi sentiasa percaya jika ada kebenaran & kebaikan walau sebesar hama yg pernah kita buat dlm hidup (tanpa khianat pd org) insyaAllah apapun ujian, regardless what other people think, assume or say, Allah akan bantu kita harungi & menanginya. Apapun ending, do have faith... semuanya ada sbb & hikmah. I speak n learn from my real life experience.
Maka bila ambil sedikit masa utk scroll up n down, baca sikit2 n diagnose sikit2... apa yg Mumi rasa ni biarlah jadi pelajaran & tauladan utk diri Mumi je. Buku dosa pahala atas nama masing2. Org lain hanya boleh beri nasihat, kata2 dorongan & semangat, tunjuk ajar serta contoh yg baik. Nak tak nak terima, terpulang. Roqib & Atid catat je setiap satu utk nnt dihitung & dijumlah kat sana.
Depends... kita ni nak selangkah ke mana....? Talking to myself... sebab diri sendiri pun jauh dari sempurna.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.