Mulai esok kakitangan awam & pengurusan & pentadbiran swasta dikehendaki WFH. Statistic COVID-19 msh berlegar 3 digit diketuai angka 8. Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya & Sabah terlibat. Tapi essential services, jika perlu ke pejabat mesti ada kebenaran majikan & kehadiran 10% dlm satu ruang.
Mumi sbnrnya pun turn WFH hari ni. Tapi sblm tghari Mumi dah rushed to office. Lunch time ni, kita dating kejap dgn FRAN ye. Siapkan tulis diari Peak Garden yg dah lama draft tapi tak sesiap.
Mumi teringin nak trailing & hiking. Dari last year nak panjat Bukit Broga tapi Pa hesitated of my capability. Pa kata try yg lebih mudah dulu. Ding dong ding dong, sudahnya Mumi panjat dgn jayanya Bukit Kasih Sayang @ Jabbal Rahmah. Alhamdulillah.
Ad hoc, last weekend scr cowboynya kami pi panjat bukit kat Setia Alam nun. Shah Alam Community Forest. Selain paling dekat, kami rasa itu lah kot yg paling mudah utk 'beginner'. Maka, Sabtu @ 19th Sept. tu, selesai solat Subuh (on time) je kami pun gerak. Kononnya nak tengok sun-rise kat puncak bukit :-)
Walaupun ada juga bimbang dgn risiko COVID-19, tapi hidup perlu diteruskan seadanya. Berhati2 & patuh dgn SOP, moga2 Allah sentiasa pelihara kami. Nak hiking ni pun niat utk aktiviti keluarga krn Allah Taala, nk lihat alam yg Allah cipta ni... & utk kesihatan juga.
Map & papan tanda di jln masuk. Sibuk simpan moment, lupa study route. Akibatnya, tersalah laluan. Beginner disaran guna Route A, lebih mudah & landai. No wonder Mumi rasa separuh nyawa masa tu. Route B tu adeh juga pd Mumi. Tapi Pa & boys, steady je.
Baru nak warm up, masih boleh senyum lagi la Mumi...
Okay, dgn bismillah kami mula naik. Siap2 pesan dgn boys, niatkan aktiviti sbg ibadah. Baca surah2 sikit, jgn suka2 sgt, jgn cakap kuat2, jgn gelak kuat2, jgn petik2 & kacau pepokok, jgn itu jgn ini. Serba serbi jangan.
Bukan nak mistik sgt, tapi setiap sesuatu & tempat ada 'yg tinggal di dlmnya', ada 'pemiliknya. Senang cerita, spt kita bertandang ke rumah @ tempat org, ada adab-adabnya, bukan main terjah & buat suka hati kita. Tu je la kot perumpamaannya, yg lebih kompleks tu Mumi tak moh sentuh la hu hu...
Boys excited & energetic. Mumi tak ambil gambar sgt sewaktu lalu di Route B tu sbb jlnnya agak tricky. Mumi focus sbb takut kalau jadi apa2 kecederaan nnt susahkan org lain pula. Byk kali Mumi berhenti (of course Pa & boys kena berhenti juga) bagi laluan pd pendaki lain. Ramai je org dtg hiking & trailing di situ, especially Chinese. Baik2... tak miss senyum, tegur n wish good morning & pesan 'hati2'. Perhaps diorang lihat Mumi agak struggle huhu. They even suggested me to buy tongkat. Tapi betul kot... perlukan sesuatu utk pegang sbb kekdg tak balance. Kekadang Mumi kena berpaut pada sesuatu utk membolehkan Mumi climb up.
Pa & Babang ganti2 bantu Mumi. Most of the times Babang kena jaga Mumi la sbb Mumi lebih rela Pa tgk Didik & Baby berbanding Babang :-)
Disbbkan obese tahap 1, byk T-Shirt & baju Mumi tak selesa. Maka nak hiking & trailing pun Mumi pakai je blouse tak payah gosok Belloscarve. Serba boleh betul blouse tu :-)
Sempat lagi Pa candidkan Mumi :-)
R&R.
View tapak kwsn perumahan Setia alam yg sdg dibangunkan. Mumi teringat ttg buku
Mandala Dunia Kedua karya terakhir arwah Azizi Abdullah. Cerita ttg dua org manusia yg memilih utk tinggalkan 'kehidupan' & bina kehidupan dlm hutan.
Okay, ready to hike fasa akhir ke puncak @ Peak Garden. Hikers yg berpapasan dgn kami memula tadi, ada sbhgn dah turun dah masa ni. Depa dok bagi semangat kat Mumi, 'sikit lagi...'. Ada seorang uncle tu kata '... about 10-15 minutes la. But if you walk like this ha, I guess it will take half an hour'. Adeh...
Tapi fasa nak naik ke peak ni, Mumi nangis juga dlm hati. Agak tegak sikit bagi Mumi la. Lutut dah mula signal. Tapi Mumi tgk ada juga org lain yg mmg berhenti rehat.
Chaiyok RAN! You can do it!
Dan alhamdulillah, sampai juga Mumi @ Peak Garden, Shah Alam Community Forest. Tak de lah 'garden' sgt. Kat atas ni cuma ada few benches, bendera. First thing first, duduk lepas penat & breakfast. Mumi bawa nugget & sandwich sardin homemade je.
|
Pa with his clone
|
Interviewing the monkey & boys excitement on the peak.
OTW turun, boys nak juga take photos. Mumi dah penat & lapar sbnrnya...
Okay, ready to tinggalkan tanah landai on the peak...
nak masuk ke dlm hutan semula to get down of the hill.
Almost sampai bawah. Mumi dah nyenyawa ikan.
Pa steady je... tak pe, lelama nnt Mumi pun steady juga :-)
A father taught his youngest version of him, sedikit ilmu hutan.
Buat roket dari daun lalang...
Alhamdulillah, safe n sound touched down. Dan masih okay hingga hari ini. Mumi monitor juga keadaan kami slps aktiviti ni. Kiranya dah melepasi waktu suspicious.
We planned for another trailing & hiking, perhaps Broga. Tapi.. dlm keadaan PKPB ala-ala dah nak kembali PKP mulai esok ni... kita ontok-ontok la dulu. Lagipun kerja dlm skop kewangan, Mumi masih perlu pergi office. Tapi Mumi insist nak ikut penggiliran (tak kira!). Kalau Boss marah, Mumi guling2 depan dia nangis!
Kita jaga kita, and let us support the effort made by our Govt & please have some empathy to our medical frontliners. They have families too... dan mereka pun cuma ada satu nyawa juga, sama mcm kita. Kasihankanlah mereka & diri kita sendiri juga.
#hikingandtrailing
shahalamcommunityforest
#peakgarden
#selangorputrajayakualalumpursabahonstrictpkpb
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.