Friday, November 27, 2020

Corat-Coret PKPB Lanjutan : D'Hungry Drama Boys

Bila interest penulisan cornered ke script, 1st advice dari coach yg Mumi cuba buat ialah banyakkan tonton drama & movie serta baca bahan kreatif. Dah lama Mumi stop semua tu. Masuk umur 40, Mumi tak suka tgk benda2 smd cerita TV @ buku yg 'sedih' n 'sengsara'. Mcm tak boleh go till the end

Tapi bila dah mula pursue passion Mumi dlm line baru ni, kena gagahkan juga. Bukan sekadar tonton, tapi kena belajar darinya. Tak sabar nak masuk kelas lanjutan skrip, sebab dalam kepala Mumi ni ada banyak soalan nak tanya coach.

Apakan daya kelas yg dijadualkan pd 6hb Dis tu adalah last day of PKPB lanjutan. Itupun kalau tak dilanjutkan lagi la. Kalau extend lagi, bila la Mumi dapat pi kelas lanjutan skrip tu.... :-(

Dan yg kelakar juga, dlm 3 anak Mumi, si baby ni mcm kaki drama :-)

Dia paling suka tengok Pink Smile. Sampai sekarang belum move on. Asyik ulang tonton di Youtube. Nampak je Fattah Amin, dia panggil Ariq. Sabo je lah.

Recently Baby dok suka tgk Lelaki Lingkungan Cinta (Mumi punyalah lega bila drama tu tamat). Mumi cakap dgn Pa, Naim Daniel tu ada potensi. Tapi kena groom dulu la kot fizikal n rupa dia sikit baru boleh berlakon la lepas ni. Ini, mcm bawah tak jejak, atas tak capai je. Mumi pulak yg rasa mengah... ampun... 

Coach pesan, tengok drama jangan kecam tapi ambil pelajaran. Mumi faham, tapi Mumi mmg tak boleh go dgn drama LLC tu (bukan novelnya ya, definitely novel n adaptasinya tak akan sama). Dan perasaan Mumi tu supported sbb ada penulis terkenal pun ada beri comment terbuka. Tapi kita manusia biasa. Pasti ada kekurangan n kelemahan. Kadang kita dah cuba beri sehabis baik, tapi kemenjadian tu tak seperti diharapkan. Tak pe, kita belajar dan terus berusaha ya!

Lagipun preference tu subjective. Mumi n majoriti penonton mgkn tak gemar drama LLC tu atas bbrp faktor. Tapi Baby n seangkatannya suka je. They took it as cute entertainment. 



Bila Baby asyik dengan drama LLCnya...
Papa   : Budak ni mmg ikut awak habis.
Mumi : Eh, excuse me... 
Mumi : Mumi tak simply tengok ye... (huhu mengada)
Papa   : Tak apalah, at least dia macam awak... bla-bla-bla...


Now, dia suka tengok Cinta Sekali Lagi. Hmm... okay kot ceritanya. Tapi Mumi dah stop tengok minggu ni. Seriously tak boleh go dgn perangai 'devil d'evil' watak Amani (Hanna Delisha) tu. Kira power la tu dia acting. Dan Mumi tak boleh go dgn Amanda dgn husbandnya tu. Mumi pesan kat boys, dlm hidup ni mmg kena jadi baik. Tapi bukan 'bodoh'. And please, tolonglah jgn suka-suka nak jadi hero penyelesai masalah sgt. Ada waktunya Mumi rasa kita perlu jadi 'selfish' sedikit. And, buat apapun, biarlah bersaksi. Erk, jahatnya Mumi! Moral of story, jadilah orang baik yang bijak & berhati-hati & sentiasalah doa agar dipelihara Allah. 

Haish, kalau semua dah on the right & straight path, sempurna... tak de la jadi drama. Tak de la neraka. Huhu.. lagipun coach dah kata 'drama tu adalah penyelesaian masalah'. Ya lah...ya lah... 

Apapun, Mumi percaya 'skrip yg bijak' tu wujud. I've watched few of them. Kalau tak, drama tu akan tend to be 'hyperbolize'. Itu pendapat 1sen Mumi je sebagai penonton huhu. Agaknya kalau Mumi yg tulis skrip entah mcm mana la kot kemenjadiannya hu hu... ampun... 

Skrg Mumi suka ikut drama Beri Sedikit Waktu. Walaupun sbnrnya ada je yg Mumi nak komen, tapi Mumi tak leh nak komen sbb Mumi mmg naturally nya suka Zara Zya. Aqasha tu dari dulu Mumi suka especially bila dia nyanyi lagu Embun hu hu... biasnya Mumi...

Agaknya, dalam keadaan (hidden) stress dgn situasi semasa ni, I need to relax dgn cerita2 mcm BSW ni. Konsep mcm heavy, tapi flow nya smooth & calm. Sifat evil & sifat baik yg tak exagerate @ tak hyperbolized (setakat episod terkini la). 


Another drama, kali ni 3 of them yg suka. Twin drama kpd Pink Smile. Mr Donut Karamel. Haish...

Relax-relax je. Tapi cerita ni mcm agak fast flow. Especially pd watak Azira Syafinaz tu, unlike watak heroin Pink Smile yg smooth je. Ya... Mumi mengaku Mumi pun jatuh cinta dgn cerita Pink Smile tu walaupun Mumi alergic dgn kaler pink :-(


Hmm... bila asyik di rumah je dalam tempoh PKPB ni, kalau tak dgn kelas online, dengan homework, habis youtube, tgk kat TV tgh pulak. Sambung main games kat gajet. Tgh malam bila disuruh tidur, semua lapar pulak.

Malam tadi dah makan nasi lauk kari kepala jenahak, baby makan sampai 2x tambah... tgh malam pukul 12 boleh dia kata lapar. Ampunlah... Mumi dah tak boleh buka mata. Papa pun dah lama lelap, keletihan. Papa sedang selesaikan 3 projek PVC silingnya. Alhamdulillah. So, boys.. pandai2 hang pa la na...

Maka 3 beradik pun berdikari la cari supper di tengah malam kat dapur. 

Okay, malam ni Mumi nak tunggu Beri Sedikit Waktu dan Hotel Del Luna seperti biasa ya... eh ada ke malam ni? Mumi ttp tak pernah dan tak boleh ingat hari siarannya...

Apa nak masak ptg ni?


#dramaboys
#berisedikitwaktu
#hoteldelluna
#lelakilingkungancinta
#cintasekalilagi
#pinksmile

Corat-Coret PKPB Lanjutan : Online Learning & Home-Schooling

Jumaat terakhir November 2020. Sekejap saja dah nak masuk bulan terakhir tahun ni. A year is gonna pass by. Mumi cakap pd Pa, "Saya rasa mcm hidup tak productive tahun ni. Asyik kena kurung je... dan tak de pencapaian..." 

And Pa replied, "Nak buat macam mana... semua orang pun mcm tu..."

Ya lah.. faham, redha je. Hidup dalam 'kebimbangan' COVID-19. Kadang Mumi dah tak kuasa ikut  makluman statistik. Tak mau dah rasa bimbang dan susah hati. Cuba nak rasa kembali hidup dgn perasaan 'normal'. 

Since dah nak habis November, tghari ni Mumi nak marathon simpan diary. One good thing about new life during COVID-19 era ni, Mumi dapat rasa 'me time' sikit. Kalau tak sambung tengok Drama Turki Magnificent Century tu, Mumi akan force idea utk buat proposal. Tak pun Mumi membaca. Dan tghari ni Mumi nak simpan diari je dlm FRAN. Nnt2 di tahun akan datang, mungkin ia akan jadi memori untuk dikenang semula, insyaAllah.

Ist diary, Mumi simpan dulu gelagat anak2 menyelesaikan 'sesi persekolahan' mereka dalam tempoh PKPB lanjutan ni... 


Mujur ada 3 ketul je yg masih sekolah, masih dlm kadar kemampuan PaMi sediakan keperluan untuk adapt dengan sesi pembelajaran & persekolahan secara online & 'home-based'. Masing2 berada di stesen belajar masing2 dengan equipment masing2. Most of the times, boys berdikari. 

The funny thing is, baby boleh 'masuk sekolah' utk siapkan homework, walaupun masih berbaju tidur pada jam 12 tghari :-)

Tgk keadaan bilik mereka, daripada nak marah, Mumi terus jadi redha je. Ada boys yg jenis pengemas mcm anak kawan Mumi, but my boys... hmm... ya, mmg 'boys' la. Mumi pasrah... hu hu...


Salute dengan guru-guru yang tabah dan gigih menyesuaikan diri mereka dgn persekitaran baru penyampaian ilmu. Ramai boleh jadi guru, tapi bukan sebarang orang boleh hayati 'jiwa seorang guru'.  Mungkin ramai boleh 'mengajar'. Tapi bukan sebarang orang boleh 'mengajar sambil mendidik'. Mumi... surrender. Mumi mmg tak boleh jadi guru, haish...


Bila lihat anak2, Mumi terfikir anak2 dari keluarga yang kurang berada. Can they manage to have at least a laptop, or even internet data-plan? Mumi rasa banyak sbnrnya keperluan sekolah ni. Untuk pendidikan seni saja, mcm2 'warna' perlu ada. Pencil-colour la, magic colour la, crayon la, water colour la, poster colour la, colourful papers la... belum lagi peralatan yang lain2. Mumi sendiri rasa bebenda tu bukan murah. Tambah dengan perangai bebudak ni, haish bertuahlah kalau nak sayang 'harta-benda'. Mumi juga tukang kutip dan kumpul dan simpankan. 

Zaman Mumi sekolah dulu, Mumi bukanlah anak orang senang. Miskin sgt tu idokla juga, boleh je makan nasi sampai gemuk. Dulu, Mumi merasa pegang colour pencil yang 36 batang tu sebab Mumi dapat hadiah No.1 di hujung tahun masa Darjah 1. Mumi punya sayang & berjimat la guna pensil colour tu, sampai darjah 6 pun masih elok. 



Bila Baby tunjuk pokok cinonet ni dan claimed 'Pokok Anggur Baby', Mumi mcm kurang percaya. Ye ke pokok anggur? Rupanya betul, Pa pun kata mmg pokok anggur. Dia sendiri semai, boleh pulak tumbuh. Dia la dok jaga, dok siram, dok alih ke pasu besar. Moga2 dapatlah kita petik anggur di OMG nanti ya baby :-)

So, bila sampai silibus Sainsnya, Mumi dapatlah tunjukkan yang realiti untuk terangkan teori buku teksnya tu. "-)

And, ya... their TKD training pun buat online di rumah.... :-)

Mumi pun sama juga.. pergi sekolah orang dewasa :-)
Susulan kelas Asas Penulisan Skrip, coach SSAG organized sesi perkongsian online dengan producer. Seronok ada, takut pun ada, was was pun ada dengan kemampuan diri.

Oh ya, proposal KWT (my very first mystic & mystery proposalcoach kata dah submit ke producer & TV station. My 2nd mystic proposal pun dah email pd coach, belum terima feedback semakan. Tak apa, faham coach sibuk dgn keje dia juga. Apapun, Mumi takut nak expect apa2. Mumi anggap je semua ni fasa belajar untuk passion Mumi. Kalau sempat, sempatlah. Kalau ada rezeki, adalah... 


Dalam keterjejasan aktiviti dan cara hidup, masih ada keperluan dalam kehidupan yang diteruskan. Cuma, medium dan kaedahnya saja  agak berbeza. Kadang Mumi terfikir, what tomorrow will bring, pula...

Moga-moga kita semua masih boleh bertahan walau apa juga keadaan yang sedang kita hadapi dan lalui. Jika ada airmata yang sedang mengalir, jika ada hati yang sedang berdarah luka, jika ada perut yang lapar, andai Mumi mampu membantu, InsyaAllah Mumi nak dan akan cuba bantu semampu daya. Jika tak terjangkau di penglihatan, pengetahuan dan juga kemampuan Mumi, Allah akan sentiasa ada untuk kita semua.

Semoga Allah sentiasa berehsan dgn kita, hamba-hambaNya. Dilindungi dari wabak yang mengancam nyawa ini dan sentiasa dipelihara dari takdir yang buruk.


#onlinelearning
#home-basedschool
#pkpblanjutan
#SSAGonlinesharingsessionwithmacheallstar

Monday, November 16, 2020

Eco Shop Deco : Bring D'Green To Your Heart

When you can go nowhere with families on weekend along the PKPB's period... bit stressful sometime. Pa occupies himself with his latest hobbies cum projects, kelapa bonsai & fabric cemented pot. Maka, rumah agak jadi messy dengan materialnya. Haish...

Last 2 weeks, Mumi bodek Pa belikan basikal excercise. Selain nak guna utk kurangkan lemak, Mumi nak provide indoor exercise equipment utk Pa. Untuk anak-anak juga to divert sedikit tumpuan mereka pada gadgets.

Tapi pun Mumi jarang guna. I don't know what went wrong with my motivation. Nak menulis buku, tapi we all know how the industry is surviving. Few days ago, Pa fwd message ttg DuBook Press yg let go buku2 dlm Parcel Mystery. Nak close down katanya. Since tak boleh tahu buku2 apa yg kita akan dapat, so Mumi let go je viral mesej tu. 

Myself pun dah lama tak beli buku fizikal. Tambah2 dalam suasana skrg bila ramai yang terjejas pendapatan. I don't feel like producing another story to be printed as book.

Nak menulis proposal skrips pun rasa lemau. Mgkn sedikit down bila  kelas lanjutan 6th Nov ni ditangguhkan. Pun belum ada apa2 yang positif dari bbrp proposals yg dah dihantar tu, buat Mumi belum bersemangat nak ketuk laptop. All ideas yg ada Mumi simpan draft dulu dlm wasap skrip khas Mumi. Nanti2 bila datang semangat, Mumi tulis proper.

Bila lihat dalaman rumah, rasa missing of something. Sebelum2 ni ada pasu2 pokok yg hijau dalam rumah. Sejuk mata hati pandang. Tapi skrg kosong sbb pokok2 tu semua tak bertahan. Mumi tak pandai jaga indoor plants kot.

Makanya, Mumi ajak Pa pi Eco Shop. Nak cari daun2 hijau & gubah jadi indoor plants. Ya, Mumi merajuk dgn pokok indoor yg hidup. Palsu pun palsu la janji Mumi nampak ada pokok dalam rumah.... baru rasa ada soul. Huhu...

Nak beli sky bird, rasa agak mahal. Bukan tak mampu sgt. Boleh je kalau korek tabung. Tapi fikir2, rasa bersalah pulak. Time PKPB ni bila baca sana sini orang terjejas pendapatan, struggle nak survive cari rezeki. 

Makanya Mumi pi cari bebarang kat kedai Eco je lah. Walaupun keras tangan, tapi Mumi nak cuba juga jadikan indoor plants dari material yg beli kat kedai Eco tu. Kedai yg affordable for many people hu hu. Maka tak la Mumi rasa bersalah sangat...

Semalam petang, Mumi & Pa ulang lagi ke Eco Shop. Sbb bila gubah, tak cukup pulak daun2 tu. Baliknya kami lencun kehujanan berdua sebab naik motorsikal je. Hujan lebat sungguh. Sejuk sangat2. Titis2 air hujan menghunjam ke kulit muka, terasa seperti kena serpihan kaca. Haish... macam ayat novel pulak.


Dek krn nak siapkan gubahan ni, Mumi tak masak seharian. Pagi je goreng bihun utk sarapan. Malamnya Babang masak nasi & rebus telur puyuh. Kakak masak lauk sambal sardin tin. Bersungguh PaMi makan sebab kebuluran dan kesejukan kena hujan. 

Mumi mmg tak pandai langsung bab seni kreatif tangan ni. Ini je la sehabis baik yg dapat Mumi gubah dari barang2 beli di Kedai Eco. At least, mata Mumi pandang cantik, boleh lah... :-)


Pokok sebelah baby tengah exercise tu, Mumi gubah 15 keping daun yg dibeli dari Kedai Eco. Pasu tu Mumi beli kat kedai bunga. Kira-kira bajet untuk hasilkan set ni : Daun (RM2.10 x 15) + Pasu RM15.00 + Serabut Batang & Tape Hijau (lebih kurang RM10) = RM56.50. 

Pokok set cenggini Mumi tengok kat kedai bunga tu, semua above RM100. Tapi yalah pulak... mana sama kualiti yg dihasilkan oleh expertist berbanding amatur mcm Mumi. :-)

Tapi bagi Mumi, manakan sama yg kita beli siap berbanding dgn yg susah payah kita hasilkan sendiri. Tentulah kita lebih berbangga dgn susah payah kita sendiri kan...? Hu hu...

Tapi, pokok satu set hijau terang yg Baby sedang tunjuk tu, haa... itu mmg Mumi beli complete set dari kedai bunga tu. Tahan punya tahan, tak boleh tahan juga godaan. Dalam banyak-banyak-banyak pokok dlm kedai tu yg cantik MasyaAllah, Mumi cair juga dgn satu tu. Pun, harganya bolehlah.... lepas bodek dan bodek dan bodek, depa bagi Mumi full set tu RM120 (tu pun rasa mahal sbnrnya, tapi relakan je la). Yang lain semua harga semangat. Sky bird above RM200... walau mungkin mampu & Pa pun mungkin rela menurut, tapi tak apalah... Mumi masih mau cuba berpada & bersederhana.

So, that was it. Percubaan pertama Mumi buat deco pokok & bunga. At least, Mumi dah buktikan pd diri Mumi sendiri mencuba sesuatu yg tak pernah Mumi buat sebelum ni. Tq Pa, support je kegilaan Mumi. Yg sebenarnya pun Pa suka pi Eco Shop tu juga. Dia beli bebarang utk buat pasu kelapa bonsai dia. 

Dan malam tadi, Mumi tersenyum sepanjang malam. Entah2 dalam tidur pun Mumi senyum...


Okay, mulai hari ni insyaAllah Mumi lebih bersemangat dan termotivasi untuk spend at least 30minit setiap hari kayuh basikal kerana depan mata Mumi skrg ada kehijauan yang mendamaikan perasaan....


"Bring the green inside your heart and home, 
may there come the lovely birds singing your love song."
(-RAN-)


#ecoshopdeco
#indoorgreen
#therapyforsoul

Wednesday, November 11, 2020

Here is November...

And, here is November.

11.11 lagi angkanya. Hari istimewa Lazada ke Shopee ke ek? Hu hu.. Mumi tak amek pot pun sbb Mumi tak reti sgt shopping mopping huhu. Tapi Mumi agak marah dgn 11.11 kerana disebabkan tarikh ni, program special Lazada malam tadi telah menyebabkan Mumi tak dapat menonton #hatiyangtersakiti. Huhu, Mumi sekarang berdisiplin tengok drama. Coach suruh belajar :-)

PKPB dilanjutkan lagi, this time ke seluruh Semenanjung kecuali semua negeri selain Perlis, Kelantan, Pahang @ netizen trolls it as PKPBPKP :-)

Ya, honestly myself pun getting exhausted dgn PKPB & this pandemic's feeling. Tapi, perlu berlapang dada. Semua ini datang dari Allah, pasti ada sebab & hikmah. As for us & myself... dapat spend masa di rumah bersama anak2, walaupun tak adalah banyak sangat masanya sbb PaMi still perlu pergi kerja. Cuma tak lah serigid dulu, pepagi slps Subuh dah keluar, dah nak maghrib baru sampai rumah. 

Bila PKPB dilanjutkan hingga 6 Disember, maka kelas lanjutan skrip #SSAG juga terpaksa ditangguhkan. Wa wa wa... Mumi sedih sebab dah excited sangat nak belajar, tapi tak apa... surely there is silver lining in the situation.


Sgt jarang dapat utilize WFH. Isnin lalu Mumi utilized the turn, tapi separuh harinya Mumi pi office sekejap settlekan few urgent things yang tak boleh buat di rumah. Once at home, kita sambung few task. Itu tanggungjawab & integriti setiap dari kita. Cuma, hikmahnya Mumi boleh attend works sambil pantau boys buat kerja sekolah. Dalam syukur ada sebak.. dalam sebak ada syukur. 

Semua sekolah juga dah ditutup sehingga habis sesi tahun ini. Next year, jika ada izin Allah, ketetapan baru dirancang seperti di bawah. Hopefully, things will get better by then and our children can all go back to school, menimba ilmu. InsyaAllah... Aaamiiin...

Tahun depan baby will be in Y1, Didik Y6 & Babang Y3.
Moga Allah permudahkan segala-galanya...

And, last Saturday... selepas Mumi habis2 berfikir... selepas muzakarah dengan Pa & Angah, maka Mumi nekad ambil Ibu dari Sekinchan untuk dipulangkan ke rumah Angah di Sepang. Ibu has been in Sekinchan since before March. Lama Ibu di sana, banyak yang dah Ibu hadapi. Kami hadapi. Physically & mentally

I really believe Ibu needs new fresh air. Tukar environment. Her pain must be diverted. Or else akan makan diri. Pemergian Dik Us & kesedihan Dik Sah... itu semua sebahagian dari kehidupan yang dah dijanjikan Allah sejak mereka dari dalam rahim. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Apatah lagi si Ibu yang mengandungkan, melahirkan & membesarkan. 

Tapi cukup-cukuplah. Hidup perlu diteruskan. Hadapi apa yang masih ada dan bersisa dengan kesyukuran & permohonan agar Allah bantu dan terus pelihara kita. Sebagai anak, kita perlu beri Ibu sedikit waktu untuk rehat dan bertenang.... alihkan fokusnya seketika.

Maka PaMi beranikan diri ke Balai Polis. Memanglah tak ada road block or whatsoever utk merentas daerah dalam negeri yang sama. Tapi Mumi tetap mau minta izin juga. No harm pun minta kebenaran, at least jika ada apa2 kita dah boleh justify keadaan. Mujur... bila kena tahan di SJR selepas tol masuk ke Sepang, Mumi dah sedia ada justification untuk pergerakan. Alhamdulillah.

Pa request utk rehatkan Ibu di Klang seketika. Tapi Mumi berfikir... ini waktu PKPB, dan kebenaran yg Mumi dapat pun dgn statement 'ambil Ibu di Sekinchan dan hantar ke Sepang'. Rasa bersalah pula jika Mumi breach...

Pun, Mumi fikir... Ibu akan  penat jika di'transit' sana-sini. Biarlah Ibu rehat. Sepang ialah tempat kedua settlement Ibu selepas rumahnya sendiri yang dah lama ditinggalkan. Seperti kita juga... manapun kita pergi, our 'home' tetap syurga. It's where our heart belongs to di dunia ni...


Mumi suka lihat pic ni. Tq Pa, menyantuni kesayangan Mumi yang 'dahaga'...

Papa pun happy hari tu. Katanya 'banyak hasil hari ni!' hu huhu

Dia seronok kutip kelapa muda dan tua. Memang kesukaan Pa & boys la air kelapa muda ni. Kalau balik kampung memang kami bawa balik banyak kelapa muda. Tapi janji dgn Kak Polis, nak ke Sekinchan je.. so tak berani nak lanjut ke Sabak Bernam utk balik kampung Pa. 

Tak apalah... kat Sekinchan pun Pa dapat bekalan kelapa mudanya. Plus dapat kelapa tua banyak. Suka lah tu Papa dapat buat deko kelapa bonsainya. Nanti Mumi simpan diari tentang Pa dan kelapa bonsainya pula hu hu...

Otw ke Sepang, singgah dulu di rumah. Temukan boys dgn nenek. Lama dah mereka tak jumpa. Dan Mumi pun saat ni rasa terkilan tak sempat ambil gambar nenek dan cecucu berpelukan lepas rindu. Terutama baby... Tapi baby memang dah biasa neneknya transit rumah dia seketika cuma berbanding rumah sepupu2nya yang lain. Dia dah biasa beralah & suka memberi demi kasih dan sayang. :-)

Lihat gambar tu... hati Mumi sebak... dan sampai hari ni, kalau Mumi in the shower room, Mumi akan nyanyi...

"Mengapa menyinta andainya tak setia
Tak usahlah bercinta jika hanya berpura
Bila hati dah jemu mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan orang yang ditinggalkan
Tersiksa, sayu, pilu..."


Walaupun Mumi terkilan dan sebak lihat anak-anak ini... tapi Mumi lagi kasihan dgn wali mereka. Alangkah ruginya dia mensia-siakan apa yang telah Allah kurniakan. Janji Allah itu tak akan pernah termungkir. Moga yang baik2 saja buat semua. InsyaAllah...

#pkpblanjuthingga6disember2020
#ambilibu
#11.11



PAGEVIEWS