Friday, November 27, 2020

Corat-Coret PKPB Lanjutan : D'Hungry Drama Boys

Bila interest penulisan cornered ke script, 1st advice dari coach yg Mumi cuba buat ialah banyakkan tonton drama & movie serta baca bahan kreatif. Dah lama Mumi stop semua tu. Masuk umur 40, Mumi tak suka tgk benda2 smd cerita TV @ buku yg 'sedih' n 'sengsara'. Mcm tak boleh go till the end

Tapi bila dah mula pursue passion Mumi dlm line baru ni, kena gagahkan juga. Bukan sekadar tonton, tapi kena belajar darinya. Tak sabar nak masuk kelas lanjutan skrip, sebab dalam kepala Mumi ni ada banyak soalan nak tanya coach.

Apakan daya kelas yg dijadualkan pd 6hb Dis tu adalah last day of PKPB lanjutan. Itupun kalau tak dilanjutkan lagi la. Kalau extend lagi, bila la Mumi dapat pi kelas lanjutan skrip tu.... :-(

Dan yg kelakar juga, dlm 3 anak Mumi, si baby ni mcm kaki drama :-)

Dia paling suka tengok Pink Smile. Sampai sekarang belum move on. Asyik ulang tonton di Youtube. Nampak je Fattah Amin, dia panggil Ariq. Sabo je lah.

Recently Baby dok suka tgk Lelaki Lingkungan Cinta (Mumi punyalah lega bila drama tu tamat). Mumi cakap dgn Pa, Naim Daniel tu ada potensi. Tapi kena groom dulu la kot fizikal n rupa dia sikit baru boleh berlakon la lepas ni. Ini, mcm bawah tak jejak, atas tak capai je. Mumi pulak yg rasa mengah... ampun... 

Coach pesan, tengok drama jangan kecam tapi ambil pelajaran. Mumi faham, tapi Mumi mmg tak boleh go dgn drama LLC tu (bukan novelnya ya, definitely novel n adaptasinya tak akan sama). Dan perasaan Mumi tu supported sbb ada penulis terkenal pun ada beri comment terbuka. Tapi kita manusia biasa. Pasti ada kekurangan n kelemahan. Kadang kita dah cuba beri sehabis baik, tapi kemenjadian tu tak seperti diharapkan. Tak pe, kita belajar dan terus berusaha ya!

Lagipun preference tu subjective. Mumi n majoriti penonton mgkn tak gemar drama LLC tu atas bbrp faktor. Tapi Baby n seangkatannya suka je. They took it as cute entertainment. 



Bila Baby asyik dengan drama LLCnya...
Papa   : Budak ni mmg ikut awak habis.
Mumi : Eh, excuse me... 
Mumi : Mumi tak simply tengok ye... (huhu mengada)
Papa   : Tak apalah, at least dia macam awak... bla-bla-bla...


Now, dia suka tengok Cinta Sekali Lagi. Hmm... okay kot ceritanya. Tapi Mumi dah stop tengok minggu ni. Seriously tak boleh go dgn perangai 'devil d'evil' watak Amani (Hanna Delisha) tu. Kira power la tu dia acting. Dan Mumi tak boleh go dgn Amanda dgn husbandnya tu. Mumi pesan kat boys, dlm hidup ni mmg kena jadi baik. Tapi bukan 'bodoh'. And please, tolonglah jgn suka-suka nak jadi hero penyelesai masalah sgt. Ada waktunya Mumi rasa kita perlu jadi 'selfish' sedikit. And, buat apapun, biarlah bersaksi. Erk, jahatnya Mumi! Moral of story, jadilah orang baik yang bijak & berhati-hati & sentiasalah doa agar dipelihara Allah. 

Haish, kalau semua dah on the right & straight path, sempurna... tak de la jadi drama. Tak de la neraka. Huhu.. lagipun coach dah kata 'drama tu adalah penyelesaian masalah'. Ya lah...ya lah... 

Apapun, Mumi percaya 'skrip yg bijak' tu wujud. I've watched few of them. Kalau tak, drama tu akan tend to be 'hyperbolize'. Itu pendapat 1sen Mumi je sebagai penonton huhu. Agaknya kalau Mumi yg tulis skrip entah mcm mana la kot kemenjadiannya hu hu... ampun... 

Skrg Mumi suka ikut drama Beri Sedikit Waktu. Walaupun sbnrnya ada je yg Mumi nak komen, tapi Mumi tak leh nak komen sbb Mumi mmg naturally nya suka Zara Zya. Aqasha tu dari dulu Mumi suka especially bila dia nyanyi lagu Embun hu hu... biasnya Mumi...

Agaknya, dalam keadaan (hidden) stress dgn situasi semasa ni, I need to relax dgn cerita2 mcm BSW ni. Konsep mcm heavy, tapi flow nya smooth & calm. Sifat evil & sifat baik yg tak exagerate @ tak hyperbolized (setakat episod terkini la). 


Another drama, kali ni 3 of them yg suka. Twin drama kpd Pink Smile. Mr Donut Karamel. Haish...

Relax-relax je. Tapi cerita ni mcm agak fast flow. Especially pd watak Azira Syafinaz tu, unlike watak heroin Pink Smile yg smooth je. Ya... Mumi mengaku Mumi pun jatuh cinta dgn cerita Pink Smile tu walaupun Mumi alergic dgn kaler pink :-(


Hmm... bila asyik di rumah je dalam tempoh PKPB ni, kalau tak dgn kelas online, dengan homework, habis youtube, tgk kat TV tgh pulak. Sambung main games kat gajet. Tgh malam bila disuruh tidur, semua lapar pulak.

Malam tadi dah makan nasi lauk kari kepala jenahak, baby makan sampai 2x tambah... tgh malam pukul 12 boleh dia kata lapar. Ampunlah... Mumi dah tak boleh buka mata. Papa pun dah lama lelap, keletihan. Papa sedang selesaikan 3 projek PVC silingnya. Alhamdulillah. So, boys.. pandai2 hang pa la na...

Maka 3 beradik pun berdikari la cari supper di tengah malam kat dapur. 

Okay, malam ni Mumi nak tunggu Beri Sedikit Waktu dan Hotel Del Luna seperti biasa ya... eh ada ke malam ni? Mumi ttp tak pernah dan tak boleh ingat hari siarannya...

Apa nak masak ptg ni?


#dramaboys
#berisedikitwaktu
#hoteldelluna
#lelakilingkungancinta
#cintasekalilagi
#pinksmile

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS