Monday, November 16, 2020

Eco Shop Deco : Bring D'Green To Your Heart

When you can go nowhere with families on weekend along the PKPB's period... bit stressful sometime. Pa occupies himself with his latest hobbies cum projects, kelapa bonsai & fabric cemented pot. Maka, rumah agak jadi messy dengan materialnya. Haish...

Last 2 weeks, Mumi bodek Pa belikan basikal excercise. Selain nak guna utk kurangkan lemak, Mumi nak provide indoor exercise equipment utk Pa. Untuk anak-anak juga to divert sedikit tumpuan mereka pada gadgets.

Tapi pun Mumi jarang guna. I don't know what went wrong with my motivation. Nak menulis buku, tapi we all know how the industry is surviving. Few days ago, Pa fwd message ttg DuBook Press yg let go buku2 dlm Parcel Mystery. Nak close down katanya. Since tak boleh tahu buku2 apa yg kita akan dapat, so Mumi let go je viral mesej tu. 

Myself pun dah lama tak beli buku fizikal. Tambah2 dalam suasana skrg bila ramai yang terjejas pendapatan. I don't feel like producing another story to be printed as book.

Nak menulis proposal skrips pun rasa lemau. Mgkn sedikit down bila  kelas lanjutan 6th Nov ni ditangguhkan. Pun belum ada apa2 yang positif dari bbrp proposals yg dah dihantar tu, buat Mumi belum bersemangat nak ketuk laptop. All ideas yg ada Mumi simpan draft dulu dlm wasap skrip khas Mumi. Nanti2 bila datang semangat, Mumi tulis proper.

Bila lihat dalaman rumah, rasa missing of something. Sebelum2 ni ada pasu2 pokok yg hijau dalam rumah. Sejuk mata hati pandang. Tapi skrg kosong sbb pokok2 tu semua tak bertahan. Mumi tak pandai jaga indoor plants kot.

Makanya, Mumi ajak Pa pi Eco Shop. Nak cari daun2 hijau & gubah jadi indoor plants. Ya, Mumi merajuk dgn pokok indoor yg hidup. Palsu pun palsu la janji Mumi nampak ada pokok dalam rumah.... baru rasa ada soul. Huhu...

Nak beli sky bird, rasa agak mahal. Bukan tak mampu sgt. Boleh je kalau korek tabung. Tapi fikir2, rasa bersalah pulak. Time PKPB ni bila baca sana sini orang terjejas pendapatan, struggle nak survive cari rezeki. 

Makanya Mumi pi cari bebarang kat kedai Eco je lah. Walaupun keras tangan, tapi Mumi nak cuba juga jadikan indoor plants dari material yg beli kat kedai Eco tu. Kedai yg affordable for many people hu hu. Maka tak la Mumi rasa bersalah sangat...

Semalam petang, Mumi & Pa ulang lagi ke Eco Shop. Sbb bila gubah, tak cukup pulak daun2 tu. Baliknya kami lencun kehujanan berdua sebab naik motorsikal je. Hujan lebat sungguh. Sejuk sangat2. Titis2 air hujan menghunjam ke kulit muka, terasa seperti kena serpihan kaca. Haish... macam ayat novel pulak.


Dek krn nak siapkan gubahan ni, Mumi tak masak seharian. Pagi je goreng bihun utk sarapan. Malamnya Babang masak nasi & rebus telur puyuh. Kakak masak lauk sambal sardin tin. Bersungguh PaMi makan sebab kebuluran dan kesejukan kena hujan. 

Mumi mmg tak pandai langsung bab seni kreatif tangan ni. Ini je la sehabis baik yg dapat Mumi gubah dari barang2 beli di Kedai Eco. At least, mata Mumi pandang cantik, boleh lah... :-)


Pokok sebelah baby tengah exercise tu, Mumi gubah 15 keping daun yg dibeli dari Kedai Eco. Pasu tu Mumi beli kat kedai bunga. Kira-kira bajet untuk hasilkan set ni : Daun (RM2.10 x 15) + Pasu RM15.00 + Serabut Batang & Tape Hijau (lebih kurang RM10) = RM56.50. 

Pokok set cenggini Mumi tengok kat kedai bunga tu, semua above RM100. Tapi yalah pulak... mana sama kualiti yg dihasilkan oleh expertist berbanding amatur mcm Mumi. :-)

Tapi bagi Mumi, manakan sama yg kita beli siap berbanding dgn yg susah payah kita hasilkan sendiri. Tentulah kita lebih berbangga dgn susah payah kita sendiri kan...? Hu hu...

Tapi, pokok satu set hijau terang yg Baby sedang tunjuk tu, haa... itu mmg Mumi beli complete set dari kedai bunga tu. Tahan punya tahan, tak boleh tahan juga godaan. Dalam banyak-banyak-banyak pokok dlm kedai tu yg cantik MasyaAllah, Mumi cair juga dgn satu tu. Pun, harganya bolehlah.... lepas bodek dan bodek dan bodek, depa bagi Mumi full set tu RM120 (tu pun rasa mahal sbnrnya, tapi relakan je la). Yang lain semua harga semangat. Sky bird above RM200... walau mungkin mampu & Pa pun mungkin rela menurut, tapi tak apalah... Mumi masih mau cuba berpada & bersederhana.

So, that was it. Percubaan pertama Mumi buat deco pokok & bunga. At least, Mumi dah buktikan pd diri Mumi sendiri mencuba sesuatu yg tak pernah Mumi buat sebelum ni. Tq Pa, support je kegilaan Mumi. Yg sebenarnya pun Pa suka pi Eco Shop tu juga. Dia beli bebarang utk buat pasu kelapa bonsai dia. 

Dan malam tadi, Mumi tersenyum sepanjang malam. Entah2 dalam tidur pun Mumi senyum...


Okay, mulai hari ni insyaAllah Mumi lebih bersemangat dan termotivasi untuk spend at least 30minit setiap hari kayuh basikal kerana depan mata Mumi skrg ada kehijauan yang mendamaikan perasaan....


"Bring the green inside your heart and home, 
may there come the lovely birds singing your love song."
(-RAN-)


#ecoshopdeco
#indoorgreen
#therapyforsoul

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS