Jumaat terakhir November 2020. Sekejap saja dah nak masuk bulan terakhir tahun ni. A year is gonna pass by. Mumi cakap pd Pa, "Saya rasa mcm hidup tak productive tahun ni. Asyik kena kurung je... dan tak de pencapaian..."
And Pa replied, "Nak buat macam mana... semua orang pun mcm tu..."
Ya lah.. faham, redha je. Hidup dalam 'kebimbangan' COVID-19. Kadang Mumi dah tak kuasa ikut makluman statistik. Tak mau dah rasa bimbang dan susah hati. Cuba nak rasa kembali hidup dgn perasaan 'normal'.
Since dah nak habis November, tghari ni Mumi nak marathon simpan diary. One good thing about new life during COVID-19 era ni, Mumi dapat rasa 'me time' sikit. Kalau tak sambung tengok Drama Turki Magnificent Century tu, Mumi akan force idea utk buat proposal. Tak pun Mumi membaca. Dan tghari ni Mumi nak simpan diari je dlm FRAN. Nnt2 di tahun akan datang, mungkin ia akan jadi memori untuk dikenang semula, insyaAllah.
Ist diary, Mumi simpan dulu gelagat anak2 menyelesaikan 'sesi persekolahan' mereka dalam tempoh PKPB lanjutan ni...
Mujur ada 3 ketul je yg masih sekolah, masih dlm kadar kemampuan PaMi sediakan keperluan untuk adapt dengan sesi pembelajaran & persekolahan secara online & 'home-based'. Masing2 berada di stesen belajar masing2 dengan equipment masing2. Most of the times, boys berdikari.
The funny thing is, baby boleh 'masuk sekolah' utk siapkan homework, walaupun masih berbaju tidur pada jam 12 tghari :-)
Tgk keadaan bilik mereka, daripada nak marah, Mumi terus jadi redha je. Ada boys yg jenis pengemas mcm anak kawan Mumi, but my boys... hmm... ya, mmg 'boys' la. Mumi pasrah... hu hu...
Bila Baby tunjuk pokok cinonet ni dan claimed 'Pokok Anggur Baby', Mumi mcm kurang percaya. Ye ke pokok anggur? Rupanya betul, Pa pun kata mmg pokok anggur. Dia sendiri semai, boleh pulak tumbuh. Dia la dok jaga, dok siram, dok alih ke pasu besar. Moga2 dapatlah kita petik anggur di OMG nanti ya baby :-)
So, bila sampai silibus Sainsnya, Mumi dapatlah tunjukkan yang realiti untuk terangkan teori buku teksnya tu. "-)
And, ya... their TKD training pun buat online di rumah.... :-)
Dalam keterjejasan aktiviti dan cara hidup, masih ada keperluan dalam kehidupan yang diteruskan. Cuma, medium dan kaedahnya saja agak berbeza. Kadang Mumi terfikir, what tomorrow will bring, pula...
Moga-moga kita semua masih boleh bertahan walau apa juga keadaan yang sedang kita hadapi dan lalui. Jika ada airmata yang sedang mengalir, jika ada hati yang sedang berdarah luka, jika ada perut yang lapar, andai Mumi mampu membantu, InsyaAllah Mumi nak dan akan cuba bantu semampu daya. Jika tak terjangkau di penglihatan, pengetahuan dan juga kemampuan Mumi, Allah akan sentiasa ada untuk kita semua.
Semoga Allah sentiasa berehsan dgn kita, hamba-hambaNya. Dilindungi dari wabak yang mengancam nyawa ini dan sentiasa dipelihara dari takdir yang buruk.
#home-basedschool
#pkpblanjutan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.