And, here is November.
11.11 lagi angkanya. Hari istimewa Lazada ke Shopee ke ek? Hu hu.. Mumi tak amek pot pun sbb Mumi tak reti sgt shopping mopping huhu. Tapi Mumi agak marah dgn 11.11 kerana disebabkan tarikh ni, program special Lazada malam tadi telah menyebabkan Mumi tak dapat menonton #hatiyangtersakiti. Huhu, Mumi sekarang berdisiplin tengok drama. Coach suruh belajar :-)
PKPB dilanjutkan lagi, this time ke seluruh Semenanjung kecuali semua negeri selain Perlis, Kelantan, Pahang @ netizen trolls it as PKPBPKP :-)
Ya, honestly myself pun getting exhausted dgn PKPB & this pandemic's feeling. Tapi, perlu berlapang dada. Semua ini datang dari Allah, pasti ada sebab & hikmah. As for us & myself... dapat spend masa di rumah bersama anak2, walaupun tak adalah banyak sangat masanya sbb PaMi still perlu pergi kerja. Cuma tak lah serigid dulu, pepagi slps Subuh dah keluar, dah nak maghrib baru sampai rumah.
Bila PKPB dilanjutkan hingga 6 Disember, maka kelas lanjutan skrip #SSAG juga terpaksa ditangguhkan. Wa wa wa... Mumi sedih sebab dah excited sangat nak belajar, tapi tak apa... surely there is silver lining in the situation.
Sgt jarang dapat utilize WFH. Isnin lalu Mumi utilized the turn, tapi separuh harinya Mumi pi office sekejap settlekan few urgent things yang tak boleh buat di rumah. Once at home, kita sambung few task. Itu tanggungjawab & integriti setiap dari kita. Cuma, hikmahnya Mumi boleh attend works sambil pantau boys buat kerja sekolah. Dalam syukur ada sebak.. dalam sebak ada syukur.
Semua sekolah juga dah ditutup sehingga habis sesi tahun ini. Next year, jika ada izin Allah, ketetapan baru dirancang seperti di bawah. Hopefully, things will get better by then and our children can all go back to school, menimba ilmu. InsyaAllah... Aaamiiin...
|
Tahun depan baby will be in Y1, Didik Y6 & Babang Y3. Moga Allah permudahkan segala-galanya...
|
And, last Saturday... selepas Mumi habis2 berfikir... selepas muzakarah dengan Pa & Angah, maka Mumi nekad ambil Ibu dari Sekinchan untuk dipulangkan ke rumah Angah di Sepang. Ibu has been in Sekinchan since before March. Lama Ibu di sana, banyak yang dah Ibu hadapi. Kami hadapi. Physically & mentally.
I really believe Ibu needs new fresh air. Tukar environment. Her pain must be diverted. Or else akan makan diri. Pemergian Dik Us & kesedihan Dik Sah... itu semua sebahagian dari kehidupan yang dah dijanjikan Allah sejak mereka dari dalam rahim. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Apatah lagi si Ibu yang mengandungkan, melahirkan & membesarkan.
Tapi cukup-cukuplah. Hidup perlu diteruskan. Hadapi apa yang masih ada dan bersisa dengan kesyukuran & permohonan agar Allah bantu dan terus pelihara kita. Sebagai anak, kita perlu beri Ibu sedikit waktu untuk rehat dan bertenang.... alihkan fokusnya seketika.
Maka PaMi beranikan diri ke Balai Polis. Memanglah tak ada road block or whatsoever utk merentas daerah dalam negeri yang sama. Tapi Mumi tetap mau minta izin juga. No harm pun minta kebenaran, at least jika ada apa2 kita dah boleh justify keadaan. Mujur... bila kena tahan di SJR selepas tol masuk ke Sepang, Mumi dah sedia ada justification untuk pergerakan. Alhamdulillah.
Pa request utk rehatkan Ibu di Klang seketika. Tapi Mumi berfikir... ini waktu PKPB, dan kebenaran yg Mumi dapat pun dgn statement 'ambil Ibu di Sekinchan dan hantar ke Sepang'. Rasa bersalah pula jika Mumi breach...
Pun, Mumi fikir... Ibu akan penat jika di'transit' sana-sini. Biarlah Ibu rehat. Sepang ialah tempat kedua settlement Ibu selepas rumahnya sendiri yang dah lama ditinggalkan. Seperti kita juga... manapun kita pergi, our 'home' tetap syurga. It's where our heart belongs to di dunia ni...
Mumi suka lihat pic ni. Tq Pa, menyantuni kesayangan Mumi yang 'dahaga'...
Papa pun happy hari tu. Katanya 'banyak hasil hari ni!' hu huhu
Dia seronok kutip kelapa muda dan tua. Memang kesukaan Pa & boys la air kelapa muda ni. Kalau balik kampung memang kami bawa balik banyak kelapa muda. Tapi janji dgn Kak Polis, nak ke Sekinchan je.. so tak berani nak lanjut ke Sabak Bernam utk balik kampung Pa.
Tak apalah... kat Sekinchan pun Pa dapat bekalan kelapa mudanya. Plus dapat kelapa tua banyak. Suka lah tu Papa dapat buat deko kelapa bonsainya. Nanti Mumi simpan diari tentang Pa dan kelapa bonsainya pula hu hu...
Otw ke Sepang, singgah dulu di rumah. Temukan boys dgn nenek. Lama dah mereka tak jumpa. Dan Mumi pun saat ni rasa terkilan tak sempat ambil gambar nenek dan cecucu berpelukan lepas rindu. Terutama baby... Tapi baby memang dah biasa neneknya transit rumah dia seketika cuma berbanding rumah sepupu2nya yang lain. Dia dah biasa beralah & suka memberi demi kasih dan sayang. :-)
Lihat gambar tu... hati Mumi sebak... dan sampai hari ni, kalau Mumi in the shower room, Mumi akan nyanyi...
"Mengapa menyinta andainya tak setia
Tak usahlah bercinta jika hanya berpura
Bila hati dah jemu mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan orang yang ditinggalkan
Tersiksa, sayu, pilu..."
Walaupun Mumi terkilan dan sebak lihat anak-anak ini... tapi Mumi lagi kasihan dgn wali mereka. Alangkah ruginya dia mensia-siakan apa yang telah Allah kurniakan. Janji Allah itu tak akan pernah termungkir. Moga yang baik2 saja buat semua. InsyaAllah...
#pkpblanjuthingga6disember2020
#ambilibu
#11.11
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.