Khamis lepas, 01 Julai 2021... birthday Ibu yang ke-71. Alhamdulillah. Ingatkan hari tu kalau boleh keluar dari fasa PKP, ada harapan utk rentas daerah. Tapi bila lihat statistic new cases makin climbing up, dan dengan kesedaran sendiri, Mumi rasa sekatan yang masih menyekat ini adalah yang terbaik buat masa ni.
Kadang terfikir, what went wrong? Makin PKP makin tinggi, makin vaksin pun makin tinggi statistik. Ke salah komunikasi, orang minta tutup kilang tapi yang ditutup adalah Klang? Sorry YB, gurau je. Okaylah Mumi tak moh tulis diary pasal huruf P, K dan B mahupun D tu. Nanti Mumi stress.
Untuk birthday Ibu yang ke-71 ni kami tak dapat sama2 raikan. Maka Mumi pun kirim jambangan belon, coklat dan buah je la utk Nenek, dah kebetulan Mak Ngah nak sambut dalam acara makan2 simple hari ni di rumah mereka kat Sepang yg kena PKPD juga mulai hari ni. :-)
Terima kasih Mak Ngah, Pak Ngah, Yaya & Uman kerana raikan dan gembirakan Nenek.
Selamat ulang tahun ke-71 Nenek. Semoga Allah kurniakan Nenek segala limpah rahmat dan kasih sayangNya, dikurniakan kesihatan dan umur yang berkat untuk terus kami menumpang kasih dan berteduh di bawah lembayung doa. Moga-moga kita semua dapat raikan birthday Nenek sama-sama ya di tahun-tahun akan datang... Aaamiin... InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.