Sunday, July 25, 2021

Pengorbanan Aidil Adha 1442H

Kali kedua beraya Aidil Adha with our own small family. Masih dalam tempoh PKPD? Atau PPN? Mumi dah lost track. Dah tak tahu P apa yg sdg cover our life nowadays. Yang Mumi tahu, semua SOP masih ala2 PKP & PKP... dan statistik kes baru positif makin spike up.

Semalam 15k plus for how many days in the row pun Mumi lost memory. Hari ni? 17,045. Okay... tak moh fikir byk2. Live on and just stay safe all, jaga diri sama2... supaya dapat bantu yg lain2 juga terutama frontliners kita. Moga2 Allah akan sentiasa melindungi kita semua & moga ada doa antara kita yg diangkat untuk Allah makbulkan.

Aidil Adha ni, tak ada perasaan sangat, Mungkin terbiasa dgn Eid & Aidil Adha 2020 yg dah hampir semua kita raikan bersendirian. 

Tahun ni Pa & adik-beradiknya bersama Mak Enon buat korban seekor unta yang dilakukan di Tanah Suci Mekah. Alhamdulillah... semoga Allah kurniakan barokah dan pahala. Mumi ada keinginan nak buat korban sekeluarga kami juga, tapi belum dapat jadi nyata lagi. InsyaAllah... moga ada rezeki dan izin Allah nanti...


Yang mesti di pagi raya... takbir, solat raya & bacaan khutbah raya. Kemudian sarapan... hu hu.. Mumi panggil sarapan je la sbb tak buat dishes raya pun. Mumi cuma masak nasi impit & kuah kacang (Pa kata Mumi improved a lot masak kuah kacang). Masalodeh moden sikit sbb tekak teringin (boys mmg tak reti makan), lebihan Ayam Golek Papa Gomo lebihan lauk buka puasa semalamnya air tangan Pa sendiri :-) dan seperti biasa Mumi masak laksa je la. Senang...

Kemudian jiran beri sedikit rendang & sebatang lemang. Petangnya sampai lagi sebatang lemang & ayam masak merah. Pun tak termakan... Mumi n boys mmg tak reti makan lemang.

Alhamdulillah, seadanya rezeki kami. Mumi dah tak ada perasaan sangat nak beria-ia masak n makan, sbb Mumi tahu ada ramai keluarga di luar sana yg terkesan & terjejas kerana C19. Mumi tak sampai hati nak imagine lebih2... semoga Allah sentiasa bantu kita semua.



Dan seharian tu, we spent time assisting baby siapkan video penyertaan karnival minggu Panitianya utk subjek BM, BI, Math & Science. Pheww... mujur Didik reti edit video. Habis satu rumah ada tugas masing2 nak siapkan baby :-)

Dan lepas Asar tadi, Mumi selesai hantar video terakhir Baby ke GCnya. Bukan nak menang tujuan utamanya. Tapi Mumi nak Baby ada semangat & excitement utk participate. Bersungguh sempurnakan tugasan. Mumi harap anak2 Mumi tak jadi mcm Mumi la... 

I am an introvert yg ada masa2 je boleh jadi extrovert sikit. Tapi hal2 nak offer diri, nak show off, nak participate ni.. sgt lemau unless kena paksa. Tapi kalau dulu2, bila dipaksa & terpaksa, participation Mumi alhamdulillah, insyaAllah ada je yg tapau hadiah. Cuma Mumi mmg jenis rimas dgn kerenah, crowd & perhaps birocracy. Mumi suka hidup aman damai je... tak moh fikir berat kecuali kalau Mumi sdg siapkan baby books. Now, nak fikir utk new idea for TV content proposal pun Mumi rasa slow amat... ntah jadi realiti ntah tidak impian Mumi yg terbaru ni nanti... pheww...

Mumi simpan sini je la baby's humble participation videos, all edited by his Didik. Tq Didik.... Papa kata Didik minta upah durian daaa :-)

Mumi berangan jika suatu hari nanti Mumi boleh produce TV content, Didik & Babang boleh jadi atr yg bantu Mumi dlm creative editing & idea. Angan2 tak salah kan...? Hu hu...



BM - Peragaan Busana Tradisional. Guna baju raya Aidil Fitri je dah la ye baby...



MATH - Muka Jam

SAINS - Mobail Bahagian Tubuh Haiwan


BI - Y1 Story Telling : The Ant and The Dove

Mumi simpan versi ni je la. Versi yg Didik edit & htr ke GC tak boleh upload dlm FRAN sbb exceed max size la pulak....lebih kurang je pun isinya...

Dekat 10x rehearsed, pengsan Mumi... sampai kakak2nya tak sampai hati dah tgk baby. Masalahnya baby yang rehearsed, Mumi yang hilang suara. Okaylah tu nak... janji kamu mau & berani mencuba. 


Okay... Mumi nak rehat dah. Malam nanti Mumi ada 2nd night class penulisan From Novelist To Scriptwriter, funded by FINAS, organized by Kak Rohaidah Aida Adia & coached by cikgu Mumi la... SSAG :-)

Masa terpilih utk kelas ni, Mumi happy sangat. Sekali Papa kata, 'Coachnya SSAG? No wonder la awak dapat masuk..."

Eh... yg pilih masuk tu bukan SSAG la... sampai hati Papa. Mumi tak pandai guna cable, wire, tali, joran segala tau... cit. SSAG pun tanya mlm tadi knp Mumi masuk kelas lagi :-)


#harirayakorban1442H
#panhisfamilykkorbanuntamekah
#ayamgolekpapagomo
#minggupanitiababy

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS