Hari ni hari pertama PKPD (so called) di Selangor. Tapi bila baca kenyataan SOP, entah Mumi yang tak reti baca atau tak faham, atau mmg ia tak ada beza. Field yg mempunyai potensi penularan masih beroperasi.
Kakak pun masih kerja hari2 & Mumi tau juga kenapa... nak salahkan siapa? Semua claim operasi mereka essential. Mumi yg risau sbb walaupun Pa n boys mmg stay home, Mumi pun 4 jam seminggu je dibenarkan masuk office, tapi bila Kakak kerja hari2, risiko kebocoran keselamatan rumah ni tetap ada. Rasa nak suruh je dia berhenti, biar kami yg tanggung makan minum dia. Tapi.. I know dammed well, it is inappropriate, she is an adult now, she has life and of course she has her own life-planning. Mumi doa dan tawakal je pada Allah.
Ya, faham... tak semua keputusan dan tindakan boleh satisfy semua orang / pihak. Tapi, all these while semua tindakan mcm kurang berhasil je. Walhasil balik asal. Makin membimbangkan ada lah. Kadang bila fikir, kenapa apa yg mereka di atas fikir tak sama mcm apa org di bawah ni nampak dan alami. Kadang Mumi yg sgt layman ni rasa mcm ada je alternatif boleh dipertimbangkan & dilaksanakan, eg method percepatkan agihan vaksin, instead of PPV berpusat yg kadang kala rasa mcm lebih byk birokasi & kesengetan dari membantu objektif utk percepatkan pemberian vaksin. 4-5 bulan daftar pun belum ada temujanji dos pertama. Seriously?
Myself, Alhamdulillah, belum lagi boleh dikatakan terjejas pendapatan (elaun je kena potong sikit utk solidariti), kecuali Pa la terpaksa dormantkan As Sofi dan tak boleh proceed PVC Ceiling jobnya, alhamdulillah masih ada pendapatan bulanan in terms of career benefit dari PM utk kelangsungan nafkah kehidupan kami. Pun, Mumi rasa penat sgt dgn situasi PKP, PKPB, PKP balik, dan-dan jadi so called PKPD ni. Apatah lagi orang-orang lain yg sememangnya terhentak keras dgn situasi ni. Yang kalau tak kerja tak akan ada gaji. :-(
Mumi sendiri yg duduk rumah atas tanah, masih boleh keluar masuk buat aktiviti di atas tanah pun rasa mcm suku nak sewel dah kononnya 'terkurung'. Macam mana saudara2 Mumi yang duduk rumah atas2, rumah yang kurang keluasan bagi anak2 yang ramai.... senak hati bila kenang. Sampai bila...
Bila tgk anak2 Mumi, syukur alhamdulillah... they've no complaint walaupun berkurung di rumah. Tapi Mumi tetap susah hati juga sbb mereka mengadap gajet almost all day long. Apa daya Mumi selain dari sesekali jadi Tarzan, divertkan focus games mereka kepada kemas rumah, tolong masak, tolong kemas kebun dan bla bla bla. Macam mana pula anak2 orang tak berkemampuan? Jangan kata gajet PDPR, gajet game, kesempurnaan dan ketersediaan makanan utk mereka pun tak tau macam mana. Belum lagi dgn suasana keluarga. Atau mungkin imaginasi Mumi je yg melampau. Apapun, semoga Allah lindungi semuanya...
Tu belum tengok Pa yang dah mcm tak tentu arah. Boring. Sbb dia bukan jenis stay put punya orang. Seriously, Mumi rasa burnt out sbb Mumi rasa tak productive dan otak rasa 'terkurung'. WFH buat Mumi rasa tak lengkap dan tak competent. Tak tau source dan rasa messy sana sini. Atau mungkin kelemahan Mumi sendiri yang tak mampu adapt dgn keadaan.
Mumi sampai dah boring masak, dah boring tengok Hurrem dalam Magnificent Century. Boring dah kemas rumah, boring itu boring ini. Apa nak jadi dgn Mumi ni...
Chaiyok Klang! Kita so-called PKPD! Another year to be passed just like that... |
Ampunkan Mumi, Ya Allah. Mumi banyak complaint...
InsyaAllah, Mumi akan ubah cara Mumi. Mumi pun sehari dua ni dah mula calm down dah. Cuma bila sesekali dengar sebutan PKP, PKPB, PKPD, vaksin segala ni, mula rasa macam nak... haish...
Mumi tau Mumi kena lebih bersyukur kerana there's so much & lots of thing yg boleh Mumi syukuri. Ya, yang terjadi, tak terjadi atau belum terjadi... semua dengan izin dan kehendak Allah. Kalau ada yg tak menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn benar, sendiri tanggung dan jawablah nanti. Grrrrr...
Ya Allah... tolonglah Mumi. Tolonglah kami semua Ya Allah... angkatlah COVID-19 ini. Selamatkanlah kami. Izinkanlah kami hamba-hambaMu ini untuk menjalani kehidupan kami seadanya kembali.
Supaya rumah-rumahMu tak lagi terbiar sunyi. Supaya perintah-laranganMu dan Sunnah Nabi kami dapat dilaksanakan kembali mengikut fitrahnya. Supaya anak-anak kami hidup kembali jiwa dan jasad mereka dapat bermain di luar dengan kawan-kawan mereka, menikmati fitrah usia mereka. Supaya kami dapat menjalani kehidupan melunaskan amanah dan tanggungjawab, kumpul bekal dunia dan akhirat, sesuai dengan keupayaan kami....
Honestly Mumi letih...
Mumi stress...
Tapi Mumi tahu Mumi perlu sentiasa bersyukur...
Dan Mumi tahu juga yg Mumi cuma mampu berdoa untuk kebaikan bersama.
Mumi cuma mampu membantu dalam kapasiti dan kemampuan Mumi apabila ditakdirkan dan diizinkan Allah...
Okay, dah berkumandang azan. Mumi solat Zuhur berjemaah sekeluarga la kita dulu sblm Mumi fikir samada nak sambung diary FRAN je atau masuk dapur masak utk lunch.
Maafkan Mumi ya FRAN, Mumi record luahan perasaan pula hari ni.
Stay safe semua...
Doa, usaha, tawakal dan harapan saja senjata kita.
I stay with you my Malaysia!
#pkpdselangor2021
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.