Thursday, July 14, 2011

Seandainya... from readers perspective (VI)

Malin
salam
juz finished baca ur book Seandainya.
Salah 1 novel yg saya baca dgn cepat dlm masa 2 hari,
sbb x sabar nak tahu ending dia, n i really2 love it :)
Maybe sbb saya pn keje dlm bidang construction jgk,
so boleh masuk dgn situasi dlm novel tu :)
Anyway, keep up d good work!
x sabar nk tgk ur 2nd book publish :)



Adam Faiqah

Adam wrote:
"tamat sudah membaca novel 'Seandainya..'..
hihii nak komen skit..
jln citer menarik rase xnak benti biler dah start bace
tapi boleh d katakan dlm 90% dialog yg dipersembahkan dlm bahasa omputih..
cam nana dan bg mrk yg paham oklah tp kak yati kena ingat
ni novel melayu maka majoriti yg akan membeli dan membac nya
adalah org melayu..
kena pulak yg membaca nya tu org yg xbape nak phm omputih ni
agak tertanggu pembacaannya sbb nak kena tanya @
buka kamus nak cari maksud ayat yg di utarakan..
cam nana selalu bg pinjam novel kat makcik nih..
dia suker gak membaca tp xpandai omputih hihiii
jenuh gak nana nak ulang citer dialog2 tu..
maksud nanaa disini bukan xboleh tp kurangkan skit
maybe dialog ngan bos dia dr korea tu boleh dlm bahasa omputih
sbb dia bukan local person tp dgn lelain tu bykan bahasa melayu..
tapi aper pun novel ni best..
(sori kalau terasa yerk..dahlah bg free komen pulak..
tp ambiklah ini teguran membina
sbb nana memang suker membace novel..) "

Friday, July 8, 2011

CIKGU! SOALAN NI SALAH...

Petang semalam di pejabat, e-banker BIMB down. So, mana payment yang saya dah lepaskan letak dulu in que sementara menanti sistem ok. In that meantime, saya pun kemaskanlah inbox email univerisiti sebab dah terlalu banyak sangat. Ada yang sampai tak terbaca. So kenalah delete yang mana unnecessary.  Sebab bila dah terlalu banyak macam tu, tak tahu pulak yang mana sudah diberi perhatian serta tindakan dan yang mana belum. Alih-alih ada juga orang yang marah saya nanti bila ter 'out-dated' arahan atau request.

Select sana sini, lantas terbacalah lagi satu email ini dari rakan sekerja (tapi tak kenal siapa hu hu).

Jom kita share! Cuba cari jawapannya ye...


Soalan 1 Matematik
Abu hendak beli bola tetapi dia tiada duit. Jadi dia pinjamlah duit RM 50 setiap seorang daripada Bakar dan  Omar.  Dengan duit RM 100 tersebut,
Abu pun belilah bola yang berharga RM 70. Nak dijadikan cerita,
Abu pulangkan balik RM 10 setiap seorang kepada Bakar dan Omar.
Kira bayar balik hutanglah. Tapi sikit aje. Lagi RM 10 tu Abu simpan.

Soalan:

Baki hutang sekarang adalah RM 80 (RM 40 + RM 40).
Tambah dengan RM 10 yang Abu simpan, baru RM 90.

Mana lagi RM 10 kerana total hutang adalah RM 100 ????

******************

Hmm... terasa rindu pula kan pada masa-masa belajar. I feel like missing friends, class room, teachers, lecturers, books, field, sports, the exam sickness... hmm...

Dulu-dulu lecturers kalau dalam exam hall serius semacam je. Nak minta izin pi tandas pun takut. Itu mungkin pada saya je kot. Tapi ada juga seorang dua lecturers yang baik. Selalunya saya ni jenis yang cepat habis jawab kertas peperiksaan. Ada dua keadaan yang menyebabkan saya selalu cepat habis jawab.

1) Sebab saya memang terror dan boleh jawab semua soalan. Dalam keadaan macam ni saya akan duduk tegak sambil tersengih-sengih. Selalunya after semak sekali, saya akan keluar exam hall dan terus balik bilik nak tidur! Hu hu...

2) Saya memang dah tahu nak buat apa sebab tak tahu nak jawab. Dah penat perah otak, tak dapat juga. It's either saya tak boleh ingat sebab study last minute ataupun memang tak tahu langsung sebab memang tak faham. Hih hih...
Kadang dalam situasi nombor 2 tu  saya akan duduk tegak lama  sikit sebab nak tunggu ilham datang. Dalam waktu-waktu melilau mata mencari ilham nak jawab paper tu, sering ternampak students yang angkat tangan sana-sini... mesti nak bagi tahu dengan cik dan puan dan tuan yang jaga exam tu mereka tak faham soalan. Tactic... seingat saya, saya tak pernah buat begitu. Kadang tak sedarpun soalan tu sebenarnya salah hu hu... sah memang tak well prepared.

I still remember the time I had a tough time answering a paper. Dah naik berpeluh sebab bila kira-kira balik markah yang bakal diperolehi dari jawapan yang dah dibuat tu still tak lepas. Aduhlah nak nangis dalam hati. Ada seorang lecturer lelaki ni agaknya matanya tembus tajam kot. Agaknya dia boleh baca situation from my face. Dua tiga kali dia lalu di barisan saya. And I noticed tiap kali itu juga dia pandang sekilas on my paper yang ada scratch words sana sini sebab tak tahu betul ke tidak untuk proceed.

Finally I looked up to his face and he smiled. Nodded sambil jarinya dilalukan sekilas ke atas sesuatu perkataan di atas kertas. Tapi saya blur juga... tak faham apalah mamat tu cuba nak sampaikan. Again dia datang dan anggukkan kepala sambil berkomunikasi melalui mata. Hai lah, ingat saya ni pandai sangat ke skill komunikasi macam tu.

Sampai sudah tak tahu apa yang lecturer tu cuba sampaikan...  hah hah...

Wednesday, July 6, 2011

UMMI, KENAPA SALJI TAK TURUN KAT DUNIA ABANG?

Semakin hari anak-anak semakin bertambah usia. Mereka akan jadi bertambah cerdik. Ada sahaja yang hinggap dalam kepala dan hati mereka. Ada sahaja yang akan menjentik perasaan dan naluri ingin tahu mereka. Babang dan Didik pun begitu. Didik okay lagi... dia cuma tiru apa mentor dia si Babang buat atau kata. Kadang-kadang dia yang jadi 'fire-stone' dan kasi hebat provokasi kat Papa dan Ummi dia.

Kalau Ummi dah bengang gila dengan Babang, siap keluar rotan bagai dan kata, "Okay, kalau tak mahu dengar cakap Ummi, Babang tak payah ikut pergi (mandi kolam ke, main taman ke, makan aiskrim ke)".


Nanti Didik akan mendekat dan kata,

"Aah, tak ayah awak abang. Atek aek kan Mi? Atek leh itot! Ammi otan abang!"
Amboi!?



Kalau diperhatikan, kebanyakan vocabulary Sofi datangnya dari siaran kartun, Especially yang Special Agent Oso tu lah. Ada ke patut tengah nak cepat, dia boleh buat slow ikat tali kasut ikut cara Special Agent Oso! Hangat hati betul...

Setiap kali tengok anak-anak, dalam hati terdetik, "Hmm... dah besar.. tak lama lagi akan timbullah banyak soalan-soalan dari mereka. Apa itu, apa ini, kenapa itu, kenapa ini. Sebab saya dulu pun begitu, dan abah tak pernah jemu melayan."  Rindunya pada abah dan ibu...

Pernah juga setiap kali bila hantar kakak-kakaknya balik ke rumah Mama mereka, saya berkata pada husband, "There will be a day yang abang akan heran kenapa kakak-kakak dia tak duduk sama..."

My husband said, "Cerita je lah yang sebenar..."

Then harinya memang telah tiba bila semalam Sofi ada masalah dengan games dia. Selalunya kakak dia yang tolong selesaikan, so semalam bila ada masalah games dan Papanya ada business appointment di luar sampai lewat malam dan Ummi dia sibuklah mengemas rumah yang dah macam Titanic karam tu, barulah dia terasa perlukan kakaknya.

"Abang nak kakaklah..."
"Kakak tak de, kakak kan sekolah..."
Sofi kerut kening.. ya lah dia pun bukan kecik sangat nak diperkotak dengan alasan begitu.
"Sekolah? Kenapa kakak sekolah lama sangat nak balik? Dah malam ni..."
"Abang sekolah tapi duduk kat rumah sebab abang kecik lagi. Kakak dah besar, dia sekolah asrama. Bila cuti je balik..."
"Bila nak amek kakak?"
Dan Papa dia bila balik, jawab, "Kakak tak balik minggu ni. Kakak sibuk, banyak kerja sekolah. Nanti bila kakak free kita ambil kakak okay?"
Dan Babang akhirnya kena setujulah juga.

Semalam dia tengok kartun apa ye.. then asked a question yang buat Ummi tergelak sampai saat ini. Bukan sebab soalan itu, tapi sebab susunan perkataan dalam ayat soalan itu yang berbunyi :

"Ummi, kenapa salji tak turun kat dunia abang?"

Kalau zaman saya dulu, memang salji tak pernah turun di dunia saya. Tapi di dunia anak-anak kita sekarang di Malaysia hampir kesemuanya ada. Siapa kata tak ada salji di Malaysia? Paling dekat tu kat I-City hu hu... tapi salji kat I-City bukanlah yang original semulajadi. Kita kan negara beriklim panas khatulistiwa, mana mungkin turunnya salji. Tapi kalau tiba-tiba Allah berkehendak begitu, tak tahulah. Mau rasanya semua orang (termasuk diri saya), taubat nasuha tak mahu buat dosa sebab ingat dah nak kiamat ye... hu hu...

Banyak lagilah soalan Babang Sofi sekarang ni. Bervariasi. Sampai tak terjangkau dek akal. Setiap sesuatu yang dia nampak dalam TV pasti dia akan tanya dan minta. Tapi sebagai ibu bapa kita sepatutnya sudah boleh menjangkakan itu semua. That's part of their learning process. Tapi kekadang aduhlah, pening dan penat nak melayan.

Belajarlah anakku... belajarlah tentang semua perkara yang kamu mahu dan perlu tahu. Ummi dan Papa akan bimbing sedaya upaya...

Papa dia kata, "Nanti, bila kakak cuti, Papa dan Ummi ada masa dan budget extra, Papa bawa abang tengok salji ye!"

Dan dia akan melompat girang, "Yey! Tengok salji! Abang nak buat patung salji!"

Hai lah, ni mesti tengok patung salji kat kartun TV... teringat kat cerita Yoo Jin dengan Jun Sang... hmm... rasa nak tengok balik cerita Winter Sonata tu... mana ye CD dia? Dulu masa mengandungkan Babang Sofi, saya memang suka sangat dengar lagu-lagu dari cerita Winter Sonata ni...


Nanti kalau ada peluang, Ummi bawa semua pi tengok salji kat
dream-land Ummi, Switzerland ye... 
entah bila... tak pun nanti Babang dan Didik dah besar, 
belanjalah Papa dan Ummi gi honeymoon kat sana hu hu... 
Ummi nak jadi Yoo Jin dan Papa nak jadi Jun Sang... 
eh tak nak lah... tragis je...


Related article:
10 Tempat Bersalji Yang Paling Indah di Dunia

Tuesday, July 5, 2011

TAKKAN HILANGKAH MELAYU DI DUNIA?

Today, saya menghadiri Leadership Symposium (sebab tu dapat habiskan Selamat Tinggal Sayang, sambil dengar wacana sambil membaca hu hu).

Actually apa yang disampaikan oleh VC dan Pendaftar tu sama je isi kandungannya dengan conference yang saya dah hadiri sebelum ini. Cuma disampaikan dengan style sedikit berbeza. Eloklah juga, kan Tun Mahathir kata Melayu ni mudah lupa hu hu, sama seperti komen Papa Nasir juga, sebab tu kena diceramahkan selalu. Itupun masih juga telinga-telinga yang mendengar ni tebal dan tuli, termasuklah saya sendiri hu hu.

Sewaktu saya belajar di UiTM untuk Master saya dulu, saya memang sangat looked up to this institution. Sebab itu di samping cita-cita hendak joint this institution as a secured job, saya sebenarnya punya semangat patriotic juga. Saya nak menyumbang bakti untuk anak bangsa sebab UiTM kan satu-satunya yang secured education for bumiputera, especially for Malays. 

Pengasas UiTM iaitu Tan Sri Arshad Ayub dulu merupakan bos kepada abah saya. Dulu abah pernah hendak jumpa beliau so that I can enrolled into UiTM selepas saya habis SPM, tetapi saya tak mahu sebab saya percaya saya mampu pergi ke mana-mana university dengan keputusan SPM saya. Then selepas habis belajar pun abah kata hendak minta recommendation Tan Sri supaya saya dapat bekerja di UiTM, tapi saya tak mahu jugak. Saya ni sebenarnya memang segan dan malasa amat-amat kalau bab-bab nak jumpa-jumpa orang meminta-minta ni. Lagi pula masa tu saya sedang seronok menimba ilmu dan pengalaman dengan kerja pertama saya. Nak direkomen ke MRCB pun tak nak masa tu. Memang menolak tuah orang kata? Tak pe, tak menyesal pun...

Tapi itulah yang dikatakan, kalau jodoh tak ke mana. Akhirnya saya di sini juga sampai abah saya bernafas lega dan berkata, “Dapat juga Along kerja di UiTM. Nanti bawaklah abah... abah nak tengok tempat kerja Along, tengok bangunan pun cukuplah...”

Saya percaya kebanyakan warga Malaysia tahu apa itu UiTM dan apakah misi tulen university ini. Dari sekecil-kecil institusi kemahiran ia menjadi sebuah university yang tersohor. Sudahpun menjangkau usias 55 tahun penubuhannya, kini semakin rancak menggapai aspirasinya di bawah teraju VC Dato' Prof Ir Sahol Hamid, UiTM place itself into the world map dengan beberapa siri menandatangani penglibatan dan usaha sama dengan university-universiti terkemuka luar negara – Harvard, Oxford, East London etc.

Saya tidak berpeluang berkhidmat di bawah VC UiTM selain Dato' Prof Ir Sahol. Few months here dengan pengetahuan tentang mimpi dan aspirasi beliau untuk melihat UiTM menjadi universiti tersohor dan global dengan pembelaan terhadap masa depan pendidikan dan pembangunan modal insan dan minda bumiputera kelas pertama sedikit sebanyak menjentik kembali patriotism saya yang sebenarnya sudah terlupakan.

Ya, telah dihikayatkan bahawa Hang Tuah pernah berkata ‘Tidakkan Melayu hilang di dunia’. Tapi Tun Mahathir sudah buat saya berkerut cuak bila beliau menyebut ‘Melayu Mudah Lupa’. MML bukan MLM ya. Tapi kalau MLM, Melayu Lupa Melayu pun memang ada banyak juga rasaya... Ayoyo!

Saya tidak mahu menyentuh tentang individu dan golongan lain. Saya hanya ingin berkata dari sudut hati dan pandangan saya. Sebagai seorang Melayu myself, saya hidup di bumi Malaysia, belajar sampai peringkat Master dan dapat kerja yang sudah di tahap selesa kini, saya hanya ada satu aim, nak bina kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga dan memastikan anak-anak saya terpelihara dan mendapat segala yang terbaik dalam hidup mereka.

Betullah... kerana fokus kepada komitment begitulah membuatkan saya terlupa bahawa sebagai seorang Melayu, saya sebenarnya harus memperuntukkan masa untuk berfikir sedikit luas. Paling tidakpun bila saya memandang anak-anak, saya harus bertanya beberapa soalan kepada diri sendiri:

1) Akan terbelakah nasib, keistimewaan dan pendidikan anak-anakku nanti?
2) Bagaimana nasib anak dan cucuku sebagai seorang Melayu di tanah air ini nanti?
3) Mampukah Kerajaan terus melindungi anak-anakku sebagai Melayu 
yang merupakan tuan tanah negara ini nanti?

Justeru itu bila VC membangkitkan tentang misi dan visi serta objektif penubuhan UiTM sejajar dengan mimpi dan aspirasi beliau untuk mengubah destini anak bangsa, ia menjadi sentimen yang kritikal pada saya. At least untuk beberapa detik ini. Especially tiap kali mendengar berkumandangnya lagu Wawaan Setia Warga UiTM, meremang bulu roma.

Kalau melihat kepada cara hidup dan budaya orang Melayu sekarang ini, tak kiralah dari golongan dan lapisan mana (termasuklah diri saya sendiri), wajarkah kita mendefinasikan diri kita Melayu yang punya jati diri? Tepuk dada tanya seleralah... saya rasa saya ada beberapa senarai jawapan untuk pilihan objektif pelbagai.

VC kata untuk menjadi bangsa yang maju, kita harus sayangkan bangsa kita sendiri. Just what is happening to our ‘bangsa’ kini. Pergolakan apa yang melanda ‘bangsa’ kita kini? Saya tak suka sangat nak cakap atau membangkit isu begini kerana saya hanya insan kerdil yang tidak akan punya kudrat untuk berbuat sesuatu as to remedy few matters.

Bolehkah saya katakan bahawa bangsa saya kini kelihatannya telah berbahagi-bahagi, seolah retak menunggu belah. Kalau terbelah, rasa-rasanya akan adakah benefit untuk bangsa kita? Akan adakah yang bersimpati dan membantu? Rasanya lebih ramai yang akan tersenyum lebar walaupun belum berani secara terang-terangan bertepuk tangan kerana menunggu masa terbaik untuk menggantikan tuan...

Memanglah sekarang ini takkan Melayu hilang di dunia. Rasanya di kebanyakan ceruk, ada je orang Melayu. Samada migrate, bekerja, belajar atau melancong. Betul ke? Kat Israel ada tak? Tapi apakah masih ada kedaulatan orang Melayu itu sendiri especially di tanah airnya sendiri pada one final day nanti.

Pernahkah kita terfikir bahawa statement yang pernah diperdengarkan bahawa Melayu merempat di tanahnya sendiri bakal menjadi lagenda akhir zaman? Kita mungkin dah tak ada masa tu tetapi bagaimana dengan waris keturunan dan generasi kita nanti?

Walaupun wacana penceramah sedikit sebanyak menyentuh kepada teguran ‘jangan menyertai perhimpunan haram 9 Julai nanti’, masih juga saya boleh berfikir secara rasional. Di negara jiran yang paling dekat di hujung selatan kita, sekecil-kecil pulaunya ada 3.94 juta rakyat cha ya nun alif. Hanya 620,000 sahaja Melayu. Tak pelah, memang negara diorang pun kan... kalau tak diorang takkan minta untuk berpisah dulu.

Tapi yang buat sebelah kening terangkat dan hati bergetar bila di sebuah pulau tanah air sendiri yang banyak ‘mutiara’ pun sudah semakin menghampiri scenario yang serupa. Kalau dahulu 90% rakyat pulau tersebut adalah bangsa kita, tetapi kini dari 750,000 penduduk keseluruhannya hanya 249,000 sahaja Melayu, not even half kan... So, agaknya ia merupakan satu langkah yang baik bila UiTM buka kampus di sana, At least ia dapat menyumbang kepada pewujudan populasi dan scenario baru untuk kita berusaha mempertahankan apa yang harus kita cuba pertahankan.

Apa yang saya cakap ya? Entah apa-apalah... kalau kita faham, Alhamdulillah. Kalau tidak, terpulanglah... saya bukan orang politik mahupun motivator. Saya hanya berpolitik dan memotivasikan diri sendiri waktu kesedaran itu datang dalam ulung-ulung detik. Sebelum ia kembali terlupakan, saya coretkan di sini, supaya suatu hari nanti saya sendiri tahu saya telah cuba mempertahankan apa yang patut dipertahankan walaupun dalam perkongsian bahasa yang berkias.

Saya quote statement VC:

“Malay should not be complacence 
with that they ever had before. 
It is best to look at the past and learn from the tough history 
so that we would be able to preview and predict what would it happen to us Malay in future.’
(lebih kuranglah seperti yang dia sebut dan seperti apa yang boleh saya simpulkan...)

So, untuk statement TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, kena buat deep revision dululah nampaknya. At least, UiTM dan penerajunya masih berfikir dan beriktiar untuk masa depan, kepentingan dan keistimewaan anak-anak bangsa. The best is, Dato' pernah melalui sebuah kehidupan yang dia jadikan sandaran kesedaran untuk membantu anak bangsanya.

Kalau kita sendiri tidak berusaha mempertahankannya kerana selalu lupa, tidak mustahil Melayu nanti hanya jadi sebuah lagenda. So, everyone of us ada tanggungjawab dan peranan walau sekecil-kecilnya kerana ia bila bergabung menjadi benteng pertahanan yang perkasa. Kerana UiTM bukankah pemerkasa pendidikan anak bangsa!

Tak mahulah bila kita sampai ke suatu detik itu bila cucu cicit piut kita akan kata, “Yeah, I think my grannies were Malay?” dengan muka tak pastinya.

Tertransformasi? Pupus? Hilang ditelan zaman...

Tidak tergamak rasanya bila 7 Wasiat Raja-Raja Melayu kita hanya dibaca di dalam muzium sahaja suatu hari nanti...

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Hai lah...
******************************


Lagu : WAWASAN SETIA WARGA UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita…jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita…jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita…berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

MLC : SELAMAT TINGGAL SAYANG...

After 2 days, Alhamdulillah I finally completed my reading on Selamat Tinggal Sayang written by Ma Lee Chuswan. Ini buku terbaharu MLC rasanya, apart of Gelora yang diterbitkan semula di bawah penerbit baru iaitu Kaki Novel. Buku Contengan Jalanan (Hlovate) terpaksa letak tepi dulu, so hard to push gear lah...


Actually dah lama dengar tentang MLC, cuma baru berkesempatan baca buku beliau. As Selamat Tinggal Sayang merupakan buku pertama MLC yang saya baca, I believe I do agree with some statement yang mengkagumi penulisan MLC. Rasanya pernah terbaca tentang statement yang mengatakan beliau merupakan penulis bukan Melayu, but admireably, boleh menulis dalam bahasa yang cantik.

Jujurnya saya segan banget membaca STS ini sebab ada banyak adegan 18sx. Sampai saya terpaksa acap kali tutup buku seketika so that I can get back my natural mood. Hih, macamlah tak biasa... tapi kalau yang membacanya belum berkahwin, mungkin excitement and the passion may be more lah kot. Orang yang dah kahwin macam saya pun still blush... (wonder how daring Gelora is...)

Bila melihat tajuknya, typical mind akan menjurus kepada satu jenis ending. Tapi saya berfikir semula, kalau it is so tidak ada apa yang uniklah kot tentang buku ini. Gatal je tangan nak buka last page (which jarang saya buat, tetapi for certain books yang tajuknya buat saya cuak, kadang2 terbuka juga last page tu. So kalau ia memang typical ending, susah nak habis baca and vice versa). Tapi saya positifkan diri. Ma Lee Chuswan adalah satu nama yang agak gah dalam dunia penulisan, let’s see how true it is. With that saya teruskan membaca walaupun dalam hati dah tak sabar-sabar nak tahu apa endingnya.

Seawal halaman bacaan dahi dah berkerut sejuta kerana merasa pelik teramat dengan penceritaan yang begitu cepat dan drastic. Kalau pada perhitungan saya, sepertinya ada awal-awal chapters yang telah dibuang dari novel ini. Mungkin juga tidak. Ya, mungkin ia cara MLC yang membuatkan beliau unik dan tersendiri.

However MLC’s words and sentence’s arrangement buat saya teruja untuk terus membaca patah demi patah perkataan. It’s very good for my knowledge so that I can sharpen my writing skill as well. Selalunya saya speed reading je bila dalam satu lembar tu dah dapat tangkap key word yang boleh menceritakan keseluruhan lembar atau chapter. Unless kalau sesuatu cerita itu menuntut perhatian yang lebih macam buku Nass Alina Noah atau Anita Aruszi atau Ramli Awang Mursyid yang pusing sana sini.

Juga tidak seperti kebanyakan buku lain yang telah saya baca, STS berjaya juga menipu saya. Mulanya saya agak prejudis terhadap MLC kerana beliau buat adegan 18sx sepertinya tidak menghormati budaya dan agama. Tetapi rupa-rupanya... RAN tertipu... suka sangat! Atau saya jadi prejudis dan tidak mampu menangkap muslihat hanya kerana saya tahu penulisnya memang bukan Melayu kot... (ya ke non-Malay dia ni?)

Bila dah habis baca dan difikir-fikir semula, no wonderlah action over acting semacam...

Buku ini setebal 437 halaman dengan 38 chapters yang tidak panjang. Sangat senang nak faham walaupun ada unsur suspens dan rahsia yang dihurai dengan begitu mudah dalam perenggan-perenggan MLC.

Saya pun mula terfikir, kalau buku ini ditulis dengan style Nass Alina Noah tentu ia akan jadi setebal Selamat Pengantin Baru Isteriku atau 7 Hari Mencintaiku. Masa tu rasanya mungkin akan lebih puas membaca Selamat Tinggal Sayang.

Sejujurnya sebagai pembaca, perasaan saya membaca STS sama seperti membaca 7 Lautan Ku Cari Cinta tulisan Nass Alina Noah. Damn good and strong story tapi tak puas... It can be elaborated longer and in depth. Tapi memang ramai yang tak suka cerita disampaikan meleret kan... so, okaylah kot this style for most readers.

Selamat Tinggal Sayang pada saya satu cerita yang realistic, bukan sekadar cerita fairy tales. Biarlah heronya kaya dan playboy pun, biarlah heroinnya seksi dan hot tahap melampaupun, it indeed exist. Dan yang paling mengharukan bila MLC actually is hiding the good part of the hero and heroin dalam perwatakan klise mereka. 

Hailah, macam tak puas membaca pergolakan dan konflik perasaan Dee @ Puteri dengan Hakim. Yang segannya naratif 18sx diorang tu pulak yang macam real. Okay, lepas ni boleh cari lagi buku-buku MLC yang lain, especially Gelora yang khabarnya pernah kena banned dulu ya... Hmm... tunggu ada duit sikit kay.

La ni dah sibuk gila kat office. Padan muka! Bila tak de kerja saya bising sebab boring, la ni bila dah tak bernafas pun nak komplen. Ya la, ingatkan dapat department yang pada-pada je busynya, tapi agaknya memang hidup saya ni dah ditakdirkan selalu kerja di tempat yang busy kot... Sampai tak sempat hendak sambung manuskrip sekarang ni. Nak update blog pun berperang dengan mata yang berat.

Hai, macam mana nak terbit buku setahun satu ni... 2011 dah terbit. 2012, 2013, 2014, 2015 dan bla bla bla? Wa wa wa!

Best phrase from Selamat Tinggal Sayang : 
"Benarkah dalam soal hati, perempuan tidak pernah dewasa?"

Jawapan saya sendiri, MEMANG SELALUNYA BENAR. Sebab sampai sekarang kalau bersangkut dengan hati dan emosi, saya tetap budak kecik yang tak dewasa...

PAGEVIEWS