Wednesday, July 6, 2011

UMMI, KENAPA SALJI TAK TURUN KAT DUNIA ABANG?

Semakin hari anak-anak semakin bertambah usia. Mereka akan jadi bertambah cerdik. Ada sahaja yang hinggap dalam kepala dan hati mereka. Ada sahaja yang akan menjentik perasaan dan naluri ingin tahu mereka. Babang dan Didik pun begitu. Didik okay lagi... dia cuma tiru apa mentor dia si Babang buat atau kata. Kadang-kadang dia yang jadi 'fire-stone' dan kasi hebat provokasi kat Papa dan Ummi dia.

Kalau Ummi dah bengang gila dengan Babang, siap keluar rotan bagai dan kata, "Okay, kalau tak mahu dengar cakap Ummi, Babang tak payah ikut pergi (mandi kolam ke, main taman ke, makan aiskrim ke)".


Nanti Didik akan mendekat dan kata,

"Aah, tak ayah awak abang. Atek aek kan Mi? Atek leh itot! Ammi otan abang!"
Amboi!?



Kalau diperhatikan, kebanyakan vocabulary Sofi datangnya dari siaran kartun, Especially yang Special Agent Oso tu lah. Ada ke patut tengah nak cepat, dia boleh buat slow ikat tali kasut ikut cara Special Agent Oso! Hangat hati betul...

Setiap kali tengok anak-anak, dalam hati terdetik, "Hmm... dah besar.. tak lama lagi akan timbullah banyak soalan-soalan dari mereka. Apa itu, apa ini, kenapa itu, kenapa ini. Sebab saya dulu pun begitu, dan abah tak pernah jemu melayan."  Rindunya pada abah dan ibu...

Pernah juga setiap kali bila hantar kakak-kakaknya balik ke rumah Mama mereka, saya berkata pada husband, "There will be a day yang abang akan heran kenapa kakak-kakak dia tak duduk sama..."

My husband said, "Cerita je lah yang sebenar..."

Then harinya memang telah tiba bila semalam Sofi ada masalah dengan games dia. Selalunya kakak dia yang tolong selesaikan, so semalam bila ada masalah games dan Papanya ada business appointment di luar sampai lewat malam dan Ummi dia sibuklah mengemas rumah yang dah macam Titanic karam tu, barulah dia terasa perlukan kakaknya.

"Abang nak kakaklah..."
"Kakak tak de, kakak kan sekolah..."
Sofi kerut kening.. ya lah dia pun bukan kecik sangat nak diperkotak dengan alasan begitu.
"Sekolah? Kenapa kakak sekolah lama sangat nak balik? Dah malam ni..."
"Abang sekolah tapi duduk kat rumah sebab abang kecik lagi. Kakak dah besar, dia sekolah asrama. Bila cuti je balik..."
"Bila nak amek kakak?"
Dan Papa dia bila balik, jawab, "Kakak tak balik minggu ni. Kakak sibuk, banyak kerja sekolah. Nanti bila kakak free kita ambil kakak okay?"
Dan Babang akhirnya kena setujulah juga.

Semalam dia tengok kartun apa ye.. then asked a question yang buat Ummi tergelak sampai saat ini. Bukan sebab soalan itu, tapi sebab susunan perkataan dalam ayat soalan itu yang berbunyi :

"Ummi, kenapa salji tak turun kat dunia abang?"

Kalau zaman saya dulu, memang salji tak pernah turun di dunia saya. Tapi di dunia anak-anak kita sekarang di Malaysia hampir kesemuanya ada. Siapa kata tak ada salji di Malaysia? Paling dekat tu kat I-City hu hu... tapi salji kat I-City bukanlah yang original semulajadi. Kita kan negara beriklim panas khatulistiwa, mana mungkin turunnya salji. Tapi kalau tiba-tiba Allah berkehendak begitu, tak tahulah. Mau rasanya semua orang (termasuk diri saya), taubat nasuha tak mahu buat dosa sebab ingat dah nak kiamat ye... hu hu...

Banyak lagilah soalan Babang Sofi sekarang ni. Bervariasi. Sampai tak terjangkau dek akal. Setiap sesuatu yang dia nampak dalam TV pasti dia akan tanya dan minta. Tapi sebagai ibu bapa kita sepatutnya sudah boleh menjangkakan itu semua. That's part of their learning process. Tapi kekadang aduhlah, pening dan penat nak melayan.

Belajarlah anakku... belajarlah tentang semua perkara yang kamu mahu dan perlu tahu. Ummi dan Papa akan bimbing sedaya upaya...

Papa dia kata, "Nanti, bila kakak cuti, Papa dan Ummi ada masa dan budget extra, Papa bawa abang tengok salji ye!"

Dan dia akan melompat girang, "Yey! Tengok salji! Abang nak buat patung salji!"

Hai lah, ni mesti tengok patung salji kat kartun TV... teringat kat cerita Yoo Jin dengan Jun Sang... hmm... rasa nak tengok balik cerita Winter Sonata tu... mana ye CD dia? Dulu masa mengandungkan Babang Sofi, saya memang suka sangat dengar lagu-lagu dari cerita Winter Sonata ni...


Nanti kalau ada peluang, Ummi bawa semua pi tengok salji kat
dream-land Ummi, Switzerland ye... 
entah bila... tak pun nanti Babang dan Didik dah besar, 
belanjalah Papa dan Ummi gi honeymoon kat sana hu hu... 
Ummi nak jadi Yoo Jin dan Papa nak jadi Jun Sang... 
eh tak nak lah... tragis je...


Related article:
10 Tempat Bersalji Yang Paling Indah di Dunia

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS