Today, saya menghadiri Leadership Symposium (sebab tu dapat habiskan Selamat Tinggal Sayang, sambil dengar wacana sambil membaca hu hu).
Actually apa yang disampaikan oleh VC dan Pendaftar tu sama je isi kandungannya dengan conference yang saya dah hadiri sebelum ini. Cuma disampaikan dengan style sedikit berbeza. Eloklah juga, kan Tun Mahathir kata Melayu ni mudah lupa hu hu, sama seperti komen Papa Nasir juga, sebab tu kena diceramahkan selalu. Itupun masih juga telinga-telinga yang mendengar ni tebal dan tuli, termasuklah saya sendiri hu hu.
Sewaktu saya belajar di UiTM untuk Master saya dulu, saya memang sangat looked up to this institution. Sebab itu di samping cita-cita hendak joint this institution as a secured job, saya sebenarnya punya semangat patriotic juga. Saya nak menyumbang bakti untuk anak bangsa sebab UiTM kan satu-satunya yang secured education for bumiputera, especially for Malays.
Pengasas UiTM iaitu Tan Sri Arshad Ayub dulu merupakan bos kepada abah saya. Dulu abah pernah hendak jumpa beliau so that I can enrolled into UiTM selepas saya habis SPM, tetapi saya tak mahu sebab saya percaya saya mampu pergi ke mana-mana university dengan keputusan SPM saya. Then selepas habis belajar pun abah kata hendak minta recommendation Tan Sri supaya saya dapat bekerja di UiTM, tapi saya tak mahu jugak. Saya ni sebenarnya memang segan dan malasa amat-amat kalau bab-bab nak jumpa-jumpa orang meminta-minta ni. Lagi pula masa tu saya sedang seronok menimba ilmu dan pengalaman dengan kerja pertama saya. Nak direkomen ke MRCB pun tak nak masa tu. Memang menolak tuah orang kata? Tak pe, tak menyesal pun...
Tapi itulah yang dikatakan, kalau jodoh tak ke mana. Akhirnya saya di sini juga sampai abah saya bernafas lega dan berkata, “Dapat juga Along kerja di UiTM. Nanti bawaklah abah... abah nak tengok tempat kerja Along, tengok bangunan pun cukuplah...”
Saya percaya kebanyakan warga Malaysia tahu apa itu UiTM dan apakah misi tulen university ini. Dari sekecil-kecil institusi kemahiran ia menjadi sebuah university yang tersohor. Sudahpun menjangkau usias 55 tahun penubuhannya, kini semakin rancak menggapai aspirasinya di bawah teraju VC Dato' Prof Ir Sahol Hamid, UiTM place itself into the world map dengan beberapa siri menandatangani penglibatan dan usaha sama dengan university-universiti terkemuka luar negara – Harvard, Oxford, East London etc.
Saya tidak berpeluang berkhidmat di bawah VC UiTM selain Dato' Prof Ir Sahol. Few months here dengan pengetahuan tentang mimpi dan aspirasi beliau untuk melihat UiTM menjadi universiti tersohor dan global dengan pembelaan terhadap masa depan pendidikan dan pembangunan modal insan dan minda bumiputera kelas pertama sedikit sebanyak menjentik kembali patriotism saya yang sebenarnya sudah terlupakan.
Ya, telah dihikayatkan bahawa Hang Tuah pernah berkata ‘Tidakkan Melayu hilang di dunia’. Tapi Tun Mahathir sudah buat saya berkerut cuak bila beliau menyebut ‘Melayu Mudah Lupa’. MML bukan MLM ya. Tapi kalau MLM, Melayu Lupa Melayu pun memang ada banyak juga rasaya... Ayoyo!
Saya tidak mahu menyentuh tentang individu dan golongan lain. Saya hanya ingin berkata dari sudut hati dan pandangan saya. Sebagai seorang Melayu myself, saya hidup di bumi Malaysia, belajar sampai peringkat Master dan dapat kerja yang sudah di tahap selesa kini, saya hanya ada satu aim, nak bina kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga dan memastikan anak-anak saya terpelihara dan mendapat segala yang terbaik dalam hidup mereka.
Betullah... kerana fokus kepada komitment begitulah membuatkan saya terlupa bahawa sebagai seorang Melayu, saya sebenarnya harus memperuntukkan masa untuk berfikir sedikit luas. Paling tidakpun bila saya memandang anak-anak, saya harus bertanya beberapa soalan kepada diri sendiri:
1) Akan terbelakah nasib, keistimewaan dan pendidikan anak-anakku nanti?
2) Bagaimana nasib anak dan cucuku sebagai seorang Melayu di tanah air ini nanti?
3) Mampukah Kerajaan terus melindungi anak-anakku sebagai Melayu
yang merupakan tuan tanah negara ini nanti?
Justeru itu bila VC membangkitkan tentang misi dan visi serta objektif penubuhan UiTM sejajar dengan mimpi dan aspirasi beliau untuk mengubah destini anak bangsa, ia menjadi sentimen yang kritikal pada saya. At least untuk beberapa detik ini. Especially tiap kali mendengar berkumandangnya lagu Wawaan Setia Warga UiTM, meremang bulu roma.
Kalau melihat kepada cara hidup dan budaya orang Melayu sekarang ini, tak kiralah dari golongan dan lapisan mana (termasuklah diri saya sendiri), wajarkah kita mendefinasikan diri kita Melayu yang punya jati diri? Tepuk dada tanya seleralah... saya rasa saya ada beberapa senarai jawapan untuk pilihan objektif pelbagai.
VC kata untuk menjadi bangsa yang maju, kita harus sayangkan bangsa kita sendiri. Just what is happening to our ‘bangsa’ kini. Pergolakan apa yang melanda ‘bangsa’ kita kini? Saya tak suka sangat nak cakap atau membangkit isu begini kerana saya hanya insan kerdil yang tidak akan punya kudrat untuk berbuat sesuatu as to remedy few matters.
Bolehkah saya katakan bahawa bangsa saya kini kelihatannya telah berbahagi-bahagi, seolah retak menunggu belah. Kalau terbelah, rasa-rasanya akan adakah benefit untuk bangsa kita? Akan adakah yang bersimpati dan membantu? Rasanya lebih ramai yang akan tersenyum lebar walaupun belum berani secara terang-terangan bertepuk tangan kerana menunggu masa terbaik untuk menggantikan tuan...
Memanglah sekarang ini takkan Melayu hilang di dunia. Rasanya di kebanyakan ceruk, ada je orang Melayu. Samada migrate, bekerja, belajar atau melancong. Betul ke? Kat Israel ada tak? Tapi apakah masih ada kedaulatan orang Melayu itu sendiri especially di tanah airnya sendiri pada one final day nanti.
Pernahkah kita terfikir bahawa statement yang pernah diperdengarkan bahawa Melayu merempat di tanahnya sendiri bakal menjadi lagenda akhir zaman? Kita mungkin dah tak ada masa tu tetapi bagaimana dengan waris keturunan dan generasi kita nanti?
Walaupun wacana penceramah sedikit sebanyak menyentuh kepada teguran ‘jangan menyertai perhimpunan haram 9 Julai nanti’, masih juga saya boleh berfikir secara rasional. Di negara jiran yang paling dekat di hujung selatan kita, sekecil-kecil pulaunya ada 3.94 juta rakyat cha ya nun alif. Hanya 620,000 sahaja Melayu. Tak pelah, memang negara diorang pun kan... kalau tak diorang takkan minta untuk berpisah dulu.
Tapi yang buat sebelah kening terangkat dan hati bergetar bila di sebuah pulau tanah air sendiri yang banyak ‘mutiara’ pun sudah semakin menghampiri scenario yang serupa. Kalau dahulu 90% rakyat pulau tersebut adalah bangsa kita, tetapi kini dari 750,000 penduduk keseluruhannya hanya 249,000 sahaja Melayu, not even half kan... So, agaknya ia merupakan satu langkah yang baik bila UiTM buka kampus di sana, At least ia dapat menyumbang kepada pewujudan populasi dan scenario baru untuk kita berusaha mempertahankan apa yang harus kita cuba pertahankan.
Apa yang saya cakap ya? Entah apa-apalah... kalau kita faham, Alhamdulillah. Kalau tidak, terpulanglah... saya bukan orang politik mahupun motivator. Saya hanya berpolitik dan memotivasikan diri sendiri waktu kesedaran itu datang dalam ulung-ulung detik. Sebelum ia kembali terlupakan, saya coretkan di sini, supaya suatu hari nanti saya sendiri tahu saya telah cuba mempertahankan apa yang patut dipertahankan walaupun dalam perkongsian bahasa yang berkias.
Saya quote statement VC:
“Malay should not be complacence
with that they ever had before.
with that they ever had before.
It is best to look at the past and learn from the tough history
so that we would be able to preview and predict what would it happen to us Malay in future.’
(lebih kuranglah seperti yang dia sebut dan seperti apa yang boleh saya simpulkan...)
So, untuk statement TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, kena buat deep revision dululah nampaknya. At least, UiTM dan penerajunya masih berfikir dan beriktiar untuk masa depan, kepentingan dan keistimewaan anak-anak bangsa. The best is, Dato' pernah melalui sebuah kehidupan yang dia jadikan sandaran kesedaran untuk membantu anak bangsanya.
Kalau kita sendiri tidak berusaha mempertahankannya kerana selalu lupa, tidak mustahil Melayu nanti hanya jadi sebuah lagenda. So, everyone of us ada tanggungjawab dan peranan walau sekecil-kecilnya kerana ia bila bergabung menjadi benteng pertahanan yang perkasa. Kerana UiTM bukankah pemerkasa pendidikan anak bangsa!
Kalau kita sendiri tidak berusaha mempertahankannya kerana selalu lupa, tidak mustahil Melayu nanti hanya jadi sebuah lagenda. So, everyone of us ada tanggungjawab dan peranan walau sekecil-kecilnya kerana ia bila bergabung menjadi benteng pertahanan yang perkasa. Kerana UiTM bukankah pemerkasa pendidikan anak bangsa!
Tak mahulah bila kita sampai ke suatu detik itu bila cucu cicit piut kita akan kata, “Yeah, I think my grannies were Malay?” dengan muka tak pastinya.
Tertransformasi? Pupus? Hilang ditelan zaman...
Tidak tergamak rasanya bila 7 Wasiat Raja-Raja Melayu kita hanya dibaca di dalam muzium sahaja suatu hari nanti...
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Hai lah...
******************************
Lagu : WAWASAN SETIA WARGA UiTM
Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita…jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita…jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita…berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya
Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk Negaraku.
Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin
wah..kenangan
ReplyDeleteUiTM dihatiku..