After 2 days, Alhamdulillah I finally completed my reading on Selamat Tinggal Sayang written by Ma Lee Chuswan. Ini buku terbaharu MLC rasanya, apart of Gelora yang diterbitkan semula di bawah penerbit baru iaitu Kaki Novel. Buku Contengan Jalanan (Hlovate) terpaksa letak tepi dulu, so hard to push gear lah...
Actually dah lama dengar tentang MLC, cuma baru berkesempatan baca buku beliau. As Selamat Tinggal Sayang merupakan buku pertama MLC yang saya baca, I believe I do agree with some statement yang mengkagumi penulisan MLC. Rasanya pernah terbaca tentang statement yang mengatakan beliau merupakan penulis bukan Melayu, but admireably, boleh menulis dalam bahasa yang cantik.
Jujurnya saya segan banget membaca STS ini sebab ada banyak adegan 18sx. Sampai saya terpaksa acap kali tutup buku seketika so that I can get back my natural mood. Hih, macamlah tak biasa... tapi kalau yang membacanya belum berkahwin, mungkin excitement and the passion may be more lah kot. Orang yang dah kahwin macam saya pun still blush... (wonder how daring Gelora is...)
Bila melihat tajuknya, typical mind akan menjurus kepada satu jenis ending. Tapi saya berfikir semula, kalau it is so tidak ada apa yang uniklah kot tentang buku ini. Gatal je tangan nak buka last page (which jarang saya buat, tetapi for certain books yang tajuknya buat saya cuak, kadang2 terbuka juga last page tu. So kalau ia memang typical ending, susah nak habis baca and vice versa). Tapi saya positifkan diri. Ma Lee Chuswan adalah satu nama yang agak gah dalam dunia penulisan, let’s see how true it is. With that saya teruskan membaca walaupun dalam hati dah tak sabar-sabar nak tahu apa endingnya.
Seawal halaman bacaan dahi dah berkerut sejuta kerana merasa pelik teramat dengan penceritaan yang begitu cepat dan drastic. Kalau pada perhitungan saya, sepertinya ada awal-awal chapters yang telah dibuang dari novel ini. Mungkin juga tidak. Ya, mungkin ia cara MLC yang membuatkan beliau unik dan tersendiri.
However MLC’s words and sentence’s arrangement buat saya teruja untuk terus membaca patah demi patah perkataan. It’s very good for my knowledge so that I can sharpen my writing skill as well. Selalunya saya speed reading je bila dalam satu lembar tu dah dapat tangkap key word yang boleh menceritakan keseluruhan lembar atau chapter. Unless kalau sesuatu cerita itu menuntut perhatian yang lebih macam buku Nass Alina Noah atau Anita Aruszi atau Ramli Awang Mursyid yang pusing sana sini.
Juga tidak seperti kebanyakan buku lain yang telah saya baca, STS berjaya juga menipu saya. Mulanya saya agak prejudis terhadap MLC kerana beliau buat adegan 18sx sepertinya tidak menghormati budaya dan agama. Tetapi rupa-rupanya... RAN tertipu... suka sangat! Atau saya jadi prejudis dan tidak mampu menangkap muslihat hanya kerana saya tahu penulisnya memang bukan Melayu kot... (ya ke non-Malay dia ni?)
Bila dah habis baca dan difikir-fikir semula, no wonderlah action over acting semacam...
Buku ini setebal 437 halaman dengan 38 chapters yang tidak panjang. Sangat senang nak faham walaupun ada unsur suspens dan rahsia yang dihurai dengan begitu mudah dalam perenggan-perenggan MLC.
Saya pun mula terfikir, kalau buku ini ditulis dengan style Nass Alina Noah tentu ia akan jadi setebal Selamat Pengantin Baru Isteriku atau 7 Hari Mencintaiku. Masa tu rasanya mungkin akan lebih puas membaca Selamat Tinggal Sayang.
Sejujurnya sebagai pembaca, perasaan saya membaca STS sama seperti membaca 7 Lautan Ku Cari Cinta tulisan Nass Alina Noah. Damn good and strong story tapi tak puas... It can be elaborated longer and in depth. Tapi memang ramai yang tak suka cerita disampaikan meleret kan... so, okaylah kot this style for most readers.
Selamat Tinggal Sayang pada saya satu cerita yang realistic, bukan sekadar cerita fairy tales. Biarlah heronya kaya dan playboy pun, biarlah heroinnya seksi dan hot tahap melampaupun, it indeed exist. Dan yang paling mengharukan bila MLC actually is hiding the good part of the hero and heroin dalam perwatakan klise mereka.
Hailah, macam tak puas membaca pergolakan dan konflik perasaan Dee @ Puteri dengan Hakim. Yang segannya naratif 18sx diorang tu pulak yang macam real. Okay, lepas ni boleh cari lagi buku-buku MLC yang lain, especially Gelora yang khabarnya pernah kena banned dulu ya... Hmm... tunggu ada duit sikit kay.
La ni dah sibuk gila kat office. Padan muka! Bila tak de kerja saya bising sebab boring, la ni bila dah tak bernafas pun nak komplen. Ya la, ingatkan dapat department yang pada-pada je busynya, tapi agaknya memang hidup saya ni dah ditakdirkan selalu kerja di tempat yang busy kot... Sampai tak sempat hendak sambung manuskrip sekarang ni. Nak update blog pun berperang dengan mata yang berat.
Hai, macam mana nak terbit buku setahun satu ni... 2011 dah terbit. 2012, 2013, 2014, 2015 dan bla bla bla? Wa wa wa!
Best phrase from Selamat Tinggal Sayang :
"Benarkah dalam soal hati, perempuan tidak pernah dewasa?"
Jawapan saya sendiri, MEMANG SELALUNYA BENAR. Sebab sampai sekarang kalau bersangkut dengan hati dan emosi, saya tetap budak kecik yang tak dewasa...
Hai Rys! Terima kasih atas review@komen di atas. Saya amat menghargainya. FYI, Novel SELAMAT TINGGAL SAYANG adalah novel ke6 saya yg pertama kali diterbitkan dlm tahun 2003, bukan novel terbaru ye. Sudah 9 th berlalu..Terima kasih kerana sudi membaca..dan memberikan komen yg menarik. Saya sebenarnya tidak berapa pandai berkarya :) Byk yg saya tidak tahu, dan bila baca komen Rys yg superb ini, makin terasa betapa diri ini sebenarnya kekurangan ilmu dlm dunia penulisan.
ReplyDeleteSelamat berkarya Rys dan semoga sentiasa ke hadapan. TQ - Ma Lee Chuswan
Hai MLC! Sorry, saya ni memang kadang-kadang outdated sikit...
ReplyDeletethank you for visiting, what a surprise having you here. STS cerita yang menarik, tapi kalau lagi tebal mesti sangat-sangat mendalam kan... Anyway I have fall in love with your writing. WIll learn from you and read more on you..
thank you and all the best MLC!
Thank you Rys. Your skills & pengetahuan dlm bidang ini sebenarnya lebih baik daripada saya. Saya bukan sesiapa, cuba penulis biasa yg sudah suam. Apa kata kalau Rys cuba pula buat resensi@komen ttg novel GELORA? Nak juga dgr pandangan padat berisi yg ikhlas dr kaca mata seorang lagi penulis. Yang baik dibuat teladan, yg buruk dibuat sempadan. TQ. Ma Lee Chuswan
ReplyDeletehonestly saya tak biasa dengan pujian, especially when a writer like MLC herself said so. I am not... I am very green, still keen in learning, fighting with daily routine untuk membaca dan menulis. Kalau MLC sudah suam, saya lagilah bukan sesiapa... sekadar rama-rama paling kecil hu hu...
ReplyDeleteI want to read Gelora. After reading STS I have the intention to read all your books. I even try to find Gelora in KN's office but they said... what ya? My husband yang pergi when he collected my book that day. And i even went to Popular but your book isn't there... dah habis atau belum edar?
I am yet a writer, but I wanted to be one... OK, I will try to find Gelora and will definitely say something about it. The books I read and share here actually not for commenting purposes, it is more as a sharing type for those who read here...
TQ MLC!
hwaaaaa.!!!i've read this couple years ago..sangat best dan sedih...
ReplyDelete