Tuesday, November 11, 2014

Tuhan, saya masih mahu hidup...

Rasanya dah dekat setahun saya default ubat. Memang degil tahap melampau. Bukan degil... tapi saya penat dan muak. Which is not a good example. Penat nak teruskan hidup maksudnya tu... tak ingat anak2 ke apa...? Hish...

Tak makan ubat thyroid seperti yang dijadualkan adalah bahaya. Ia affect mood dan sikap kita. Affect peti suara, jantung, tulang dan mata tu memang dah ada dalam senarai risiko. 

Since last few months, my headache was aggressive. Tangkap tengkuk, tulang bahu dan tulang belakang. Extra penat walaupun sekadar duduk. Thought ia symptom nak ke high blood.  Monitor blood pressure, after twice tinggi, ia kembali normal. 

So, I agreed with Papa it was my thyroid going hanky panky again. Ulang ke DEMC? Err.. tidaklah... nanti doktor senyum dan tunjuk katil hospital.

Ambil blood test di klinik dan buat ECG. Doc sued me with a letter to DEMC juga. Aiyak! Minta postpone. Dapat result, I told Papa, ‘Okay, I’ll start the medicine immediately! I promise.’.


Mujur hanya 5 kali lipat untuk T4. There were few times worst than that. Parameter tak boleh baca sebab ia sudah tinggi lebih dari had maksimum yang dibenarkan.

Papa kata, “Awak tak sayangkan anak-anak… tak sayangkan saya…”

Saya minta maaf. Seriously, deep from my heart (improvise perkataan taubat... takut pula nak kata taubat default ubat, kang terdefault juga... naya). Okay, from now on saya akan berdisiplin. Insya-Allah. Saya masih nak jaga anak2 dan keluarga kita.

It has been few weeks now. Masih patuh dan ‘istiqomah’. Ya lah... mentang2 Allah beri peluang tubuh badan masih positively respond dengan ubat dan rawatan, suka2 hati je nak default begitu begini. Dibuatnya suatu masa nanti Allah tarik semula... mengagau, baru tau!

Teringat satu bahagian dalam chapter 62 Suamiku Heroku (Arysa Nasir) tentang keinginan Adriana diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup yang telah disunting keluar.


Okay... saya faham kenapa perlu ada editor menapis mss penulis. Ada masa saya tak sedar kalau apa yang ditulis tu ada effect n consequences. Atau mungkin tidak relevan atau kalau ditiadakan pun tak menjejaskan jalan cerita.

Hmm... there are always similarity between my real life in world and my writing. Thank you Allah for the chances you've granted and will generously grant me, on and on...

Monday, November 10, 2014

Alamak... Awalnya?

Balik dari PD, MAHAN dah mula suam-suam badannya. Agak meragam malam kelmarin. I thought he was exhausted.

Hari ini, badannya panas dari pagi. Tak sampai hati nak hantar ke rumah Bik Imah, so saya cancelled niat nak pi keje. Applied EL. Nampaknya program hujung tahun ini (jika ada rezeki... tapi ikut gerak hati macam akan ditunda), terpaksa menggunakan cuti tanpa gajilah jawabnya...

Belek-belek MAHAN nampak ada kesan melepuh pada tapak kaki. Ada kesan yang sama pada betis dan belakang badannya. Hmm... usap2 betis dan badan, terasa ada macam ruam2 besar nak timbul.

Alamak! Biar betul... tak kan awal sangat? You are not even 9 months till this coming 13th. Babang n Didik pun dapat demam campak umur dah lepas 2-3 tahun. MMR MAHAN pun belum ambil. Injection MMR kan ambil umur 12 bulan nanti? Cane ni?

Pi klinik malam tadi ni... sahlah MAHAN dapat chicken pox. Penuh di bahagian dalam mulut dan tekak, no wonder satu hari ni dia tak mahu menyusu badan. Bubur pun dia tak lalu telan. So sepanjang hari ni saya ganti dengan air masak dan supplement Seven Classic yang saya campur dengan air.

Sampai di rumah tadi, beri MAHAN sedikit ice-cream perisa Vanilla untuk legakan panas dan perit bahagian dalam mulutnya. Baru MAHAN nampak ceria. Lepas tu bagi ubat demam, selsema, antibiotik dan anti-viral. Tapi saya bagi yang mana perlu je. Ubat selsema tak perlu kot... kang banyak sgt ubat, mabuk tidur takut dia lupa bernafas... naya je saya kang...

Sedang saya rush temankan Papa di meja makan, AB dah managed tidurkan MAHAN. Selamat.... sesambil check on MAHAN, sesambil saya simpan diari dalam FRAN. 


Ya Allah... kurangkan sakit anak saya. He's still my little baby. 
Mohon permudahkan kesembuhanya agar sejahtera seperti semula, 
Ya Allah... Aaamiiin...

Friday, November 7, 2014

COME & GO - KECEWA TU PASTI...

Saya sepatutnya bertugas utk sesi bersama buku di  Jualan Gudang Kumpulan Media Karangkraf Ahad lalu. Pa bahkan dah bawa beli small token, seandainya ada seorang dua yg sudi grab Suamiku Heroku (Arysa Nasir) & menyapa saya yg ntah siapa2 ni...  

Pa kata, “Jom beli souvenior. Org lain tiap kali sesi sign buku, bagi token. Awak je tak pernah…”

Dah fikir nak selongkar baju dlm kotak. Dah rancang how to manage kids etc. Terkilan bila seorang dua rakan hantar wasap bertanya di mana saya hari itu? Minta maaf… tak ada izin Allah. Saya merancang dgn cita-cita, tapi DIA merancang dgn CINTA-NYA utk saya.

HADIR

Allah beri saya 2 perkara utk ditangani dengan akal & hati. Refresh ‘setiap yg Allah hadirkan dlm hidup kita ada tujuannya’ & ‘semua orang akan mati tanpa kita tahu bagaimana-bila-kenapa’.

Penat bukan hanya fizikal. Lelah hati, perasaan & iman. K.Lim, sudah disempurnakan apa yg PaMi rasa terbaik utk kamu. Selebihnya terpulanglah. Pesanan Pa, dah Ummi sampaikan kpd kamu dlm lebat airmata.

4 hari kamu di rumah kami. Makan dari air tangan PaMi. Bermesra dgn anak-anak kami. Bahkan kamu dah jejak kaki ke rumah adik Ummi & ikut ke kampung Papa. Hanya Allah tahu rahsia hubungan ini.

Hati Ummi sepertinya jatuh utk kamu. Melepaskan kamu, betapa belah bahaginya hati. Takut tergadai iman & agama. Namun apalah pilihan yg kami ada. 

Tiada tali mengikat kita. Cuma budi bahasa, strength & concern kamu mencairkan hati Ummi. Dakapan & airmata kamu akan Ummi kenang sampai akhir waktu. Hadir kamu beri Ummi byk rasa. Satu antaranya kelegaan krn satu keputusan yg pernah Ummi ambil dulu, walaupun hingga kini Ummi masih bayar harganya. 

Hati-hatilah dgn dunia. Jika tiada tempat meluah pedih, carilah Allah. Mungkin boleh juga cari kami. Bila2 terkenang, kirimkanlah doa sebagaimana kami akan sentiasa mengenang kamu. Terima kasih kerana pernah hadir dlm hidup Ummi.  

Naskhah Suamiku Heroku yg kamu minta beria-ia (mmg Ummi nak hadiahkan pun), jadikanlah bahan bacaan bermanfaat. Sedikit pengajaran di dalamnya jika ada, jadikanlah panduan. Memandang ia, kenanglah Ummi & keluarga di sini. 

Kamu lahir dlm Islam sehingga 16 tahun umur kamu kini. Peliharalah agama ini & iman kamu. Jadilah Muslimah solehah, at least ada sedikit saham akhirat utk kami. Semoga Allah sentiasa bersama kamu & kita semua.


PERGI

Perkhabaran awal mlm 1 Nov. itu, berat dlm hati. Bersama Pa & anak2 uruskan K.Lim dgn pihak berkuasa, terima pula khabar tragi... jantung saya dah mula tak boleh terima tekanan & kesedihan melampau.

Saya bukan sesiapa. Orang luar yg masuk jadi sebahagian keluarga. Tetap terkesan dgn pemergiannya. Tried to make myself be in their shoes. Shared the pain n grief.

Takziah. Be strong… you, me & we all have life ahead of us. Yg pergi sudah sampai walau bagaimana cara & keadaan. We, still counting days for some unknown period... when, where & how.

Pandangan & persepsi itu subjektif. Dunia ni tipu daya. Andai ada gerak hati, peganglah ia. Mata kepala menyaksikan ia sempurna dgn segala yg amat dimudahkan Tuhan. Cukuplah. Alhamdulillah. Al-Fatihah.


KECEWA TU PASTI... tapi...

Hmmm... saat ini bila kenang air muka & kata2 pa pd Ahad, 2 Nov. itu, sedih pula rasanya.

“Ayang kecewa ye tak dpt pi signing session? Sorry ya… abang tak sangka prosedurnya makan masa mcm ni. Kalau kita pergi dulu pun ke Karangkraf, sempat juga balik uruskan jenazah… sorry ye…”

Hu hu.... tak apa. Kecewa tu tentulah ada. Hipokrit kalau saya nafikan. Tapi pelunasan komitmen atas izin Tuhan. Don’t worry dear, saya okay je…  insya-Allah. I lost a chance, yes. But more than that, I gain two life lessons. What a gift...

Wednesday, November 5, 2014

Busuklah Tangan...

Satu hari neneknya kata Didik lama sangat kat bilik air. Neneknya pula sedang menonton televisyen. Disebabkan musykil awat Didik lama di bilik air tu, neneknya melaung dari ruang tamu...

N : Adik! Apa buat lama sgt dlm bilik air tu?!
D : Neneeek.....
D : Sy dh lama kat sini. Nenek tak nak tolong basuhkan saya ke?
N : Laa.. kamu yak ke?
D : Aah... adik yak...
N : Dah tu, basuhlah sendiri. (neneknya sengaja usik)
D : (terkebil-kebil) Tapi... nanti... tangan saya bushuklah...
N : Oooo... takut tangan adik busuk ye, habis tangan nenek mcm mana?
D : Nanti nenek basyuhlah...

Ya lah tu Didik...

Dulu Didik tekun menyusun puzzle...

Tapi sekarang kerjanya asyik melukis aje.... legasi Papa dan Babang...


Ya tak ya Dik kan... kalau tangan busuk, nanti cane lukisan nak menjadi... hu hu...

Saturday, November 1, 2014

Air Kelapa Muda


Kami sekeluarga share interest minum air kelapa ni. In fact saya rasa macam tak ada orang yang distaste rasa segar air kelapa. Ke ada?

Gambar lama... masih nampak 'kekecilan' Didik. Sekarang Papa asyik cakap, "Mi, dah besar dah Didik...". Hish... touching betullah...

Air kelapa muda ... is naturally:

Low in carbs, 99% fat free, lo in sugars n contains organic compounds possessing healthy growth promoting properties that have been known to help:

Keep the body cool and at the proper temperature
Orally re-hydrate your body, it is an all natural isotonic beverage
Carry nutrients and oxygen to cells
Naturally replenish your body's fluids after exercising
Raise your metabolism
Promote weight loss
Boost your immune system
Detoxify and fight viruses
Cleanse your digestive tract
Control diabetes
Aid your body in fighting viruses that cause the flu, herpes n AIDS
Balance your PH and reduce risk of cancer
Treat kidney and urethral stones
Boost poor circulation

(en. google)

PAGEVIEWS