Balik dari PD, MAHAN dah mula suam-suam badannya. Agak meragam malam kelmarin. I thought he was exhausted.
Hari ini, badannya panas dari pagi. Tak sampai hati nak hantar ke rumah Bik Imah, so saya cancelled niat nak pi keje. Applied EL. Nampaknya program hujung tahun ini (jika ada rezeki... tapi ikut gerak hati macam akan ditunda), terpaksa menggunakan cuti tanpa gajilah jawabnya...
Belek-belek MAHAN nampak ada kesan melepuh pada tapak kaki. Ada kesan yang sama pada betis dan belakang badannya. Hmm... usap2 betis dan badan, terasa ada macam ruam2 besar nak timbul.
Alamak! Biar betul... tak kan awal sangat? You are not even 9 months till this coming 13th. Babang n Didik pun dapat demam campak umur dah lepas 2-3 tahun. MMR MAHAN pun belum ambil. Injection MMR kan ambil umur 12 bulan nanti? Cane ni?
Pi klinik malam tadi ni... sahlah MAHAN dapat chicken pox. Penuh di bahagian dalam mulut dan tekak, no wonder satu hari ni dia tak mahu menyusu badan. Bubur pun dia tak lalu telan. So sepanjang hari ni saya ganti dengan air masak dan supplement Seven Classic yang saya campur dengan air.
Sampai di rumah tadi, beri MAHAN sedikit ice-cream perisa Vanilla untuk legakan panas dan perit bahagian dalam mulutnya. Baru MAHAN nampak ceria. Lepas tu bagi ubat demam, selsema, antibiotik dan anti-viral. Tapi saya bagi yang mana perlu je. Ubat selsema tak perlu kot... kang banyak sgt ubat, mabuk tidur takut dia lupa bernafas... naya je saya kang...
Sedang saya rush temankan Papa di meja makan, AB dah managed tidurkan MAHAN. Selamat.... sesambil check on MAHAN, sesambil saya simpan diari dalam FRAN.
Ya Allah... kurangkan sakit anak saya. He's still my little baby.
Mohon permudahkan kesembuhanya agar sejahtera seperti semula,
Ya Allah... Aaamiiin...
Siannya dia..cepat sembuh ye mahan
ReplyDelete