Tuesday, November 17, 2015

CIK DIARI HATI @ JERAM POND


Tanak pulut utk sarapan Ahad atas request Papa. Dok terliur tgk sambal ikan bilis, signature dish Papa tu, saya mkn sekepal. Sakit kepala tangkap sampai Rabu 11/11 tu! Amik ko. Bawak2 la bertaubat RAN oi. Terbazir cuti tahunan sehari. Ingat nak rehat di rumah, tapi disuruh teman fishing @ Jeram. Ikut je la... kang kot terfishing ikan pakai lipstick hu hu.

Mujur ada Cik Diary Hati (Hanni Essandra) dlm bonet. Boleh cover 4 jam tu. Boring wei. Nasib baik dpt 2 ekor. Tak sesia jadi tukang jaga brg2 & tukang gi beli air. Oh, ada satu pakcik tu ingat saya budak kedai... order air. Mmg dasar comot kau RAN (err... yg comot tu saya, bkn budak kedai ye). Pi kolam pancing ni kena pakai heel 5 inci, baju sendat, lipstick & bedak Qu Puteh 15 kilo ke? Kolam pancing je dow... bukan gala dinner kot.

Baca punye baca Cik Diari Hati, sampai kat page kat atas tu... haish... terkekeh. Damn right! Bkn setakat dlm novel je. Yg hidup real ni pun, happened...  tell you...

Bila ingat... katanya comot, hidup merempat, rumah buruk... dah tu jaki kenapa? Lainlah kalau jelita mcm Kajol ke, dpt derma RM2.6billion mcm PM ke, kereta sedozen dpn rumah agam 17 tingkat ke... novel laku keras siap adaptasi ke, setiap sejam selfie up close n personal kat FB tunjuk muka flawless ke... logik la kot nak jealous.

Maka, bila guna logik akal, bila guna iman setipis kulit bawang, jawapannya ialah... oooo krn kita dipinjamkan Allah sedikit bahagia. You... bahagia ni Allah pinjamkan la, bukan I punye dow (tiru style Iman Firdaus pepuan cakap #akukaukita). Bukan sentiasa pun. Selalu surut pasang. Ada masa lemas, baru2 ni lagi la dahsyat... tenggelam dlm tsunami. Entah bila pulak bahagia tu akan bertransformasi.

You pun pernah ketawa lompat2 lihat kami terkapai kelemasan. Puas hati giler hingga tak makan pun kenyang, tak mandi pun wangi. Dah hari ni hari saya bahagia, dah dia mmg rayu saya walaupun dah dipegang puteri turun mandi tasik dayang bunting setiap malam purnama, nak buat mcm mana? Penat dah saya buat macam2 bagi dia buka mata : yg sana tu puteri mandi, yg sini dayang senandung je, tapi dia nak juga yg dayang senandung,  nak buat lagu mana lagi ni weh? Nanti2 la kot ada strategi lain ye...

Mana tau esok2 hari awak pula mendapat apa yg awak cari2 selama ni. Manalah tau bahagia yg awak dapat tu lebih lagi. Kan...?

I know I was so carried away lately.  Hati saya kelihatan di FB & FRAN. Bila dah melihat warna2 manusia secara nyata, tentulah kecewa. Saya manusia... bukan pokok kelapa. Tapi bila fikir2, dikenang2... haish... sudah2lah. Ruginya buang masa tambah dosa hanya krn manusia2 yg tak worth utk difikirkan. Dunia ni tipu daya, syeikh!

Org lain yg jahat, kenapa nak ikut jadi jahat? Mereka yg dlm kesesatan, apsal saya nak ikut sesat? Mereka yg mengejar belum dapat2, mengendong tercicir, lebih baiklah saya terus fokus pd anak2 yg makin hari makin banyak perangai, rumahtangga yg perlu dibaja, manuskrip yg semedang 1/2 jalan, kerja office yg tak pernah kurang stress walaupun dah pasang karpet baru dlm bilik, hantar ambil anak2 sekolah, kemas rumah, nak bergosip dgn wasap groups yg berbaris tu, nak itu nak ini segala seribu mcm urusan dunia yg tak habis2. Ni mana nak selit urusan utk akhirat...?

Saya tau orang2 yg dihadirkan dlm hidup kita ada tujuannya yg dah ditentukan Allah. So with things that happened. Bila dah tahu, saya kena usaha pula find the better in it. Krn itu saya memilih utk melihat versi yg tak ada org mampu menyelaminya. Saya memilih utk apa yg saya rasakan terbaik & kurang mudharatnya utk semua manusia. Walaupun susah & payah. Walaupun dlm keterasingan. Sampai bila? Hati saya ni Allah pegang. Dia je tahu, sampai bila...

Awak nak jadi hebat? Saya tumpang bangga org Melayu hebat.
Nak jadi paling cantik? Sapa bilang gadis melayu x menawan?
Awak nak jadi paling pandai? Pi sekolah, belajar rajin2 ye.
Nak jadi paling profesional? Register with recognized body.
Awak nak jadi paling kaya? Chaiyok! 
Nak jadi paling soleh & solehah? Alhamdulillah, syurga jua tempatmu. 

Awak nak jadi yg paling apapun, jadilah. InsyaAllah saya selitkan doa utk awak ye. Cuma maaf la saya tak dpt nak memeriahkan persaingan. Sbb saya blm pandai utilize sifat iri & cemburu. Susah juga rupanya kalau tak pandai cemburu ni ye. Org kata cemburu tandanya sayang... ooo no wonder la... dia ingat saya tak sayang la ni ye? Hmm....

Papa kata, tak usah disebut perkara yg lepas.
Ye lah tu... (dlm nada sinis).
Ya lah.. ya lah... saya masih terikat dgn hukum. Suka tak suka, pedih tak pedih, kena ajar diri jadi lebih baik.. berlapang dada. Kalau tak, mcm mana saya nak tunjuk contoh pd anak2 saya.

Real happiness is when we can accept that life is not always good or happy & yet we still choose to smile, not the fake one ya, and move on. Lagipun, untuk menempuh badai kita kena terus berjalan walau payah hingga byk kali tersungkur, luka berdarah. Kalau berhenti... naya la kena lebur dek badai tu.

Insya-Allah ini lah sharing cik diari hati saya yg terakhir untuk tsunami yg melanda. Malas la nak perli2 pokok keladi dan pokok ubi. Bukan dia tau reti hu hu...

We are moving on, appreciating what we are still having and holding on now till the day of expiry. We are grateful for the betrayal & damages, they teach us that we are AKU-KAU-KITA.

Saya masih belajar utk memaafkan semua dgn sebenar2 ikhlas, maka beri saya ruang sehingga Allah mengizinkan saya mampu membuka pintunya. Me too... apologizing... in silence... and from far distance.  

"Lalu ada yang terlupa
Pada perjanjian 
Kerana leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan"
(rahsia di sebalik rahsia - metropolitan)

Guna GPS CINTA-Nya, kita cari jalan kembali ke pangkal tujuan..

Monday, November 16, 2015

DIDIK @ KEM MOTIVASI



6-7 Nov lalu, Didik ada Kem Motivasi Wajib tadikanya. Wajib tu yg tak tahan... sebab rasanya Babang dulu tak wajib, ranya kami tak bagi dia pergi. Ye ke? Saya rasa macam dia pergi. Papa kata tak pergi. Hmm... kat situ pun kami dah bercanggah memori ek...?

Tapi kali ni Didik yg beria-ia. Saya ikutkan je lah. Lagipun buat di sekolah. Insya-Allah, Allah ada pelihara Didik. Tak lamapun. Checked in Jumaat 5.3pm dan checked out Sabtu. 3pm. Okaylah... at least, Ummi dah lepas fasa berat hati berpisah dengan anak2 kan...

Biarlah Didik belajar berdikari sikit. Mandi sendiri, pakai baju sendiri, makan dengan kawan2... mixed around. Moga Didik lihat sebahagian dari dunianya. Melihat warna kehidupan. Boleh mengenali sifat kawan dan lawan. Tahu menangani kesukaran dan cabaran. Know how to make use the best out of everything.

Byk gambar2, cikgunya post ke wasap group. Itu penyambung kami. Yg touched.. bila cikgu hantar satu gambar dan tulis, '2 orang budak ni je yg menangis bila dengar tazkirah tanggungjawab anak2 kepada ibubapa'.

Bila dia balik, kami usik...

U : Dik, nape Didik menangis?
D : Saya takut Ummi & Papa dalam kesusahan...

Hmm.... kesusahan? Kesusahan dunia ni untuk Ummi hanya sementara je Dik. InsyaAllah... Ummi masih boleh laluinya. Tapi Ummi bimbang Ummi tak daya nak lalu kesusahan di sana nanti.

Dik... jadilah anak yang soleh ya. Ummi & Papa tak kan selamanya ada di dunia untuk jaga Didik. Kami tak ada apa-apa harta. Kalau satu hari tamat tempoh pinjaman jiwa kami di dunia, kamu antara harta & harapan yang kami ada. 

Saturday, November 14, 2015

Sakitnya Tuh Di Mana?

Throwback utk memori MAHAN.

Masa MAHAN baru belajar jalan jatuh... he learned many. Antaranya muzik. Dah Babang & Didik kerjanya pun asyik menyanyi.



Dlm dunia ni, byk rasa serba-salah. Kacau orang, memang sah-sah salah. Tak kacau orang pun salah. Hidup sendiri pun tak menang tangan nak urus. Tak pernah ada masa dan rasa nak kacau org, apatah lagi kalau org tu langsung tak berfaedah pun utk dikacau. Kita tak kacau diaorang pun, hidup mereka dah sedia kacau.

Yg serba salahnya bila... org2 tu sakit hati dan jiwa bila kita tak kacau dia. Dia cari cara nak kacau kita pulak dah. You dah kenapa...? Sakitnya tuh di mana? Sakit sebab sunyi tak de teman? Sakit sebab tak de kerja dah nak buat?

Pun... kalau jadikan diri sebagai api yg suka membakar, tentu sakit. Kalau jadikan diri sebagai pembuat onar, tentulah akhirnya sakit juga. Dan kalau jadikan diri pemburu keseronokan dan harta dunia, akhirnya yang digenggam hanya butiran kerikil, merana. Bila merana, dia nak orang lain pun hancur juga. You dah kenapa? Kalau menyesal, istighfar. Kalau mahukan apa yg Allah pinjamkan pd saya ni, marilah sini.. saya boleh pertimbangkan derma. Tapi kalau terus layan malu, ego dan dendam syaitan yg bersarang, tak ke mana akhirnya. Kalau boleh produce satu novel seram... untung juga.

Kadang demi nak bagi org lain happy, kita tunjuk je lah kekonon kita ni bodoh, tak tau apa. Biarlah diorang boleh rasa pandai. Gembirakan lah mereka walaupun sbnrnya itu pura-pura. Fitrah kebanyakan manusia suka kalau mereka diampu, dipuji, walaupun they don't deserve it. So, demi nak jaga keharmonian, layan je lah.

Boleh... saya boleh layan. Saya dah layan lama dah. Malangnya,, utk sekarang & sehingga ntah bila, sorry... saya penat. Kesanggupan saya utk melayan perkara2 negatif lagi tidak berfaedah ini... expired. 

Would I Still Love You The Same?


Thursday, November 12, 2015

MIMPI

Saya jarang bermimpi ketika tidur malam. Sbbnya saya sll lewat tidur, so samada saya tidur mati atau tidur2 ayam sampai pagi. Tp ada waktunya saya diberikan mimpi yg berkualiti. Lately, bila saya duduk merenung kehidupan... saya patch setiap mimpi dgn realiti kehidupan yg dah atau sdg saya lalui.

Kecik2 dulu selalu mimpi dipijak sekumpulan kuda & mimpi mcm diangkat ke atas pas tu jatuh ke bwh. Mcm dlm silap mata David Copperfield tu. Ibu kata tanda nak besar. Hmm… mmg ‘besar’ la sgt. Debab. Makan nasik siang mlm. Lauk kicap dgn petai. Dh sy ni org kampung. Bkn perempuan2 sungai yg bila nmpk ‘kangaroo’ terus culture shock. You… I pun dah pi jumpa ‘kangaroo’, in fact many years earlier than you. Nnt kalau MDH I ada rezeki terbit, baru I nak gedik2 culture shock tunjuk 'kangaroo' ye. Stop it RAN… salah niat dah tu.

Mengenang kembali my few significant dreams... 

(1)  Ada org  tanam sesuatu dpn rumah kg. Esok pagi beritahu pd arwah Wan, digali… hmm… it was really there. Jgn tanya apa bendanye. Org N9 spt sy mmg dah sgt biasa.

(2)  Dikejar ular. Tapi tak gigit pun. Tu biasa la kan bagi anak2 dara. Sy sergah ular tu lintang pukang dia pusing lari.

(3)  Tidur dgn adik2 dlm kotak. Bila bangun tetengok byknye la ular melingkar kat my siblings. Pang pung pang pung saya buang ular2 tu semula. Konon hero.

(4)  Melintas jambatan gantung, di bawahnya air terjun besar sgt. Airnya menderu2. Tu kalau jatuh mau hilang jadi ikan. Seorang demi seorang sy bawa adik ke seberang. Tetiba bila bawa Dik Sah, dia plum! Jatuh ke bwh. Lintang pukang sy turun pi tarik tgn dia. Selamat. Ibu kata, kami akan lalui kesukaran & akan dpt mengatasinya. Bila fikir2… mmg ya. Dgn kuasa & izin Allah. La ni ada seorg yg msh 'sesat'. Semoga Allah sentiasa menjagamu dik.

(5)   Dikepung byk ular comel, warna warni bergantungan sekeliling rmh. Tgk kat laman, kat pagar semua ular2 tu tersengih2 kat saya mcm kata ‘No no no… duk diam2!’. Sapa yg tak bg sy keluar rmh ni wei? Kalau nak, dtglah. Man up! Main bodyguard pulak. Tak macho la. I nak pi tengok wayang pun tak leh! Papa juga yg akhirnya selamatkan sy! Pa, kalau dulunya kuat, teruslah bermohon agar Allah kuatkan hingga akhirnya. Kalau tidak... pecah jualah segalanya.

(6)  Sdg tidur tetiba terdgr suara baby menangis. Bangun cecari dr mana bunyi tu dtg. Tgk sana sini.. tetiba jumpa baby dlm almari. Hmm… Ustaz kata mimpi bgt ada tandanya tu… hu hu. Good bye la. Sy ada Tuhan.

(7)  Bbrp bln slps MAHAN lahir, sy mimpi brd di satu tempat. Busuknya masya-Allah tak blh tahan. Tahi manusia sana sini bersepah2. Spi habis terpalit busuk kat baju sy. Called ibu from office. My mother said, ‘Tandanya tu tak baik. Akan ada fitnah & aib. Istighfar byk2.’ And yes… dgn izin Allah, it happened. Maha dahsyat. Sy tau kita berdua teruji. Ujian Allah hanya utk yg mampu. Indeed. Awak pun kata ‘kita terpilih’. Ya saya tahu. Saya tau Allah nak saya buktikan niat saya ketika saya terima awak dulu. Tak apalah... selagi awak perlu, saya akan sentiasa di sisi. Come what may... doakan je saya tetap bertahan utk support awak dr blkg. Tp perli sikit2 tu halallah ye pa...

(8)  And d'very latest… minggu lalu sy bermimpi 2 ekor ular bergumpal menyerang sy. Adoi la… bergabung meletop dah ke? Bila nk hbs daaa drama ni. Pa, blh tak sy angkat kaki je? 

Above all, ada satu mimpi yg sbnrnya takut nak ingat. Mimpi Didik pergi. Dek krn tak sggp lpskan, I buried him di ruang tamu. Mlm tu Didik bangun, main2. Lebih dr sebulan sy over-alert & over protective terhdp Didik. Gila punye kerja. Trauma spi hari ni. Anak oi.. siapa tak syg? Tambah la sy ni doktor pnh predict tak de anak. Bila Allah pinjamkan, mcm dpt segunung emas 916! Erk!? Pa... tu tetanda sy nk minta brg kemas tau! Sesiapkan la bajetnye ye.

Tp klu awak bnr syg, jagalah elok2. Jgn rosakkan. I did all I can, in my own way, my own capacity, just for the good sake of all of you. Nak ikutkan pun sesen tak ada untung pd saya. Worse,  saya dijadikan kambing hitam bertahun2. Skrg, lihatlah sendiri. Tak sampai seminggu tinggalkan rmh sy, dh kena cekup. Ambillah. Sy penat. Saya dah buat yg terbaik, cuma saya tak pernah dihargai. Overall, awak lebih afdhal. I wish you guys all the best. Semoga yg baik2 saja Allah berikan utk kita semua.

Mimpi, mainan tidur. Bila ia jadi nyata… lalu je lah semampu daya. Sy, insan yg sgt tidak sempurna. Sekurang2nya... Allah sentiasa beri peringatan agar sy selalu sedar bhw sy tak sempurna... dan sy sentiasa belajar utk jadi lebih baik. Walaupun dlm keterasingan mimpi...

PAGEVIEWS