Friday, August 21, 2020

Nak Nampak Cantik Untuk Siapa?

Babang suka makan nasi goreng Mumi. Kalau boleh hari2 nak suruh Mumi msk nasi goreng. Babang kata 'Nasi goreng bodoh Mumi paling sedap dlm dunia!'.

Mmg awal dulu Mumi gelar 'nasi goreng bodoh' sbb tak de apapun rencahnya. Simple sgt. Nasi, bawang putih, bawang merah & ikan bilis je. Kadang Mumi tumbuk dgn sebiji dua cili padi juga.

Tapi lelama rasa bersalah pulak panggil nasi goreng tu cenggitu. So, Mumi tukar panggil dia 'nasi goreng mumi' je lah.

Bukan Mumi tak moh letak benda2 berwarna hijau, merah, oren, kuning segala. Tapi nanti, Babang complaint....

Mcm hari tu, Mumi letak kacang panjang yg Mumi potong kekecil. Nampak la cantik sikit. Sekali kena tegur dgn Babang.

B : Mumi, knp dlm nasi goreng Babang ada benda hijau?
M: Kacang panjang... elok kan makan sayur.
B : Ala, tak nak lah... len kali jgnlah bubuh.
M: Ala... bolehlah... barulah nampak cantik.
B : Mumi ni msk nasi goreng tu, nak nmpk cantik utk siapa?
B : Utk tunjuk kat org ke @ nak kasi Babang makan?
M : Utk anak Mumi makanlah...
B : Kalau utk Babang, buat yg mcm biasa tu je.
M: Erk?!

Maka, kenalah ikut selera anak. Smlm, cuti awal Muharram 1442H, Mumi gorenglah lebihan nasi smlmnya. Sdg goreng nasi tetiba... TING!

Dpt satu idea. Lintang pukang siapkan keje dapur n keje rumah. Selesai jemur basuhan & bersihkan diri, Mumi duduk kat working desk & wasap Cikgu SP suh tunggu Mumi sat. Sbbnya hari ni tarikh tutup htr proposal ke Al Hijrah. Cikgu dah nak kumpul & review utk submission.

Bila Cikgu SP bagi greenlight, Mumi pun ketang-ketung msk Nasi Goreng Mumi kat powerpoint!
Sekali email tak boleh send out la pulak. Wifi habis kuota ke @ problem pun tak tau. Htr via wasap je la... tak taulah Cikgu SP terima ke tak sbb dia dah tak dan nak reply anak2 muridnya kot hu hu


Begitulah selesainya serahan proposal ke-11 Mumi smlm kat Cikgu SP. Satu lagi cita-cita Mumi yg Pa masih dokong & sokong. Harap sgt dpt izin Allah utk jadi realiti. Apapun, resultnya atas kehendak Allah. Yg penting, Mumi rasa bersyukur sbb dah berani mencuba hingga tahap ni...

Permintaan Mumi di depan Kaabah dulu, Allah sdg tunjuk jalannya. Selesai tak selesai, berjaya @ sebaliknya, itu mungkin atas usaha Mumi & izin Tuhan la selanjutnya pula.

Okay
2 Muharram 1442H hari ni, Mumi ada long me time sampai 245 kang sbb boys cuti sekolah. Mumi nak siapkan tulis diari few throwbacks yg tak sempat sudah sbb busy (busylah sgt) dgn kerja & juga perihal siapkan proposals utk bagi kat Cikgu SP.

Moga Tahun Baru Islam 1442H ini menjadikan Mumi & juga kita semua hamba Allah yg lebih baik & lebih disayangi-NYA. InsyaAllah, Aaamiin....


... the more we try to impress, the more we become depressed.
Just be who we are and do what we're capable of doing 
& try to get better naturally. 
Let people love us sincerely... (RAN)


#nasigorengmumi
#11thproposal

Friday, August 7, 2020

Hatiku di Haramain : Utuhnya Roh Cinta

17 Zulhijjah 1441H dah hari ni.
Seminggu berlalu sejak Aidil Adha. 
Hari Raya Korban. Pengorbanan yang menyucikan jiwa.

Mumi perhati kiri dan kanan, depan dan belakang. Tahu, ada ramai yang sedang melalui saat getir dan sukar. Bahagian masing-masing. Tak ada sapa boleh bantu melainkan DIA sahaja.

Pepagi ni perasaan Mumi lain sikit. Rasa macam rindu sesuatu.
Oh... ya lah...

Yang pernah diizin Allah ke sana, separuh hati atau mgkn sebenarnya seluruh hati tertinggal.
Yang belum pernah pun, jiwa meronta mohon diizinkan.

Mumi rindu sangat...
Pagi-pagi dah bergenang airmata...

Medina & Masjidil Haram in new normal situation. 
Walaupun dibatasi SOP & suasana new normal, roh cinta Haramain tetap utuh dalam jiwa muslimin muslimat mukminin dan mukmimat.


sumber : Facebook Masjid Al Haram


Ya Allah, 
Kami mohon diizinkan lagi untuk kembali...
Mumi nak ke sana lagi dengan Pa, Babang, Didik & Baby...
Malah jika Ibu & Mak larat, nak pergi sesama juga. Dan seluruh keluarga juga. 
Juga untuk semua muslimin muslimat yang sentiasa merintih ingin ke sana.
Haramain, sebuah pelabuhan cinta abadi.

Aaamiin Ya Robb...


#medina
#masjidilharam
#newnormal
#pelabuhancintaabadi
#utuhnyarohcinta

Tuesday, August 4, 2020

Bawal Masak Tempoyak Meletop Sakit Perut?

Masih cuti hari ni. Selain Bik Mah htr Idlan register di Politeknik PD & baby 1st day ke sekolah since 18/3, hari ni PaMi kena tlg partner buat clearance di PTCC. Ya, PTCC kena move out dari premise. Terkesan juga akhirnya dgn pandemik Covid 19. Landlord pun dah tak boleh nak prolong their consideration. Ya lah, mereka pun ada commitment & obligation. Walaupun sedih, tapi kami berlapang dada. Nanti dah selesai semua urusan PTCC, Mumi akan simpan dlm FRAN.

Tonight, Mumi simpan diari ttg masak tempoyak dulu lah ye FRAN :-)

Dah lama teringin nak makan patin masak tempoyak. Tapi takut nak makan sembarangan. Setakat yg Mumi pernah makan, Mumi cuma suka rasa Patin Tempoyak yg Chef restoran di Resort Bukit Gambang masak (kawan Pa).

Nak buat sendiri, belum pernah cuba. Walaupun Che Zul (former-boss UiTM Dungun) ada ajar cara memasaknya. Ingat nak cari di mana2 kedai, dah PKP pulak. 

Kebetulan, ada sebalang homemade tempoyak Ibu bagi. Setiap tahun, Ibu mmg suka buat tempoyaknya sendiri. Berbalang-balang sbb dia dah siap niat nak allocate untuk siapa-siapa. Dan tempoyaknya bertahan hingga tahun berikutnya, sampailah next musim durian datang lagi :-)

Dan, ya... tempoyak Ibu lebih sedap berbanding tempoyak yg dijual.

Hari tu bila Angah wassap bagitau Ibu dah buat tempoyak dan dah allocate balang utk kami, Mumi pesan, lain kali bila Ibu proses tempoyak sila ambil gambar. Mumi nak simpan jadi kenangan. 

Dan kebetulan, balik memancing di suatu hari bulan Jun lalu, Pa dpt ikan bawal mas. Katanya, 'Ayang masak tempoyak ye...'

Alhamdulillah, tak dapat patin masak tempoyak, bersyukur lah dgn apa saja yg Allah gantikan.

Bahan2 yg Mumi guna:
1 ekor bawal mas (Pa pancing)
Tempoyak (kalau ikut resepi 1/2 cawan, tapi Mumi ikut suka hati)
Daun kunyit (OMG), bunga kantan
Bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup (kisar)

Cara Mumi :
1. Ikan bawal mas pancing ni basuh dgn limau atau asam jawa (utk hilangkan bau)
2. Bahan kisar masukkan dalam periuk.
3. Masukkan daun kunyit, bunga kantan, tempoyak, garam secukup rasa
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ikan bawal.
6. Biar mereneh sekejap, cukupkan rasa garam.
7. Tutup api! Boleh hidang :-)



Kawan Mumi text to reply my WA status, katanya, 'Pekat molek!'

Hu hu... yg 1st tu mmg pekat. Maklumlah 1st time. Another pic tu, 2nd time Mumi ulang masak. Cuba cairkan. Tapi mcm tak berkenan, maka jadi pekat juga cuma taklah sepekat yg 1st trial.

Apapun rupanya, Pa kata sedap. Makan bertambah sampai berpeluh2. And Pa named it 'Bawal Tempoyak Meletop' :-)

Okaylah, janji boleh makan. Cuma, boys mmg tak la depa nak telan menu ni :-)

Balik raya Haji baru ni, bila cerita ttg masak ikan tempoyak, Mak Enon tanya Mumi kalau masak tempoyak ikan, pakai bawang ke tak?

Err.... Mumi tahu kalau dari resepi2 ikan masak tempoyak ni, mcm tak pernah sebut bawang. Tapi Mumi dah terbiasa masak  lauk dgn bawang, maka kalau masak tak de bawang rasa mcm bukan masak lauk je... 

Tak apalah kan...? Mumi amatur, halal je la kot... huhu.. asalkan tak poisonous ataupun menyebabkan ceri-beri.

Tapi... Mumi memang sakit perut hari ni. Teh Sanna yg Mumi start minum malam semalam dah over-berkesan pulak proses detox nya. Penat Mumi asik ulang ke tandas. Papa pun minum juga semalam, tapi dia elok je pulak. Tak apalah, malam ni Mumi cuba konsisten minum lagi.

Dgn niat nak buat korban sikit daging n lemak yg berlebihan ni supaya lebih sihat & selesa utk tunaikan tanggungjawab & amanah dari Allah :-)

Moga2 Mumi istiqamah :-)
Dan moga2 hormon thyroid Mumi boleh tolerate. Bimbang juga ni, bulan ni ada check up dgn doc SA. Nanti kena soal siasat pula kalau hormon tak cantik. 


#bawalmasaktempoyak
#bawalmaspancing
#tehsanna

Monday, August 3, 2020

Simple Coleslaw Untuk Babang

Hari ni Mumi masih cuti. Habiskan cuti gantian. Nanti expired begitu je tanpa digunakan. Masih berbaki 2 hari. Cuti tahunan pun belum guna. Ntah bila nak cuti pun tak tau.

Last July, baru sekali Mumi tulis diari. Lepas tu tak sempat2 dah. Tak tau apa yg Mumi busy sgt. Bila dah nak masuk mid 4 series ni, Mumi selalu letih. Malam selalu out awal. Kadang Isya' buat sekali dgn tahajjud. Minta ampun ya Ya Allah...

Byk throwback nak simpan dlm FRAN. Tapi Mumi tak de mood hari ni. Rasa tak larat. Mata pun dah nak lelap je... ntah apa yg letih sgt tak tau la. Masak utk lunch tadi pun sekadar yg sesimple je - tomyam ayam, kerabu sotong & stim siakap.

Tapi, nampak gaya kena masak semula utk dinner. Tomyam seperiuk besar penuh tadi Mumi tgk dah kurang dari satu inci tingginya. Haih?!

Babang kata, "Mumi letak santau apa dlm tomyam tu? Sedap sangat! Rasa nak tambah dan tambah!'
Oh no wonder la, depa ni dok ulang ratah tomyam rupanya.

Tomyam mmg favourite depa. Tapi kali ni mgkn beza sikit rasanya sbb Mumi buat ikut style Kak Long Suhana. Guna air basuhan beras yg paling last sebagai kuahnya. Cuma alter ikut style Mumi yakni kena buh juga sikit jus perahan limau, unlike Kak Long.

Baby pun tu sedang makan nasi lagi. Baby sejak dah sunat, kuat makan. Badannya pun dah berisi. Dan perangainya pun dah macam2. Semalam dia naik motor si kembar, jatuh sampai pecah cermin. Haish! Kena la Pa ganti nnt tu. Tadi pula Didik kata Baby ajar dia ketuk ais batu kat peti sejuk ikan utk keluarkan ais batu tu. Sampai kemek! Baby?!

Adeh.. jangan macam2 baby oiii...

Maka, diari hari ni Mumi cuma guna apa yg Mumi dah tulis dlm draft sblm ni je la...

Babang-Didik-Baby suka & boleh makan sayur waktu mereka masih kecil. Up to certain age, rasanya bila dah nak masuk sekolah, dah jadi mcm kebanyakan kanak2 lain yg tak suka sayur. Mujur ada sejenis dua sayur yg mereka masih boleh makan :-)

Didik & Baby, suka timun & sayur pokok (brokoli). Baby sampai hari ni masih boleh makan few sayur, even mentah2 mcm kacang panjang. Babang, mengada... suka salad je. Kalau kobis & carrot, dia prefer jadikan coleslaw. Kalau ke KFC @ McD, coleslaw dia punye sorang.

Byk kali & dah lama Babang request Mumi buat coleslaw. Since Mumi has to avoid cabbage (due to my thyroid problem), kobis adalah sayur yg sgt la jarang & mmg selalu lupa beli.

Kobis ni dari kelurga Brassica sama spt brokoli & kobis bunga. Disbbkan hyperthyroid Mumi dulu, Dr Man advised Mumi utk elak kobis & brokoli. Kobis, Mumi boleh elak, tapi brokoli... susah sbb Mumi sgt cinta dgn sayur pokok tu.

Sbnrnya, kalau baca2 di artikel, kobis ni byk je khasiatnya. Ia kaya dgn nutrien & tinggi kanndungan Beta Karotena, Vitamin C & serat. Dikatakan juga sayuran dari keluarga Brassica ni ada ciri2 antikanser sbb tinggi kandungan glukosinolat. Kalau makan mentah2, katanya boleh cuci bhn buangan dari perut & usus maka ia dpt perbaiki sistem pencernaan & kurangkan risiko sembelit.

Kobis juga dikatakan dpt rangsang sistem imunisasi, perbaiki sistem pengedaran dadah, bunuh bakteria jahat & legakan ulser. Baik utk kulit, rendahkan kadar kolesterol Paling best, kobis katanya boleh hilangkan perut yg moncit @ menggeleber. Loh, patutlah perut Mumi moncit spjg zaman...

2/6/2020, terajin masak few dishes utk buka puasa hari pertama Syawal PaMi. Siap je masak lauk berbuka, godek apa yg ada utk jadikan coleslaw Babang. 

Ada kobis sebesar genggaman, carrot setinggi & sebesar ibu jari Mumi & sedikit susu cair yg boys buat mkn dgn cococrunch kita kahwinkan je dgn mayonese yg ada. Jadilah coleslaw PKPB utk Babang. 

Walaupun simple & mudah, ini 1st time Mumi buat sendiri coleslaw dlm rumah. Kesian Mumi... tapi, alhamdulillah hikmahnya Mumi berjaya juga tunaikan permintaan anak bujang seketul ni.



Dpt sebekas kecil je. Ingatkan Babang je akan makan. Rupanya Didik & Baby pun suka, sedap kata nya. Sampai hirup2. Mungkin sbb Mumi lebihkan susu cair & mayonesenya.


Ini, 2nd time Mumi buat coleslow. Mumi campur dgn kobis purple tu. Mumi suka tgk dia cecantik. Sampai ke hari ni dah byk kali Mumi buat bila2 je Mumi terajin. Tapi, kelakarnya sekali pun Mumi tak pernah sempat rasa. Semua habis dibedal dek boys.

Okaylah... kiranya Mumi dah lulus buat homemade coleslaw. Lps ni bila kita buat yg chop-chop & mashed potato tu, Mumi buat juga coleslaw la. 

P/S - Mumi sbnrnya  teringin nak makan kimchi. Kimchi diperbuat dari kobis juga kan...? Apalah rasa kimchi ye?

And... as self-reminder, Mumi dah selesai puasa ganti Ramadhan 2020 bersekali dgn puasa sunat Syawal hari tu dgn Papa. Alhamdulillah...

#coleslaw
#kobis
#tomyamairberas

Friday, July 3, 2020

1st Jumaat - Abang Baby

Dah Julai. Fasa kedua tahun 2020.
Mumi baru sempat jumpa FRAN hari ni. Apalah yg Mumi busy with sgt pun tak tahulah. 

Hari ni, Pa terpilih menunaikan solat Jumaat pertamanya sejak PKP was launched on 18/03/2020. Awal minggu Pa kata, kalau tak dpt tempat di Klang hari ni, dia nak lari ke Putrajaya. 


Sebak pula hati tgk pic ni. Ya, tahu... dia sgt rindu. Ramai yg hakikatnya merindui Solat Jumaat & pelbagai lagi rutin yg tersekat krn usaha pembendungan C-19. Bak kata kawan office, dpt izin/jemputan solat Jumaat tu rasa mcm dpt jemputan pergi syurga! Haish... begitu berharganya erti sebuah 'kebebasan'.

Mumi ada byk nak simpan dlm diari. Ist nak simpan, tentang Baby yg dah selamat jadi Abang Baby pd 15 Jun 2020 lalu @ Klinik Ajwa, S7 Shah Alam. Pheww... selesai. Mumi dah tak de anak kecik lagi. Semua dah bujang! 

Baby berkhatan style biasa, laser. Tak clamp. Dia sendiri yg offer diri. Biasanya Bbg Ddk berkhatan masa cuti sekolah hujung tahun sebelum masuk Tahun 1. Tapi bila musim PKP yg tak berapa boleh agak kesudahannya hari tu, PaMi decided to get it done awal je.  Cuma agak sedih kita tak dapat buat kenduri untuk raikan Baby like what we did during Babang & Didik's time. Tak apalah... insyaAllah ada rezeki lain di lain masa.


Dlm suasana C-19, klinik pun agak lengang & aman. Ini moment awal. Baby nampak okay je. Walaupun sesekali nampak raut cuaknya tu. Tak boleh u-turn dah ye baby. Atok Jamalinya excited ikut sekali pi klinik.


Keluar dari OT, he was smiling. Alhamdulillah. Siap cakap, tak sakitpun, rasa geli-geli je. Atok kasi duit sunat sbb nak jadi org pertama. Tapi sbnrnya Nek Non dah jadi org pertama bagi duit sunat kat Baby masa balik kg pertama kalinya tu :-)

Dlm kereta Baby dah mula rasa sakit. Cepat juga biusnya hilang. Dan mula menangis.

B : Mi! Baby sakit sgt ni!
M: Tahan sikit ye, nnt sampai rumah kita rehat.
B:  Sakit... kenapa kena sunat?
M: Allah yg suruh (tak boleh fikir alasan lain dah)
B : Sakitnya... Baby tak nak sunat...
M : Dah terlambat dah... baby dah sunat dah pon...

Saat-saat yg 'bahagia' utk Abang Baby. Ala... sekejap je kan baby?

Pic taken by his Abah Zaem during their ad hoc visit. Happy sgt dia main sana sini. 
Tapi lepas tu dia tanya perlahan 'Mi, bila diorang ni nak balik?'
Bila ditanya knp, jwbnya 'Baby nak buka kain ni...'

Ada kawan kata anak depa hari ke-3 dah pakai seluar. Anak2ku...idaklah... ntah apa yg diorang seriaukan. Baby pakai seluar perfectly pada hari ke-12. Huhu... 

Dan Nenek Enonnya susah hati bila dikhabarkan Baby refused to bangun dr tilam. Maka sampailah Neknonnya pd 22 June tu :-)

Baby...
Baby dah besar tau....
Kena jaga solat... jaga akhlak, jaga diri.. jaga peribadi.
PaMi, Babang Didik dan semua orang pun sayang baby..
sampai syurga!

Baru notice Mumi tak ada diari ttg Didik masuk jawi. Ya, Didik berkhatan tahun 2015. Tahun yg perit utk kita... especially utk Pa-Mi. Nanti Mumi cari semula gambar Didik berkhatan, Mumi simpan kan dlm FRAN ye.. maafkan Mumi tau Dik. I love you juga sampai syurga.

Semoga Allah selalu pelihara kita sekeluarga dan kita semua.


Walk to remember


#pa's1stfridayprayduringc19season
#abangbabyberkhatan

PAGEVIEWS