Seminggu berlalu sejak Aidil Adha.
Hari Raya Korban. Pengorbanan yang menyucikan jiwa.
Mumi perhati kiri dan kanan, depan dan belakang. Tahu, ada ramai yang sedang melalui saat getir dan sukar. Bahagian masing-masing. Tak ada sapa boleh bantu melainkan DIA sahaja.
Pepagi ni perasaan Mumi lain sikit. Rasa macam rindu sesuatu.
Oh... ya lah...
Yang pernah diizin Allah ke sana, separuh hati atau mgkn sebenarnya seluruh hati tertinggal.
Yang belum pernah pun, jiwa meronta mohon diizinkan.
Mumi rindu sangat...
Pagi-pagi dah bergenang airmata...
Medina & Masjidil Haram in new normal situation.
Walaupun dibatasi SOP & suasana new normal, roh cinta Haramain tetap utuh dalam jiwa muslimin muslimat mukminin dan mukmimat.
sumber : Facebook Masjid Al Haram
Ya Allah,
Kami mohon diizinkan lagi untuk kembali...
Mumi nak ke sana lagi dengan Pa, Babang, Didik & Baby...
Malah jika Ibu & Mak larat, nak pergi sesama juga. Dan seluruh keluarga juga.
Juga untuk semua muslimin muslimat yang sentiasa merintih ingin ke sana.
Haramain, sebuah pelabuhan cinta abadi.
Aaamiin Ya Robb...
#medina
#masjidilharam
#newnormal
#pelabuhancintaabadi
#utuhnyarohcinta
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.