Masih cuti hari ni. Selain Bik Mah htr Idlan register di Politeknik PD & baby 1st day ke sekolah since 18/3, hari ni PaMi kena tlg partner buat clearance di PTCC. Ya, PTCC kena move out dari premise. Terkesan juga akhirnya dgn pandemik Covid 19. Landlord pun dah tak boleh nak prolong their consideration. Ya lah, mereka pun ada commitment & obligation. Walaupun sedih, tapi kami berlapang dada. Nanti dah selesai semua urusan PTCC, Mumi akan simpan dlm FRAN.
Tonight, Mumi simpan diari ttg masak tempoyak dulu lah ye FRAN :-)
Dah lama teringin nak makan patin masak tempoyak. Tapi takut nak makan sembarangan. Setakat yg Mumi pernah makan, Mumi cuma suka rasa Patin Tempoyak yg Chef restoran di Resort Bukit Gambang masak (kawan Pa).
Nak buat sendiri, belum pernah cuba. Walaupun Che Zul (former-boss UiTM Dungun) ada ajar cara memasaknya. Ingat nak cari di mana2 kedai, dah PKP pulak.
Kebetulan, ada sebalang homemade tempoyak Ibu bagi. Setiap tahun, Ibu mmg suka buat tempoyaknya sendiri. Berbalang-balang sbb dia dah siap niat nak allocate untuk siapa-siapa. Dan tempoyaknya bertahan hingga tahun berikutnya, sampailah next musim durian datang lagi :-)
Dan, ya... tempoyak Ibu lebih sedap berbanding tempoyak yg dijual.
Hari tu bila Angah wassap bagitau Ibu dah buat tempoyak dan dah allocate balang utk kami, Mumi pesan, lain kali bila Ibu proses tempoyak sila ambil gambar. Mumi nak simpan jadi kenangan.
Hari tu bila Angah wassap bagitau Ibu dah buat tempoyak dan dah allocate balang utk kami, Mumi pesan, lain kali bila Ibu proses tempoyak sila ambil gambar. Mumi nak simpan jadi kenangan.
Dan kebetulan, balik memancing di suatu hari bulan Jun lalu, Pa dpt ikan bawal mas. Katanya, 'Ayang masak tempoyak ye...'
Alhamdulillah, tak dapat patin masak tempoyak, bersyukur lah dgn apa saja yg Allah gantikan.
Bahan2 yg Mumi guna:
1 ekor bawal mas (Pa pancing)
Tempoyak (kalau ikut resepi 1/2 cawan, tapi Mumi ikut suka hati)
Daun kunyit (OMG), bunga kantan
Bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup (kisar)
Cara Mumi :
1. Ikan bawal mas pancing ni basuh dgn limau atau asam jawa (utk hilangkan bau)
2. Bahan kisar masukkan dalam periuk.
3. Masukkan daun kunyit, bunga kantan, tempoyak, garam secukup rasa
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ikan bawal.
6. Biar mereneh sekejap, cukupkan rasa garam.
7. Tutup api! Boleh hidang :-)
Bahan2 yg Mumi guna:
1 ekor bawal mas (Pa pancing)
Tempoyak (kalau ikut resepi 1/2 cawan, tapi Mumi ikut suka hati)
Daun kunyit (OMG), bunga kantan
Bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup (kisar)
Cara Mumi :
1. Ikan bawal mas pancing ni basuh dgn limau atau asam jawa (utk hilangkan bau)
2. Bahan kisar masukkan dalam periuk.
3. Masukkan daun kunyit, bunga kantan, tempoyak, garam secukup rasa
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ikan bawal.
6. Biar mereneh sekejap, cukupkan rasa garam.
7. Tutup api! Boleh hidang :-)
Kawan Mumi text to reply my WA status, katanya, 'Pekat molek!'
Hu hu... yg 1st tu mmg pekat. Maklumlah 1st time. Another pic tu, 2nd time Mumi ulang masak. Cuba cairkan. Tapi mcm tak berkenan, maka jadi pekat juga cuma taklah sepekat yg 1st trial.
Apapun rupanya, Pa kata sedap. Makan bertambah sampai berpeluh2. And Pa named it 'Bawal Tempoyak Meletop' :-)
Okaylah, janji boleh makan. Cuma, boys mmg tak la depa nak telan menu ni :-)
Balik raya Haji baru ni, bila cerita ttg masak ikan tempoyak, Mak Enon tanya Mumi kalau masak tempoyak ikan, pakai bawang ke tak?
Err.... Mumi tahu kalau dari resepi2 ikan masak tempoyak ni, mcm tak pernah sebut bawang. Tapi Mumi dah terbiasa masak lauk dgn bawang, maka kalau masak tak de bawang rasa mcm bukan masak lauk je...
Tak apalah kan...? Mumi amatur, halal je la kot... huhu.. asalkan tak poisonous ataupun menyebabkan ceri-beri.
Tapi... Mumi memang sakit perut hari ni. Teh Sanna yg Mumi start minum malam semalam dah over-berkesan pulak proses detox nya. Penat Mumi asik ulang ke tandas. Papa pun minum juga semalam, tapi dia elok je pulak. Tak apalah, malam ni Mumi cuba konsisten minum lagi.
Dgn niat nak buat korban sikit daging n lemak yg berlebihan ni supaya lebih sihat & selesa utk tunaikan tanggungjawab & amanah dari Allah :-)
Moga2 Mumi istiqamah :-)
Dan moga2 hormon thyroid Mumi boleh tolerate. Bimbang juga ni, bulan ni ada check up dgn doc SA. Nanti kena soal siasat pula kalau hormon tak cantik.
#bawalmasaktempoyak
#bawalmaspancing
#tehsanna
#bawalmaspancing
#tehsanna
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.