Wednesday, December 11, 2019

Hatiku di Haramain : Ziarah Masjid Quba'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Telusuri jejak & sirah Islam
...mendatangi masjid yg dibina atas dasar taqwa...
*******************************************************
31 Okt 2019 


Kami dibawa singgah ziarah & solat tahyatul masjid di Masjid Quba. Masjid yg disebut di dlm Al-Quran sebagai masjid yg dibina di atas dasar taqwa (At-Taubah ayat 108 & 109). Ia masjid pertama yg dibina oleh org Islam. Kerana itu juga ia dikenali sebagai Masjid at-Taqwa.

"...sesungguhnya masjid yg didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dlmnya. Di dlmnya masjid itu ada orang2 yg ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bersih..." - (QS At Taubah 108)



Mutawwif dah pesan supaya ambil wudhu' siap2 di hotel. Mak Enon pun ada pesan begitu sebelumnya. Krn bila sampai & solat di masjid ini, dikatakan pahalanya seperti mengerjakan umrah.

Dari Sahl bin Hunaif bhw Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa telah bersuci (mengambil wudhu') di rumahnya dgn sebaik2 wudhu', kemudian mendatangi Masjid Quba lalu solat di dlmnya 2 rakaat, maka baginya sama dgn pahala umrah. (HR Ibn Majah)

Masjid ini diasaskan oleh Rasulullah SAW & dibina sewaktu baginda singgah di perkampungan Quba pd 8 Rabiulawal tahun 1H ketika dlm perjlnn ke Kota Yathrib. Usul pembinaan dibuat oleh Ammar RA & dipersetujui oleh Nabi bersama para sahabat. Pembinaannya ambil masa 4 hari & Rasulullah SAW sendiri yg meletakkan batu kiblatnya.

Selesai pembinaan, pd Jumaat 12 Rabiulawal tahun 1H, Nabi & para sahabat meneruskan keberangkatan ke Yathrib. Itulah juga hari di mana Rasulullah SAW mendirikan solat Jumaat pertama kalinya & berkhutbah.

Sejak itulah Kota Yathrib dipanggil Madinatul Nabi yg bermaksud Kota Nabi. Kini kita kenalinya sebagai Madinah Al-Munawwarah.

Alhamdulillah juga, kami berpeluang merasakan 2 kali Jumaat. Sekali di Madinah & sekali lagi di Makkah.



Moga izin ini dikurniakan bersama sejuta rahmat & keberkatan dalam melalui kehidupan untuk sampai ke akhirat yang membahagiakan.


Terima kasih Ya Allah...
Terima kasih Ya Rasulullah...
Terima kasih wahai para sahabat Rasulullah...

#umrah2019
#wirasaujana
#masjidquba
#agarakutidaklupa

Tuesday, December 10, 2019

Hatiku di Haramain : Masjid Nabawi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah, kami ingin kembali ke sini lagi
Izinkanlah kami... permudahkanlah urusan rezeki kami...
Masjid al-Nabawi
*******************************************************

A friend said, dia lebih rasa sentimental di Madinah. Bila melalui sendiri perjalanan spiritual ini, saya akuinya. Madinah lebih terasa damai. Lagi pula, di sinilah letaknya Masjid Nabawi. Di dlm Masjid Nabawi itu terletaknya Makam Rasulullah yg kita cintai. 

Masjid al-Nabawi, masjid ke-2 paling suci bg umat Islam. Masjid ke-3 yg dibina dlm sejarah Islam. Dibina oleh Rasulullah di sblh rumah baginda slps peristiwa Hijrah pd 622M dgn keluasan 30x35m, tanpa atap.

Awal pembinaan, tak ada menara. 4 menara pertamanya di 4 sudut masjid dibina oleh Umar Bin Abdul Aziz (93H) diikuti menara ke-5 oleh Qaitbay di Babur Rahmah. Kerja2 perluasan masjid telah meruntuhkan 3 buah menara asal & digantikan dgn 2 menara baru setinggi 72m. Peluasan kedua menambah lagi 6 buah menara setiap satu setinggi 104m. Kini, Masjid Nabawi ada 10 buah menara.

Ada  yg sebut fadhilat solat di Masjid Nabawi 40 waktu (tanpa terlepas satu waktupun) akan dijamin keselamatan dari azab, sifat munafiq & api neraka. Mungkin hadis ini ada perselisihan atr ulama. Tak mahu pertikai apapun.

Saya cuma mau percaya & mmg percaya rasa nikmat & bahagia ketika sujud & iktikaf walau seketika di dlm Masjid Nabawi ini tak mampu diucap dgn kata-kata. Andai diizin Allah, hadirlah sendiri & nikmatilah ia. Apapun fadhilat & kebaikannya utk kami, saya serah je pd Allah andai Dia sudi mengurniakannya. Allah itu Maha Pengasih, Penyayang & Pengampun.

Di Masjid Nabawi laluan lelaki & perempuan berbeza. Laluan wanita yg utama adalah Pintu 25. Alhamdulillah, 1st night sampai di The Rove, saya dikurniakan seorg kakak ketika dinner. Dia jadi guru ajar laluan & serba sedikit ttg Masjid Nabawi. Kami pergi & balik bsm2 hinggalah saya pandai berdikari. Tq kak Zaidah (walaupun dia tak kan baca becoz she never knows i write my diary in FRAN)... nanti saya simpan diari ttg kita ber3.



View luar & dlm Masjid Nabawi. Pic dlm MN tu Kak Zaidah yg paksa nak ambil :-)
Alhamdulillah, ada juga kenangan. Kalau tak krn Kak Zaidah, mmg tak ada lah gambar saya dlm Masjid Nabawi ni. Sayu & tenang sgt rasanya hati. Semua yg sudah diizin Allah ke sana surely agree with me. Tuhan, kami ingin kembali lagi... perkenanlah hajat kami ini...


His precious moment in Masjid Nabawi during 1st (2010) & 2nd visit (2019). Mcm tak ada beza je hu hu. Kalau adapun sedikit, tang janggut yg dah mula memutih :-) Tua mengejar kita, Pa...

Now, I truly understand your feeling. Lps ni bila awak kata 'rindu', saya pun dah mampu kongsi perasaan itu...

 Kontranya kami ialah dia suka selfie/wefie, tapi saya suka ambil gambar org. Lebih2 lagi gambar candid 'scene yg bercerita'. 


Suasana di perkarangan luar Masjid Nabawi di waktu mlm. Rasanya ini ketika nak balik hotel slps solat Isya'. Biasanya saya & Pa akan iktikaf seketika slps solat Isya' sebelum berjumpa di Pintu 25 utk balik hotel sama2 utk dinner & rehat. Kalau keluar awalpun, terlalu berpusu-pusu. Maka, selain elakkan crowd, ambil peluang & kesempatan utk iktikaf. 


Atr pintu masuk yg selalu saya gunakan. Sblm sampai tangga di dpnnya, saya dh siap2 masukkan selipar dlm beg khas  yg diberikan oleh WS. Siap2 dah buka sling bag krn polis wanita di situ akan periksa setiap beg jemaah. Biasanya kamera @ alat2 yg mencurigakan akan dirampas. Bila dah bersedia awal, pemeriksaan pun cepat, maka cepatlah dpt masuk ke dlm masjid & cari saf yg kita inginkan. 

Saya tak letak selipar di rak tapi bawa masuk bsm. Kat dlm pun ada rak2 kecil yg disediakan. Sbb itu saya hadir awal sblm masuk waktu. Selain dpt tempoh bertenang, dpt juga cari saf yg dekat dgn ruang letak kasut. Alhamdulillah, Allah izinkan selipar/kasut saya sentiasa ada sehinggalah pulang ke Malaysia :-)



Best nya jadi burung-burung tu! Hari2 & setiap waktu dekat dgn Masjid Nabawi...

  
Di bawah lindungan fabrik payung di perkarangan luar Masjid Nabawi. Warna seakan pasir. Teduhan fabrik payung jenis PTFE ini dikatakan mampu kurangkan hampir 8 darjah celcius dari suhu asal. Juga mampu menahan haba yg terlalu panas/sejuk, sinaran UV, angin yg kuat, kalis api & pudarnya warna asal. Fabrik ini disediakan oleh SEFAR Architecture, Switzerland.


Terima kasih Pa krn akhirnya tertunai juga impian kita. Moga ada izin Tuhan kita ke sini lagi bawa Babang Didik Baby pula InsyaAllah...


Kalau diizinkan Allah jodoh kita hingga ke akhir hayat, tunggu & jemputlah saya bawa ke syurga sebagaimana awak tunggu saya di Pintu 25 Masjid Nabawi ni setiap waktu solat kita di sana ya... 

Terima kasih Allah

#umrah2019
#wirasaujana
#masjidnabawi
#rindumadinahyangdamai
#agarakutidaklupa

Hatiku di Haramain : Menjejaki Kota Yang Bercahaya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kami tiba di Kota Yang Bercahaya
(Al Madinah Al Munawwarah)
Kota Suci yang mendamaikan hati
bakal jadi kerinduan sepanjang kehidupan
*******************************************************

MH158 dari KLIA berlepas dlm jam 3.25pm. Tiba di Madinah Prince Mohammad Airport (MPMA) slps 8 jam lebih penerbangan. Landing di MPMA ketika waktu Maghrib di sana (M'sia is 5 hours ahead from Saudi's time). Maka siap2 berniat utk jamak takhir (Maghrib & Isya').

Sblm berangkat, dah plan nak detailkan setiap waktu & moment pjlnn. Nak diarikan. Tapi spjg pjlnn, fokus saya cuma mau selamat tiba & ingin dipermudahkan sgl urusan. Paling penting Allah terima ibadah. Paling risau takut tak nmpk Kaabah. Maka tiadalah walau sedikitpun nota ttg pjlnn. Yg ada di genggaman cuma kiraan zikir. Dlm hati & fikiran hanya ada istighfar. Mohon ampun pd Allah sgt2. Perasaan takut pd Allah waktu ini, was real. Saya tak acah-acah.

Spt biasa, when it came to my turn, ada je yg tak blh detect. Pa sempat lagi capture moment saya stucked di kaunter keluar. Terima kasih Allah krn selesai juga dgn mudah akhirnya.

Kami tiba dlm kumpulan seramai 43 jemaah. Most of them dtg bsm keluarga besar. Hanya ada 3 psgn suami isteri termasuk kami (which then make us close sisters & I became d'youngest  & d'most pampered one).  Kami disambut oleh Ustaz Huzaimy & Ustaz Syakir. 


Pandangan MPMA dari kwsn kami akan menaiki bas. Airport yg moden & cantik. 


Bas bergerak menuju The Rove, Madinah. Sampai hotel nanti, ustaz kata 1st thing 1st... makan. Alhamdulillah. Entah kenapa kami (especially Pa) lapar sgt...


The Rove Hotel ni berjarak dlm 100m terus ke Pintu 25 Masjid Nabawi. Alhamdulillah. 

Not even one picture in The Rove. Tak tau knp. Fokus lebih kpd memanfaatkan setiap waktu to & fro Masjid Nabawi. Kesempatan yg ada bkn lama. Rasa nak grab every single minute hanya utk mohon kasih syg & keampunan dr Allah. Semua yg dah ke sana pasti berperasaan yg sama. 

Selain jarak yg hampir dgn Pintu Masuk 25 (laluan wanita & Raudhah), tak ada apa yg tak disyukuri di sini. Selesa & cantik bilik serta Dewan Makan. Mknn juga pd kami dah terlalu mewah. Hari2 Nasi Mendi kot, sabar je lah RAN hu hu. Nothing such as, risau habis mknn @ perlu berebut. Krn ia sentiasa ada & sentiasa mudah utk jemaah. Baiknya Allah. Baiknya Wira Saujana.


Imej bilik berdua di The Rove Madinah dari google.
Lbh krg bgtlah tempat kami tumpang berteduh utk 4D3N di Madinah.
TQ Wira Saujana krn berehsan 'upgrade' dari bilik ber5 ke bilik ber2 dgn toleransi yg hanya Allah blh membalasnya. Ikutkan tak mampu pun nak minta bilik ber2. Tapi rezeki di saat akhir, Allah yg tentukan. Alhamdulillah. Bertambah malu dgn Dia.


#umrah2019
#wirasaujana
#madinahalmunawwarah
#therovemadinah
#agarakutidaklupa

Monday, December 9, 2019

Hatiku Di Haramain : Kami Berangkat, Ya Allah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Andai ini yg ditakdirkan, kami berangkat dgn satu tujuan
Mengabdi & menyuci diri kpd-Mu Ya Rabb
Permudahkanlah perjalanan kami menuju bumi barokah-Mu
Madinatul Munawwarah & Makkah Al Mukarramah
*******************************************************

Hajat bermusafir ke tanah suci, 1st time kami sebut slps sehari dua jadi suami isteri. 14 tahun yg lalu. Lama menanti izin & undangan Allah.

27 Jan 2018, tarikh anniversary, coincidencely jadi tarikh penerbangan permusafiran kami. Deposit  paid to travel agency, Wira Saujana. Tapi... indeed... hanya yg diundang Allah saja akan berangkat. Dan Allah mengundang mereka yg INGIN PERGI DENGAN SEPENUH RELA.

Baby waktu itu meragam. Sebut nak pergi umrah dia dah teriak menangis tak benarkan. Lagi tak sampai hatilah mumi. Juga berat hati krn tahun itu Babang duduk UPSR & PSRA. Kebetulan Pa tak fit kesihatan. Fikir pula ttg kerja2 di pjbt.

Fikir kos & duit poket yg pergi & yg akan ditinggalkan. Mcm2 fikir, mcm2 kebimbangan. Mungkin juga krn saya belum yakin bersih lahiriah & batiniah. Saya manusia yg byk dosa. Akhirnya mgkn Allah kata, 'settle lah kebimbangan mu itu dulu'. Maka tertangguhlah hasrat kami.

Apapun, kini saya lebih yakin sesungguhnya Allah akan permudahkan apa yg kita mohon utk dipermudahkan. Saya juga yakin Allah akan lepaskan apa yg kita minta apabila tepat masanya tiba.

Basically tak byk brg yg kami bawa. Seadanya & apa yg ada je. Risau juga beg tu pecah penyek sbb ruang kosongnya msh byk.

Mungkin juga pemergian ini lebih sesuai masanya berbanding tahun lalu. Krn menjelang keberangkatan, saya rasa bahagia sgt. Allah maha mendengar permintaan & penyerahan kami.

Nak berangkat, semua rasa ada. Bahagia, gembira, tak sabar, sedih, takut, cemas. Tapi satu yg saya tahu, visi saya lurus. Mgkn juga roh saya dah sampai duluan. Tak terfikir @ memikir apa lagi yg ada di sini.

Pa pun dlm tempoh sebulan tu, asyik buat count down. Dia dah lama rindu utk bertamu lagi ke rumah Allah. 10 tahun dulu dia ke sana bawa mak & arwah abahnya. Buat sekali bhgn ke-2 akikah Didik di sana. Memori itu msh dlm ingatan...

Kali ni kita pergi sama2 ya. As our pact, 14 years ago.
FRAN, simpankan memori ni utk kami ya...

Kursus Umrah yg disediakan oleh Wira Saujana pada 28/09/2019
di Masjed Jamek Al Amaniah, Batu Caves. Angkut d'boys sekali...


Kami yg terakhir sampai & check in luggage. 
Serahan passport & dokumen keberangkatan oleh wakil WS.


Kami byk dosa... ampunkan kami & doakan kami. Terima kasih utk bahagia ini...


 Ujian itu menjarakkan kita seketika utk sebuah hijrah ke arah yg lebih baik. Demi sebuah hikmah. Ujian itu lebih manis jika kita mampu mengambil hikmah & menjadi lebih baik.


Time flies. After many years, that was d'moment again. Moga kali ini baik2 je & lebih kuat menepis apa jua yg mendatang. What didn't kill you, will make u even stronger, insyaAllah.

And... baby...
Begitulah gayanya hugging Mumi spjg waktu sebelum berangkat.
Teringat cara AB 'bergayut' dgn Mumi bila PaMi nak ke Sydney 14 years ago.... sama je... :-)


Alhamdulillah, baby looked happy je walau kekdg nmpk riak sedih. Moment akhir sblm berangkat, sengaja  tak mau toleh pd baby lagi.. Takut2 Mumi sumbat dia dlm hand-luggage bawak pi sekali. Erk!?


Andai memang ini yg ditakdirkan
Kami mohon izin berangkat utk sebuah permusafiran, Ya Allah...
Lindungilah & permudahkanlah kami spjg perjalanan &
sudilah terima kami dgn kasih sayang & rahmat-Mu.


#umrah2019
#wirasaujana
#hatikudiharamain
#agarakutidaklupa

The Next Level

Apa yg berlaku dewasa ini, saya anggap ianya ujian akhir zaman. Masing2 blh lihat, dengar & nilai. Tapi tak akan pernah sama dgn penilaian & hukuman dari Allah.

Saya pegang satu pendirian. Buat sesuatu atas nama Allah, di jalan Allah.. utk dpt redha Allah, adalah tanpa menyakiti, mengkhianati, menganiayai, menzalimi sesama makhluk. Apatah lagi orang2 yg brd di bwh perlindungan & jagaan kita...

Tak mahu cakap byk2. Tak mahu fikir byk2. Jika mmg tersasar, moga dikurniakan semula hidayah oleh Allah. Kdg org yg berilmu lebih ni, lebih tinggi & besar pangkat Iblis & Syaitan yg diberi tugasan utk memesongkan.

Indeed, garisan atr yg baik & tak baik itu sgtlah halus. Indeed, Iblis & Syaitan kian tahu, manusia  yg baik agak sukar dipesong jika diajak total berbuat dosa. Maka diajaknya berbuat baik, namun scr berdosa. 

Wallahualam...

Tiap kali saya pandang 3 anak lelaki saya... takut & bimbang dlm hati. Mampukah PaMi jadi ibubapa yg baik? Sdgkan sendiri juga byk khilaf & dosa. Moga tidak Allah palitkan salah2 & dosa kami pd anak2. Sehingga hujung nafas, akan kami sentiasa mengemis keampunan Tuhan.

Babang, Didik, Baby...
Mumi akan cuba sebaik & semampu daya membesar & mendidik kamu menjadi lelaki soleh yg berhati insan. Kerna, suatu masa nanti kamu akan jadi lelaki dewasa yg akan diamanahkan Allah menjaga anak perempuan org lain sbgi isteri di sisi kamu.

Moga kamu ketahui betapalah besar tggjwb kamu kpd isteri & anak2 demi redha Allah. Demi memelihara kepentingan ummah.

Berdoalah selalu agar tidak Allah cuba kita dgn sesuatu yg tidak terdaya hati kita memikulnya. Doalah selalu agar kita tidak menjadi org yg menzalimi org lain & moga kita tidak dizalimi juga oleh org lain.

Hak kamu, tak ada sesiapa mampu nafikan. Tapi utilize lah hak yg Allah beri kpd kamu dgn cara berhemah & berdiplomasi. Bukan dgn cara mematah & menghancurkan hati. Mumi sentiasa percaya sebagaimana kita ada hak dlm setiap sesuatu, begitulah juga setiap sesuatu & seseorang juga ada hak terhadap kita.

Isteri & anak2 ada hak ke atas suami & ayah mereka. Maka, seorang lelaki bukan sekadar harus memandang hak mereka ke atas 'poligami tanpa memerlukan izin'.

Saya tak pernah mampu menentang poligami krn ia sunnah. Tapi hingga akhirnya pun saya tak pernah bersetuju dgn 'poligami haram'. Yakni poligami tanpa kerelaan org2 yg 'berhak' ke atas seseorg lelaki (poligami sembunyi2) & poligami yg dilakukan dgn kadar hati yg sombong & angkuh. Kerana sombong & angkuh itu sifat IBLIS.

Malah saya secara peribadi tidak pernah bersetuju dgn poligami yg akhirnya menghancurkan masjid sediada yg sudah elok @ setidaknya yg memerlukan usaha pembaikan. Mahu baiki & bimbing yg lain, maka dilepaskan apa yang sediada dia wajib baiki dan bimbing? Begitukah?

Apapun, tetap saya imani setiap yg berlaku benar atas qada & qadar serta izin Tuhan. Tapi sekali lagi, Tuhan beri akal & fikiran, hati & perasaan. Yang mengendalikan semua tu adalah kita sendiri. Bukan ke selalu dikatakan, yg baik itu dari Allah, yg buruk itu dari kita sendiri?

Andai berlaku jua, tak ada jalan lain melainkan berbalik kpd penyerahan kpd Allah. Utk org2 yg dizalimi & disakiti, berdoalah byk2 krn doa org yg dizalimi akan mudah diangkat ke langit.

Tak ada daya upaya saya yg lain... selemah2 iman, hanya mendoakan kebaikan & kemudahan urusan utk diri sendiri & saudara2 yang diuji. Ada suami yg baik, isterinya curang. Ada isteri yg baik, suaminya curang. Kita pupuklah yakin dlm hati, yg baik utk yg baik &n setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. 

Kdg Allah penat lihat kita dizalimi org @ menzalimi diri sendiri. Maka Dia keluarkan kita dari sesuatu keadaan walaupun pd awalnya sgt sukar & sgt sakit bila kita laluinya.

Allah sayang kita. Itu kita kena selalu percaya. Then only kita mampu berhijrah to THE NEXT LEVEL...


Boys requested nak tgk Frozen II. Last week, I managed to escaped when they watched Ejen Ali (sbb diorang pegi waktu Mumi keje & puasa nazar). This time, ajak tgk Frozen II pulak. Hang pa ni lelaki ke pompuan? Grrrr.... 

Mumi terus ajak tgk Jumanji The Next  Level & Pa was the 1st person yg immediately agreed. Tq Pa for backing me up. Apa daa.. Mumi yg perempuan pun tak kuasa nak tengok Frozen II.

No regret. Best sangat!


Smtr tgu masa tayangan & smtra tunggu Pa masuk Mr DIY, kita rehat tgk Cosplay je la (walaupun Mumi menyampah tgk budak2 pempuan tu 'tergedik2' atas pentas...) sambil makan bekal bihun goreng lebihan brunch kita kat rumah. Sedap sgt kata baby, minta lagi pula tu. Alah... kalau kat umah, heran pun tak. Bila di bawa as bekal picnic kat mall, jadi sedap pulak ek baby? :-)


"To be a mother of a son is one of the most important things you can do to change the world. Raise them to respect women, raise them to stand up for others, raise them to be kind."
(Shahnon L Alder)



#jumanjithenextlevel
#ygbaikutkygbaik
#jadilahlelakisolehberhatiinsan
#jadilahwanitaygadahargadiriprinsipdankekuatan
#done3dayspuasanazarharamain

PAGEVIEWS